Sunday, May 11, 2014

Pemilihan PKR Gombak: Ahli cuba tendang peti undi

KUALA LUMPUR 11 Mei - Tindakan calon Ahli Jawatankuasa Cabang Gombak dan beberapa petugas membantu ahli memangkah undi dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menimbulkan kekecohan sehingga berlaku pergaduhan dan perang mulut di pusat mengundi.

Rentetan kejadian itu menyebabkan seorang ahli naik berang dan cuba menendang peti undi bagi membolehkan pembatalan dibuat dan pemilihan dijalankan semula.

Keadaan itu mencetuskan suasana tegang antara penyokong-penyokong calon dan petugas lain yang mempertikai ketelusan perjalanan proses membuang undi yang dijalankan di Kompleks Muhibbah, Gombak di sini hari ini.

Dalam pada itu, calon Ketua Cabang Gombak, Datuk Mazlan Hassan dan kira-kira 20 orang penyokongnya mengemukakan surat bantahan menggesa pemilihan dibatalkan dan dijalankan semula, selain membuat laporan polis.

Beliau yang bertanding mencabar penyandangnya, Azmin Ali tidak bersetuju dengan cara sistem pengundian tersebut dijalankan selain mengesyaki banyak penipuan berlaku.

"Saya menggesa pembatalan segera dilakukan kerana pengendalian proses pengundian tidak mencerminkan ketelusan.

"Selain itu, kami juga sempat merakam pengakuan Ketua Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) di pusat ini yang mengaku memangkah undi untuk pengundi," katanya. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI. (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 01.38 am on Mei 12,2014.

Peti undi pemilihan PKR Kota Raja dirampasa sekumpulan lelaki

Oleh ZABRY MOHD. MADZLAN dan 
ABDUL YAZID ALIAS 

KLANG 11 Mei - Tidak sampai satu jam proses pengundian ditutup kira-kira pukul 5 petang ini, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kota Raja terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian.

Pembatalan pengundian itu diumumkan kira-kira 4.30 petang oleh wakil petugas pemilihan parti itu.

Tindakan sekumpulan lelaki itu difahamkan dilakukan setelah tidak berpuas hati dengan proses pemilihan parti di cabang berkenaan yang mana sebelum itu mereka cuba merempuh masuk ke dalam dewan pengundian terbabit di Kompleks Sukan MPK, Taman Sri Andalas namun dihalang oleh anggota Rela yang bertugas.

Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati kerana dihalang masuk, kumpulan lelaki berkenaan kemudiannya bertindak memanjat pagar setinggi dua meter dan masuk ke dalam dewan berkenaan selain bertindak merampas peti undi dan melemparkan ke lantai dewan.

Selain itu, mereka juga bertindak menterbalikkan meja termasuk bungkusan makanan di luar dewan yang disediakan untuk para pengundi.

Ekoran kejadian itu, pasukan polis telah bergegas ke kawasan pengundian bagi mengawal keadaan. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri. (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1916  hrs on Mei 11,2014.

Ahli dakwa proses undi tidak telus

KUALA LUMPUR 11 Mei - Ketelusan sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak dipertikai apabila beberapa ahli mula mengemukakan bantahan terhadap perjalanan proses pengundian yang didakwa tidak telus.

Wakil calon, Salmah Abdul Rasit, 57 berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan cara pengendalian proses memangkah calon yang membolehkan sesiapa sahaja untuk membantu pengundi termasuk petugas dan pemerhati luar di pusat mengundi.

"Jika cara ini yang diamalkan dalam proses pengundian, sudah tentu akan mempengaruhi pemilihan calon yang dibuat pengundi.

 "Tidak mustahil pembantu yang menolong mereka akan menunjukkan calon mana yang pengundi perlu pangkah dengan mengambil peluang untuk meraih undi calon yang mereka sokong," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-POLITIK ( Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.at 1905 hrs on Mei 11,2014.

PKR : 9 CABANG DIBATALKAN

SHAH ALAM 11 Mei - Sebanyak sembilan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor terpaksa dibatalkan proses pemilihan berikutan protes di kalangan ahli serta calon yang bertanding terhadap perjalanannya yang didakwa tidak telus termasuk wujudnya unsur penipuan. 

Setakat pukul 4.30 petang ini, sembilan cabang parti itu di negeri ini diumumkan dibatalkan antaranya melibatkan PKR cabang Kuala Selangor; Sabak Bernam; Kota Raja; Hulu Langat; Klang; Subang dan Sungai Besar - UTUSAN ONLINE.-DALAM NEGERRI( Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1859 hrs on Mei 11,2014.

Friday, May 9, 2014

WEE KA SIONG DAKWA KENYATAAN DIPUTAR BELIT

KHAMIS, 08 MEI 2014 20:42.Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong Khamis menjelaskan beliau tidak menyebut MCA akan “keluar Barisan Nasional (BN)” jika UMNO bersetuju untuk melaksanakan undang-undang Hudud pada Wacana Sinar Harian bertajuk “Hudud: Bersediakah Kita?” pada Rabu.

Menurut Ka Siong, kenyataan beliau semalam sama ada sudah disalah mengerti atau diputar belit atau oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan hubugan baik di antara parti komponen BN.

Malah Ka Siong mempertahankan kenyataannya semalam dengan berkata bahawa ia jelas dibuat berdasarkan andaian.

Katanya, beliau hanya mengandaikan situasi MCA mungkin akan mengkaji semula kedudukan di dalam BN sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk menyokong kepada pelaksanaan hukum hudud.

Wee Wacana Hudud“Kenapa kita pula yang nak gaduh, cukuplah PAS dan DAP yang bergaduh soal hudud ini, jangan salah anggap apa yang saya cakap, sebab saya tidak ada cakap langsung kami MCA akan keluar BN kalau laksana hudud, buukankah saya cakap kita akan kaji semula kedudukan.

“Saya minta untuk awak jelaskan perkara ini, semalam saya cakap bagaimana saya tidak mahu tokok tambah.

“Saya cakap seandainya kalau sudah tidak ada jodoh, tapi saya buat secara diplomatik, saya tidak cakap kalau setuju hudud kita akan keluar BN, saya tidak cakap begitu.

“Saya cakap seandainya sudah terjadi begitu, kita akan bincangkan kedudukan itu, bukan saya cakap kami akan keluar dari BN,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas kontroversi yang timbul itu ekoran kenyataan berkenaan.

Ka Siong secara berterus terang menyebut kenyataan beliau itu jelas sudah diputar belit oleh portal berita pro pembangkang.

“Yang putar belit apa yang saya cakap portal pembangkang, lagi banyak saya cakap, lebih teruk saya kena lanyak tau" jelas beliau.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga menasihatkan semua pihak agar tidak cepat membuat spekulasi ataupun mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada situasi sebenar.

Ini bagi mengelak berlaku salah faham di kalangan pemimpin mahupun rakyat terutama dalam isu melibatkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama atau perkauman.

“Saya sudah mengenali agama Islam ini dari saya kecil, saya dikelilingi orang Melayu yang beragama Islam, sudah pasti tanggapan saya pada Islam adalah baik.

“Cuma saya nak bagitahu, jangan nak mengada-ngada nak respon apa yang saya cakap kalau tidak ada dekat mana saya ada semalam, saya langsung tak cakap (tentang MCA akan keluar BN).

“Saya tidak mahu tokok tambah, sila rujuk balik apa yang saya cakap itu dan saya tidak pernah cakap apa yang seperti dilaporkan…jangan ambil kesempatan. Itu sahaja!,” tegas beliau.

Ka Siong dalam wacana “Hudud: Bersediakah Kita?” di Shah Alam semalam berkata, MCA kekal dengan pendirian mempertahankan Perlembagaan negara seperti mana tindakan mereka mempertahankan kontrak sosial yang dipersetujui ketika negara mencapai kemerdekaan.

“Saya rasa kalau berlaku perkara itu, sudah sampailah masanya kita kena berbincang balik kedudukan kita bersama dengan rakan-rakan sekutu.

“Saya tidak boleh buat satu ketetapan. UMNO telah buat keputusan dan BN kena sokong sepenuhnya tetapi dibangkang oleh MCA.

“Kalau kes macam ini, kita sudah tidak dalam frekuensi yang sama, takkan kita (boleh) dalam satu platform yang sama (lagi),” antara kata Ka Siong dalam wacana berkenaan.-8/5/2014( Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blog spot.com.at 1845 hrs on Mei 09,2014.

Thursday, May 8, 2014

Niwatthamrong dilantik PM sementara Thai

Niwatthamrong Boonsongphaisan
BANGKOK 7 Mei - Timbalan Perdana Menteri Thailand, Niwatthamrong Boonsongphaisan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara Thailand baharu bagi menggantikan penyandang jawatan itu, Yingluck Shinawatra yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa oleh Mahkamah Perlembagaan hari ini.

Menteri Kehakiman, Pongthep Thepkanjana pada satu sidang akhbar berkata, Kabinet membuat keputusan bahawa Niwatthamrong yang juga Menteri Perdagangan Thailand, akan menggantikan Yingluck. - REUTERS 9 (Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya/ Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.19 am on Mei 09,2014.

PKR Selangor makin 'ganas'-Noh Omar

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

Noh Omar (kanan) menuai rock melon sambil diperhatikan oleh Sulaiman Mohd. Karli sempena perasmian Musim Penuaian Rock Melon di Hub Pengeluaran Makanan Ladang Fertigasi PPK Sungai Nyatoh, Kuala Langat, Selangor, semalam. 

KUALA LANGAT 8 Mei - Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengambil semula tanah yang telah diusahakan oleh rakyat sejak berpuluh-puluh tahun dianggap sebagai tindakan ‘ganas’ dan tidak bertimbang rasa.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau menerima banyak laporan berhubung perkara itu termasuk melibatkan tanah berstatus kebenaran menduduki sementara (TOL) tanpa diberikan pampasan sewajarnya.

"Kita memang sedar tanah tersebut milik kerajaan negeri namun kita ingin tahu mengapa notis tersebut dikeluarkan tanpa apa-apa pampasan dinyatakan.

"Semalam sebanyak 336 peneroka tanah dari Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang mendakwa tanah yang mereka usahakan sejak 70 tahun lalu hendak dirampas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Musim Penuaian Rock Melon di Hab Pengeluaran Makanan Ladang Fertigasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Nyatoh di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS), Ahmad Fuad Zakaria dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli.

Semalam, lebih 100 peneroka berhimpun di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah diusahakan mereka sejak hampir 70 tahun lalu.

Mereka adalah sebahagian daripada 336 peneroka tanah dari Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang yang menuntut kerajaan negeri menarik balik keputusan merampas tanah terbabit selain membenarkan mereka terus mengusahakan aktiviti tanaman kelapa sawit, sawah padi dan koko di atas Tanah Hutan Simpan Sungai Karang.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor menambah, beliau juga difahamkan kerajaan negeri ada menawarkan tanah yang dirampas untuk diberi milik semula kepada peneroka dengan bayaran premium mengikut harga pasaran semasa.

"Jika begitu keadaannya, kerajaan bukan memberi milik tanah tetapi menjual tanah tersebut kepada rakyat dan bayangkan satu ekar tanah boleh dinilai pada harga RM100,000. Jika 10 ekar berapa yang perlu dibayar.

"Sehubungan itu, UMNO Selangor akan menubuhkan sebuah sekretariat yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mod. Zohdi dan dibarisi peguam sebagai penasihat. 

"Mana-mana rakyat Selangor yang mahu menuntut hak mahupun pampasan ke atas tanah yang diusahakan mereka diharap dapat menghubungi sekretariat tersebut," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai pengeluaran rock melon di hab tersebut, Noh menjelaskan, beliau berharap projek tersebut diteruskan setelah enam kali hasil tuaian diraih di situ. (Utusan onlin4-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.07 am on Mei 09,2014.