Tuesday, January 20, 2015

OIC mahu saman Charlie Hebdo

Susulan provokasi berterusan hina Nabi Muhammad SAW.

20 Januari 2015 12:3.04 AM. 

Iyad Ameen Madani,Setiausaha Agong OIC.

RIYADH 19 Jan. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini merancang untuk menyaman akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dalam edisi keluaran terbaharunya pada 14 Januari lalu.

Laman web Independent.co.uk melaporkan, tindakan tersebut diambil selepas berlakunya tunjuk perasaan membantah penerbitan karikatur tersebut di beberapa buah negara Islam seperti Niger, Pakistan, dan Algeria.

Setiausaha Agung OIC, Iyad Ameen Ma­dani berkata, beliau mengutuk perbuatan ‘bodoh’ Charlie Hebdo menerbitkan karikatur itu dan tindakan undang-undang sewajarnya perlu diambil terhadap mereka. “OIC sedang mengkaji undang-undang Eropah dan Perancis serta beberapa prosedur lain yang boleh diguna pakai untuk mengemukakan saman.

 “Jika undang-undang Perancis membenarkan kami mengambil tindakan terhadap Charlie Hebdo, kami tidak teragak-agak untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Sementara itu, Pre­siden Afghanistan, Ashraf Ghani dalam satu kenya­taan, me­ngu­tuk tindakan majalah ber­kenaan yang disifatkan sebagai satu perbuatan ‘menghina dan tidak bertanggungjawab’. 

“Kebebasan bersuara perlu digunakan dengan cara yang baik iaitu bagi meningkatkan persefahaman di antara agama,” ujar­nya.

Tindakan sama turut diambil oleh Perdana Menteri Iraq, Haider Abadi dengan berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan berlaku pertum­pahan darah.

“Kejadian serangan pengganas di Paris langsung tiada kena me­ngena dengan agama Islam,” tegas Haider.(Utusan online-Luar Negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1613 hrs on Jan-20,2015.

Saturday, January 17, 2015

Charlie Hebdo cetus kemarahan global

Umat Islam lebih 10 negara bersatu bantah provokasi hina Nabi Muhammad SAW

January 18,2015: At 2.01 am.

Umat Islam melaungkan slogan terhadap Perancis agar meminta maaf atas kebiadaban Charlie Hebdo yang berterusan menghina Nabi Muhammad dalam keluaran terbaharu akhbar mingguan itu, selepas solat Jumaat di Khartoum, Sudan, kelmarin. – REUTERS

ISLAMABAD 17 Jan. - Provokasi akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo yang menerbitkan edisi khas empat muka surat memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW minggu ini, mendapat bantahan umat Islam di 10 buah negara semalam sehingga menyaksikan empat kematian di Niger.

Selain Niger, ribuan penduduk Islam di Pakistan, Senegal, Mauritinia, Jordan, Algeria, Palestin, Sudan, Lebanon, Rusia dan Syria bangkit membantah penerbitan edisi itu yang jelas menghina Islam.
Bantahan terburuk berlaku di Niger selepas empat orang terbunuh, manakala 45 lagi cedera dalam tunjuk perasaan di bandar Zinder yang bertukar ganas apabila penunjuk perasaan menyerbu tiga buah gereja dan membakar pusat kebudayaan Perancis.
Seorang doktor di sebuah hospital di Zinder berkata, kesemua mangsa yang terbunuh dan tiga yang cedera mempunyai kesan tembakan pada badan mereka.
Dalam perkembangan sama di Karachi, Pakistan, tiga orang cedera termasuk seorang jurugambar AFP, Asif Hassan akibat terkena tembakan semasa satu pertempuran dengan polis di luar Konsulat Perancis.
Demonstrasi turut berlaku di bandar-bandar utama lain Pakistan antaranya di Lahore, Quetta, dan Peshawar.
Tunjuk perasaan sama turut diadakan di Dakar, Senegal, dan Mauritania yang menyaksikan penunjuk perasaan membakar bendera Perancis.

Selain itu,ribuan umat Islam di Mali membanjari jalan-jalan utama di Bamako sebagai menyambut seruan utama pemimpin Islam di negara itu dengan laungan slogan" jangan usik nabi kami" dan " saya seorang Islam dan saya sayangkan nabi saya".

Di Aman,Jordan,kira-kira 2500 penunjuk perasaan berarak dari Masjid Al-Hussein diiringi kawalan ketat pihak keselamatan sambil memegang sepanduk yang tetera mesej,"Menghina Nabi adalah satu keganasan global".

Pertempuran juga dilaporkan berlaku  antara penunjuk perasaan dan polis anti rusuhan di Algiers, Algeria dengan kira-kira 3000 penunjuk perasaan melaungkan slogan" Kami semnua ialah Muhammad".

Qatar dan Baharin pula memberi amara, karikatur baharu Nabi Muhammad SAW itu yang diterbitkan Rabu lalu  oleh majalah tersebut boleh menyemarakkan api kebencian.

Karikatur terbaharu terbitan Charlie Hebdo itu memaparkan imej Nabi Muhammad SAW pada muka hadapan majalah berkenaan yang memegang tanda Je Suis Charlie ( saya Charlie) di bawah tajuk all is Forgiven ( semua dimaafkan).

Pihak penerbit majalah,MLP berkata, yang memegang tanda Je Suis Charlie (Saya Charlie) di bawah tajuk All is Forgiven (Semua dimaafkan). 

Pihak penerbit majalah, MLP berkata, sebanyak 1.9 juta salinan edisi tersebut telah terjual setakat ini dengan keseluruhan lima juta salinan akan dicetak berbanding jualan kebiasaan majalah itu sekitar 60,000 naskhah dalam masa seminggu. – AFP(Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.34 noon on Jan-18,2015.

ERDOGAN SELAR CHARLIE HEBDO

January 18,2015 at 2.01 am

Recep Tayyip Erdogan
ANKARA 17 Jan. – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam membidas akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo ekoran penerbitan artikel provokasi tentang Islam oleh akhbar itu yang disifatkan beliau menghasut kebencian dan perkauman.

“Majalah ini terkenal kerana penerbitan provokasinya tentang Islam, Kristian, dan sesiapa juga.
“Ini bukan dipanggil kebebasan. Tindakan itu mengakibatkan keganasan dengan mencampuri ruang kebebasan orang lain. Kita harus sedar tentang perkara ini. Tidak ada kebebasan tanpa had,’’ katanya pada satu mesyuarat di sini.
Dalam edisi terbaharu majalah itu selepas ibu pejabatnya diserang lelaki bersenjata minggu lalu sehingga mengorbankan seramai 12 orang, majalah satira tersebut tampil dengan imej Nabi Muhammad SAW pada edisi khas empat muka suratnya,Rabu lalu.

Menurut Erdogan dalam laporan portal Al Jazeera, umat Islam mengharapkan rasa hormat terhadap nabi mereka, cara yang sama seperti mereka menghargai nabi dari agama Yahudi dan Kristian.
“Mereka (penerbitan Charlie Hebdo) boleh jadi ateis. Sekiranya ya, mereka akan hormat apa yang dianggap suci oleh saya.
“Sekiranya mereka enggan, ini bermakna, mereka melakukan satu provokasi yang boleh dihukum oleh undang-undang. Apa yang mereka lakukan adalah menghasut kebencian dan perkauman,” katanya.
Erdogan pada masa sama turut menyelar tindakan akhbar Turki, Cumhuriyet yang menterjemah edisi akhbar empat muka surat itu kepada bahasa Turki termasuk memaparkan beberapa karikatur Charlie Hebdo. Tegasnya, penerbitan karikatur itu di negara yang majoriti penduduknya umat Islam adalah menyalahi undang-undang.
“Di negara mana anda tinggal? Apa yang anda lakukan adalah menyalahi undang-undang. Anda sedang mengundang provokasi,’’ tegas Erdogan.(UTUSAN ONLINE-LUAR NEGARA).POSTRED BY ABNMULYA /ABU bAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 11.21 AM ON JAN-18,2015.

a

Friday, January 16, 2015

Malaysia tidak benar provokasi agama

Kebebasan ada had, tindakan diambil ke atas pencetus konflik – PM. 

17 Januari 2015 2:29 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Malaysia tidak akan membenarkan provokasi agama atau sebarang perbuatan mengancam atau menghina mana-mana agama dilakukan walaupun atas nama kebebasan bersuara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menegaskan bahawa kebebasan ada hadnya.
Beliau berkata, pihak berkuasa akan terus mengambil tindakan ke atas mereka yang cuba melakukan apa juga tindakan yang boleh menimbulkan konflik keagamaan.
“Hormat-menghormati antara satu sama lain merupakan prinsip asas yang perlu kita amalkan bagi menjamin keharmonian negara yang berterusan,” katanya dalam mesej yang disiarkan radio tempatan hari ini.
Najib seterusnya berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di beberapa lokasi di dunia seperti di Paris dan Sydney baru-baru ini.
“Dalam konteks Charlie Hebdo, kita sama sekali menegah serangan ke atas mereka, namun pada masa sama tidak bermakna kita menerima kegiatan provokasi mereka ke atas agama lain,” kata Najib.

Beliau merujuk kepada kejadian Rabu minggu lepas yang menyaksikan serangan ke atas pejabat majalah satira Perancis itu di Paris, yang menyebabkan 12 orang terbunuh.

Najib dalam pada itu berkata, bagi mempertahankan negara daripada ancaman pengganas seperti ISIS atau dikenali juga sebagai kumpulan militan Negara Islam (IS), pihak berkuasa sudah memulakan operasi mengesan dan menahan mereka yang terlibat dengan kumpulan seperti itu.

Beliau menarik perhatian bahawa Kertas Putih bagi menangani ancaman IS dibentangkan di Parlimen pada November tahun lepas dan rang undang-undang antikeganasana baharu akan dibentangkan pada Mac.– BERNAMA( Utusan online)..Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.37 am on Jan-17,2015.

Arab Saudi: Hukuman sebat terhadap blogger ditunda

17 Januari 2015 5:02 AM 

RIYADH 17 Jan. – Kerajaan Arab Saudi semalam menunda pelaksanaan hukuman sebat terhadap seorang blogger yang dijatuhi hukuman sebat 1,000 kali kerana menghina Islam, susulan kecederaan yang dialami selepas menjalani hukuman minggu lalu masih belum pulih.

Hukuman sebatan terhadap Raef Badawi yang turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dikhalayak ramai, mendapat bantahan daripada Amnesty International dan kumpulan hak asasi manusia yang menggesa dia dibebaskan.

Raef disebat sebanyak 50 kali pada 9 Januari lalu, di luar sebuah masjid di Jeddah. – AFP.(Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.39 am on Jan-017,2015.

NGO Islam sokong tindakan tegas PDRM terhadap Eric Paulsen

16 Januari 2015 5:22 PM.;

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini tampil di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini bagi menyokong tindakan tegas yang diambil terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.

Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (Perkasa) antara NGO-NGO yang tampil menyerahkan Memorandum Menyokong Tindakan Tegas Ketua Polis Negara dan PDRM Terhadap Penghina Agama Islam di sini selepas solat Jumaat tengah hari ini.
Memorandum yang diserahkan kepada Urusetia Komunikasi Korporat PDRM, DSP Anwal Ab Wahab itu antara lain meminta agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak terlepas pandang terhadap kumpulan lain yang turut menghina Islam.
Ahli Dewan Tertinggi Perkasa, Datuk Salleh Ismail berkata, banyak laporan polis yang dibuat terhadap kumpulan berkenaan tidak diambil tindakan.
"Perkasa bimbang jika mereka-mereka yang menghina kesucian Islam tidak diambil tindakan yang tegas, ini akan menyebabkan pihak lain yang tidak dapat mengawal kemarahan untuk mengambil tindakan sendiri.
"Kami melihat penghinaan agama Islam berlaku secara berterusan sejak 2008 dari kejadian melempar daging dan kepala khinzir sehingga insiden terbaharu melibatkan Eric Paulsen," kata Salleh.
Menurut Salleh, Perkasa mengalu-alukan Ketua Polis Negara dan PDRM menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai satu-satunya mekanisme yang ada untuk menyekat perbuatan menghina agama Islam di negara ini.
PDRM telah pun menahan Eric di pejabatnya, di Brickfield kira-kira pukul 9.45 malam ini pada 12 Januari lalu dan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Eric ditahan bagi siasatan terhadap kenyataan beliau di Twitter yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam. 
Eric kemudiannya dibebaskan pada 4.30 petang pada 14 Januari selepas direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - UTUSAN ONLINE (Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.27 am on Jan-17,2015

Thursday, January 15, 2015

NURUL IZZAH SAH BERCERAI TALAK SATU

Kedua-dua bersetuju terma perjanjian hak penjagaan anak 

OLEH: MARZITA ABDULLAH :16 Januari 2015 1:36 AM
Nurul Izzah

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Konflik rumah tangga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berakhir hari ini apabila beliau sah bercerai talak satu dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Pasangan tersebut bersetuju untuk menyelesaikan permohonan cerai yang difailkan Nurul Izzah sejak Disember 2013 pada hari ini setelah mencapai persetujuan bersama terhadap terma-terma perjanjian yang dikemukakan.

Ini termasuk Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan berhubung nafkah idah, nafkah mutaah (bayaran sagu hati) dan harta sepencarian.





Kedua-dua pihak juga bersetuju terhadap terma tambahan perjanjian mengikut Seksyen 82 dan Seksyen 83 (a) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Berdasarkan seksyen itu, sekiranya isteri berkahwin lain hak penjagaan anak diserahkan kepada suami.

Raja Ahmad Shahrir, 36, melafazkan cerai talak satu itu di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain pada pukul 4.17 petang ini setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.

Mohd. Amran mensabitkan jatuh talak berkenaan setelah berpuas hati lafaz talak itu telah memberi kesan terhadap ikatan perkahwinan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.














Raja Ahmad Shahrir melafazkan talak itu dengan lancar dan tenang namun dilihat mengesat air mata setelah selesai berbuat demikian manakala Nurul Izzah, 35, kelihatan serius dan tenang.
Sehubungan itu, Mohd. Amran memerintahkan Nurul Izzah beridah tiga kali suci bermula hari ini dan sijil pernikahan yang telah dikeluarkan sebelum ini dibatalkan.

Dalam pada itu, Raja Ahmad Shahrir dan Nurul Izzah turut bersetuju terhadap terma perjanjian berhubung hak penjagaan anak secara bersama tanpa perbicaraan.

Ketika memfailkan permohonan cerai sejak lebih setahun lalu, Nurul Izzah memberi alasan tiada lagi persefahaman dan rasa kasih sa­yang (tiada mawaddah dan rahmah) menyebabkan keretakan rumah tangga mereka.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Damansara di ibu negara.

Sementara itu, di luar mahkamah, peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memberitahu pihak media, kedua-dua pihak bersetuju tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan selepas ini.
















Berhubung nafkah anak, beliau berkata, pasangan itu bersetuju Raja Ahmad Shahrir akan membayar nafkah sebanyak RM1,500 setiap bulan terhadap Raja Nur Safiyah, 8, dan Raja Ahmad Harith, 6, yang kini di bawah jagaan Nurul Izzah.

Katanya, pasangan itu juga bersetuju dengan hak penjagaan anak secara bergilir dengan Nurul Izzah memperoleh hak bermalam dengan anak mereka bermula Isnin pukul 8 malam sehingga Jumaat 6 petang.

















“Anak guam saya akan memperoleh hak bermalam bersama anaknya bermula Jumaat 6 petang sehingga Isnin 8 malam,” katanya.

Hak penjagaan anak semasa Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha 2015 pula Azmi berkata, kedua-dua anak pasangan itu akan bersama-sama Nurul Izzah pada malam hari raya sehingga petang hari raya ketiga dan Raja Ahmad Shahrir akan menjemput anak mereka pada petang itu di rumah Nurul Izzah.

Sementara itu, Raja Ahmad Shahrir enggan mengulas lanjut mengenai penceraian itu dan menyerahkan kepada Azmi untuk menjawab pertanyaan pihak media.

Nurul Izzah turut enggan menjawab pertanyaan pihak media dan bergegas meninggalkan mahkamah bersama peguam syarie, Normawaddah Ramli namun seperti bia­sa dia sempat memberitahu pihak media ‘Terima Kasih kerana menghormati privasi saya.(Utuysan online-Mahkamah Tinggi Syariah).Posted by Abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 10.36 am on Jan-16,2015..