Wednesday, April 29, 2015

Jangan sokong calon tolak hudud

Wan Azizah, PKR secara sedar tolak pelaksanaan hukum Islam 

30 April 2015 @ 1.42am 




PERMATANG PAUH 29 April - Bekas ahli Exco Pemuda Pas Kedah menyeru ahli parti itu di sini, supaya tidak menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana beliau dan partinya secara sedar menolak pe­laksanaan hukum hu­dud.

Zainon Ismail ( gambar kiri)yang menjadi ahli Exco dari 1990 hingga 1997 berkata, sekiranya ahli Pas di Permatang Pauh mengundi PKR, tindakan itu bermakna mereka mengkhianati perjuangan Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Beliau, sebelum ini, ahli Pas telah ‘ditarbiah’ oleh pe­mimpin mereka dalam ceramah bertajuk Ciri-Ciri Yang Membatalkan Iman dan salah satunya ialah mengenai penolakan terhadap hudud.

Beliau mengulas mengenai tindakan Pas Permatang Pauh dan Dewan Pemuda Pas (DPP) negeri yang menarik balik bantahan terhadap PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Sebelum ini, kedua-dua pihak mengugut untuk tidak memberi sokongan sekiranya PKR tidak memohon maaf dan menarik balik kritikan terhadap Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Malah, mereka turut membantah keputusan PKR meletakkan Wan Azizah dalam PRK itu memandang­kan Presiden PKR itu sebelum ini dikatakan menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, mana-mana pemimpin pembangkang yang menolak hukum hudud boleh dianggap kufur sekali gus menjadi tanggungjawab ulama dalam Pas menasihatkan mereka supaya bertaubat.

“Sekiranya ada pemimpin pembangkang yang menolak hudud dan tidak memohon maaf mengenai pendirian itu, maka adalah haram bagi ahli Pas mengundi pemimpin sebegitu,” katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau, ahli Pas di Permatang Pauh yang mengundi parti dan individu yang secara terang-terangan menolak hudud boleh dianggap sebagai mengkhianati parti.( Utusan onluine-politik).Posted by abnmulya / Haji Abu Baklar Ninggal.blogspot.com at 1438 hrs on April,30,2015.

No comments: