Wednesday, May 11, 2016

Sangat Bersetuju Dengan Saranan YAB (TPM) Mahu Melakukan Pembersihan Kotoran Dalam Umno...



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis ,May 12,2016 @12.40pm.


Bersempena dengan hari menyambut genap usia parti Umno dah berusia 70 tahun berada di dalam arena politik tanah air ini pada (11/05/2016)? Maka dalam hubungan itu YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dilihat ada memberi sarananya yang berbunyi, " Perlu Bersihkan Kotoran Dalam Umno".

Setiap ahli-ahli Umno benar-benaar mahukan parti Umno itu terus hidup dan efiktif masa depannya hingga ke anak cucu dan cicit kita? Dalam konteks saranan TPM itu? 

Secara peribai saya sendiri.Bahawa saya sangat bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri kita,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,bahawa di saat dan ketika ini?

Parti Umno sangat perlu dibersihkan dengan secepat mungkin untu menmgnyahkan golongan yang membahayakan paeti Umno ini dari ansir-ansir kotor-bolor itu terutama  golongan yang seperti di bawah ini sebelum tibanya PRU ke-14 pada tahun 2018.

Tokoh-tokoh politik yang menjadi targget:
-yang menjadi musuh di dalam selimut?
-tokoh yang menggunting di dalam lipatan?
-tokoh yang menjadi api di dalam sekam?
-tokoh yang bermuka talam dua muka?
-tokoh politik musang yang berbulu ayam?


* Juga dengan berbagai-bagai lagi perumpamaan dan bidalan orang tua-tua kita di zaman silam.

Jika dah ternyata bahawa tokoh-tokoh itu telah kerap kali melanggar disiplin parti Umno secara terang-terangan tanpa sedikit pun rasa hormat pada Presiden pasti Umno ,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang memangku kerja-kerja Tim.Presiden Umno? 

Mereka haus dipecat segera dari Umno.Mereka itu dilihat semata-mata mencari kesempatan berada di dalam Umno demi kepentingan peribadi mereka? Useless...

Jika mereka itu diterima juga menyertai Umno? Ia merupakan bahaya yang sangat besar bagi parti Umno itu sendiri kerana menerima semula tokoh-tokoh politik yang sangat pandai berpura-pura.

Percayalah! Di isuatu masa nanti mereka ini akan menikam parti Umno sekali lagi dari belakang?
Pepatah Meelayu ada berkta,:" Jika anjing itu dah makan tahi?Pada bila-bila masa aje? Mereka akan tetap makan tahi.? Jika seorag itu dah pernah di pecat dari Umno?

Kemudian diterima semula menyertai Umno?Dan kemudianya bila kepentingan peribadinya ditolak?Maka keluar dari Uno buat kali kedua-nya pula? Tak tahu mengenag budi? Insan jenis apa ini?

Apa dah jadi? Ahirnya dia dengan muka " toya" aje keluar lagi meninggalkan Umno dan di masa yang sama depa kutuk,cerca,hina pemimpin nombor satu parti Umno yang sangat kita sayangi den gan sesuka hati depa aje?
Justeru it,ketika parti Umno mahu melakukan pembersihan seperti mana yang di kehendaki oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu?

Kita memang boleh buang yang keruh dan ambil yang jenih? Islam pun sangat menggalaakan setiap muslimen dan muslimat agar sentiasa maaf dan memaafkan antara sesama kita yang beragama Islam itu adalah semuanya bersaudara.

Disamping itu,,kita harus waspadah dan ingat, jika kita terus menyokong pada orang politik pernah Tnku Abdul Rahman pecat pada tahun 1969 yang menurut Tungku Abdul Rahman adalah seorng ahli politik yang men jadi raja "pengadu -domba politik" di dalam Malaysia ini?

Jika beliau tidak diterima semula menyertai Umno pada tahun 70an oleh regim Tun Razak dulu itu? Maka Malaysia dan Datuk Seri Najib tidak di aibkan dan dimalukan begitu rupa tanpa sebab munasabab yang sahih? Durjana benar tokoh ini?

Justeru itu,jangan alpa, di ketika Umno mahu melakukan pembersihan untuk menghadapi PRU yang ke-14 pada tahun 2018 ini nanti?Jangan-lah sekali lagi melakukan sesuatu yang pernah silap itu?
Hendaklah hati-hati,agar jangan asudah terhantuk baru nak tengadah? Setela nasi akan menjadi bubur sekali lagi?

Nature politik seseorang yyang kita hendak buat kawan seperjuasngan itu? Ia mertupakan sesuatu yang amat penting dinillai ketika Umno sedang melakukan pembersihan?

Sesal kemudian itu tidak akan berguna lagi jika KITOL MODEN itu dah berjaya merap di kalangan di dalam parti Umno itu sendiri .Harus wasapad sebelum hubaya datang menjelma tiba??( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.40 pm on May, 12,2016

Saturday, May 7, 2016

Barisan Nasional Menang Besar Di Sarawak PRN ke-11

Kuasai 72 daripada 82 kerusi DUN pada PRN-11


08 Mei 2016 1:15 AM 

YANG Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menyampaikan watikah kepada Adenan Satem selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Kuching, malam tadi. 

KUCHING 7 Mei - Barisan Nasional (BN) mencapai kejayaan besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) Sarawak hari ini apabila menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) yang dipertan­dingkan termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

Berikutan kejayaan itu Tan Sri Adenan Satem mengangkat sum­pah sebagai Ketua Menteri Sarawak di Astana Negeri, Petra Jaya pada pukul 10.20 malam. Sebelum itu pada pukul 8.40 malam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan BN layak menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah iaitu 42 kerusi.
Kemenangan besar melebihi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya itu dianggap tamparan hebat kepada parti pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan Pas.
DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya berupaya menang di 7 kerusi sahaja daripada 31 kerusi ditandinginya manakala PKR kekal memperoleh 3 kerusi walaupun bertanding di 41 kerusi.
Kegagalan DAP mempertahankan lima kerusinya membuktikan strategi dan pendekatan parti itu dalam meraih undi ditolak oleh rakyat Sarawak termasuklah pe­ngundi kaum Cina.
Sementara itu cita-cita Pas untuk mencatatkan kemenangan sulung di Sarawak 'terkubur’, apabila tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandinginya, begitu juga parti serpihannya, PAN yang kali pertama bertanding. Parti tersebut tewas di kesemua 13 kerusi yang ditandinginya. Turut mengalami yang sama ialah calon-calon dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Bebas.
Adenan merupakan calon yang mencatatkan kemenangan awal apabila berjaya mengekalkan kerusi DUN Tanjung Datu dengan majoriti 5,892 undi. Beliau yang juga Pre­siden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh 6,360 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang hilang deposit apabila hanya berupaya mendapat 468 undi sahaja.
Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg pula mempertahankan kerusi DUN Satok untuk kali kelapan selepas mengalahkan pencabarnya Mohamed Salleh Shawkatali daripada PKR dengan majoriti 5,045 undi. Beliau mendapat 6,854 undi manakala Mohammed Salleh mendapat 1,809 undi.
Seperti diramalkan, PBB yang merupakan parti komponen terbesar BN di Sarawak menang di kesemua 40 kerusi yang ditan­dinginya, begitu juga Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang mencatatkan kemenangan di kesemua 11 kerusi. 

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pula menang 7 daripada 13 kerusi manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mencapai kejayaan di 3 daripada 5 kerusi manakala calon langsung BN menang di 11 daripada 13 kerusi.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 4.03 am on Mei 08.2016.

Tuesday, May 3, 2016

Pengiring polis keselamatan untuk Mahathir ditarik semula.

Rabu,Mei 04,2016 @12.54 am.
Polis Keselamatan  Jalanraya untuk  pembesar-pembesar negara
LAZIMNYA sejak dulu-dulu lagi bahawa Pengiring Polis Keselamatan Negara akan diberikan oleh kerajaan kepada bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah bersara kerana baktinya pada negara.

Mahathir kini dah pun keluar dari parti Umno.Bukan setakat dah keluar aje dari parti Umno. Malah beliau didapati telah bergabung pula dengan pihak parti pembangkang dan telah mengwujudkan majlis (Deklarasi Rakyat) untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Mantan Perdana Menteri Malaysia
yang ke-4 Tun Dr.Mahathbir
Mohamaad memegang jawatan PM
Malaysia selama 22 tahun atas tikeh
parti Umno.
Datuk Seri Najib Tun Razak,kini sedang memegang jawatan (Perdana Menteri) Malaysia yang ke-6 yang sah mengikut amalan demokrasi di Malaysia,hasil dari PRU ke-13 pada 05hb.Mei 2013.

Pada PRU ke-13 itu rakyat Malaysia didapati telah memilih beliau dengan suara majoriti dan rakyat telah memberi mandat beliau jadi Perdana Menteri Malaysia yang sah. 


Sedangkan Mahthir kini bukan sahaja telah keluar meninggalkan parti Umno.Akan tetapi setiap hari Mahathir didapti telah mencerca dan mencemuh Najib,sesuka hatinya dan sekaligus secara terang-terangan hendak gulingkan Najib dari jawatan yang sedang dipegang oleh Najib itu iaitu, dari jawatan PM Malaysia yang ke-6.


Mahathir dan konco-konconya dilihat tak habis-habis dengan usaha-usahanya itu. Oleh itu keistimewaan beliau mendapat Pengiring Polis Keselamatan di jalan raya.  


Kini dah di tarik semula akibat beliau didapti begitu tega dan tak habis-habis becakap hendak menggulingkan Najib, Ketua Pentadbiran Kerajaan Pusat dari parti Umno-BN yang telah dipilih oleh majoriti rakyat menerusi PRU ke-13 pada 05hb.Mei 2013 dulu itu.

Parti Umno-BN kini sedang menguasai Parlimen Malaysia. Justeru,adalah wajar keistimewaan beliau mendapat Pengiring Polis Keselamatan jalanraya itu,ditarik semula akibat beliau kini adalah penentang Najib yang tegar dan sekaligus didapti terus menersu berazam untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.( Posteeb by abnmulya  /./haji abu bakar blogspot.com at 12.54 am on Mei 04,2016).

Monday, May 2, 2016

Pembangkang tidak mampu tadbir Sarawak

Oleh Md .Azrin :03 Mei 2016 @ 12.42 am.

NAJIB TUN RAZAK melambaikan tangan kepada orang ramai yang menyambut ketibaan beliau dalam program tinjauan mesra di Dataran Menara Jam Bandar Saratok, semalam. Kehadiran Najib di kubu kuat pembangkang itu mendapat sambutan yang luar biasa dengan lebih 4,000 penduduk hadir. UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN 

SARATOK 2 Mei - Pakatan pembangkang rapuh dan tiada persefahaman sehingga menyaksikan pertindihan calon mereka berlawan di enam kerusi dalam Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) ini sekali gus menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk memerintah Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PKR dan DAP jelas sudah berpecah manakala Pas pula telah keluar daripada pakatan.

“Tidak boleh kita bergantung harap kepada mereka, tidak ada persefahaman antara satu sama lain, justeru masakan boleh mentadbir negara ini, apa lagi Sarawak.
]
“Jadi, janganlah persia-siakan undi kita nanti. Kalau tuan-tuan sekalian memilih BN, kita telah pilih sebuah kerajaan yang mempunyai agenda pembangunan.

“Kita bukan pilih individu, individu tidak kuat, yang kuat adalah parti BN. Saya pun tidak kuat sebagai Pengerusi BN secara peribadi tetapi saya kuat apabila jadi Pengerusi BN. Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) kuat bila jadi Pengerusi BN Sarawak dan calon-calon kita pun jadi kuat bila jadi calon BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program walkabout atau tinjauan mesra di Dataran Menara Jam Bandar Saratok hari ini.

Yang turut hadir, dua calon BN kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Kilat Beriak dan Datuk Wahab Abdul Aziz (DUN Kalaka) dengan disertai lebih 4,000 penduduk di sini.

Menurut Perdana Menteri, beliau yakin pengundi akan memberi pertimbangan menggunakan akal dan fikiran dalam menentukan kepemimpinan yang dapat membawa pembangunan yang lebih banyak di negeri ini.

“Soal utama di Sarawak ialah bagaimana nak tambah lagi pembangunan dan kemudahan infrastruktur. Kalau nak bawa Sarawak ke tahap kemajuan lebih tinggi, kita perlukan pembangunan infrastruktur yang menelan belanja bukan berjuta-juta, tetapi berbilion-bilion ringgit,” jelasnya.

Beliau berkata, proses pembangunan pula bukannya memakan masa sekejap satu atau dua tahun, tetapi memerlukan banyak tahun sehingga 10 tahun akan datang, barulah lengkap agenda pembangunan infrastruktur untuk negeri seluas Sarawak.

Mengulas mengenai kerusi Krian yang sebelum ini dimenangi PKR, Najib berkata, BN menampilkan calon baharu, orang muda dan tempatan yang merupakan peguam yang diyakini dapat membawa pembangunan di sini.

“Saya harap beri ruang kepada dia lima tahun akan datang dan tengok apa dia boleh dibuat kerana
kerajaan Persekutuan dan negeri ada dibelakangnya. Bagi calon Kalaka, saya percaya beliau akan terus berkhidmat dengan baik,” katanya.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan kelulusan peruntukan bagi pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Krian dari pekan Saratok, jalan dari Kampung Kupang dan persimpangan ke Jalan Bajau (18 kilometer) yang keseluruhannya menelan kos RM90 juta untuk DUN Kalaka.

“Bagi kawasan DUN Krian pula, Kilat akan menyenaraikan projek-projek untuk dipertimbang diluluskan,” katanya.( Utusan online-) .Posted  by abnmulya // haji abu baklar ninggal.blogspot.com at 7.,27 am on Mei 03,2016.

Bendera parti UMNO adalah wajah-wajah kita,orang-orang Melayu yang meng-anggotai-nya.

 ISNIN ,MEI 02,2016 @ 10.43PM.

PESANAN PENTING DAN BESAR ERTINYA DARI TAN SRI ANNUAR MUSA KETUA PENERANGAN (UMNO MALAYSIA),KEPADA AHLI-AHLI PARTI UMNO ITU SENDIRI HARUS MENGKIBARKAN BENDERA PARTI UMNO DI RUMAH-RUMAH MEREKA SEMPENA PERAYAAN MENYAMBUT USIA PARTI UMNO GENAP ( 70) TAHUN.HIDUP UMNO!!!.( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1043 pm on Mei 02,2016.

Pesanan penting dari Tun Hamid, bekas Ketua Hakim Negara.Malaysia.

Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2127 hrs on Mei 02,2016.

Sunday, May 1, 2016

Setinggi tahniah diucapkan pada Chong Wei

Ahad,Mei 01,2016 at 6.24 pm.

Akibat tidak berputus asa dengan cita2 dan harapannya untuk terus menngalahkan Lin Dan dan Cheng Long jaguh badmantion dunia nombor satu dari negara Cina, di Wuhan, China.
Chong Wei

Maka pada hari sermalam Chong Wei telah berjaya mengalahkan Lin Dan.

Sementara di hari ini pula iaitu, di petang ini.Chong Wei telah berjaya mengalahkan Cheng Long, juara nombor satu dunia badmantion dari Chna itu,di Wuhan,China.

Kini Lee Chong Wei telah berjaya menjadi Johan Badmantion Asia buat kali kedua.

Sekalong bunga tahniah kami ucapkan kepada Chong Wei atas kejayaannya itu walau pun telah mengalami kekalahan yang selalu di tangan Lin Dan dan  Cheng Long..

HARI ini dengan bangganya dan dengan bergayanya Chong Wei telah berjaya melakar sejarah baru bagi dirinya dengan berjaya mengalahkan Cheng Long,juara dari China itu walau pun dengan 3 set dengan keputusan ( 21-17) (15-21) dan (21-13) berpihak kepada Chomg Wei. Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot.com at 6.24 pm on Mei 01,2016..