Monday, March 25, 2013

Guna hak mengundi dengan bijak-Tun Dr.Mahthir

METRA SYAHRIL MOHAMED dan 
FAIZAH IZZANI ZAKARIA
 DR. Mahathir Mohamad menjawab soalan ketika menjadi panel dalam Forum Negara, Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. Turut sama ialah Abdul Hamid Mohamad (kiri) dan Muhammad Ali Hashim. - UTUSAN 

KUALA LUMPUR 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu supaya bijak menentukan kerajaan dalam pilihan raya umum ini.

Menurutnya, walaupun sistem demokrasi menawarkan hak untuk memilih, mereka sewajarnya mampu membuat perbandingan khususnya parti atau organisasi mana yang benar-benar bertanggungjawab serta mempertahankan Islam.

"Apakah orang yang sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Melayu patut memerintah negara? Dahulunya, pihak ini yang berkata bahawa bekerjasama dengan orang kafir akan menjadikan kita kafir, tetapi kini mereka bukan sahaja bekerjasama, hari jadi pun sambut di rumah orang bukan Islam.

"Akan datang, kalau kita silap, kita akan dapat kerajaan yang merosakkan negara dan agama. Kalimah Allah pun boleh diguna oleh apa jua agama. Apakah kita boleh terima itu? Kerana kepentingan politik, ketepikan negara Islam dan diganti dengan negara berkebajikan. Hudud pula ditangguhkan. Ini kerana apa? Ini hanya (kerana) undi dan bukannya kerana Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sempena Forum Negara: Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Forum anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pakar wakaf korporat, Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Dr. Mahathir berkata, sebagai keutamaan, orang Melayu perlu menaruh harapan kepada pihak yang telah lama berbakti kepada agama, bangsa dan negara. M

Menurut beliau, ini berbanding pihak tertentu yang sekadar mahu merebut Putrajaya dan mendirikan kerajaan semata-mata atau pihak yang hendak menjadi Perdana Menteri.

"Sebab itu kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk kembali kepada perjuangan asal iaitu demi agama, bangsa dan negara. Kita tak nampak apa mereka boleh buat untuk kita.

"Namun, terpulanglah kepada kita. Cuma, kalau kita salah mengundi, kita tidak boleh salahkan sesiapa," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau ketika bercakap mengenai perpecahan umat Melayu Islam berkata, perkara itu berpunca daripada sikap tamak selain perbezaan pendapat dalam hal-hal berkaitan tafsiran agama.

"Waktu kita miskin, biasanya kita akan rapat sesama kita. Sebab itu, masa British mencadangkan Malayan Union, kita rasa ini seperti mahu merampas negeri-negeri Melayu.

"Kita lupakan perbezaan antara kita dan bersatu sehingga British tunduk. Tetapi selepas berjaya, terhidang 'peninggalan perang' dan sesama kita mula memikirkan soal pangkat, nak jadi Perdana Menteri.

 "Semua nak berebut. Inilah yang membuatkan kita lupa kepada perjuangan asal kita. Kita pentingkan diri sendiri. Di sini, kita menerima Islam dan fahaman Sunnah Wal Jamaah. Sepatutnya tidak ada perpecahan kerana fahaman yang sama, tetapi dengan politik, ada yang mula saling kafir-mengkafir. Kita sengaja melemahkan diri kita sendiri sehingga tidak lagi majoriti," katanya.

Sementara itu dalam sesi soal jawab, beliau menafikan dakwaan yang mengaitkannya sebagai seorang antihadis.

"Itu tak benar. Saya kata, kita perlu berpegang kepada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Saya tekankan kalau hadis itu bertentangan dengan al-Quran, kita perlu berpandu kepada al-Quran.

Sunnah kalau kita turut, dapat pahala, kalau tak turut, tak mengapa. Itu cuma sunat kepada kita sebaliknya yang wajib kita ikut datangnya daripada al-Quran.

"Ramai yang mudah terima hadis tetapi menolak al-Quran. Itu sebab ramai yang keliru dan berpecah," tambahnya. -Utusan online- dalam negeri).Posted by abnmulya at 12.22 am on March 26,2013.

