Sunday, April 14, 2013

Datuk Dr.Rahman Ismail : Rasmikan Mesyuarat Agung (KWIM) Ke:3


Serbahagian dari ahli-ahli Kelab Wanita 1 Malaysia Daerah Gombak ( KWIM) yang hadir di majlis Mesyuaratnya pada petang tadi di Tingkat 1, di Restauran Pak Tam Katering,Selayang,pada petang 14 hb.April 2013.




April 14,2013 at3.20am.

Di saat-Saat kesibukan rakyat Malaysia hampir-hampir sedang menghadapi tugas menempuh Pilihan Raya Umum ke:13 yang mana akan berlangsung pada 5 hb.April 2013 iaitu lebih kurang hanya 20 hari lagi itu.
Datuk Dr.Rahman Ismail 

Maka penulis lihat berbgai-bagai pertubuhan Ngo-Ngo, khasnya di Gombak dan di seluruh Selangor amnya, dilihat begitu sibuk mengadakan berbagai- bagai program mendekati rakyat akar umbi.

Mendekati rakyat akar umbi dalam usaha mereka untuk mengumpulkan ahli-ahli Ngo mereka dan sekaligus di kesempatan itu juga,mudahlah bagi mereka memberi peneranagan sesuatu yang ada hububng kaitnya dengan Pilihan Raya Umum yang akan tiba di ambang pintu pengundian.

Dengan kata lain, sambil menyelam sekaligus mereka meminum air. Dalam Konteks itu, maka Kelab Wanita 1 Malaysia,di Daerah Gombak,di bawah pimpinan Puan Seha Siman, dilihat tidak mahu ketingggalan mengambil kesempetan di dalam keadaan kesibukan itu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Wanita 1Malaysia,di Daerah Gombak buat tahun ke:3.
Cik Erin bertindak sebagai Juruacara majlis.
Mesyuarat itu telah di rasmikan oleh Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,merangkap mantan Ahli Parlimen Umno Gombak pada penggal 2004-2008,oleh Datuk Dr.Rahman Ismail.

Mesyuarat Agung itu telah diadakan di Restauran Pak Tam Katering,di Tingkat 1,Selayang, di depan Stadium Padang Bolap Sepak, di Selayang, pada petang tadi.

Dewan di Restaurat Pak Tam Katering yang comel,di tingkat atas itu  dipenuhi dengan para ahli-ahli KWIM. Pada mesyuarat agung KWIM yang ke :3 ini,adalah merupakan mesyuarat tahun pemilihan Ahli-Ahli Jawatan Kuasa yang baru.

Mengikut perlembagaan yang telah diluluskan oleh ROS bahawa setiap(2) tahun KWIM mesti mengadakan mesyuarat agung pemilihan AJK barunya.

Sebahagian lagi ahli-ahli KWIM yang turut memenuhi dewan mesyuarat agung itu.
Pada mesyuarat yang telah berlangsung pada petang tadi dengan sebulat suara telah meminda perlembagaannya daripad 2 tahun kepada 3 tahun,barulah diadakan mesyaurat agung pemilihan pucuk pimpina dan juga ahli-ahli jawatan kuasa yang baru pula.
Puan Misnah binti Yusof


Dalam mesyuarat agung tersebut Puan Seha Siman kekal sebagai Presiden KWIM disebabkan telah menang tanpa bertanding.Dengan kata lain tiada tokoh-tokoh wanita yang yang mencabarnya.

Hanya jawatan Timbalan Presiden,Naib Presiden dan Ahli-Ahli jawatan kuasa kerja telah dipilih semula. Jawatan Timbalan Presiden 1 telah dimenangi oleh Puan Misnah binti Mohd Yusof.

Sementara Naib Presiden ( I) pula telah dimenangi oleh Puan Zaleha binti Md.Yatim dan Naib Presiden (2) dimenangi oleh Hajah Zahara binti Yassin dan 11 orang Jawatan Kuasa Kerja yang mengadungi 15 orang semuanya.

Bakai 4 orang lagi ahli jawatan kuasa yang baru itu akan dilantik oleh Presiden KWIM yang punya hak istimewa untuk melantiknya.

KWIM di bawah pimpinan Puan Seha Satim ini telah pun lama bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak, pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail yang mana kini telah mempunya 153 buah badan Ngo-Ngo Gombak yang kecil- kecil yang telah bergabung dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Puan Hjh.Zahara Yassin

Dari jumlah 153 buah badan Ngo-Ngo Gombak itu,ditaksirkan mempunyai keahlian sebanyak 115,000 orang ramainya.
Dari jumlah 115,000 orang itu telah disahkan sebanyak hampir 36,000 orang telah didaftarkan sebagai pengundi yang sah.

Di dalam kawasan Parlimen Gombak? Satu kawasan Parlimen dan 3 lagi ialah kerusi DUN.

Dengan adanya jumlah ahli-ahli dari badan-badan Ngo Gombak itu sendiri?  Ia boleh menjadikan satu faktor yang penting bagi Umno-BN untuk memenangi ke empat- empat kerusi di dalam Parlimen Gombak itu sendiri.

Tetapi dengan syarat,jika mereka ini digembeling dengan tersusun dan teratur oleh badan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri ketika menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 ini.Jika ini mampu dilakukan oleh badan Ngo-Ngo Gombak dan dengan kerjasama yang erat dan kental dari mesinery Umno-BN di dalam Daerah Gombak itu sendiri?

Maka tidaklah mustahil? Ngo-Ngo Gombak dan Umno-BN di Gombak dengan bergaya akan dapat merampas semula 4 kerusi di dalam Parlimen Gombak dari pihak pembangkang yang telah menguasai Gombak dan Selangor selama 5 tahun lamanya tanpa menepati segala janji-janji mereka.Kata-kata tidak dikotakannya.

Kelab Wanita 1 Malaysia ini (KWIM) di bawah pimpinan Puan Seha Simen,dalam masa tiga tahun yang lalu ini, dilihat begitu aktif dan telah begitu banyak mengadakan berbagai-bagai aktiviti-aktiviti mendekati rakyat akar umbi.
NOmbor dua dari kanan ialah Puan Zaleha binti Md.Yatim Naib Presiden KWIM yang (1) yang baru memenangi jawatan tersebut pada mesyuarat petang tadi. Sebelahnya yang berbaju merah itu ialah Puah Seha Satiman Presiden KWIM yang menang tanpa bertanding.
Sebagai mana kita maklum, bahawa badan -badan Ngo ini bekerja dengan tenaga sendiri dan dengan  kewangan yang di cari sendiri-sendiri juga.

Dalam kontek ini Presiden Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail dalam ucapa perasmiannya itu telah memuji-muji Puan Seha Siman yang dilihat begitu gigih bekerja dan berusaha untuk menjadikan nyawa KWIM terus segar bugar dan dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat akar umbi tanpa bantuan dari kerajaan.
4 orang lelaki di dalam gambar di atas termasuk Dr.Dr Rahman Ismail ialah Ahli-ahli Jawatan Kuasa Gabungan Ngo Gombak sebagai pemerhati bersama AJK-AJK (KWIM) dan ahli-ahli (KWIM) bergambar untuk mengabadikan kenagan selepas selesai mesyuarat agung tersebut.
Justeru itu,diakhir ucapannya yang rengkas itu belaiau telah mengumumkan bahawa atas nama peribadinya sendiri,beliau akan mendermakan kepada KWIM sebanyak RM2,000-00 sebagai tambahan bagi KWIN terus menghidupak KWIM dari masa ke masa.

"Insya Allah,saya berjanji akan cuba membantu KWIM dari masa ke masa dan akan saya cuba carikan dana-dana lain dari penderma-penderma yang lain,"janjinya bagi mengakhiri ucapan perasmiannya itu.

Pengumumannya itu serentak telah mendapat tepukakan yang gemuruh dari hadirin yang berada di dalam dewan mesyuarat yang menghadiri mesyurat agung KWIM itu. (Posted bya abnmulya at 3.20 am on April 15,2013.




No comments: