Friday, September 5, 2014

PAS tidak akan tunduk kepada DAP dan PKR-Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
MARANG 5 Sept. - Pas yang mengemukakan tiga nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, tidak akan tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam isu itu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pas berpegang pada konvensyen pakatan rakyat yang meletakkan Islam agama Persekutuan dan raja berperlembagaan sebagai perjuangan parti itu.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1701 hrs on Septembaer 05.2014.

Thursday, September 4, 2014

Jangan ugut pihak berkuasa

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my 

Najib Tun Razak bersama dif-dif kehormat pada majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara di Kuala Lumpur, semalam. (Dari kiri) Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin. 

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada mana-mana pasukan sukarelawan mencegah jenayah agar tidak mengugut serta mencabar pihak berkuasa sehingga berani membelakangkan undang-undang negara.

Perdana Menteri berkata, walaupun kerajaan mengalu-alukan apa sahaja sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membanteras jenayah, namun sebarang tindakan perlu berlandaskan perundangan negara dan bukannya dibuat secara sesuka hati.

"Jangan membelakangkan atau setelah ditegur, kita pula mencabar pihak berkuasa, mengugut, mencabar dan sebagainya. Apa juga yang kita nak lakukan sebenarnya boleh dicari jalan terbaik berdasarkan kepada perbincangan dan rundingan tetapi bukan dengan cara sedemikian atau membahas secara terbuka apatah lagi kalau kita mewakili anggota pentadbiran (kerajaan negeri).

"Saya percaya pihak polis menerima baik kalau ada pihak mahu menyumbang tetapi mestilah berdasarkan kepada lunas-lunas undang-undang atau tidak boleh membenarkan sesiapa buat sesuka hati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyampaikan penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada 129 penerima terdiri daripada tujuh menteri, kakitangan awam dan anggota keselamatan yang terlibat dalam Operasi Daulat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Ahad lalu, polis menahan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) memandangkan pertubuhan itu tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan dianggap sebagai menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Penahanan anggota pasukan itu dilakukan selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan ke atas mereka.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, tugas menjaga keselamatan dan keamanan negara sememangnya memerlukan sokongan dan kerjasama rakyat sebagaimana dibuktikan ketika kejayaan semua pihak mematahkan ancaman komunis demi mencapai kemerdekaan.

"Dalam kita menangani ancaman seperti ini, menjaga keselamatan dan sebagainya kita memerlukan sokongan dan kerjasama rakyat.

"Kita pernah bertindak dahulu apabila ada pasukan memakai uniform (pasukan keselamatan) dan diberi pangkat kepada mereka sendiri dan mereka itu melakukan kesalahan.

"Jadi sesiapa pun yang melakukan kesalahan mestilah menerima hakikat undang-undang negara perlu dipatuhi kerana dengan cara seperti ini sahaja kita boleh menjamin keamanan dan keselamatan negara kita," katanya.( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 9.02 am on Septeember 05,2014.

Wednesday, September 3, 2014

Istana Selangor akan maklum

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
dan ZULKIFLI SAINUDDIN
pengarang@utusan.com.my 
 Abdul Khalid Ibrahim ( tengah) bersama Exco Selangor,Ir.Iskandar Abdl Samad ( kiri) dan Dr.Halimah Ali,sewaktu sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor,di Shah Alam,semala,.Utusan// Mohd Shaharani Saibi.
SHAH ALAM 3 Sept. - Istana Selangor dijangka mengemukakan maklum balas berhubung senarai calon Menteri Besar yang telah dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengumumkan perkara itu mengesahkan ketiga-tiga parti berkenaan telah mempersembahkan senarai calon masing-masing kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas tempoh yang diberikan baginda tamat pada hari ini.

Sehubungan itu, katanya, segala urusan pemilihan Menteri Besar selepas ini hanya akan dilakukan oleh Istana Selangor mengikut enakmen yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.

"Bagi saya, semua orang perlu tahu adalah penting untuk membuat sesuatu keputusan yang betul (dalam pemilihan Menteri Besar)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, beliau tidak tahu mengenai jumlah keseluruhan calon yang dikemukakan tiga parti sekutu pembangkang itu selain menegaskan tidak boleh mencampuri atau terlibat dalam urusan pemilihan berkenaan kerana merupakan pihak berkepentingan.

"Oleh itu, saya rasa lebih baik saya hanya diberitahu mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak Istana nanti.

"Hanya Istana Selangor akan memberi maklum balas mengenai cadangan nama calon yang dipersembahkan melalui surat rasmi. Kita akan lihat nanti apabila Sultan Selangor memutuskan calon yang layak dan selepas itu barulah saya jalankan tugas saya (melaksanakan proses peralihan kuasa)," jelasnya.

Mengenai pandangan masyarakat supaya pilihan raya negeri diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang berlarutan itu, Abdul Khalid berkata, perkara itu terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor.

Malah, beliau menjelaskan tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai keperluan pilihan raya tersebut bagi mengelakkan sebarang spekulasi.

Abdul Khalid juga meminta semua pihak supaya bersabar dan menunggu proses pelantikan Menteri Besar baharu yang dijalankan mengikut tatacara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta adat istiadat negeri ini diselesaikan.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.08 am on September 04,2014.

Mahkamah Di Singapura tidak adil

Oleh NUR ATHIRAH NABILAH MUSA
pengarang@utusan.com.my

Khairul Anuar Rahmat
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Keputusan Mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara selama seminggu kepada seorang peminat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) warga Malaysia, Mohamed Kamil Kamal Basha selepas tiga bulan tidak dibenarkan keluar dari republik tersebut merupakan satu keputusan yang dianggap amat tidak adil.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, keputusan mahkamah itu yang dijatuhkan hari ini tidak wajar.

"Sebaik sahaja ditahan oleh Polis Singapura pada 20 Mei lalu, Mohamed Kamil tidak dibenarkan keluar dari Singapura bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya malah dia juga tidak dapat bekerja dan mengalami risiko kehilangan kerja.

"SukaGuam berpendapat pihak pendakwaan di Singapura tak perlu menahan rakyat negara ini selama berbulan-bulan atas kesalahan kecil, kemudian dipenjara seminggu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamed Kamil dijatuhi hukuman penjara selama seminggu oleh mahkamah di Singapura hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di luar Stadium Jalan Besar.

Berdasarkan laporan laman web The Strait Times, dalam kejadian itu, Mohamed Kamil, 27, didakwa merempuh garisan polis dan meninggikan suara kepada pegawai keselamatan selepas tidak dibenarkan masuk ke stadium semasa perlawanan JDT menentang Lions XII.

Menurut Khairul Anwar, SukaGuam meminta pihak berkuasa tempatan menghantar nota bantahan kepada Mahkamah Singapura supaya mengkaji undang-undang lapuk negara itu.

"Ini jelas menunjukkan Mahkamah Singapura mengetepikan prinsip penting perundangan iaitu 'justice delayed is justice denied' maksudnya keadilan yang tertangguh sebenarnya adalah keadilan yang dinafikan. Sepatutnya tertuduh didakwa secepat mungkin dan dijatuhkan hukuman segera supaya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Mahkamah Singapura sengaja melambat-lambatkan proses pendakwaan sehingga memaksa Mohamed Kamil hampir tiga bulan di negara itu dan difahamkan sepanjang tempoh tersebut, dia tinggal di rumah saudaranya," katanya.

Menurutnya, pihak pendakwaan Singapura sepatutnya membayar pampasan mengikut jumlah hari yang terpaksa dihabiskan oleh Mohamed Kamil di Singapura kerana hukuman penjara rasmi hanya seminggu tetapi dia ditahan selama tiga bulan di republik itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Kulai, Mohd. Fadil Misnan menegaskan, kesalahan merusuh dan meninggikan suara terhadap pihak berkuasa Singapura dilihat sesuatu yang pelik dan sukar diterima.

Menurutnya, isu sebenar dalam kes itu ialah keengganan pihak Stadium Jalan Besar atau Persatuan Bola Sepak Singapura menerima tiket yang dibeli oleh penyokong-penyokong JDT.

"Seandainya benar penyokong JDT membeli tiket dikhaskan kepada penyokong Singapura, pasti ada satu pendekatan penyelesaian yang boleh dibuat, seperti pemulangan semula wang.

"Tetapi menurut maklumat yang diterima, pihak stadium langsung tidak mengendahkan rayuan mereka. Ini boleh dianggap satu provokasi sengaja kepada penyokong JDT," katanya.

Beliau juga berasa kecewa kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seolah-olah menutup mata dan tidak berusaha membantu menyelesaikan isu ini.

Katanya, FAM wajar mempertimbangkan semula penyertaan Singapura dalam bola sepak Malaysia jika negara jiran itu tidak mempunyai semangat kesukanan tinggi dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit.(Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1628 hrs on September 03,2014.

Tuesday, September 2, 2014

Dunia kecam hasrat Israel

Naeem al-Jezzi menyedikan air teh di sealik runtuhan dan kegelapan malam di bangunan rumahnya di GAZA  yangmusnah teruk akibat serngan Israel baru-baru ini-AFP,
WASHINGTON 2 Sept. - Penduduk dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam rancangan Israel untuk merampas kira-kira 400 hektar tanah penduduk Palestin di Baitulaham dekat Tebing Barat.

Amnesty International dan Mesir turut menggesa Israel memikirkan semula pengumuman mereka pada Ahad lalu yang membangkitkan kemarahan rakyat Palestin terutamanya selepas beberapa hari gencatan senjata antara Israel dan Palestin dimeterai.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, pemimpin itu 'amat bimbang' dengan rancangan Israel merampas kawasan penempatan Etzion berhampiran Baitulaham.

"Rampasan tanah dalam skala besar berisiko membuka jalan kepada aktiviti rampasan tanah yang lebih meluas yang menurut PBB tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa dan mahu rancangan penubuhan dua negara disegerakan.

"Justeru, Ki-moon meminta Israel mengambil kira gesaan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan sebarang aktiviti penempatan haram dan memenuhi komitmennya mengikut undang-undang antarabangsa,'' kata jurucakap itu, semalam.

Selain kecaman PBB, sekutu rapat Israel, AS dan Britain turut menentang rancangan Israel itu yang mahu rejim Zionis segera menarik balik hasrat itu yang menurut mereka boleh mengancam perjanjian damai yang ditaja Mesir sebelum ini.

Mesir turut mengecam rancangan Israel itu dengan menyifatkan langkah berkenaan mencabul undang-undang antarabangsa dan menjadi penghalang kepada penyelesaian isu penempatan Palestin-Israel.

"Rancangan itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan akan memberi kesan negatif kepada proses damai,'' kata kenyataan Kementerian Luar Mesir di Kaherah.

Sementara itu, jurucakap kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International, Philip Luthert mengecam rancangan Israel tersebut yang disifatkan sebagai rampasan terbesar ke atas tanah Palestin yang diduduki sejak 1980 dan mahu tindakan berkenaan dihentikan. - AFP (Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya / Abu bakar ninggal.blogspot.com at 1320 hrs on September 03,2014.

Pasukan khas siasaat kes hina

PULAU PINANG 2 Sept. - Kes dua individu menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi laman Twitter baru-baru ini akan disiasat oleh satu pasukan khas daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, maklumat awal setakat ini percaya seorang daripada individu tersebut berasal dan menetap di negeri ini.

Sehubungan itu, menurutnya, polis negeri akan memberikan kerjasama kepada pasukan khas berkenaan bagi membantu siasatan terhadap individu terlibat.

"Siasatan akan dijalankan dan pasukan khas di Bukit Aman telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan penghinaan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Khalid menegaskan, polis tidak akan menerima permohonan maaf sebaliknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakan laman sosial untuk menghentam pihak berkuasa berkenaan.( utusan online-jenayah).Posted by abnmulya /abu bakar ninggal.blogspot.com. at 11.00 at Septyember 03,2014.

Datuk Seri Mohd.Hashim Abdullh dilantik Timbalan Pengrusi SPR.

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang tamat tempoh perkhidmatan pada 27 November lepas.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan Mohd. Hashim, 60, berkuat kuasa pada 5 September ini dan tempohnya adalah sehingga beliau genap usia 66 tahun selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Mohd. Hashim, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, memegang jawatan Ketua Setiausaha kementerian itu dari 11 November 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Hashim memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980 dan antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. - BERNAMA (Utrusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 2303 hrs on August 02,2014.