10,000 himpun, berarak bantah DAP Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL pengarang@utusan.com.my RAKYAT Pulau Pinang termasuk ahli NGO berkumpul dalam Himpunan Penyatuan Rakyat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 24 Mac - Hampir 10,000 rakyat pelbagai kaum di negeri ini menyertai Himpunan Penyatuan Rakyat membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan gagal menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan kehidupan rakyat negeri ini semakin tersepit sejak lima tahun lalu.

Perhimpunan yang berlangsung di Padang Kota Lama di sini hari ini merupakan kesinambungan daripada beberapa siri bantahan yang diadakan pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri sejak kebelakangan ini.

Gerakan itu bertujuan menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan kerajaan negeri terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Apa yang menarik, perhimpunan kali ini turut disertai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) yang majoriti anggotanya merupakan ahli Pas.

Kumpulan pertama kira-kira 5,000 orang berkumpul lebih awal di lokasi manakala satu lagi kumpulan berarak sejauh hampir tiga kilometer dari Masjid Kapitan Keling menuju ke Padang Kota.

Turut berlangsung ialah bacaan doa selamat untuk mengenang perjuangan anggota keselamatan negara yang gugur ketika bertugas di Lahad Datu, Sabah, selain nyanyian lagu Inilah Barisan Kita.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow ketika menyampaikan ucapannya menggesa rakyat negeri ini melihat semula pencapaian kerajaan DAP Pulau Pinang setelah lima tahun mentadbir.

"Dalam tempoh itu, apa yang mereka buat? Tiada langsung, tiada satu pun rumah kos rendah dibina untuk rakyat dan baru-baru ini, tampil dengan idea mahu membina terowong dasar laut bertol.

"Sebaliknya, Kerajaan Pusat yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tampil menjalankan tanggungjawab itu menerusi pengumuman untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik," katanya.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Timbalan Pengerusi MIC negeri, L. Krishnan; Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim serta pemimpin-pemimpin BN negeri lain.

Mengulas lanjut, Cheng Yeow berkata, keadaan ekonomi negeri ini juga menunjukkan kemerosotan selepas kemasukan pelaburan semakin berkurangan.

"Ini semua berlaku kerana kerajaan negeri tidak mempunyai pelan ekonomi yang baik untuk memacu pertumbuhan dan apa yang mereka lakukan hanya mementingkan pemaju sahaja," ujarnya.

Menurutnya, jika BN dapat merampas kembali Pulau Pinang, pihaknya akan mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang.

Sementara itu, peserta perhimpunan dilihat membawa pelbagai sepanduk yang mengecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ada yang memakai baju T dengan perkataan 'Lim Guan Eng Racist' serta meluangkan slogan 'Kerajaan Negeri Penipu'.(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya at2357 hrs on March 25,2013.

Jangan beri banyak ruang berita untuk Anwar--Daim

Tun Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi “tarikh luput" dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu.

"Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.

 "Beliau sepatutnya dibiarkan sahaja menjadi penghibur, menari dan menyanyi di ceramah-ceramah. Sepertimana saya katakan, zamannya sudah berlalu, umpama "burung punggok merindukan bulan"," kata Daim dalam wawancara dengan New Sunday Times di sini.

Bekas Menteri Kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.

"Beliau telah diuji semasa krisis kewangan Asia dan beliau telah gagal. Saya juga fikir yang beliau gagal bukan hanya kerana dasar-dasarnya, tetapi juga kerana motifnya," katanya.

Daim berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu benar-benar marah dengan krisis itu kerana beliau tidak sanggup melihat apa yang telah beliau bina sejak bertahun-tahun lamanya musnah akibat sikap tamak spekulator dan penyangak mata wang.

Bekas Menteri Kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak Amerika.

"Amerika sedang berada dalam krisis, Eropah sedang berada dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia," katanya.

Beliau berkata Anwar cuba mendapatkan Australia untuk menyokongnya, untuk mengutuk dan menyatakan pilihan raya di negara ini tidak adil serta menyatakan Arab Spring di Malaysia bukan menerusi revolusi tetapi menerusi peti undi.

Menurut Daim, Anwar sedang “menghasut" fikiran rakyat di sini dan memberitahu dunia bahawa pembangkang akan menang sedangkan beliau tahu yang beliau tidak boleh menang.

"Beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang pilihan raya ini tetapi sekiranya pembangkang kalah, Anwar akan kata ini adalah kerana wujud amalan berat sebelah dan perusuh akan keluar ke jalan-jalan untuk protes.

 "Beliau berjanji untuk membentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gentar dan ramai yang percayakan beliau. Itu memang cara beliau. Beliau hanya pandai cakap dan berjanji. Kini, beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang," kata Daim.

Katanya jika pembangkang kalah, Anwar akan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring ke sini serta menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka perlu melakukan protes jalanan untuk mendapatkan semula undi mereka.

"Dapat anda bayangkan senarionya jika pembangkang tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan berterusan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring di sini."

Daim menegaskan tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di Malaysia dan ini terbukti apabila pembangkang membentuk lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.

"Bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi sekiranya kerajaan menipu dalam pilihan raya? Tiada pilihan raya yang sempurna di dunia ini," katanya.

Daim menegaskan tiada perbalahan antara beliau dan Anwar sehingga ketua pembangkang itu mula menuduh menjadi ketua konspirasi.

"Saya bukan seperti Cassius. Saya mungkin kurus tetapi wajah saya tidak nampak macam “lapar sangat" dan yang pasti saya bukan seperti Brutus. Apabila Anwar mendakwa saya ketua konspirasi, beliau tahu kebenarannya yang saya tidak terlibat, tiada peranan langsung," katanya. - BERNAMA (Utusan online-politik)Posted by abnmulya at 2332 hrs on March 25,2013.

Sunday, March 24, 2013

Majlis Sumbangan Kasih Mesra kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas di Kawasan Parlimen Gombak.

Pagi tadi,seramai 600 orang Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas dari 3 kawasan DUN di dalam Parlimen Gombak iaitu dari DUN Gombak Setia.DUN Batu Caves dan DUN Hulu Kelang, hadir di Majlis Kasih Mesra,di Sek..Men.Kebangsaan Batu Caves,Selayang,Selangor.

Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
March 25,2013 at 5.31pm.

Biasanya pada setiap hari Ahad saya mesti ke pasar Taman Sri Gombak yang tidak jauh dari rumah kediaman penulis. Biasanya bila penulis pergi ke pasar HS penulis jarang-jarang di bawa.

Sebaik sahaja penulis dah membeli ayam,ikan dan sayur-sayuran dan di bawah masuk ke dalam kereta lantas penulis ke restauran Sarina yang terletak di sebelah pasar itu mengambil sarapan pagi.
Tan Seri Datin Zaleha Ismail

Makanan yang penulis suka di restauran itu ialah nasi lemak dengan lawaknya telur ayam mata lembu dan air minuman yang penulis suka ialah nescafe tarik.

Disebabkan pada hari minggu begitu ramai pelanggan yang berarapan pagi di restauran Sarina itu?

Kadang-kadang penulis kena tunggu selama 10 atau 15 minit baru makanan yang dpesan itu baru tiba di meja makan penulis di restauran tersebut.

Sebaik sahaja tiba di rumah dan menyerahkan semua barang-barang dapur yang penulis beli untuk 1 minggu itu diserahkan kepada isteri untuk disusun olehnya ke dalam peti sejuk.

Penulis naik ke bilik atas untuk melihat HS penulis di bilek tidur di tingkat satu dan bila dibuka didapati ada miss call dari Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak bagi penggal 2004 hingga 2008.
Datuk Dr.Rahman Ismail.

Kini beliau sedang jadi Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang paling aktif di Selangor yang mempunyai sebanyak 140 buah badan-badan Ngo yang kecil-kecil telah bergabungan di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Ngo-Ngo itu masing-masing berfungsi dengan berbagai-bagai jenis aktiviti yang telah dan sedang dilakukan dengan cara mengisikan dengan berbagai-bagai program untuk mendekati rakyat di akar umbi sejak dua setengah tahun yang lalu higga kini.

Saya segera hubungi Datuk Dr.Rahman Ismail melalaui HSnya. Lantas beliau memberitahu penulis bahawa sejak pagi-pagi lagi,ada satu majlis kebajikan untuk menyampaikan hadiah kasih mesra untuk Ibu-ibu Tunggaldan dan Warga emas, di semua kawasan iaitu, di 3 kawasan DUN di dalam Parlimen Gombak.

Majlis tersebut diadakan di Sek.Men.Kebangsaan Batu Cave,Selayang. Penulis segera ke sekolah tersebut dan penulis sampai kira-kira jam 10.30 pagi.

Sebahagian lagi Ibu-Ibu Tunggal danm Warga Emas yangberpeluang duduk di dalam Dewan Sekolah tersebut kerana dah datang terlebih awal. Yang lewat tiba terpaksalah duduk di kaki lima dewan tersebut.
Disebabakn penulis tiba di sekolah tersebut lewat sedikit,maka penulis dapati ketika itu Datuk Dr.Rahman Ismail,dilihat hampir selesai memberi uapannya. Jadi, tidaklah dapat penulis siarkan  intipati ucapan  Datuk Dr.Rahman Ismail di majlkis yang penuh dengan kegemnbiraan tu.

Menerusi kain rentang besar yang di pamirkan di dinding dewan sekolah itu. Maka fahamlah penulis bahawa Majlis tersebut dianjurkan oleh Kelab Wanita 1 Malaysia (KWIM) yang ketuanya ialah Puan Seha, Naib Ketua Wanita Umno Bahagian  Gombak.

Disebabkan di dalam dewan sekolah itu dah penuh sesak dan kesempitan tempat maka terpaksa sebahagian ibu-ibu tunggal dan warga emas itu duduk dikaki lima dewan sekolah itu.
Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang dipimpin oleh Datuk Dr.Rahman Ismail telah menyumbang dan juga sebuah Ngo MIC di Gombak yang dipimpin oleh Enchi Ravi turut bekerjasama.

Datuk Dr.Rahman Ismail dan Encik Ravi masing-masing turut sama menyumbangkan dana bagi menjayakan majlis untuk menyampaikan hadiah Kasih Mesra itu dengan menggunakan wang poket masing-masing.

Badan ngo-ngo tidak mendapatkan apa bantuan dari pihak berkuasa bila melakukan aktiviti mereka ketika mendekati masyarakat akar umbi.Malang sungguh nasib ngo-ngo ini.Bekerja kuat untuk naikkan imej kerajaan cara sukarela sahaja.

Kalau parti-parti politik? Maka segala aktiviti ada DANA yang di sediakan dari ibu pejabat parti masing-masing.Seharusnya Ngo-Ngo ini mesti diberi imbuhan jua.Harus di beri peluang jadi calon untuk bertanding di dalam pilihanraya umum ke ;13 ini dan dilantek juga sebagai senatorsetelah selesai pilihanraya umum nanti.Barulah adil namanya.

Contohnya? Macam penulis. Pergi ke tempat tersebut guna kereta sendiri. Pandu kereta sendiri.Ambil gambar dimajlis tersebut sendiri dan guna kamera sendiri juga.Bila tiba di rumah terus tulis pula rencana berhubung dengan majlsi itu dan ini yang memakan masa dua atau tiga jam lamanya dengan menggunakan komputer sendiri juga.

Tapi ujung-ujung tidak ada hasil apa pun...?. Dunia ini sangat zalim dan gila sekali. Tiada hati perut,tiada  pertimbangan langsung...semuanya hendak percuma belaka....melampau sekali.Tiada apa-apa. Ertinya tiada orang yang kasih tiada orang sayanag dan tiada orang yang peduli.Ibarat lilin menerangi orang lain tetapi terpaksa membakar diri sendiri.

Dalam konteks kasih sayang ini? Nabi SAW ada bersabda yang berbunyi:" JIka kita tidak sayang orang? Maka orang lain pun tidak akan sayang kita.Jadi, untuk itu? Allah SWT pun tidak sayang pada kita.Jika kita tidak tahu sayang pada orang lain."
Ibu-ibu Tunggal dari kaum India pun ada juga yang hadir
Hadiah Kasih Mesra kepada ibu-ibu tunggal dan warga emas khasnya kepada ibu-ibu tunggal dan warga emas segelintir dari jumlah  penduduk-penduduk dan pengundi-pengundi di Parlimen Gombak yang mempunyai undi Parlimen sebanyak hampir-hampir 125,000 orang pada PRU ke:13 ini.

Penulis difahamkan bahawa hadiah Kasih mesra itu merupakan hamper yang mana pada tiap-tiap satu bungkus hadiah Kasih Mesra itu bernilai lebih RM 20-00.

Isinya? Yang berada di dalam bungkusan plastik itu merupaka beras 5 kilos.Tepung gandum satu paket.Minyak masak 2 bungkus plastik dan 1 bungkus mee segera.

UCAPAN TAN SERI ZALEHA ISMAIL

Tan Sri Zaleha Ismail yang merupakan penasihat khas pada Gabungan Ngo-Ngo Gombak dalam ucapanya yang rengkas kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas di dalam majlis itu telah menyatakan bahawa beliau cukup faham dan semacam benar-benar dapat merasai kesulitan-kesulitan yang sudah dan sedang dihadapi oleh Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas itu dalam menempuh kehidupan nereka di zaman semua keperluan hidup ketika ini boleh dikatakan semuanya mahal-mahal belaka.

Katanya,ketika beliau menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dulu itu. Isu dan kes-kes Ibu-Ibu Tunggal dan warga emas, adalah langsung diletakkan di bawah tanggung jawab beliau.  Menurutnya, beliau telah menemu bual dan mendengar segala rintihan oleh Ibu-Ibu Tungal dan warga emas yang telah menemuinya sekaligus mereka ini telah menyatakan kepada beliau tentang masalah mereka secara terang-terangan.

Tan Seri Zaleha benar-benar mengakui bahawa hadiah Kasih Mesra ini,tidaklah seberapa nilainya.Insya Allah! Hadiah-hadiah serupa ini akan selalu dihadiahkan kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas sebagai tanda muhib ah dan sebagai pertolongan sampingan yang termampu oleh Ngo-Ngo kerana Ngo-Ngo tidak dapat bantuan kewangan dari kerajaan ketika melakukan aktiviti mendekati rakyat di akar umbi.
Dari kanan:En.Ravi,Hj.Fadzli Mansor,Pengetua sekolah Sek.Men.Kebangsan Batu Caves dan Tan Seri Zaleha Ismail, Penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak, sebelahnya ialah Puan Seha, Ketua Kelab Wanita 1 Malaysia (KWIM) merangkap Naib Ketua Wanita Umno  Bahagian Gombak.
"Dengan berbuat begini maka berpeluanglah badan-badan Ngo-Ngo ini,dapat bertemu muka untuk terus menyambungkan perhubungan Silaturrahim di anatara kita bersama,di samping mengetahui masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh anda semua"kayanya.

Kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Warga Emas yang hadir di majlis tersebut? Secara terus terang TanSeri Zaleha Ismail memberi pesanan. Jika anda ada anak-anak perempuan yang sedang bekerja dan apabila sudah berumah tangga janganlah biarkan anak-anak perempuan anda itu berhenti kerja.

Tan Seri Zaleha Ismail berkata,lazimnya kita ibu-ibu mahukan anak-anak perempuan kita itu bila sudah berumah tangga dan kita mengharapkan mahligai rumah tangga yang telah mereka bina itu akan kekal aman damai selagi hayat mereka dikandung badan.

Tetapi kita semua tidak tahu ketentuan dari Allah SWT. Jika anak-anak perempuan kita sesudah berkahwin mereka berhenti kerja? Tiba-tiba rumah tangga mereka porak peranda  dan telah berlaku perceraian? Sedangkan di waktu itu mereka dah tidak bekerja lagi?

Tan Seri Zaleha dan Datuk Dr.Rahman Ismail sedang menyampaikan bungkusan hadiah Kasih Mesra yang merupakan barang-barang makanan kepada Ibu-Ibu tunggal dan Warga Emas di pagi tersebut.
Makan jadilah mereka ibu-ibu tunggal. Bila dah jadi ibu tyunggal? Dan selaku ibu tunggal,suka atau tidak suka? Sudah pasti mereka akan berdepan dengan berbagai-bagai masalah yang sangat menyukarkan untuk mereka terus memelihara anak-anak mereka yang kecil-kecil dan sebagainya.

Justeru itu cubalah nasihatkan anak-anak perempuan anda jangan sekali-kalai berhenti kerja sesudah berkahwin.Tiada siap yang akan men getahui apa akan terjadi pada hari esok kita?

ISU-ISU PILIHANRAYA UMUM KE:13

Ketika menyentuh berhubung dengan isu Pilihanraya Umum ke :13 yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja itu? Tan Seri Zaleha telah menerangkan kepada para hadirin bahawa beliau telah pergi banyak negeri-negeri di dalam dunia ini.

Menurut kajian yang telah beliau buat? Secara jujur dan ikhlas beliau secara terang-terangan menyatakan bahawa Malaysia adalah merupakan satu-satunya kerajaan yang dipimpin Umno-BN didapati begitu drastik membangunakan Malaysia jadi negara moden dan sekaligus begitu mengambil berat tentang nasib rakyatnya yang berpendapatan rendah dengan cara memberi berbagai-bagai bantuan (subsidi) kepada rakyat.

Justeru itu beliau meneyeru kepada hadirin di majlis tersebut agar menjadi mata dan telinga kerajaan Umno-BN dengan sedaya upaya cuba mengenal pasti musuh-musuh Umno-BN dan di samping itu cuba sedaya upaya mempengaruhi sahabat handai di sekeliling rumah, kawan-kawan sepejabat di kalangan Ngo-Ngo dan sebagainya.


Terutama kepada para pengundi di atas pagar yang sangat besar bilangan mereka di dalam parlimen Gombak ini. Pujuk, rayylah mereka akan megundi Umno-BN apabila tiba pilihanraya umum yang ke:13 nanti. Dan nyatakanlah kepada mereka! Marilah kita beramai-ramai tolak dan tetap tolak.....calon-calon parti pembangkang tanpa berfikir panjang lagi.

"Rakyat Selangor telah memberi peluang pada parti -parti pembangkang berkuasa di Selangor selama lebih 5 tahun lamanya. Iaitu,dari 8 hb.Mac, 2008 hingga 2013. Tahukah anda apa yang telah terjadi pada janji-janji mereka yang tersirat di dalam manisfeto pilihanraya mereka pada PRU:12 pada 2008 dulu itu?" tanya beliau.

Pertanyaan beliau itu telah di jawab oleh ibu-ibu tunggal dan warga emas itu secara serentak."Apa pun tidak ada....,tipu belaka.....Segala janji-janji tidak ditepati,segala kata-kata tidak pun dikotakan oleh mereka," jawab para hadirin di majlis tersebut dengan suara yang lantang dan secara terus terang.

Dari kiri: Puan Seha Ketua (KWIM) Tan Seri Zaleha dan Datuk Dr.Rahman seang bersiap sedia hendaka menyampaikan hadiah Kasih Mesra kepada para Ibu Tunggal dan Warga Emas di pagi tersebut.
"Adakah janji-janji mereka untuk menolong,membantu ibu-ibu tunggal dan warga emas ditepatinya?" tanya lagi Tan Seri Zaleha Ismail.

"Poorlah.....tidak ada apa-apa pun....habuk pun tak ada..depa jual kelentong aje..tipu punya parti...tidak boleh diharapkan dan para pemimpinnya itu tidak boleh di percayai,mereka hanya pandai buat janji itu dan ini di atas pentas ceramah dan demonstrasi gila di jalanan sahaja," lagi jawapan yang telah diberikan oleh hadirin.

"Jadi,di dalam pilihanraya umum kali ke:13 ini...siapakah yang anda mesti pilih untuk merampas semula 4 kerusi di parlimen Gombak yang kita dah kalah pada PRU ke:12 dulu pada 8 hb.Mac, 2008 dulu itu?"  tanya lagi Tan Seri Zaleha Ismail.

"Kami semua akan undi Umno-BN...Kami mahu kebumikan parti-parti pembangkang dari bumi Parlimen Gombak dengan 4-0 juga," jawab para hadirin serentak.

"Betul ke ni....?"

"Betul! Kami janji dan kami berikrar...atas nama Allah!"

"Kalau begitu....terima kasih banyak-banyak...dan kita akan bertemu di hari pilihanraya ke:13 nanti. Dan jangan lupa sayangi Umno,sayangi Selangor,"

"Boleh.....bila-bila  masa pun  boleh.Tan Seri....dan kita akan berjumpa lagi...,"

Majlis bersurai kira-kira jam 12.30 hari setelah semua ibu-ibu tunggal dan warga emas itu selesai dihadiahkan dengan hamper yang tidak begitu sempurna itu...tetapi mereka dilihat sangat gembira menerimanya.(Posted by abnmulya at 1731hrs on March 25,2013.


Beri Najaib peluang ,kata bekas Menteri Kewangan

Oleh Mohd Farhan Darwis 
March 24, 2013
Daim turut menegaskan kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat bahawa mereka serius dalam membanteras rasuah. – Gambar fail

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu merombak barisan Kabinetnya dan menggantikan muka baru kerana kebanyakan pemimpin dalam Kabinet yang diterimanya daripada bekas perdana menteri sebelum itu telah melepasi tempoh perkhidmatan mereka.

“Najib perlu merombak Kabinet, bawa masuk muka baru. Orang rasa beliau membawa beban yang besar dalam Kabinetnya. Kebanyakan mereka telah melepasi tempoh perkhidmatan,” kata Daim dipetik akhbar The Sunday Times hari ini.

Daim juga turut berkata Najib perlu diberikan peluang dan tempoh lima tahun pemerintahannya adalah ujian dan beliau harus diberikan mandat.

“Biar beliau laksanakan dan meneruskan polisi transformasinya,” kata Daim lagi dipetik akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Daim turut berkata beliau lebih percayakan Najib berbanding ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar jelasnya bukanlah calon yang layak untuk menjadi perdana menteri.

“Saya mahu Najib menang kerana Anwar bukanlah calon yang layak menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan menghuru-harakan negara dengan menerima nasihat daripada IMF (Tabung Kewangan Dunia), Bank Dunia, dan Wolfowitz, (bekas Presiden Bank Dunia Paul Wolfowitz),” katanya lagi.

Najib bagaimanapun jelas Daim perlu menentang gejala rasuah dan jenayah serta mengukuhkan keselamatan negara termasuk semakan terhadap sistem pendidikan negara.

“Tanpa bahasa Inggeris, kita tidak mampu bersaing, terutamanya Melayu. Melayu perlu sedar, tanpa bahasa Inggeris, mereka tidak akan mempu bersaing, bahasa Inggeris perlu jadi bahasa kedua,” katanya.

Jelasnya lagi, penukaran medium daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bukanlah satu kesalahan kerana ia merupakan lingua franca, namun polisi mempromosikan bahasa Melayu yang mempunyai kelemahannya.

“Kita tidak perlu menghapuskan bahasa Inggeris semata-mata untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca,” katanya dan menambah, bahasa Arab juga seharusnya dikuasai kerana “duit itu datang dari negara Arab yang kaya-raya.

Daim turut menegaskan kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat bahawa mereka serius dalam membanteras rasuah, namun mereka juga perlu mendapatkan bantuan rakyat.

“Kerajaan sendiri tidak akan mampu menghapuskan gejala rasuah, tingkatkan kesedaraan rakyat dan libatkan sekolah. Ia adalah perkara dua hala.

“Rakyat juga perlu bebas rasuah, dan tidak sekadar salahkan kerajaan. Jika rakyat jujur dan bersih, kerajaan juga akan bersih,” katanya lagi.(The Malaysian Insider0.Posted by abnmulya at 12.58 am on March 25,2013.

Daim gesa Najib perangi rasuah,jenayah serta gugurkan pemimpin sudah sampai 'tarikh luput'

March 24, 2013

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyeru Datuk Seri Najib Razak untuk berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.

Ahli politik berpengaruh itu berkata, rakyat Malaysia tidak akan mempercayai angka atau kenyataan pemimpin negara jika mereka sendiri tidak merasa selamat.

"Tentang keselamatan negara, setiap hari dalam media dan televisyen, terdapat laporan pembunuhan dan jenayah," kata Daim (gambar) dalam wawancara bersama New Sunday Times hari ini.

"Anda kata negara selamat, tetapi jika rakyat tidak merasa selamat, mereka tidak akan percaya kepada anda tidak kira apa pun statistiknya," tambah beliau.

Daim juga berkata Najib perlu merombak Kabinet kerana masih terdapat pemimpin-pemimpin yang sudah melepasi "tarikh luput".

"Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak "orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi "tarikh luput"," katanya.

 Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau."

Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara.

"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau -- apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor.

Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.

Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi perdana menteri akan datang, Daim berkata:

"Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia."

 Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.

 "Umno mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA, kira-kira satu juta dan MIC, kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.

 "Kini, anda hanya perlukan mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.

Daim berkata sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik sepertimana yang berlaku pada 2008. "Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan 'tangan' yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu.

"Kita telah berjaya mengharungi krisis demi krisis, dan kembali pulih dengan cepat. Kita perlu beritahu orang Cina yang kita tidak boleh melakukan eksperimen. Lihat sahaja Jepun. Lihat di sekeliling kita. Lihat sahaja Britain. Kaji apa yang berlaku," katanya.

 Daim berkata Anwar telah berulang kali menyatakan akan berlaku demonstrasi ala Arab Spring sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana apa yang mereka anggap sebagai "penipuan".

 "Beliau (Anwar) telah mewujudkan pentas untuk mewajarkan kekalahan mereka sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Pakatan telah menyediakan rakyat supaya mereka boleh menyalahkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Pertamanya, kita bukannya sebuah negara Arab. Dan keduanya, sekiranya wujud "penipuan" pada pilihan raya umum sebelum ini, bagaimana Pakatan boleh menang di lima negeri pada 2008?

 "Arab Spring telah bertukar menjadi Arab Fall (kerana kalangan pemimpin tidak bersatu dan kestabilan terjejas)," katanya.(The Malaysian insider).Posted by abnmulya at 12.47 am on March 25,2013.

Perpaduan senjata ampuh pertahan keamanan negara-Senator Ezam Mohd Noor.

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 

Santor Ezam Mohd Noor
KLANG 24 Mac - Rakyat pelbagai kaum diingatkan supaya sentiasa memelihara dan mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan mereka bagi memastikan keamanan negara tidak dapat digugat oleh mana-mana pihak.

Menganggap perpaduan sebagai 'senjata paling ampuh' yang dapat menjamin keamanan, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu akan berusaha melemahkan semangat itu untuk menyerang dan memecahbelahkan negara.

"Rakyat perlu sedar dan berwaspada terhadap kemungkinan ada pihak-pihak tertentu yang mencemburui kejayaan Malaysia dan mahu melihat negara dalam keadaan tidak aman.

"Begitu juga dengan kewujudan tali barut yang rakus politik sehingga menjadi perkakas serta alat kepada pihak tertentu untuk melemahkan perpaduan di kalangan rakyat negara ini.

 "Justeru, semua rakyat berbilang kaum harus berpegang dan kukuhkan perpaduan yang dibina sejak sekian lama hasil perjuangan bapa-bapa pengasas kita membina negara ini menerusi parti Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sarapan Pagi 1Malaysia yang dihadiri lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum di Taman Klang Jaya, di sini hari ini. Program tersebut merupakan anjuran Gerakan Belia 4B Taman Desa Utama dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Taman Klang Jaya II yang bermatlamatkan memupuk perpaduan serta kesedaran rakyat mengenai pentingnya memelihara keamanan di negara ini.

Pada masa sama, program itu turut mengumpulkan sokongan rakyat kawasan terbabit terhadap para pejuang negara yang sedang menjalankan tugas memelihara kedaulatan negara daripada ancaman pengganas di Lahad Datu, Sabah.

Menurut Ezam, pencerobohan Lahad Datu adalah satu contoh yang jelas wujudnya pihak yang cuba menggugat keamanan negara. "Pencerobohan Lahad Datu adalah secara fizikal yang kita nampak, namun ada serangan yang kita tidak nampak.

Maka, perpaduan rakyat berbilang kaum amat penting sebagai satu jaminan keamanan dan kemakmuran negara terus dikekal dan dipertahankan pada masa depan," ujarnya. - UTUSAN(Utusan online-dalam negeri).posted by abnmulya at 12.26am on March 25,2013.