Thursday, March 3, 2016

Penggantungan jawatan Muhyiddin termaktub perlembagaan

04 Mac 2016 1:18 AM 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR 3 Mac – Penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dibuat di bawah kuasa sedia ada dan lebihan (residual powers) Majlis Tertinggi (MT) seperti yang tertakluk dalam Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan itu dibuat demi kesempurnaan perjalanan parti.

Malah jelasnya, penggantungan Muhyiddin berbeza dengan fasal 9.12 Perlembagaan UMNO mengenai perlucutan jawatan mana-mana ahli MT UMNO.

“MT UMNO merupakan badan keputusan tertinggi pada waktu ketiadaan perhimpunan agung tahunan. Ini jelas dalam Fasal 9.1 Perlembagaan UMNO. Apa jua keputusan MT akan dimaklumkan kepada perhimpunan agung bila tiba masanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan atau persoalan-persoalan yang dibangkitkan Muhyiddin dalam sidang akhbar hari ini mengenai jawatannya yang digantung tidak mengikut prosedur dan tidak selari dengan Perlembagaan UMNO.

Muhyiddin turut merancang untuk menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi mengenal pasti kesahihan penggantungan itu atau pun sebaliknya.

Menjawab persoalan Muhyiddin yang akan menghantar surat kepada ROS bagi mendapat kepastian mengenai status penggantungannya, Tengku Adnan menjawab, Seksyen 16 Akta Pertubuhan adalah berkenaan pertikaian sesama ahli atau dalam kalangan ahli.

“Ia tidak terangkum dalam kes penggantungan jawatan Muhyiddin. Mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, pertikaian atau keputusan parti tidak boleh dicabar di mahkamah,” ujarnya.
Beliau memberitahu, saluran yang patut diambil bagi kes Muhyiddin adalah secara dalaman parti sahaja.( Utusan online).Posted by abnmulta // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 7.50 am on March 04,2016.

PAS tidak bersekutu pihak mahu guling PM

Pilih pendekatan demokrasi tukar kepemimpinan negara 

MOHD. ASRON MUSTAPHA :04 Mac 2016 1:51 AM 

Datuk Takiyuddin Hassan
KUALA LUMPUR 3 Mac - Pas tidak akan bersekutu dengan mana-mana pihak termasuk bekas pemimpin UMNO yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan melalui peti undi semasa pilihan raya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika menyatakan pendirian itu menjelaskan, walaupun berbeza ideologi politik, proses menukar sesebuah kerajaan mestilah dibuat melalui saluran demokrasi.
Serentak dengan itu, Pas turut membuat keputusan tidak menyertai pihak yang menganjurkan majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri yang dijangka berlangsung esok.
“Pas mengambil keputusan untuk tidak bersama kerana kami mempunyai pendekatan serta gerakan tersendiri dalam mengubah kepemimpinan negara iaitu melalui saluran demokrasi berasaskan Perlembagaan.
“Dalam hal ini, Pas konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai satu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengajak Pas turut serta menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri dalam usahanya menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, satu himpunan tertutup memprotes pentadbiran Najib juga dirancang diadakan 27 Mac nanti dengan bekas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baharu digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO mengesahkan akan hadir.
Takiyuddin dalam pada itu menjelaskan, Pas memilih untuk menghadap Majlis Raja-Raja Melayu sebagai pendekatan lebih terhormat dalam mencari penyelesaian kepada beberapa isu yang dikaitkan dengan kerajaan.
“Pas akan menyembah cadangan supaya dibentuk Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat secara menyeluruh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana politik RM2.6 bilion dan kes SRC International,” jelasnya.( utusan online).Posted by abnmulya at  7.41am on March
04,2016.

Wednesday, March 2, 2016

Yang Fanatik,Peras Menonggeng Dan Termakan Budi Aje Ikut Jejak Langkah Dr.Mahathir.

Keluar Umno Kali Pertama  Ada Umph-nya.Kali Ke:2 Tak Ada Yang Peduli..Lantaklah Hang! Tak Ada Orang Kisah...Tiada Tangisan dan Sedu Sedan Yang Mengiringhinya...

Datuk Seri Najib bila mengulas tindakan Mahathir keluar dripada UMNO kali ke-2 itu katanya,Ia bukan menyedihkan.Katanya,UMNO akan meneruskan agenda parti dan berharap akan dapat mengukuhkan parti UMNO terutama dalam menghadapi cabaran Pilhan Raya Umum akan datang.



Haji abu bakar ninggal
Khamis,March 03,2016 @1.57 pm.

Hanya pada golongan yang( frust) peras menonggeng,sangat fanatik, dan yang dah terhutang budi dari Mahathir mungkin akan mengikut jejak langkah Mahathir keluar dari parti Umno,Satu-satunya parti keramat bagi orang-orang Melayu di Malaysia ini yang mana sangat disayangi oleh orang-orang Melayu.

Seperti kata Datuk Seri Najib,Presiden parti Umno dan juga  sebagai Perdana Menyteri Malaysia yang sah. Lazimnya tokoh terkenal sebagai Mahathir ketika beliau mengambl keputusan keluar dari UMNO buat kali pertama pada tahun 2008 itu.Ada sedikt umph dan kejutan pada parti Umno .

Keluaranya Mahathir dari Umno buat kali yang kedua ini? Dah tak ada umph lagi sekaligus tak ada langsung yang ambil peduli dan ambil kisah.Lantaklah pada Mahathir apa yang beliau nak ambil keputusan.

Apa sahaja tindakan yang telah beliau buat itu? Adalah hak beliau sendiri.Langsung tak ada kena mengena dengan ahli-ahli Umno yang berjumlah hampir 4 juta ramainya itu. Bagi Mahathir. Semua orang dah tahu dah...dan semua anggota parti Umno seluruh Malaysia  dah cukup kenal dengan sikap dan prinsip perjuangan politik beliau itu. Dah lali...dah tak ada yang menghairankjan?

Tun Dr.Mahathir Mohamad seorang politikus yang licin
macam ikan beluat.
Jika beliau tak dapat apa-apa yang beliau kehendaki dari Umno? Maka beliau keluar-lah.

Bila dilihatnya ada sedikit peluang? Beliau menyertai semula ke dalam parti Umno dengan muka toya dan muka selamba aje.

Bak kata penulis blog (Mykmu.Net).Bahawa parti Umno ini di anggap oleh Mahathir seperti tandas atau jamban awam?

Jika  beliau rasa nak melepas? Cepat-cepat beliau masuk ke dalam tandas itu.Bila dah selesai beliau melepas? Segeralah beliau keluar pula?

Harus  diingati demi untuk mecapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.Maka parti Umno ini telah ditubuhkan selepasa "perang Dunia ya kedua"dan pengasasnya ialah Datuk Onn Jafaar,iaitu selepas penjajahan Jepun di Asia bermula dari tahun 1941 hingga 1945.

Jepun kalah perng dengan pihak berikat yang diketuai oleh Amerika Syarikat lebih kurang pada tahun 1945.

Akibat Datuk Onn Jaafar bertentangan pendapat dengan majoriti para pengasas parti Umno yang dipimpinnya itu? Maka Datuk Onn Jaafar keluar dari parti Umno dan tubukan parti Negara.Jawatan Datuk Onn Jaafar itu diambil alih pula oleh Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj.seorang anak bangsawaan keturanan kerabat di Raja dari Kedah.

Hasil dari penat lelah perjuangan parti di bawah pimpinan Tunku  Abdul Rahman Putra dengan dibantu oleh Tun Razak Hussin,ayahand pada Datuk Seri Najib Tnn Razak.Setelah terpaksa menempuh jalan-jalan yang berliku,penuh dengan duri dan ranjau serta terpaksa mendaki bukit dan bukau dan menurni bukit dan lurah yang beranika jenis keperitan perjuangan.

Akhirnya Persekutaun Tanah Melayu dapat mencapai kemerdekaan Tanah air dari penjajahan British pada tahun 1957.Mahathir ketika itu masih dibangku sekolah lagi.

Jika kita bercakap fasal krisis kepimpinan di dalam parti Umnoi ini? Ertinya kemelut atau krisis seperti Mahathir keluar dari parti Umno pada 29/02/2016 itu?Ia merupakan isu biasa dan dah sering melanda parti Umno.

Pun begitu? Krisis demi krisis itu telah dapat di atasi oleh para pemimpin parti Umno yang sangat kasih dan sayangkan pada parti Umno.Tokoh pergi dan datang itu adalah isu lumrah pada setiap parti-parti politik baik di mana sahaja di dalam dunia ini.

Bak kata orang-orang tua-tua kita di zaman dulu kala.Jika takut dilambung oleh ombak? Jangan berumah tangga di tepi pantai.

Biar pun seribu Mahathir yang keluar masuk  dalam parti Umno.Para pemimpin Umno yang meneraju Umno dari masa ke masa pasti dapat mengatasinya demi parti Umno,parti keramat buat bangsa Melayu.

Seorang pejuang politik macam Mahathir yang keluar daripada parti Umno? Insya Allah 1000 orang pula yang akan datang untuk menegakkan kedaulatan parti Umno agar tetap hidup subur buat selama-lamanya hingga hari kiamat jika di izinkan oleh Allah SWT..

SAYONARA PADA PARTI UMNO PADA TAHUN 2008.
Muhyiddin Yassin,macam Anwar Ibrahim
juga nasibnya. tak jaya ke pulau cita-cita
dan harapannya.

Dr.Mahatir ini telah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1969 iaitu selepas kejadian berdarah dalam rusuhan kaum pada 13 hb.Mei 1969. 

Beliau diterima semula oleh Tun Razak menyertai Umno pada sekitar tahun 70an.

Beliau keluar Umno kali pertama pada tahun 2008  dan menyertai semula Umno pada tahun 2009 sebaik sahaja Pak Lah telah berundur diri dan menyerahkan tugas penting negara Malaysia pada Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2009.

Sebaik sahaja tindakan tak percaya terhadap  (14) Ketua-Ketua Bahagian Umno Kedah mengambil keputusan sikap tidak percaya terhadap Mukhriz.

Sehubung dengan itu melalui laporan di portal media sosial tempatan didapati Mahathir ada membuat ugutan bahawa beliau akan keluar meninggalkan parti Umno jika Mukhriz,anaknya itu tetap digugurkan dari jawatan Menteri Besar Umno, di Kedah.

Semua para pemerhati politik dan pucuk pimpinan  parti Umno menunggu-nunggu re-aksi dari Mahathir sebaik sahaja Ahmad Basha telah selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru,

Mahathir didapati masih diam membisu tentang tindakannya nak keluar dari parti Umno itu? Masih belum ada ucapan "sayonara" atau ucapan "adius" dari Mahathir.

SELEPAS (MT)  UMNO AMBIL KEPUTUSAN GANTUNG JAWATAN MUHYIDDIN YASSIN AKIBAT  DAH LANGGAR DISIPLIN PARTI UMNO.

Apabila Mahathir dah dapati Muhyiddin Yassin telah digantung jawatannya hingga ke Mesyuarat Agung Tahun Pemilihan Umno  yang akan datang. Maka pada tanggal (29 hb.Februari 2016) melalui "sidang akhbarnya" Mahathir telah mengisytiharkan bahawa beliau dan isterinya mengambil keputusan keluar dari jadi ahli-ahli Umno buat kali yang dua pula.

Atas alasan bahawa beliau kini dah tak ada kerpercayaan lagi pada kepemimpinan Datuk Seri Najib Alasan-alasan yang sama juga. Lagu dan iramanya ketika beliau keluar daripada Umno di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu.

Bahkan Mahathir  ada menyatakan bahawa beliau kini merasa malu nak mengakui rakyat Malaysia.Jika beliau dah malu nak mengakui rakyat? Kenapa jawatan Peengerusi di Petronas dan di DRB Hicom masih tak beliau umumkan mahu meletakan jawatan-jawatan itu?

Menurutnya  di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib dalam 7 atau 8 tahun yang lalu  didapatinya Najib telah menjadikan Malaysia kononnya mundur dalam segala aspek pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Lantas Mahathir berazam akan terus  berusaha untuk menggulingkan Datuk Seri Najib.

RAKYAT PUAS  HATI DENGAN PEMERINTAHAN DATUK SERI NAJIB.

Dalam masa beberapa hari ini iaitu sesudah Mahathir dah keluar meninggalkan parti Umno?Penulis ada membuat temuduga secara rambang pada semua kaum-kaum di Malaysia.Keputusannya banyak yang telah membuat komen bahawa segala dakwaan  Mahathir terhadap Najib kononnya tidak cekap dan sebagainya itu?

Itu, adalah tidak benar melainkan berupa "fitnah durjana" belaka dari mulut Mahathir akibat perasaan hasad dan dengki beliau terhadap Najib yang mana tidak dapat melayani dan mengkabulkan permintaannya yang bersifat berkepentingan "peribadi" yang melampau.

Misalnya di segi ekonomi negara.Datuk Seri Najib didpai telah menguruskan  "ekonomi Malaysia" bsaik dan lancar di ketika ekonomi global menghadapi sedikit krisis akibat harga petrol dunia turun paling rnurah sekali?

FITCH SAHKAN PENARAFAN MALAYSIA PADA "A-" DENGAN  UNJURAN STABIL

FITCH Rating pada dua minggu yang lalu ada mengesahkan Penarafan Kemungkinan Penerbit  (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada " A-" dan "A" dengan unjuran stabil.

Dalam satu kenyataan penarafan agensi penarafan itu turut mengesahkan penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidk bercagar senior Malaysia pada " A" dan had siling negara " A " MANAKALA  IDR mata wang asing jangka pendek pada " F2".

Penarafan itu kata FITCH antara lain didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha  pengukuhan fiskal, kesatbilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh.(Dipetik dari BERNAMA).

Jika PAS ada kerjasama dengan Umno pada PRU ke-14?
 susah Azmin nak kekal di kerusi MB Selangor itu?
JUSTERU itu,adalah tidak benar dan fitnah belaka jika Maahthir  mendakwa dan berkata bahawa dalam masa 7 atau 8 tahun dulu kononnya Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan Malaysia negara mundur di dalam segala aspek pembanguna ekonomi  dan politik.

DAKWAAN AZMIN TAK TEPAT DAN MELESET TENTUNYA.

Dalam konteks Mahathir  telah keluar daripada pari Umno?Azmin Ali memang berhak menyebelahi siapa yang beliau perlu sokong sama ada Najib atau Mahathir?

Semua orang dah tahu dah bahwa hubungan antara Azmin Ali dengan Mahathir? Ia merupakan hubungan yang erat sekali.Azmin Ali boleh dikatakan sebagai anak angkat pada Mahathir dan Siti Hasmah.

Penulis difahamkan Mahathir-lah yang meminta Anwar Ibrahim mengambil Azmin sebagai Setiausaha Khas Anwar Ibrahim dulu itu.

Juteru tidaklah menghairankan jika dalam komen-komen politik Azmin Ali itu sendiri,dilihat lebih mirip menyebelahi Mahathir .Tetapi adalah tidak logik jika Azmin Ali berkata, bahawa dengan keluarnya Mahathir daripada Umno itu akan mengakibatkan parti Umno mempunyai kesan jangka panjang tehadap landskap politik negara.

Kononnya, Azmin Ali sedang menyaksikan perubahan landskap politik Malaysia,terutama pada bahagian dinding tembok yang dibina bertahun-tahun lamanya melalui oleh tokoh-tokoh Umno, akhirnya runtuh.

Umum mengetahui bahawa Azmin Ali itu, adalah serpihan parti Umno,di mana kini sedang memegang jawatan Timbalan Presiden parti PKR dan sekaligus sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Seri Khalid Ibrahim

Tidakkah Azmin Ali sedar bahawa Umno tak ingin Mahathir berada di dalam parti Umno, sejak tahun 1969 lagi iaitu, di era Tungku Abdul Rahaman Putra. pegang jawatan Presiden parti Umno dan juga sebagai Perdana Menteri.yag pertama sebaik sahaja merdeka.

Menurut Tungku Abdul Rahman bahawa Mahathir sejak dulu-dulu lagi hingga kini mengamalkan politik "adu-domba" dan "pecah belah" di kalangan Umno itu sendiri untuk kepentingan survival politik peribadi dan legasinya aje.Tak lebih dari itu.Licinnya Mahatir bermin politik lebih licin dari ikan belut.

Jika kemahuan peribadinya dilayan oleh Pak Lah dan Najib? Langsung tak ada cerita-cerita kononnya Pak Lah gitulah dan Najib kononnya gini-lah.Semuanya pasti akan beres kerana kemahuan nafsu peribadinya dah dilayan Zaman Pak Lah dan juga di zaman  Najib ini..

Anak-nya Mukhriz kalah dalam pertandinga Ketua Pemuda Umno.di tangan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Akibatnya dari keputusan  itu Mahathir semacam begitu jenkel pada Pak Lah kononnya tak mahu beri sokogan moral politik di dalam pertandingan itu ysang menyerbabkan anak kesayangannya itu kecundang..

Di zaman Najib pula Mukhriz kalah pada pertandingaan kerusi Naib Presiden Umno.Itulah yang mula menjengkelkan hati Mahathnir? Mahathir semakin jengkel hatinya apabil Mukhriz pula telah digugurkan dari jawatan Ketua Menteri Besar Kedah baru-baru ini oleh gerakan  (14) Ketua-Ketua Bahagian Umno Kedah yang mengambil keputusan tak percaya kepada pimpinan Mukhriz di Kedah.

Kini beliau nak cari Perdana Menteri dan Presiden parti Umno yang boleh "push" Mukhriz menang pada pemilihan parti Umno di masa akan datang? 

Dalam konteks itu? Beliau cekup Muhyiddin Yassin yang sedang memegang jawatan Timbalan Presiden Umno untuk dijadikan tokoh barisan depannya nak gulingkan Najib?Tetapi (MT) Umno gantung jawatan Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Maka  segala kuasa politik  Muhyiddin Yassin dah dipancung.

Hilang sudah pokok rendang untuk beliau berteduh. Keluar-nya Mahathir dari parti Umno buat kali ke-2 pada tanggal 29/02/2016 baru-baru ini. Apa komen Najib bila wartawan tanya pada Najib di Jedah? Maka jawab Najib beliau dah keluar pun dari Umno pada taun 2008.

Di dalam politik lazimnya tokoh-tokoh politik sering pergi dan datang dan sering bertukar ganti.Yang pergi akan digantikan dengan yang baru..Lagi pun Mahathir  kini hanya bekas PM aje.Tak punya kuasa politik apa-apa yang menggerun dan langsung tak boleh tentukan sebarang tindakan. 

Melainkan hanya cuba nak ajak ahli-ahli Umno ikut beliau keluar dari parti Umno. Bukannya senang nak ajak ahli-ahli Umno keluar tinggalkan Umno. Kecuali yang termakan budi dan juga golongan yang merasa( frust) rasa  peras menonggeng juga macam Mahathir. 

Jika ada pun yang boleh terpedaya dengan kelentong Mahatir itu? Bilangan sangat kecil berbanding dengan ahli-ahli baharu yang terus menyertai parti Umno.Parti Keramat buat orang-orang Melayu.

Pedatang baru masuk Umno kini lagi besar bilangannya. lazimnya lebih hebat lagi dari yang lama. Maklumlah benda lama? Lumrahnya  mahu atau tidak mahu?

Suka atau tidak suka? Akan mengalami proses dengan penggantian dengan tokoh-tokoh politik muda dan bertenaga.Habis cerita .Yang fanatik pada benda-benDa yang lama itu memang ada. Itu tidk boleh dinafgikan?Tetapi hanya ada sedikit jumlahnya.idak membahayakan kekuatan Umno yang dh berusia hampir 70 tahun usianya.

Marilah kita sama-sama lihat tendang terajang politik vetran Mahathir setelah keluar buat kali ke-2 daripada Umno. Nasib sabut timbul.Nasib batu tenggelam. Walau bagaimana pun itu adalah pilihannya sendiri.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1357 hrs on March 03,2016)..

Tindakan Dr.Mahathir tidak gugat UMNO

Ekoran bekas Perdana Menteri keluar parti kali kedua 

NIZAM HAMID MELAPORKAN DARI ARAB SAUDI 
03 Mac 2016 1:53 AM 

NAJIB TUN RAZAK (tengah) semasa menghadiri majlis perasmian Forum Ekonomi Jeddah bagi menyampaikan ucaptama sempena lawatan kerja ke Arab Saudi, semalam. Turut hadir Gabenor Mekah, Putera Khalid Al Faisal Abdul Aziz Al-Saud (tiga dari kanan). BERNAMA 

JEDDAH 2 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO buat kali kedua tidak akan menggugat parti itu.
Perdana Menteri berkata, beliau percaya tindakan bekas Presiden parti itu tidak memberi kesan terhadap kekukuhan UMNO.

“Biasanya kali pertama akan beri kesan. Tetapi sudah dua kali, orang kata tidak sangat beri impak yang boleh menggugat UMNO,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Jeddah di sini malam tadi.
Mengulas tindakan Tun Dr Mahathir keluar daripada UMNO, katanya, ia bukan perkara menyedih­kan.
Katanya, UMNO akan meneruskan agenda parti dan berharap dapat mengukuhkan parti itu terutama dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.
Ditanya kemungkinan ada lagi pemimpin UMNO yang akan mengikuti langkah Dr. Mahathir, katanya, terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.
Namun katanya, kekuatan parti akan terus diperkukuhkan.
“Maknanya pemimpin yang komited pada UMNO dan setia bersama saya akan terus perkukuhkan parti,” ujarnya.
Ditanya mungkin ada usaha untuk memujuk Tun Dr. Mahathir, katanya, ia bukan semudah itu.
Menurutnya, namun UMNO bukan parti yang menolak bekas Presiden itu dan beliau pula bukan seorang yang memikirkan kedudukannya sahaja.
“Saya dipilih dalam pemilihan paling terbuka iaitu 160,000 ahli tentukan, bukan seperti dahulu 56 bahagian kena buat pencalonan.
“Saya mendapat mandat daripada perwakilan yang paling terbuka berasaskan demokrasi dan saya beriltizam teruskan mandat itu,” ujarnya.
Mengenai tindakan Dr. Mahathir yang terus mengkritik kerajaan, katanya, sepatutnya ahli parti perlu mempertahankan UMNO dan kerajaan.
Katanya, sepatutnya apa yang perlu dilakukan mestilah untuk membangun dan mengukuhkan negara serta memastikan kesejahteraan rakyat-( Utusan pnline).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at .29 am  on M,arch 03,2016.

Oramng yang sanagt fanatik pada Mahathir Yang Sedih Lihat Mahathir Keluar Umno.Bilanganny Kecil aje.Harmless Buatarti Umno.

Add caption
Orang yang sangat fanatik pada Mahathir dan dah banyak menerima budi dari Mahathir aje yang kata dengan keluar Mahathir dari Umno?

Ia-nya akan memberi kesan jangka panjang pada Umno. Tidakkah Azmin Ali sedar bahawa Umno tak ingin Mahathir berada di dalam parti Umno sejak tahun 1969 lagi iaitu di era Tungku Abdul Rahaman. pegang jawatan Presiden parti Umno dan juga sebagai Perdana Menteri. 

Kerana menurut Tungku Abdul Rahman bahawa Mahathir sejak dulu hingga kini mengamalkan politik "adu-domba" dan "pecah belah" di kalangan Umno itu sendiri untuk kepentingan peribadi dan legasinya aje.Sambil menyelam dia minum air.

Tak lebih dari itu.Jika kemahuan peribadinya dilayan oleh Pak Lah dan Najib? Langsung tak ada cerita Pak L;ah gitulah dan Najib gini-lah.
]
Semua akan beres kerana kemahuan nafsu peribadinya dah dilayan. Zaman Pak Lah pegang jawatan Presiden parti Umno. Anakn ya Mukhriz kalah dalam pertandinga Ketua Pemuda Umno  

Akibatnya MahatHir marah pada Pak Loh kononnya tak mahu beeri bantuan?.Di zaman Najib pula. Mukhriz kalah pada pertandingaan kerusi Naib Presiden parti Umno.

Itulah yang menjengkelkan hati Mahathir? Kini beliau nak cari Perdana Menteri dan Presiden parti Umno yang boleh "push" Mukhriz menang pada pemilihan parti Umno di masa akan datang lebih kurang dua tahun lagi tu? 

Beliau cekup Muhyiddin Yassin?Tetapi kuasa Muhyiddin Yassin dah dipancung.dan dah diantung jawatannya. Maka hilang sudah pokok RENDANG untuk beliau berteduh. 

Keluarnya Mahathir dari parti Umno DAN bila wartawan tanay pada Najib di Jedah? Maka jawab Najib beliau ( Mhathir) dah keluar pun dari Umno pada taun 2008 dulu dan didapati Umno tak menerima sebarang kesan yang buruk pun?. 

Maka keluar kali ke-2 pula? Maka sudah tentu ( harmless) tak ada kesan yang boleh mudaratkan pada parti Umno. Tokoh politiik itu saling berganti.Yang pergi akan digantikan dengan yang baru..

Pedatang baru lazimnya lebih hebat lagi dari yang lama.Maklumlah benda yang dah lama? Tak lama lagi akan dikitar semula. Habis cerita .

Yang fanatik pada benda-benda yang lama itu? Lazaimnya hanya dalam bilnangan yang kecil aje. Cuma hebohnya itu lebih sudu dari kuanya. .Biasa-lah tu.. kerana dah banyak terima budi.?.Jadi,budi baik itu akan di bawa matiTetapi di zaman ini? Didapati banyak manusia langsung tak kenang budi dan jasa orang lain..

Dah Berapa Ribu-Kah Umno Bahagian Gombak Dah Daftarkan Bakal-Bakal Pengundi Baharu Di Parlimen Gombak Untuk PRU ke-14 itu?




Rabu,March 02,2016 @ 5.52 pm.

Syabas Ana ucapakan kepada  (KB) Umno Gombak, Hj.Rahim Kamaruddin kerana mutakhir ini dilihat melalui ruangan (Face book.com.my),begitu rancak mengadakan berbagai-bagai progrem aktiviti-aktivit di kalangan akar umbi di Parlimen Gombak.Itu adalah usaha-usaha yang sangat baik.

Tetapi di samping itu di sini,Ana nak tanya pada Ente  dah berapa ribu kah Umno Bahagian Gombak dah daftarkan nama-nama bakal pengundi-pengundi baharu pada pihak (SPR) di kawasan seluruh Parlimen Gombak itu sendiri?

Isu ini merupakan isu yang sangat mustahak dan paling asas sekali demi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 itu? Terutama-nya pada para pengundi-pengundi dari kalangan generasi anak-anak muda apa yang dipanggil golongan generaSi "Y" itu?

Pada PRU ke-12 dan ke-13 Umno Bahagian Gombak dah kalah ( 4-0) berturut-turut dari parti-parti pembangkang. Kali ini, pun nak macam itu juga ke? Kalau nak gitu juga?

Lebih baik tutup kedai aje. Wang peruntukkan dari Umno pusat pun tak perlu turun kebawah membazairkan jika setiap kali PRU kalah (4-0).Cubalah berubah cara kerja itu..Jangan tang tu tang tu juga.(Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal .blogspot.com at 1752 hrs on March 02,2016. .

Tuesday, March 1, 2016

Mahathir Tokoh Politik Tak Ada Pendirian Tetap.

Beliau"Opportunist"Demi Kepentingan Peribadi Dan Legasinya.
Bila memberi amaran pada musuh-musuh politiknya itu.Datuk Seri Najib sering bermadah.Jika sauh kapal telah di angkat dan layar telah berkibar kencang akibat tiupan angin yang kencang di mana beliau sebagai nakhoda kapal itu? Pantang berundur sebelum tiba ke medan juang.





Haji abu bakar ninggal
Selasa,March 01,2016 @ 1.51 pm.

ITU Kadir Jasin, bekas wartawan vetran Berita Harian dan bekas ahli parti Umno yang telah mengucapakan "sayonara" pada Umno,pada bulan June 2005 ada membuat komen bersabit dengan kisah Mahathir dan isteri telah keluar meninggalkan Umno pada tanggal 29 hb.Feb 2016 iaitu pada hari semalam.

Komen A..Kadir Jasin itu ialah,melalui portal media sosial Malaysiakini siaran semalam-nya,pada jam 11.29 malam bertarikh 29/02/2016. di rungan,di portal Malaysiakin dalam versi Bahasa Inggeris 

Menurut Kadir Jssin bahawa ,"Mahathir quitting is a kick to the groin of Umno," 

Saya tak dapat terima dan tak dapat setuju dengan pendapat yang diorbitkan oleh Kadir Jasin itu.Ia hanya pendapat dari seorang yang benar-benar jadi pengikut Mahathir yang begitu tegar sifatnya dan tebal dengan fahaman ke negeriannya.Mahathir dan Kadir Jasin,kedua-duanya dari negeri Kedah.  

Maka untuk itu? Saya pula berpendapat."Mahathir quitting is a "blessing in disguise to Umno". Ertinya merupakah satu anugerah istimewa dari Allah Swt.,yang Maha Berkuasa yang ada mengandungi 1001 macam hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Umno akan jadi semakin aman damai dan semakin perkasa tanpa Mahathir  berada di dalamnya yang mana beliau dilihat sebagai salah seorang ahli Umno yang berpolitik suka mengamalkan kerja-kerja "adu-domba" yang melampau.

Kini musuh di dalam selimut parti Umno dah pergi jauh membawa dirinya dari parti Umno. Parti keramat bagi orang-orang Melayu. Syukur Al-Hamdulillah.

Punca segala krisis politik di dalam parti Umno selama ini adalah bertitik tolah akibat isu-isu politik yang karut marut yang telah diorbaitkan oleh Mahathir.

Pada penilian penulis berdasarkan dengan apa yang Mahathir cakap dan apa yang Mahathir buat selama ini useless langsung taidak memberi manfaat kepada kemajuan agama,bangsa Melayu khasanya dan rakyat dri kaum-kaum lain umumnya

Beliau itu,adalah merupakan seorang tokoh politik yang boleh digelar " Opportunist" ( mencari kesempatan) politik untuk kepentingan peribadinya dan sekaligus untuk legasinya mengikut keadaan semasa demi untuk mencari "political milage" murahan.

Tun Dr.Mahthir Mohamad,peganag
jawatan Perdana Menteri Malaysia
 atas tiket Umno selama 22 tahun.
Untuk mendapatkan pengaruh politik murahn semata-mata  demi mendapat simpati dari ahli-ahli Umno yang jahil tentang tindak tanduk dan tendang terajanag politik Mahathir yang licin macam belut itu sekaligus sarat pula dengan tipu musihat politik kepentingan peribdi dengan menggunaka cara pecah belah dan perintah.

Mulut diberi gula.Tetapi didubur dikaitnya dengan duri pandan. Bila didapatinya Pak Lah tak layan dia ketika Pak Lah jadi Perdana Menteri dulu? Maka dia pun ambil keputusan keluar dari Umno dengan cara memomok-momokkan pada kononnya bhawa Pak lah itu tidak berwibawa dan sebagainya.

Di era Pak Lah anaknya Mukhriz didapati tewas untuk memegang jawatan Ketua Pemuda,di tangan Khairy Jamaludidn Abu Bakar menantu Pak Lah. Bila Pak Lah dah serahkan jawatan Perdana Menteri pada Najib Tun Razak, pada tahun 2009.

Maka dengan muka selamba aje dia masuk semula menyertai Umno. Agenda utamanya ialah nak "push" legasinya itu sekurang-kurang menang dalam pertadingan Naib Presiden Umno secepat mungkin.

Kerana usia beliau sendiri dah begitu lanjut,tetapi beliau nak pastikan dan nak melihat legasinya itu duduk di kerusi Naib Presiden Umno.Kemudiannya kerusi Timbalam Presiden Umno, Seterunya menduduki kerusi Presiden parti Umno dengan apa cara sahaja.Terpaksa langkah bendul pun tak apalah jika perlu?

Kemudian barulah fikir fasal jawatan Perdana Menteri sebelum kejam dua matanya  kembali kepada Allah Swt.

Mahathir sangat marah pada Najib kerana legasinya dikalahkan oleh Hishammudin Tun Hussin hanya dengan 10 undi sahaja.

Beliau semacam nak salahkan Datuk Seri Najib tak mahui tolong push legasinya itu. Komen-komen politik Mahahir pada malam keputusan pemilihan itu setalah didapatinya Mukhriz anak hanya kalah 10 undi itu?

Lain sahaja bunyi dan nadanya,.Kemushkilan Mahathir itu dilihat  berlarut dalam hampir sebulanlamanya. Mahahthir dilihat masih cakap merapu-rapu tentang keputusan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti Umno  pada penghujung tahun 2003 itu?

Para perwakian didakwanya tidak bijak memilih tokoh-tokoh pemimpin yang berwibawa untuk jadi pucuk pimpinan parti Umno.

Saya sering mengikuti komen-komen politik Mahathir yang telah disiarkan oleh media arus perdana dan juga media sosial tempatan dari berbagai-bagai bloger terutama yang pro-pada Mahathir dan juga paro-pada parti-parti pembangkang.

Tun Abdullah Ahmad Badawi,Perdana
 Menteri Malaysia ke-5
Komen-komen Mahathir itu sering penulis dapati yang mana Mahathir sering salahkan Najib dalam banyak isu terutama dalam isu kononya Najib tidak cekap mengatasai isu pertumbuhan ekonomi negara dab sebagainya.

Tektik tegurannya pun lebih kurang sama dengan isu-isu yang pernah dilontarkan pada Pak Lah dulu. Bila isu IMDB dan wang derma RM 2.6bilion itu menjadi polimik,pada  awal tahun 2005 yang sangat hangat di polimikkan di arena politik Malaysia? Maka Mahathir ambil kesempatan berpolimik lebih aktif lagi pada dua isu itu.

Mahathir semacam berpendapat dua isu ini? Sangat unik kesan politiknya yang boleh mengakibatkan tumbang dan jatuh seeorang tokh plitik itu keran melibatkan kononnya ada berlaku perbuatan salah laku semacam ada unsur-unsur "pecah amanah" dan skandal.

Kononnya boleh dijadikan isu politik mengodam Najib dan sudah pasti akan dapat sambutan dari rakyat terutamanya dari ahli-ahli Umno agar benci pada Najib,lanatas kononnya akan mengambil tindakan gulikan Najib?

Disebabkan dua isu ini beliau tak ada bukti yang "sahih"? Maka Mahathir cuba memanupulasinya dengan cara macam benar-benar konon Najib terbabit?

Mahathir itu semacam dah lupa bahawa Najib itu ada berbagai orang penasihat yang berbagai latar kebolehan dan ke pakaran masing-masing. Sekaligus Najib adalah legasi Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 Malaysia iaitu tokoh tersohor sebaga bapa pembangnan Malaysia iaituTun Razak Hussin.

Berketurunan darah Bugis.Bukan mudah mengakui kalah. Setelah sauh kapal diangkat dan kain layar kapal,telah di kibar lebar oleh tiupan angin dan kapal yang Najib jadi nakodanya telah mula bergerak belayar? Pantang pahlawan bugus mengakui kalah sebelum berjuang di medan juang?

Untuk itu segala tuduhan yang rambang oleh Mahathir dan konco2nya itu? Senang sahaja dipatahkan oleh Najib Tun Razak,msatu demi satu.

Pun begitu Mahathir dan konco-konconya tetap bersabar sehingga beliau dapat melihat tindakan yang terakhir oleh pucuk pimpinan Umno terutamanya sikap Badan Tertinggi Umno (MT).terhadap Muhyiddin Yassin.yang didakwa tekah melanggar  didiplin parti kerana secara terang-terngan banyak kali mengkritik Datruk Seri Najib tun Razak atas  2 isu yang melibatkan isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 juta dernma dari Saudi Arabia itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Akan diambl tindakan "disiplin' atau sebliknya ke  atas Muhyiddin Yassin?. Bila dilihatnya (MT) parti Umno telah mengambil tindakan yang drastik terhadap Muhyiddin Yassin?Dengan menggantung jawatan Timbalan Presiden Umno itu hingga ke Mesyuarat Agun Umno yang akan datang?

Maka Mahathir secara kontan dah pun dapat signal bahawa beliau tidak lagi boleh bergantung pada Muhyiddin Yassin untuk "push legasinya" cara shotcut. Beliau harus segera bertindak mencari jalan alternatif baru politiknya.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Mahathir ada menyatakan akan join pada satu parti politik yang ada teras.Beliau tak mahu jadi ahli badan parti politik itu. Hanya sanggup sokong dasar-dasarnya aje.

Parti politik yang mana satu yang katanya ada teras itu? Masih belum diketahui oleh umum?Yang tahu agaknya hanya Zahid Ibrahim,bekas ahli Umno juga.Kemudian sertai parti PKR dan kemudiannya tubuhkan satu parti baru.kemudian ditingglkannya gitu aje.

Mahathir semalam ada pelawa Muhyiddin Yassin join gerkananya itu.Beliau mahu penyokong Muhyiddin Yassin di dalam Umno terus memporak pernda parti Umno. Mahathir hanya pelawa Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Hisamuddn Tun Hussin
Tetapi dia tak pelawa anaknya Mukhriz? Tindakan Mahathir itu semacam beri signal pada Mukhriz.agar Mukhriz tetap tinggal dalam Umno. Walau beliau dah keluar dari parti Umno?Tetapi hakikatnya?

Mahathir masih mengakui bahawa parti Umno itu masih kuat dan masih jadi parti keramat bagi orang-orang Melayu. Parti Umno itu sangat susah nak dijatuhkan oleh parti-parti yang jadi parti-parti pembangkang.

Kerana tokoh-tokoh politik parti pembankang itu hala tujuanya sama aje. Semuanya golongan yang terkenal sebagai golongan "OPPORTUNIST" macam Mahathir Mohamad juga.. Perjuanganya hanya nak lepaskan pucuk masing-masing. B ukan untuk rakyat dan kawan-kawan seperjuangan mereka?.

Tak boleh dipercayai cakap-cakap dan tendang terajang politik mereka itu. Justeru itu pucuk pimpinan Umno yang berada di mercu kuasa pada hari ini? Harus waspadah dengan tektik politik Mahathir Mohamad yang licin macam belut itu.

Beliau boleh berlakun apa sahaja watak.Macam para pelakon dari filem Hindustan.Asalkan "matlamat menghalakan cara' ciptaannya berjaya jadi nyata?

Dalam hubungan ini? Maka di runagan ini,suka penulis nak hidangkan satu cerita yang sangat menarik dari sebuah filem Hindustani yang penulis  ada tonton dua tiga kalai berulang-ulang.Cerita di dalam filem itu kisahnya begini:

Isterinya dah pun pegang jawatan Ketua Menteri bagi satu daerah yang besar juga di India.Selaku suami? Lazimnya,maka suaminya harus rasa bangga dan bersyukur dapat jodoh pasangan hidupnya isteri yang berpendidikan tinggi dan berpangka tinggi.Dipilih sebagai  Ketua Menteri pada sebuah negeri yang besar pula?

Akibat tamak,dan hasad dan dengkinya? Dalam senyap-senyap si suaminya ini rupa-rupanya iri hati dengan jawatan Ketua Menteri yang di sandang oleh isterinya itu.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Maka secara rahsia,si suaminya wujudkan satu kumpulan "gengster" nak bunuh isterinya di dalam satu majlis perasmian yang akan dirasmikan oleh isterinya yang pegang jawatan Ketua Menteri itu. 

Nasib baik hero dalam film itu dapat hidu rancangan jahat si suami itu? Dan akhirnya dapat menggagalkan kerja jahat sang suami nak bunuh sang isteri di dalam satu majlis perasmian itu.Majlis jadi gempar akibat kerja durjana oleh sang suami itu.

Suami itu diberkas oleh polis untuk dihadapkan ke Mahkamah Pengadilan di India.. Isterinya sangat terkejut beruk.sangat terperanja dan sangat hairan dengan niat jahat suaminya itu.

Orang yang setiap malam dipeluk,diciumnya dengan penuh kasih dan sayanag? Rupa-rupanya sengaja nak bunuh dia kerana tamakkan kuasa?

Agaknya budaya dan nature hidup setengah-tengah orang-orang di India itu gitulah budaya hidupnyanya? Kerana wang,pangkat dan kuasa? Kuasa politik Isterinya pun nak di samunnya? Suami jenis apakah dia tu? Kalau tak terjadi gitu di India?

Bagaimana penulis skrip filem itu dapat idea dan paparkan ke dunia filem itu untuk tatapan umum di dunia?. Filem Hindustani pasarannya sangat luas diedarkan seluruh dunia, lengakap dengan bahasa sub-titlenya mengikut bahasa di negara mana filem itu ditanyangkan?

MUKHRIZ MASIH AHLI UMNO LAGI.TETAPI MAKI-MAKI PARTI UMNO. INI DAH lANGGAR DISIPLIN PARTI UMNO LAGAK DAN GAYANYA.... 

Anak Mahathir ,Mukhriz pun sering cerca pucuk pimpinan Umno dan parti Umno..Kuah mana tumpahnya? Kalau tidak ke nasi juga.? Bapa borek ? Maka anaknyan pun rintik? Satu hal harus menjadi panduan pada pucuk pimpinan Umno pada masa sekaraang ini hatta buat masayang akan datang juga.

Agar jangan pisang berbuah dua kali. Mahathir ini telah ditendang oleh Tunku Abdul Rahman Putra,Presiden parti Umno dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada tahun 1969 kerana dilihat oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj,bahawa Mahathir Mohamad ini suka benar mengwujudkan onar di dalam parti Umno mengakibatkan politik di dalam Umno itu sendiri dilihat oleh Tunku jadi tak stabil.

Atas desakan oleh beberapa orang tokoh Umno di Kuala Lumpur berjaya Mahathir tarik ke dalam perankap politiknya? Dengan serius cuba mempengaruhi Tun Razak,agar terima semula Mahathir berada di dalam Umno pada tahun 70an.

Ujung-ujungnya anak Tun Razak yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak pula dibalun oleh Mahathir semahu-mahunya. Ternyata budaya politik legasi Mahathir ini dilihat tak pandai mengenang jasa dan budi orang lain.

Jika Tun Razak masih hidup? Tentu beliau( Tun Razak) akan rasa kesal 1000 kali kesal, apabila melihat perbuatan Mahathir yang songang itu terhadap anak sulungny aitu? Susu diberi dibalsanya dengan tuba?

Budaya ini buaklah budaya orang-orang Melayu di Malaysia ini. Mahathir pegang jawatan Perdana Menteri atas tiket parti Umno 22 tahun lamanya.Tetapi Mahathir dan anaknya sanggup hina dinakan Umno demi kepentingan kemahuan peribadinya tersekat?
Mukhriz Mahathir

Tahukah anda pembaca apa bendanya yang Mukhriz kata setelah (MT) parti Umno gantung jawatan Muhuyiddin sebagai Tmbalan Presiden Umno?

Katanya,Ia merupakan sebagai "paku terakhir" bagi keranda Umno.Tahukah anda apa itu " keranda?" 

Bukan setakat itu aje,maka  dia berkata lagi? Malah Mukhriz berkata-kata,Umno akan menerima padah. pada PRU ke-14 p[ada tahun 2018 itu nanti dengan mengantung jawatan muhyiddin Yassin.sebagai Timbalan Presiden Umno.Mukhriz tidak yakin Umno akan mendapat semula sokongan dari rakyat... Mukhriz berpendapat sebaliknya?. 


Tidakkah Mukhriz sedar? Bahawa Mukhriz dah tiga tahun jadi Menteri Besar Umno,diKedah.Dan baru digugurkan hanya  belum sampai sebulan pun? Apakah sedikit pun Mukhriz mahu mengenang jasa parti Umno yang beri dia peluang jadi Menteri Bear Kedah walau pun telah  digugurkan?

Skurang-kurangnya di dalam usia semuda itu dah dapat merasa pegang jawatan yang terhomat sebagai Menteri Besar Umno,di negeri Kedah?

Lagi pun Mukhriz itu masih jadi ahli paerti Umno dan tak ada nak mengucapkan akn tinggalkan parti Umno? Tetapi kenapa Mukhriz begitu tega berkata dengan  menggunakkan perkataan yang sangat kasar dan biadab pada parti Umno?

Kalau pun  nak bercakap kasar dan biadab pada parti Umno? Sila-lah isytiharkan yang anda itu dah keluar pun dari Umno macam bapamu Mahathir lakukan.pada hari semalam..Pada hal dari segi undangp-undangnya?Anda masih lagi ahli parti Umno yang sah?

Tetapi anda begitu  tega maki hamun parti Umno sesuka hati anda. Sedangkan anda itu masih lagi jadi ahli parti Umno? Nak kata tak ada pelajaran? Anda difahamkan lulusan  dari Universiti Jepun.Orang-orang jepun itu lazimnya didapati begitu kaya dengan budi bahasanya dan pekertinya.

Tidakah  anda sedar bahawa  apa-apa  yang anda cakap-cakap-kan itu adalah merupakan sebagai doa. Doanya agar parti Umno itu hancur musnah? Sedangkan mereka itu masih berada di dalam Umno.Apakah masih ada tempat lagi buat Mukhriz di dalam parti Umno?

Pada orang yang sedang mendoakan kematian dan kehancuran parti Umno? Orang-orang yang demikian itu? Lazimnya langsung tak ada tempat walau pun sebesar zarah di dalm parti Umno.Terutamanya pada musang-musang yang berbulu ayam?.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1341 hrs on Maanrch 01,2016.