Dr. Mahathir perlu buktikan sikapnya sebagai negarawan
07 April 2015 2:35 AMKUALA LUMPUR 6 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu membuktikan sikap negarawannya dengan tidak menjadikan agenda peribadi sebagai alasan menyerang kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
![]() |
Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi |
“Saya hormati beliau sebagai negarawan tetapi apabila saya meneliti siri kenyataan Dr. Mahathir ke atas Perdana Menteri, persoalan terkini adalah menjurus kepada agenda peribadi.
Pada saya, ini tidak patut berlaku. “Kalau benar beliau mahu mempersoalkan termasuk dalam kes Sirul Azhar Umar, Dr. Mahathir sendiri perlu menulis surat kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara kerana cara beliau bercakap seolah-olah ada bukti baharu.
“Perdana Menteri sudah dua kali bersumpah di masjid. Proses mahkamah pun sudah dilalui. Jadi apa lagi?
Kalau beliau merasa ada penemuan baharu, tampil dan dedahkanlah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata demikian sebagai mengulas beberapa siri serangan dan kritikan keras Dr. Mahathir ke atas kepemimpinan Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sepatutnya Dr. Mahathir tidak perlu menari mengikut rentak pembangkang kerana kerajaan sudah pun mengarahkan audit forensik dilakukan.
Malah katanya, langkah Perdana Menteri mengarahkan audit forensik dibuat bukan sahaja membuktikan ketelusan kerajaan dalam isu berkenaan tetapi memperlihatkan keberanian Najib untuk berdepan dengan segala kemungkinan.
“Apa yang lebih penting Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menyelamatkan (bail out) 1MDB jika diurus dengan tidak betul dan ini komitmen bahawa di zaman pemerintahan Najib tidak berlaku bail out.
“Pada saya, Dr. Mahathir sendiri pun kena melihat dengan lebih jujur dalam soal ini, pernahkah semasa pentadbiran beliau kerajaan membuat langkah bail out syarikat tertentu yang tidak berlaku ketika zaman Najib,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya /Haji ABU bAKAR niNGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 8.59 AM ON aPRIL 07,2015.
No comments:
Post a Comment