Oleh Wartawan Agenda Daily
Se\lasa,Mac 18,2014.11.30 am.
Kes permohonan membubarkan perkahwinan (fakash) yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur 11 Mac ini.
Hakim Syariah Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut selepas mendengar permohonan peguam kedua-dua pihak di dalam kamar.
Menurut Peguam Nurul Izzah, Normawaddah Ramli, prosiding penceraian masih diteruskan di bawah Seksyen 47 Akta 1984 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Tetapi kedua-dua pihak sedang membincangkan penyelesaian terbaik.
BACA JUGA Rekod mahkamah Nurul Izzah fail fasakh, tapi dia nafi...
Difahanmkan dalam bahasa mudahnya, permohonan Nurul Izzah untuk membatalkan perkahwinan itu masih diteruskan, cuma kedua-dua pihak sedang merundingkan terma-terma penyelesaian.

Kes tersebut pertama kali di dengar di mahkamah rendah syariah ini pada 22 Januari lalu. Kini selepas tiga minggu, nampak gayanya, masih belum selesai lagi berunding.
Permohonan membubarkan perkahwinan (fasakh) di dalam Islam bermaksud si isteri minta cerai selepas suami enggan menjatuhkan talak.
Ketika sebutan pertama kes itu Raja Shahrir telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu bagi menyediakan kesnya.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003. Upacara perkahwinan mereka diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun.-18/2/2014(Dari Agenda Daily (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1636 hrs on February 18,2014.
No comments:
Post a Comment