Monday, April 6, 2015

Ahli-ahli Parlimen BN bersuara terhadap kritik Mahathir pada Najib

Dietik dari Agenda Daily).

TRANSKRIP PENUH: 
SIDANG AKHBAR DI BANGUNAN PARLIMEN
TAN SRI SHAHRIR SAMAD.(BNBBC).



 Ketika kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semakin panas...para Ahli Parlimen Barisan Nasional Isnin bersatu tampil bersuara menyokong Perdana Menteri.

Mereka menilai cara serangan bekas Perdana Menteri itu 'bukan cara yang sepatutnya'. Pendirian Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mempunyai keahlian 79 orang disuarakan oleh Pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen.

Sidang akhbar yang mencuri perhatian ramai itu turut disertai oleh sebilangan Ahli Parlimen dari semua komponen BN yang hadir pada sidang Dewan Rakyat Isnin.

Ini adalah kali pertama BNBBC menyatakan pendirian setelah Dr Mahathir terus membuat kritikan terhadap Najib menerusi blognya dan juga sidang media selepas beberapa acara kebelakangan ini. 

Kata Shahrir mereka perlu bersuara dan melihat serangan bekas Perdana Menteri kini sudah sampai ke tahap 'very personal'.

Mengambil contoh isu kes Altantuya yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, beliau rasa pelik kenapa setelah kes ini lalui semua proses di mahkamah kini kata-kata Sirul Azhar Umar yang bersalah jadi sangat bernilai.

Menurut beliau sepatutnya semuanya sudah dicakap semasa kes itu dibicarakan dalam mahkamah dulu. Katanya Perdana Menteri sendiri telah bersumpah tidak kenal dengan Altantuya.

Beliau menjelaskan sebagai orang Islam soal bersumpah itu harus diambil kira. Dr Mahathir antara lain persoal mungkin Sirul terima arahan bunuh Altantuya dan pihak berkuasa harus siasat hal itu. 

Beliau juga berpendapat tidak adil gantung Sirul hingga diketahui kebenaran. Ahli Parlimen Johor Bharu dan pernah memegang beberapa jawatan menteri itu menegaskan sokongan BNBBC pada Perdana Menteri bukan membabi buta dan mereka bukan rubber stamp.

Sebaliknya kerana melihat Najib telah membawa perubahan yang memuaskan dalam pentabirannya dicelah senario realiti politik kini yang berbeza dengan keadaan masa lampau.

Kata Shahrir beliau sendiri sudah berjumpa sendiri Perdana Menteri dan bertanya macam-macam hal yang berbangkit kepadanya.

Beliau melihat dalam hal-hal tertentu sudahpun dijawab. Malah ahli-ahli BNBBC,katanya boleh tolong jawab dan jelaskan isu-isu seperti IMDB,Cukai GST,pembelian jet,BR1M dan sebagainya.

 Namun merasa ada yang Perdana Menteri perlu jawab sendiri." Saya yakin beliaakanjawab,"katanya.
Hal itu katanya tidak menjadi masalah. Menurut Shahrir beliau ada bertanya kepada Perdana Menteri apa masalah antaranya dengan Dr Mahathir.

" Perdana Menteri kata ' hot and cold' dan beliau pun confuse", katanya. Atas sebab melihat kebuntuan ini,beliau menegaskan mereka perlu bersuara dan nyatakan pendirian.

" Jika tidak ia tidak akan membawa kesudahan,"katanya. Beliau menilai kritikan Dr Mahathir terhadap bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dulu adalah berbeza dengan didahapi oleh Najib sekarang.

Menurut Shahrir jika Dr Mahathir dakwa beliau lakukan semua ini kerana sayangkan parti, mereka juga sayangkan parti dan tidak mahu lihat ia terjejas.

" Tun Mahathir lebih tua dari saya dan lebih berpengalaman.Jika beliau buat sebab sayangkan parti dan negara ini menjadi tanggongjawab kami untuk pertahankan negara serta kerusi yang BN menang pada PRU13 ,"katanya.

Katanya sebagai Ahli Parlimen mereka tahu senario dibawah dan yakin dapat pertahankan BN pada pilihanraya umum ke 14 nanti. "Biasanya orang diatas cakap tidak ambil kira perasaan orang dibawah,"katanya.- 6/ 4/2015 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL( Posted by abnmulya  H(ajai Bakar Ninggal.bnlogspot.com.at 1755 hrs on April 0,2015.)

No comments: