Saturday, October 25, 2014

Penyokong setia JDT putih mata gagal dapat tiket.

MOHAMAD FAIZAL HASHIM

SALAH seorang penyokong Johor Darul Takzim (JDT) pengsan ketika cuba untuk mendapatkan tiket perlawanan bola separuh akhir Piala Malaysia diantara JDT bertemu Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU 25 Okt. - Kira-kira 5,000 penonton kebanyakannya penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) berputih mata apabila gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara pasukan itu menentang Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini.

Kumpulan penyokong yang berkampung seawal pukul 3 pagi di perkarangan stadium itu turut berang kerana tiket habis dijual dalam masa tidak sampai satu jam selepas kaunter dibuka pukul 10 pagi.
Seorang penyokong, Jamian Ahmad berkata, adalah tidak masuk akal apabila tiket habis dijual dalam tempoh singkat sedangkan penonton hanya dibenarkan membeli tiga tiket seorang.
“Mustahil tiket habis dijual sebegitu cepat sedangkan hanya empat kaunter dibuka. Ini tidak adil bagi penonton yang datang dari jauh seperti Muar, Segamat dan Batu Pahat yang beratur sejak pukul 3 pagi bagi mendapatkan tiket.
“Penjelasan yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) juga kurang memuaskan. Perkara ini sudah saya laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan,” katanya ketika ditemui.( Utusan online-sukan bola sepak tempatan).Posted by abnmulya /Ab u Bakar Ninggal.blogspot.com at 1755 hrs on Okt.,25,2014.

PENUMPANG INGIN BERSALIN MH135 MENDARAT CEMAS.

JAKARTA 25 Okt. – Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Brisbane, Australia, terpaksa mendarat cemas di Bali semalam apabila seorang penumpang wanitanya ingin bersalin.

Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Herry A Y Sikado berkata, pesawat berkenaan mendarat di lapangan terbang itu kira-kira pukul 2.10 petang waktu tempatan.
"Sebaik-baik mendarat, penumpang wanita itu dikejarkan ke Hospital Besar Kasih Ibu di Denpasar Barat, Bali," katanya seperti yang dilaporkan saluran MetroTVNews.
Tambahnya, insiden itu juga tidak menjejaskan operasi lapangan terbang tersebut.
Antara News menamakan penumpang wanita itu sebagai warganegara Australia, Samual P Jeyanthi.
Pesawat terbabit yang dinaiki 178 penumpang, berlepas semula ke Brisbane pada pukul 4.14 petang semalam waktu tempatan. - UTUSAN ONLINE-TERKINI (Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.om.at 1714 hrs on OKT., 25,2014.

604 pelatih PLKN tidak boleh bercakap bahasa Melayu

MELAKA 24 Okt. Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.

Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.
“Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?.
“Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.
“Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' katanya.( Utusan on line-Dalam Negeri).Posted by abnmyulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1708 hrs on Okt.,25,014.

MCA persoal kerajaan P.Pinang membisu tanah rizab jalan dijual

PULAU PINANG 24 Okt. – Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak seolah-olah membelakangi prinsip Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) selepas didakwa gagal memberi penjelasan munasabah terhadap pemilikan tanah rizab jalan oleh seorang individu di Permatang Pauh, di sini yang berlarutan sejak 2011.

Penasihat Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri, Lim Thoon Deong berkata, pihaknya kesal kerana isu membabitkan seorang penduduk yang didakwa membeli sebahagian tanah rizab jalan di Solok Samagagah itu gagal diperjelaskan kerajaan negeri.
Menurutnya, melalui semakan di Pejabat Tanah dan Daerah, wujud lot jalan berkenaan untuk kegunaan awam tetapi difahamkan dijual sehingga membolehkan pembinaan premis baharu di kawasan terbabit.
“Rizab jalan tetap rizab jalan, bagaimana tanah terbabit boleh dijual tanpa penjelasan munasabah oleh pihak berkuasa tempatan termasuk Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
“Mana letaknya ketelusan se­perti yang dilaungkan kerajaan negeri selama ini sedang­kan perkara ini masih belum diperjelas­kan secara telus sejak di­bangkitkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini seorang pesara, Chan Eng Keat mendedahkan tanah seluas 45.43 meter persegi di kawasan Solok Samagagah berhampiran rumahnya telah dijual kepada salah seorang jirannya yang kemudian membuat kerja-kerja penyambungan rumah di atas tanah terbabit.
Thoon Deong menambah, kerajaan negeri termasuk MPSP sepatutnya tampil menjelaskan berhubung status tanah rizab jalan itu termasuk sudah dijual atau sebaliknya.
Selain itu, beliau juga menyuarakan rasa terkilan kerana aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara terbabit juga sehingga kini tidak me­nunjukkan sebarang perkemba­ngan positif.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Niingal.blogspot.com at 1645 hrs on Okt.,25,2014.
<

Majlis peguam DIDAKWA propembangkang

OLEH  HUSSEIN AMRAN
Khairul Anwar Rahmat

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Tindakan Majlis Peguam menganjurkan perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948, di sini baru-baru ini, menunjukkan badan tersebut mempunyai kecenderungan memihak kepada gerakan politik pakatan pembangkang.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menyifatkan tindakan itu bertentangan dengan matlamat sebenar penubuhan Majlis Peguam yang sepatutnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.


Beliau berkata, rakyat kini melihat segelintir pimpinan dan anggota Majlis Peguam begitu komited dalam menjalankan gerakan yang bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan lantas mewujudkan tanggapan bahawa badan berkenaan sedang menentang arus.

“Sebenarnya, tidak sampai tujuh peratus daripada anggota Majlis Peguam terlibat dalam perhimpunan jalanan itu manakala majoriti 93 pe­ratus lagi tidak bersetuju badan tersebut dijadikan alat untuk memuaskan kepentingan individu tertentu.(UTUSNA ONLINE -POLITIK).POSTED BY ABNMULYA / ABU bAKAR
NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 1625 HRS ON OKT.,25,2014.

Saturday, October 18, 2014

DAP TERUS PULAS TANGAN PAS...UGUT NAK KELUAR PAKATAN

Biasanya sebuah parti membuat pendirian bersama.Apa lagi dalam soal dasar dan arah tuju yang serius sebegini.

Atas sebab itu ramai yang melihat kenyataan DAP negeri Sarawak ini seolah memberi gambaran tentang pendirian DAP induk secara keseluruhan.

Lagipun ini berkenaan isu Hudud yang seluruh parti itu tidak pernah berselindung terus menerus bersatu suara menentang hajat PAS selama ini.

Siapa yang boleh lupa kenyataan sensasi mendiang Karpal Singh langkah mayatnya dulu jika PAS nak laksana Hudud dan negara Islam.

Lainlah nanti jika DAP Pusat menafikan ia ada kaitan dengan keputusan yang dibuat oleh DAP Sarawak.

Sabtu,mesyuarat jawatankuasa DAP negeri Sarawak secara terbuka sudah tunjuk belang beri kata dua kepada PAS.
Mesyuarat itu memutuskan akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika golongan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum Hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada muktamarnya Jun tahun depan.

Rasanya adalah selamat untuk mengandikan apa yang dimaksudkan sebagai golongan ulama PAS ialah Datuk Seri Haji Hadi Awang dan orang-orangnya.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata mereka hanya akan kekal dalam Pakatan Rakyat jika jika kumpulan PAS liberal menguasai parti dalam pemilihan berkenaan.
"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.
Sebagai langkah awal mesyuarat DAP Sarawak hari ini memutuskan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Kata Chong Chieng Jen PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.-
PAS dibawah pimpinan Hadi diketahui umum tidak akan tunduk pada desakan DAP.

Kata dua DAP ini jelas ada kaitan dengan pendirian PAS Kelantan tetap nak laksanakan Hudud.

PAS negeri itu bercadang untuk membawa usul persendirian mengenai Hudud dalam sidang Parlimen dalam masa terdekat.-18/10/2014( DIPETIK DARI AGENDA DAILY)..,posted by abnmulya  / Abu Bakar NInggal.blogspot.com. at 1420 hrs on Okt.,19,2014.

PAS melahirkan rasa kebimbangan terhadap aktivikti tidak bermoral

MARANG 18 Okt. – Pas melahirkan kebimbangan terhadap aktiviti tidak bermoral termasuk pesta arak seperti Oktoberfest di Selangor baru-baru ini yang akan menjadi budaya masyarakat sekiranya tidak disekat oleh pihak berkuasa.

Naib Presiden Pas
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man


Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, bukan tujuan Pas untuk menyekat hak orang bukan Islam, yang penting adalah peranan dan komitmen semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mencegah amalan negatif seumpama itu supaya tidak menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
“Kita tidak sekat, jangan salah anggap Pas sekat hak bukan Islam, malah di Kelantan pun ada arak. Cuma kita tak mahu budaya yang kita anggap tidak baik se­perti ini, kalau kita hendak bentuk budaya, budaya apa yang sebenarnya kita hendak bawa kepada rakyat.
“Kita orang Timur ada budaya beradab, tidak boleh kita tunjuk budaya negatif. Saya angap hak sosial itu hak masing-masing tetapi jangan kita bina satu persepsi kepada gene­rasi baharu dan benda tidak baik, kalau dibuat akan jadi kebiasaan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Nadwah Pemerkasaan Du'at Nekad 2.0 bertajuk Daie: Melestari Keistiqamahan Perjuangan di Dewan Tok Guru Masjid Rusila di sini hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat berkata, secara peribadi beliau risau amalan sedemikian akan menjadi satu budaya dalam kalangan remaja di negara ini dan sekiranya tidak dicegah dari awal, akan membawa kemudaratan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama, pemimpin politik dan masyarakat duduk berbincang untuk mencari kaedah terbaik bagi memacu masa depan generasi akan datang.
Mengenai keputusan Mohd. Tamrin Abdul Ghafar yang bertindak keluar daripada Pas Rabu lalu, Tuan Ibrahim percaya tindakan anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan untuk meninggalkan Pas selama-lamanya sebaliknya masih sayangkan parti berkenaan.( Utusan online-politik.).Posted by abnmulya /Abu B akar Ningal.blogspot.com at  1401 hrs on Okt., 19,2014.