Thursday, April 30, 2015

Hairan bin Ajaib? Bila melihat sikap Mahathir Mohamad dan Zaid Ibrahim?




Haji Abu Bakar Ninggal 
April  30,2015 @ 10.58pm. 

Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdama Menteri Malaysia yang ke-6 ini, belum pun sampai 6 tahun lamanya jadi Perdana Menteri Malaysia, tapi dah digelar oleh musuh-musuh politiknya dengan berbagai-bagai gelaran.

Ada yang mengelar beliau sebagai Maharaja dan sebagainya kerana keenganan beliau berundur seperti mana diminta oleh Tun Mahatir dan Zaid Ibrahim dan konco-konconya.

Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sesungguhnya sikap yang ditunjukkan  oleh mereka itu bolehlah ia dikatakan sebagai Hairan bin Ajaib apabila Mahathir Mohamad dan Zaid Ibrahim melalui portal media pro-pembangkang mereka itu dilihat semacam bermati-matian mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Sebab dan musababnya sungguh menghairankan dan lagi mengajaibkan? Sebab-sebab yang sebenarnya masih kabur kerana isu 1MDB yang Mahathir orbit-orbitkan itu? Sedang diAudit oleh Juru Audit Negara? Keputuannya masih belum diketahui lagi.

Ertinya Datuk Seri Najib tidak boleh dikaitkan dengan sewenang-wenangnya dalam isu 1MDB itu. Kalau Mahathir ada bukti yang sahih? Mahathir dipersilakan  buat report polis dan kemudianya bawa isu IMDB itu ke Mahkamah keadilan negara Malaysia.

Apakah disebabkan pembahagian CAKE negara oleh pemerintahan Najib itu tidak dapat dirasai oleh Mahathir dan Zaid Ibrahim dan konco-konconya itu? 

Penulis rasa bukanlah itu sebab-musababnya yang utamanya? Mesti ada yang tersirat di sebalik kegeraman mereka terhadap Najib.

Umumnya,boleh dikatakan bahawa rakyat Malaysia dah lama tahu dah....bahawa 
Mahathir sejak memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun lamanya? Memang dah kaya raya.Kini sedang menikmatyi wang pencen bulanan yang lumayan. 

Sementara Zaid Ibrahim pun dah cukup kaya raya juga dengan dunia perniagaannya yang dulu-dulunya beliau punya syarikat guaman yang terbesar di Malaysia. .Kawasan kediaman beliau pun di kawasan oerang kaya-kaya,di Tropicana Golf Resort. Penulis dah pun pergi ke rumah beliau kerana terlibat bersama beliau mengambil alaih parti politi MATA dulu itu.

Mahathir pernah berkata bahawa kerana berada di dalam Unmno-lah? Maka Zaid dan syarikat guamannya telah berjaya buat duit dan dah jadi jutawan dan tinggal di rumah kediamna di Tropikan Resort, berjiran dengan A.Kadir Jasin,penulis vetran yang terang-terangan pro-Mahathir.

Jadi? Apa yang membuatkan Mahathir dan Zaid Ibrahim dilihat semacam begitu dengki dan susah hati dan gundah gulana melihat Najib terus berada disitu iaitu di jawatan Perdana Menteri Malaysia? Jawaban yang paling cepat sekalai? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahuinya.
Dr.Mahathir Mohamad
Mutakhir ini,mereka dilihat bermati-matian tidak mahu Najib terus jadi Perdana Menteri Malaysia? Sedangkan rakyat dan ahli-ahli Umno/BN di seluruh perengkat akar umbi ,di seluruh tanah air Malaysia didapati masih kasih, masih sayang pada Najib. 

Sekaligus majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa sikap yang sedang dipamirkan oleh Mahathir dan Zaid Ibrahim itu benar-benar menghairan bin Ajaib? 

Nujum Pak belalang pun awal-awal lagi akan angkat tangan disebabakana tak mampu hendak mentafsirkannya hala tujuan kenapa Mahathir dan Zaid Ibrahim dilihat begitu benci terhadap Najib?

Atau adakah disebabkan Mahathir sedanag membuat kira-kira dari segi untung ruginya, jika Najib terus berkuasa sebagai PM Malaysia lebih lama lagi? 

Ketegasan Najib secara terus teranag bahawa beliau tidak mahu berundur itu?Akan membantutkan cita-cita,harapan dan tindakan beliau untuk mengujudakan legasi Mahathir seperti mana ujudkan  legasi Lee Kuan Yew di Singapura? 

Ketika Mahathir mula-mula menghentam Najib? Kita lihat Mahathir dalam beberapa bulan yang lalu ini didapati sering berkata bahawa Najib harus undur dan tokoh yang layak yang akan menggantikan Najib ialah Muhyiddin Yasin. 

Apabila Mahathir LIHAT Muhyiddin Yassin, semacam tidak tergoda dengan omong-omongan beliau itu? Mahathir kini mengubah pula paluan gendangnya.
Zahid Ibrahim,bekas Presiden parti MATA

Maka pada hari ini iaitu pada tanggal (30/04/2015) menerusi portal media sosial pro-pembangkang Mahathir didapati ada berkata bahawa ada orang yang lebih layak dari Muhyiddin Yasin,tetapi beliau tidak berani menyebutkan nama tokoh-tokoh itu jika lebih dari satu?. 

Justeru itu jika Mahathir benar-benar berani kenapa beliau tidak sebutkan nama individu itu?

Atau pun nama tokoh-tokoh yang beliau maksud itu tak ujud? Hanya buat gertak aje? Jika benar-benar ada? 

Maka secara anak jantan tolong sebutkanlah nama mereka  agar rakyat Malaysia tahu. Mungkin pada Mahathir tokoh-tokoh itru isteimewa? 

Tetapi tidak istimewa pada Umno/BN dan juga pada rakyat Malaysia yang berjumlah 30 juta banyakanya. Kenapa takut-takut? Polis tak akan tangkap dengan hanya menyebut nama sahaja.

Pada hemat penulis? Ini merupakan satu taktik politik baru Mahathir untuk mengadu dombakan lebih ramai tokoh-tokoh di dalam Umno itu sendiri,terutama di antara menterri-menteri di dalam kabinet Datuk Seri Najib berlaga-laga antara satu dengan yang lain? 

Para pimpinan atasan Umno harus berwaspadah dengan permainan tektik politik kotor Mahathir ini.Politik putar belit untuk mendapat simpati dari orang lain.

Penulis rasa bangga bahawa SEMALAM Datuk Seri Najib secara terang-terangan telah menjawab segala cemuhan dari musuh-musuh politiknya terhadp beliau. 

Dalam konteks itu? Datuk Seri Najib dilihat dengan gagah berani mengatakan bahawa pantang anak bugis tidak mudah menyerah kalah dan mengalah dan sanggup menentang segala ujian dan cabaran yang dihadapakan dan ditujukan terhadap beliau

Apatah lagi kini beliau adalah orang nomber satu di Malaysia iaitu, sebgaia Ketua Pentadbiran Negara Malaysia. Keputuan mutamd kini berada di tangan beliau.Hanya tepuk dada tanya selera.

Sebagai pahlawan keturunan bangsa bugis Melayu Ori. Datuk Seri Najib dilihat telah mempamirkan semangat juang yang hebat iaitu pantang mengaku kalah sebelum bertarung.Alang-alang menyeluk pekasam? Biarlah hingga ke pangkal lengan. 

Lawan tetap lawan hingga pengacau KEAMANAN politik negara Malaysia akan musnah dan hancur lebur. 

Itulah sumpah pahlawan kita bangsa Melayu. Jika roboh kota Melaka? Papan di jawa kita dirikan. Jika sungguh apa yang telah Datuk Najib dah katakan? Jiwa dan raga jadi pertaruhan. Lawan tetap lawan.Memujur lalu melintang patah.

Rakyat Malaysia keseluruhanya tetap berada di belakang Datuk Seri yang menjadi kebangaan kita semua bangsa Melayu. (Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2259 hrs on April 30,2015.

No comments: