Thursday, June 18, 2015

Ngo cadang Dr.Mahathir jalani ujian kesan pembohongan

Publishe 18 Jun 2015 @ 7.19 pm.

Menurut Pengerusi Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM), Md Zainal Abidin, hanya dengan cara itu sahaja orang ramai boleh mempercayai kata-kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.

Satu pertubuhan bukan kerajaan dikenali sebagai Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM) menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani ujian mengesan pembohongan dengan mesin poligraf sebelum berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut pengerusinya, Md Zainal Abidin, hanya dengan cara itu sahaja "orang ramai boleh mempercayai kata-kata Dr Mahathir".

"CAGM bersedia menanggung kos mendapatkan mesin ujian poligraf dan bersedia membayar yuran pakar dalam atau luar negeri untuk melakukan ujian poligraf ke atas Dr Mahathir pada masa dan tempat yang sesuai dengan beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

CAGM sebuah NGO yang baru ditubuhkan menarik perhatian orang ramai apabila mengancam menyaman Dr Mahathir sebanyak RM100 bilion akibat salah urus wang negara sewaktu menjadi perdana menteri dari tahun 1981 sehingga 2003.

Ia kemudian membuat tawaran wang sebanyak RM1 juta kepada mana-mana individu yang boleh mendedahkan dokumen "kekayaan tersembunyi" Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meragui CAGM dan waktu kemunculannya ketika Dr Mahathir menyerang pentadbiran Najib. Dalam kenyataan petang ini juga,

CAGM mendakwa mengkaji video-video Dr Mahathir dan menyimpulkan beliau seorang "pembohong tegar" berdasarkan jawapannya kepada media yang bertanya soalan-soalan sensitif..

Dr Mahathir juga dakwanya mempamerkan  ciri-ciri "hilang ingatan terpilih" apabila menjawab soalan.

 "Hanya dengan lulus ujian ini orang ramai boleh mempercayai beliau dan mempunyai kredibiliti berhadapan Najib Razak dalam debat menerusi televisyen.

"Kami harap Dr Mahathir akan menerima permintaan kecil kami ini," katanya. – 18 Jun, 2015( Gambar dan tulisan dipetik dari The Malaysian Insider).Posted by abnmulya / Haji abu bakar Ninggal.blogspot.com at  2154 hrs on June 18,2015.

No comments: