Saturday, September 24, 2016

Najib tolak politik kebencian

Najib Tun Raak bersama isteri Rosmah Mansor dan Iromhizam Ibrahim (kiri) serta penuggang motorsikal wanita muda ketika melawat gerai pemasaran dan majlis perasmian Festival Wanita Muda di Dewan Tun Razak 1,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur (misnun/ Saiful Bahari Ashari).
Perdana Menteri turut gariskan dua tugasan kepada Puteri UMNO

OLEH  (MOHDASRON.MUSTAPHA @UTUSAN.COM.MY) 

25 September 2016 12:15 AM 


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak sikap pembangkang yang hanya pandai bermain politik kebencian dengan memburuk-burukkan kepemimpinan kerajaan tetapi gagal mengemukakan sebarang agenda pembangunan atau transformasi buat negara.

Perdana Menteri berkata, meskipun sedar budaya politik kebencian tidak akan membawa Malaysia menuju kejayaan, pembangkang tetap memilih jalan tersebut kerana memburuk-burukkan pihak lawan adalah kerja paling mudah walaupun tindakan itu mendatangkan dosa.

Kata beliau, berbeza dengan pembangkang, kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan UMNO selaku tunjangnya mempunyai deretan agenda pembangunan, pelan transformasi serta dasar-dasar yang telah terbukti keberkesanannya sehingga meletakkan Malaysia pada kedudukan sekarang.

“Apabila kita memburukkan orang lain itu senang walaupun berdosa, tetapi memburukkan orang lain tidak membawa kita kepada kejayaan. Kita (BN) ada agenda yang lebih baik dan sempurna untuk negara,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Wanita Muda di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim; Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Kuala Sela­ngor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Festival yang buat julung kalinya diadakan bagi menghimpunkan wanita muda melibatkan pelbagai bangsa, agama serta latar belakang dari seluruh negara itu dianjurkan Puteri UMNO.
Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden UMNO menggariskan dua tugasan utama yang perlu digalas Puteri UMNO dalam menangani pelbagai cabaran dihadapi generasi muda terutamanya dalam konteks politik, ekonomi dan sosial.

Jelasnya, bagi tugasan pertama, Puteri UMNO perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan generasi muda bahawa wadah perjuangan yang paling baik kepada mereka ialah UMNO dan BN.

Tugasan kedua pula kata Perdana Menteri, Puteri UMNO perlu membentuk atau menyediakan generasi muda dengan segala kekuatan meliputi aspek ilmu, kerohanian dan kemahiran agar mereka berupaya mendepani segala cabaran mendatang.

“Saya sebagai Presiden UMNO mahu Puteri UMNO terus berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya generasi wanita muda akan menganggap wadah perjuangan yang paling baik untuk mereka ialah wadah perjua­ngan dipelopori UMNO dan BN.

“Tugasan kedua untuk Puteri UMNO ialah menyediakan gene­rasi wanita muda dalam menghadapi segala cabaran masa akan datang melangkaui soal politik, sebaliknya lebih realistik bukan hanya untuk meraih undi daripada golongan itu semata-mata,” katanya.( Utusan online-politik) Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.bnlogspot.com. at 10.05 an on September 25,2016.

Sokong Dakwaan Nik Mohamad Abduh DAP Fahaman Chauvinisnya Pekat Dan Kental








Haji Abu Bakar Ninggal
Sabtu,September 24,2016 @7.49 pm

SESUNGGUHNYA musuh utama saya ialah dengn fahaman Chauvinis.Justeru itu saya lihat Nik Mohamad Aduh Nik Aziz ini pun sangat benci dengan tokoh politik yang berfaham chauvinis yang melampau?s Maka sebaik sahaja saya selesai membaca tulisan beliau melalui Utusan online pada pagi ini?

Tak bertangguh-tangguh lagi saya mengambil keputusan yang kongkrit menyokong komen-komennya tentng parti DAP itu dan mengucapkan tahniah yang tidak terhingga di atas keberanian Nik Mohamad Abdul,selaku Ketua Pemuda PAS dengan begitu gagah berani dan begitu terus teerang mengatakan yang benar dan menyanggah sesuatu yang tidaak benar dan salah.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Ketua Pemuda parti PAS.
Saya sangat setuju dengan komen yang telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz itu yang ada mendakwa bahawa parti DAP dilihatnya telah gagal membuang amalan fahaman Chauvisnya yang membuatkan orang-orang Melayu hatta ahli-ahli PAS itu sdendiri pun dilihat tidak begitu berminat dengan konsep perjuangan parti DAP..

Kita semua tahu  dulu-dulunya selepas PRU ke-12 pada tahun 2008 akibat pujuk rayu Anwar Ibrahim,parti PAS adalah salah satu parti politik dalam berada didalam gabungan Pakatan Rakyat.

Disebabkan DAP dalam segala tindak tanduk
politinya di Malaysia ini dilihat oleh Nik Mohamad Abduh, sentiasa hendak menjaga hati dan perasaan kaum Cina yang jadi penyokng tegar DAP yang chaivinis itu?

Maka DAP terpaksa mengamalkan fahaman politiknya yang chauvinis juga?

Mat Sabu Presiden parti Amanah.

Motifnya politiknya setelah berjaya menggamit kaum Cina Malaysia meninggalkan MCA dan GERAKAN lantas menyokong DAP macam ledakan tsunami hebatnya?

Dalam konteks itu? Agar sokongan itu tidak jadi merosot dan tidak hilang sokongan dari kaum Cinia yang chauvinis juga terhadap DAP ?

Maka dari masa ke masa boleh dikatakan DAP tetap mengamalkan dasar politiknya yang radikal i dan tetap mengamalkan tektik Chauvinisnya itu.

Hal ini terjadi? Disebabkan pucvuk pimpinan tertinggi DAP semacam takut kehiangan Pulau Pinang dan Selagor di mana DAP merasai nikmatnya akibat dah dapat berkuasa di dua negeri itu.

Jadi DAP langsung tidak peduli hati dan perasaan tokoh-tokoh parti lain yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat. DAP dalam banyak isu politik di Malaysia ini mereka punya dasar politik tersendiri dan semangat setia kawan dengan parti-parti lain  yang ada di dalam gabungan Pakatan Rakyat langsung tgidk dipedulikannya?

Pergi syaitan dengan hati dan perasaani tokoh-tokoh dari parti-partilain.DAP tak segan dan silu membuat kritikkrtik hatta dalam isu-isu sensetif orang-orang Melayau  yang beragama agama Islam.

DAP menganggap tokoh-tokoh besar dalam pati PAS yang berada di dalam (Pakatan Rakyat) itu?
Semacam tunggul yang bernyawa dan sebagai boneka yang boleh diketipnanya bila-bila masa sahaja

Justeru,Langkah PAS berkerat rotan dengan bertindak keluar meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat lantas bermufarak siasah dengan DAP itu?

 Adalah satu langkah PASyang sangat bijaksana dan terpuji untuk mengajar DAP dan disamping itu untuk mengkekalkan para penyokong PAS tetap berada di bawah payung politik PAS.

Berada di bawah payong politik PAS yang mana sesuai adengan dasar politik PAS unuk memertabatkan Syair Islam di Malaysia ini semulia-mulinya dan dihormati oleh semua kaum di Malaysia yang bersifat majmuk agama dan budaya dah bahasanya.

Sedangakan DAP dilihat semacam Begitu ego dengan fahaman chauvinisnya itu?Demi untuk menjaga hati dan perasaan pengundi-pengundi Cina.


Parti DAP dilihat dari ke hari ke hari tetap mahu mengembang dan memperkukohkan dan menjaga kemahuan dan keperluan penyokong-penyokongnya yang beragama Kristian.

Disamping itu terus-menerus meremeh-remehkan pula kesucian dan keagungan agama Islam yang jadi anutaan seluruh bangsa Melayu di Malaysia ini,

Sebagai contohnya  isu  nama Allah diminta agar kerajaan pusat membenarkan dicetak di dalam bible agama kristian.

Dalam konteks ini PAS memilih kesucian dan keagungan agama Islam itu paling utama
sementara kerperluan meterial adalah  saol yang lain?

Kemurkaan Allah swt terhadap hamba-hambanya adalah jadi pengangan utama pada parti PAS itu sendiri. DAP boleh pergi neraka jaham dengan faham chauvinisnya itu?

Biaraah Mat Sabu dan konco-konya itu terus hanyut dan hanyut di dalam buaian  parti DAP.

Kiin Madey pula yang dulu-dulunya bencinya depa pada DAP tiada taranya? Madey ketika itu menganggap tahi/najis itu lebih wangi berbanding dengan parti DAP. Kini dah jadi pendatang baru bagi menjilat DAP.

Madey diliht hilang panduan.Hilang malu dan hilang segan kerana kepentingan "peribadi" yang tak mampu dilunaskannya semasa depa masih berada di dalam parti Umno.

Maka Madey keluar dari Umno,bersahabat baik dengan tokoh-tokoh DAP. Dan  kemuduan tubuhkan pula parti baharu untuk dijadikan "platform'politik "untuk menghentam dan hendak menggulingakn D,S Najib,Perdana Menteri Malaysia yang disangkannya lembik?

Kini baru Madey tahu bahawa  di luaran D,S N Najib dilihat lembik? Tetapi di dalamnya D.S.Nanib itu mantap politiknya.Keras semangatnya Melayu dari keturunan Bugis ini?

Keresnya semcam keras dan mantapnya (Besi Khursani"). Kena batu maka batu pun pecah..Kena air lautan,maka air laut yang luas itu pasti akan berkuak di buatnya..SEMACAM keajaiban yang dimiliki oleh Nabi Allah Musa AS membelah lautan dalam di jakankan jalan ketika dikejar oleh Firaun yang kejam dan zalim itu.


Akibatnya? Maka matilah akal Madey legasi pendatang dari Kerala itu.Berbagai-bagai cara telah diusaha dan telah dicubanya untuk menggulingkan D.S Najib itu.Ujung-ujungnya Madey gagal juga..

Menurut A.Kadir Jasin yang taksub dengan pembawaan politik Madey, dalam tulisnnya pada tanggal 23/09/2016 diblognya sendiri.

Menurut A.Kadir Jasin yang beliau itu dah bersahabat dengan Madey selama 52 tahun dah.Beliau benar-benar faham pembawaan politik Madey dan semangat Madey  yang begitu kental dengan perjuangannya.

Madey itu seterusnya menurut A.Kadir Jasin, bukang orang sebarangan.Tak mudah mengaku kalah sehingga apa yang dikehendakinya itu masih belum tercapai.

Kita selut  ketaksuban Kadir Jasin terhadap Madey itu sangat agung.Itu adalah hak A.Kadir Jasin dengan cerita kisah benarnya tentang Madey.Tetapi apa orag lain dan rakyat peduli denga cerita cerita kisah benar A.Kadir Jssin itu?

Tidakkah A.Kadir Jasin itu sedar adakah Madey itu mampu menentang dan mengubah ketentuan dari Allah swt?

Kita faham dengan sikap  A.kadir Jssin itu? Jika tidak berada-ada? Masihkan burung tempua itu bersarang rendah?

 A.Kadir Jasin  harus sedar ketika itu Madey masih berkuasa dan jadi orang nombor satu di Malaysia ini. Dengan kata lain ketika itu Madey (Untoucheable?).Sebarang hukumnya akan berlaku?Tak ada sesiapa pun yang akan berani menentangnya? Kini keadaan dah berubah?

Kini Madey dah jadi pesara sahaja.Sedangkan D.S.Najib kinilah orang nombnor satu di Malaysia (Un touchable?).

D.S.Najib masih Presiden parti Umno dan PM Malaysia..Selagi mana beliau masih pegang jawatan Presiden Umno? Dan PM Malayhsia?

D.,S.Najib masih jadi Presiden parti Umno yang keramat bagi orang-orang Melayu itu.Ertinya D.S.Tetap punya kuasa politik yang cukup berkuasa?

Tanpa Madey dan A.Kadir Jsisn di dalam Umno pun? Tak jadi kudis apa-apa pun? Ternyata Umno sehingga hari ini masih survival kelangsungan kehidupannya dan mnasih bergaya di persada Malaysia khasnya dan sekaligus seentero dunia umumnya.

Tokoh politik itu pergi dan datang di dalam sesebuah parti itu adalah lumrah alam..Tokoh itu dilihat gantang dan gagah perkasa dan dikagumi?

Jika kuasa politik itu masih berada di tangan depa semua.Tanpa kuasa politik di tangan?Akan jadi lesu dan leah longlailah depa macam kura-kura masukkan kepalannya.Bodoh dan tonggong gayanya .

Nak gulingkan Najib dan nak kuburkan parti Umno/ Bukan semudah itu/? Bukan semudah itu Madey nak tunjukkan kebijaksanaa-nya.itu walaupun Madey puna banyak wang ringgit dan kaya raya?

Rakyat semua tahu bahawa tindakan yang dilakukan oleh Madey dah hampir dua tahun nak gulingkan Najib itu? ADALAH bertitik tolak dengan niat hati yang hasad dengki akibat demdam kesumatnya erhadap D.S,.Najib?

Lazimnya tidakan semacam itu tidak di restu oleh Allah swt. Kejayaannya  boleh dikatakan sangat kabur.

Dengan parti politik baharunya itu? Berjayaklah Madey nak mengkudakan DAP untuk matlamat menghalakna caranya? Ditakuti DAP pula yang akan mengkudakan Madey legasi pendatang itu. Legasi pendatang yang lain kini pula masing-masing nak tunjuk pandai?

Marilah sama-sama kita saksikan siapa yang akan berjaya jadi hero pada PRU ke-14 nanti untuk terus jaga dan melindungi rakyat  Malaysia yang dah  berjumlah 31 juta ini?

Kalau kita ikut "firasat" bekasa PM ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa parti Umno masih menjadi pilihan rakyat jelata Malaysia . Jika macam itu firast Pak Lah?/ Maka tidak ada peluanglah Madey hendak berkuasa lagi di arena politik Malaysia.ini.

Sekaligus maka  angan-angan hendak tabalkan anaknya pegang jawatan PM Malaysia yang ke -7 ke? atau yang ke berapa ke? Hanya tinggal sebagai angan-angan belaka. Putus sudah harapannya?lLazimnya  si tamak itu ujung-ujng selalu rugi.    Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot.com at 1949 hrs on September 24,2016.

PAS Dakwa DAP Gagal Tarik Undi Melayu

24 September 2016 12:45 AM 

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Kerjasama antara Pas dan DAP tidak mampu menarik undi rakyat di­sebabkan DAP yang didakwa gagal untuk menarik undi Melayu.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, DAP juga dikatakan gagal memanfaatkan usaha Pas bagi membuang wajah chauvinis parti itu ketika bersama-sama di dalam pakatan pembangkang sehingga Pas menerima tempias­nya akibat keengganan DAP untuk berubah.

Katanya, walaupun DAP konsisten menentang Barisan Nasional (BN), tetapi mereka gagal memahami isu-isu negara dengan baik terutama mengenai hal ehwal agama, hubungan antara kaum dan banyak lagi.

“Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat,” katanya seperti yang dilaporkan portal Harakahdaily hari ini.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai reaksi kepada pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti-parti yang bersama­nya.

Menurut Nik Mohamad Abduh, Gagasan Sejahtera wujud selepas kegagalan dan perpe­cahan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang.

“Gagal akibat DAP yang menafikan hak PAS untuk meneruskan perjuangannya sendiri sebagaimana j
anji dalam pakatan pembangkang.

“Jadi mengapa PAS harus mengulangi jalan yang sama? Gagasan Sejahtera adalah penerokaan kepada politik baharu yang lebih sejahtera dan mudah diterima rakyat,” jelasnya.

9 Utuan online-politik).Posted by abnmulya at 1512 hrs on September 24,2016.

Thursday, September 22, 2016

Mukhriz :Jika Partinya Menang (PRU Ke-14) Jawatan PM Hanya 2 Penggal Sahaja...





Hj.Abu Bakar Ninggal
Juma'at,September 26,2016 @10.08 pm.


MENERUSI portal Malaysiakini,pada hari ini,pada jam 9.21 am,bertanggal (23/09/2016).Anak Madey yang berama Mukhriz itu ada berkata,"Jika pari baharunya menang pada ( PRU) akan datang ini?

Jawatan PM hanya dibenarakan hanya 2 term PRU aje. Dalam konteks apa yang Mukhriz tegaskan ituu? Saya nak bertany padanya. Kenapa baru sekarang ini Mukhriz bercakap fasal jawatan PM itu hanya 2 term aje jika partinya menang?

Kenapa Mukhriz diam membisu ketika bapanya dah lebh 2 term pun di dapati masih tak mahu berundur dari kerusi PM itu?

Nak bercokol di kerusi itu hingga 22 tahun baru bersara? Ertinya dah masuk 5 term PRU.

Isu hanya 2 penggal aje yang di highlight oleh Mukhriz itu? Merupakan Sikap yang hypokrit namanya..Cakap tak serupa bikin?

Cakakap2 politik golongan hypokrit itu langsung tak usah dipercayai kerana bila depa bercakap?Sifat bapanya itu akan terus diikuti oleh Mukhriz jika Mukhriz dah pegang jawatan PM

Jika bapa borek? Maka tidak mustahil anaknya juga akan menjadi rintik-rintik?  Kuah kari itu tumpahnya di mana jika tidak ke nasi? Bagaimana acuannya maka begitulah jadinya kuih bahulu itu?Bidalan orang Melayu kita zaman dahulu kala itu kepastinnya tidak boleh disangkal-sangkal lagi.

Depa sering cakap bohong dan tak pernah kata-kata itu dikotakannya. Cakap-cakap Mukhriz itu hanya cakap orang politik yang belum dapat kuasa? Macam bapaknya, dah jadi PM 22 tahun baru nak bersara?

Itu pun depa dilihat takut dihanyutkan oleh tiupan angin ribut dan taufan politik REFORMASI tajaan Anwar Ibrahim yang sangat dahsyat akibatnya.

Mukhriz Mahathir
Disebabkan takut dapat malu politik bahawa Umno/BN akan merosot  pengaruhnya pada PRU ke-11 pada tahun 2004 dari Rakyat akibat kebencian rakyat terhadapnya kejam dan rasuah jika depa masih pegang jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia ?

Jadi Madey cepat-cepat berundur dan serhkan jawatn itu pada Pak Lah.Bila Pak Lah adakan PRU ke-11 pada tahun  2004;

Dengan izin Allah swt sama sekali di luar dugaan itu? Pak Lah telah dapat kemenangan paling besar dan hebat dan Madey sendiri selama 22 tahun jadi PM parti Umno/BN pun tak pernah dapat merasa kemenangan PRU ke-11 itseu mcam yang telah dimiliki oleh Pak Lah sebagai Presiden dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Kejayaan Pak Lah dengan (Landslide Victory) itu.Anihnya?Sepatah kata pun ucapan tahniah daripada Madey yang ego itu?

Bila pada PRU ke -12 pada tahun 2008 Umno/BN merosot kerusi yang di menanginya di dalam Pasrlimen Malaysia..Madey-lah orang yang paling cepat buat komen yang nagatif semacam merendah-rendakan  ability Pak Lah. Menurut Madey kononnya Pak Lah itu kuat tidur dan sebagianya.
Kemudiannya,walaupun dan bersara dari jawatan PM dan dari Presiden parti Umno dan kini dah keluar dari Umno? Madey keluar Umno boleh dikatakan dendam kesumatnya pada Datuk Seri Najib/yang tak mengkabulkan permintaan "peribadinya" yang menurut Najib sagaat melampau itu?

Bila dilihatnya bahawa anaknya Mukhriz dan Muhyiddin Yassin juga telah di tendang keluar dari Umno. Maka cepat-cepat macam kilat menyambar bumi.I( Posted by abnmulya //Haji abu bakar ninggal at  10.06 pm

Madey,Muhyiddin dan konco-konco yang dah "frust" politik itu?Tak buang masa lagi segera tubuhan parti baharu dengan tujuannya bukan sahaja nak gulingkan Najib aje?

Malah Madey sekaligus dengan sombong dan riaknya depa dan konco-konconya itu hendak kuburkan parti Umno/BN pula di dalam arena politik Malaysia ini..

Umno adalah satu-satunya  parti politik yang tertua dan terbesar telah pun berkuasa di Malaysia ini 60 tahun dah dan sekaligus tidak boleh sesiapa pun menafikan bahawa Umno dah banyak berjasa pada Madey dan keluarga depa hingga anak-anak depa dah jadi billion air nombor ke-50 di Malaysia ini.
Muhyiddin Yassin

MADEY SAMA SEKALI SUDAH LUPA BAHAWA DEPA DAPAT MERASAI NEKMAT PEGANG JAWATAN (PERDANA MENTERI) MALAYSIA KE-4 ITU SEMATA-MATA ATAS TIKET PARTI UMNO ITU SENDIRI. 

BELIAU DI TERIMA MASUK SEMULA DALAM UMNO SETELAH DITENDANG OLEH TUNKU ABDUL RAHAMAN PUTRA,PERDANA MENTERI YANG PERTAMA PADA TAHUN 1969 DULU ITU.

KEMUDIAN DIKUTIP DAN DIPUNGUT SEMULA OLEH TUN RAZAK PADA TAHUN 1972. AYAHANDA DATUK SERI NAJIB. 

ATAS LOBY KUAT ARWAH DATUK HARON IDRIS,BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR DAN ADIB  ADAM BEKAS KETUA MENTERI MELAKA.

ISU INI MACAM MANA DAN CERITANYA MADEY TELAH DITERIMA MASUK SEMULA KE  DALAM UMNO? TELAH DITERANGKAN OLEH ADIB ADAM SENDIRI  PADA SAYA SEMASA SAYA MEMBEUAT (WANWANCARA) DENGAN BELIAU  DI KEDIAMAN RASMI BELIAU SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA UNTUK MAJALAH POLITIK BULANAN TERBITAN SAYA SENDIRI MAJALAH  YANG berjodol "SARIPATI".

UJUNG-UJUNGNYA D.S NAJIB NAK DI GULINGKLAN OLEH MADEY DENGAN BRBAGAI-BAGAI CARA DAN TEKTIK YANG TIDAK MENGIKUT AMALAN DEMOKRASI, 

PON BEGITU? D.S.NAJIB MASIH DI BAWAH LINDUYNGAN  DAN JAGAAN ALLAH SWT YANG MAHA BEERKUASA.

MADEY TOTALY GAGAL  WALAU PUN BELIAU KERJA KERAS SELAMA DUA TAHUN DAH NAK GULINGKAN D.S.NAJIB YANG DIKASIHI OLEH RAKAYAT MALAYSIA. MADEY FIKIR NAJIB ITU SAMA DENGAN PAK LAH YANG TELAH DIGULINGKANNYA DENGAN BEGITU SENANANG? .


MADEY DILIHAT BENAR -BENAR DAH LUPA JUGA ATAS EHSAN PARTI UMNO-LAH YANG BERI PELUANG DEPA JADI PRESIDEN PARTI UMNO DAN DI ANGKAT PULA SEBAGAI "PERDANA MENTERI" MALAYSIA YANG KE-4.

SATU-SATUNYA JAWATAN YANG MEMANG MENJADI IDAM-IDAMAN TOKOH-TOKOH POLITIK BUKAN SAHAJA DI MALAYSIA . MALAHAN OLEH TOKOH-TOKOH POLITIK DI NEGARA-NEGARA LAIN DI DUNIA INI YANG MENGAMALAKAN SISTEM DEMOKRASI.

TANPA PARTI UMNO MADEY NO BODY? MAKLANGNAY NIAT HATI MADEY NAK GULINGKAN NAJIB ITU? 

MEMANAG JADI AMALAN DAN KERJA-KERJA DAN PERMAINAN TOKOH-TOKOH DI ARENA POLITIK DI DUNIA INI.

JATUH MEN JATUHKAN SESAOARNG TOKOH ITU ADLAH LUMRAH.SIAPA YANG BIJAK DEPA MENANANG DAN YANG BANGGANG DEPA KECUNDANG.

TETAPI SEHINGGA SEKALIGUS NAK MENGKUBURKAN PARTI UMNO-BN ITU? KERANA DEPA MARAHKAN NAJIB? 


ADALAH SATU-SATUNYA TINDAKAN  DAN PERBUATAN MADEY YANG DAH MELAMPAU BATAS,HINA,BIADAP KURANG AJAR DAN KEJAM. 

BAK KACANG DAH LUPAKAN KULITNYA. MANUSIA JENIS APAKAH DEPA INI.?

sikap dan perbuatan yang melampau ini? Ia,harus ditentang habis-habisan oleh ahli-ahli Melayu dalam Umno dan juga oleh orang-orang Melayu yang patoh dan sanggop berkorban nyawa kerana parti Umno.

Satunya-satunya parti Melayu dengan susah payah telah ditubuhkan oleh tokoh-tokoh politik bangsa Melaya yang terdahulu dan sekaligus berjuang mati-matian untuk untuk mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari penjajahan British.

Kini namanya tel;ah bertukar jadi Malaysia sebaik sahaja Sabah dan Sarwak menyertai Malaysia.

Tiba-tiba! Madey legasi pendatang dari Kerala,India ini berserta dengan konco-konconya yang telah bersara sebagai PM dan sebagai Presiden parti Umno didapat didapati hendak mengkuburkan parti Umno dengabn sesuyka hatinya berdasar apa yang telah depa lafaskan?

Yang lebih parah lagi Madey yang dah bersara itu di dapatui masih sibuk-sibukj terus nak campur hal ehawal politik negara Malaysia? Kononya kerajaan pimpin D.S.Najib itu lemah dan sebagainya..

Depa fikir di dalam dunia politik Malaysia ini? Kononya depa itu adalah "super top"politikus. sangat diperlukan oleh negara Malaysia.Tanpa nya kononnya Malaysia ini berada di dalam keadaan bahaya dan sebagaianya?

Justeru itu depa di dapti masih terus nak campur dan sibuk2 nak campur hal ehwal politik Malaysia ini? Ujung-ujungnya lantasa Madey segera tubuhkan sebuah parti poitik di mana belaiau jadi boss besarnya gna untuk dijadikan platform politik untuk terus  menersu menyerang D.S Najib yng dilihatnya dari hari ke hari kedudukan  politk D.S Najib semakain teguh.Majoriti rkyat Malaysia telah menzahirkan sokongan yang pad  pada DS.Najib.


Poor lah...... seperti kata Tuanku Sulatan Johor,"Tak usah layan cakap-cakap politik orang dah tua itu.Depa macam dah hilang akal".

Jadi,segala cakap Mukhriz itu kononnya jika p[arti politrik barunya irtu menanag pada PRU ke-14 nanti.Tokh dari pucuk pimpinan parti mereka itu boleh pegang jawatan PM hanya dalam tempoh hanya (02) dua penggal sahaja.

Bolehkita rakyat Malaysia percaya???.Cakap-cakap Mukhriz  yang tak serupa bikin itu? Rakyat telah menyaksikan ketika Mukhriz di minta letakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dulu itu?.Rakyat telah dapat menyaksikan betapa liatnya Mukhriz hendak meninggalkan kerusi Menteri Besar Kedah itu?

Apatah lagi dengan jawatan Perdana Menteri pula? Satu-satunya jawatan yang Powerfull dan puny berbagai -bagai "Preprogatif" power" itu? Kalau bapak borek? Maka anak pun rintek kan? Justeru itu berdasarkanj dengan segala tindak-tanduk Madey dulu2nya itu  hingga kini itu?

Kita orag-orang Melayu dan di dalam Umno khasnya dan juga orang-orang Melayu yang menjadi penyokong tegar kepada parti Umno walau pun anda berada di atas pagar sahaja?.

Demi kedaulrtan bangsa Melayu dan ketuanan kita pada Melayu Malaysia ini.Anda harus bersemangat kental dan harus punya Jati Diri yang tidak boleh dijual beli. Kita semua Melayu harus cintakan tanah ait dengan semuanya bangkit jadi sebagai(patriotic)negara untuk mempertahankan kedaulatan dan ketuanan bangsa Melayu dan tanah air kita Malaysia ini.

Kita harus sokong parti Umno ini cara berepadu dan jangan berbelah bahagi. Kita mesti tolak orang-orang yang niat hatinya tidak baik? Kita mesti tolak oranga-orang yang cuba hendak mengkuburkan parti Umno?

KITA harus benar-0benar kenali  sejauh mana sayang dan cintanya mereka kepada Mal;aysia ini? Atau hanya berpura-pura konon cintakan tanah air Malaysia ini ? Sebaliknya mereka dah pun kita kenalai adalah jadi dalang utama yang hendak menghancur  parti Umno dan negara Malaysia ini..Jika mereka itu yang hypokrit itu benara-benar sayang pada parti Umnoi dan Malaysia/

Kenapa  parti yang  Umno yang tertua di Malaysia ini yang dah mnemerintah Malaysia  dan rakyatya yang berbilang kaum itu hedak dikuburkannya???Mereka lebih jahat dari parti-parti pembangkang?

Kita mengakui bahawa  parti Umno dan pucuk pimpinan tertinggi-nya itu ada membaut kesilapan/ Tetatpi parti-parti pembnagang termasuk parti baharu yang dipimpin oleh Madey dan konco-konconya serta parti -parti pembangkang Malaysia itu lebih busuk dan lebih teruk dari Umno? )Posted by abnmulya //haji abu bakaar ninggal.blogspot.com at 2208 hrs on September 26,2016.).

UMNO NAFI PENGARUHI PERSEMPADAN SEMULA.

23 September 2016 12:46 AM 

KUALA LUMPUR-22 Sept- Tuduhan pihak tertentu konnnya Persempdan Semul Kawasan Pilihan Raya yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pilihn RAYA (SPR) dipengaruhi oleh Umno adalah tidk benar
 Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili UMNO turut me­ngalami perubahan.
Beliau memberitahu, pihak­nya menerima banyak aduan daripada bahagian-bahagian UMNO yang tidak berpuas hati dengan syor persempadanan semula kawasan pilihan raya itu.
“Saya menasihatkan mereka supaya melakukan semakan secara terperinci dan mengemukakan bantahan mengikut saluran yang ditetapkan oleh undang-undang.
“Kalau kita hendak berarak atau menyuarakan rungutan dalam media, tindakan itu tidak menyelesaikan masalah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat UMNO, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Salleh Said Kasruak
Sementara itu, Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, SPR merupakan sebuah badan bebas dan semua pihak perlu memberi ­ruang kepada agensi tersebut untuk melaksanakan tugas dengan sempurna.
“Biarlah mereka melakukan tugas kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya itu. Tempoh sebulan diberikan untuk mana-mana pihak mengemukakan bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan kajian berkenaan.
“Sudah tentu proses mendengar semula bantahan akan dilakukan secara telus, yang akhirnya kita akan me­nyaksikan keputusan yang bakal dibuat,” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, SPR perlu mengambil kira panda­ngan semua pihak berhubung syor persempadanan semula berkenaan.
“Bagaimanapun, sekalipun tidak bersetuju kita perlu mengikut saluran yang betul dan jika hendak melakukan protes perlu mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.
Menurut beliau, proses persempadanan semula adalah sebahagian daripada tugas SPR demi masa depan negara sekali gus membuktikan badan itu bebas serta tidak memihak kepada mana-mana parti.( Utusan online-politik) Posted  by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.co at 9.20 am on Sepetember 23,2016.

BN sedia bertanding dalam pilihan raya

23 September 2016 12:48 AM 

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Barisan Nasional (BN) sedia untuk bertanding sekiranya pakatan pembangkang sebulat suara berhasrat ingin mengadakan pilihan raya mengejut di Selangor.

Salleh Said Keruak


Bagaimanapun, Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pakatan pembangkang iaitu DAP dan PKR sendiri berbeza pendapat dalam hal tersebut sekali gus membuktikan mereka tidak selari dalam isu itu.

“Kami sentiasa bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya di Selangor, tetapi sekarang mereka (pakatan pembangkang) tidak bersama dalam isu ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan negeri Selangor mempertimbangkan pilihan raya awal bagi menghalang usaha BN untuk memenangi semula negeri tersebut.

Sementara itu, Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia memberitahu, dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini hanya Perdana Menteri yang akan memutuskan tarikh pilihan raya umum dan pembubaran Parlimen.

Tegasnya, berdasarkan ke­peribadian Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau yakin Perdana Menteri tidak akan sewenang-wenangnya menggunakan hak itu untuk mengadakan pilihan raya bagi mengambil kesempatan terhadap situasi yang melanda parti pembangkang ketika ini.

“Fokus utama kerajaan adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat, banyak agenda yang perlu dilaksanakan. Kami (Jemaah Menteri) ketika ini menunggu Bajet 2017 malah Perdana Menteri juga sedang fokus terhadap perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya beliau (Perdana Menteri) mengumumkan pilihan raya, kami telah bersedia sepenuhnya malah kami yakin majoriti menyokong BN dan mereka mahukan kestabilan negara diteruskan tanpa campur tangan orang luar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Salleh yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menegaskan, UMNO Sabah juga bersedia untuk berdepan dengan saingan daripada parti yang dijenamakan semula oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, seiring dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, UMNO dan BN sentiasa mengalu-alukan parti baharu untuk bersaing secara sihat kerana akhirnya rakyat yang akan membuat keputusan.

“Sehingga hari ini kita melihat UMNO Sabah masih kukuh dan tidak menghadapi sebarang masalah yang besar kerana kita yakin rakyat akan kekal bersama dengan parti ini, malah telah terbukti matlamat UMNO dikembangkan di Sabah adalah untuk menentukan kestabilan politik dan memastikan pembangunan di Sabah terus rancak serta berterusan,” katanya.( Utusan online-politik)..Posted by abnmulya //haji abu bakar niggal.blogspot.com;at 7.48 am on September 23,2016.