Tuesday, February 18, 2014

Tony Pua serlah kejahilan

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Majlis Fatwa Kebangsaan membidas tindakan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mempertikaikan keputusan majlis itu melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih. 

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin turut menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu supaya tidak menyerlahkan kejahilannya dalam isu berkaitan agama Islam.

Katanya, fatwa berkaitan Hari Kekasih adalah berdasarkan sudut Islam yang hanya terpakai kepada umat Islam sahaja justeru, tindakan Tony itu dilihat seolah-olah cuba memperlekeh fatwa berkenaan.

"Tindakan ini tidak kena dan dia (Tony) tidak memikirkan sensitiviti umat Islam. Ini adalah negara majmuk dan dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak tahu kesan terhadapnya kelak.

"Kalau tidak melibatkan dirinya, janganlah bising sebab semua ini adalah dari sudut agama Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tony melalui laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini memuat naik satu kenyataan ketika berada di London bersama isterinya.

Kenyataan itu didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.

 Mengulas lanjut, Abdul Shukor menegaskan, sebagai pemimpin bertaraf wakil rakyat, Tony sepatutnya mempunyai kesedaran sivik, saling menghormati dan bertanggungjawab terhadap segala kenyataannya. 

"Saya fikir semua rakyat terutama yang berada di bandar mengetahui berhubung sensitiviti ini. Saya percaya umat Islam tidak akan sampai ke tahap itu untuk membuat provokasi agama," tegasnya.(Utrusan online-politik).Posted by abnmulya.blogspot.com at 9.51 am on Fewbrury 19,2014.

No comments: