Monday, July 6, 2015

KOMEN POSITIF OLEH DATUK DR. HARON DIN ITU... MEMBERI SEMANGAT DAN SEKALI GUS SEBAGAI PENAWAR HATI.........




Selasa,July 07,2015 @ 6.13am.   

Dimensi moral di dalam Islam adalah sangat luas dan meyeluruh.Moral Islam berkaitan dengan manusia dengan Tuhan. Manusia di antara manusia dengan Tuhan, Manusia sesama manusia.Manusia dengan makhluk alam ini dan manusia dengan hatinya sendiri.
Datuk Seri Najib Tun Razak

Setiap Muslim hendaklah menjaga tingkah laku luaranya, perbuatan, perkataan dan lintasan-lintasan hatinya yang nyata. Sekaligus Perasaanya dan niatnya.

Secara umumnya peranan setiap muslimin itu yang mesti dimainkannya ialah untuk membela kebenaran dan memerangi kejahatan,mencari kebenaran dan meninggalkan kepalsuan.

Menyanygi keindahan dan kebaikan dan menjauhkan apa yang tidak baik. Lebih istimewa lagi hubungan Muslim dengan Allah merupakan satu dari cinta dan ketaatan,

Keyakinan yang sempurna dan berakal,sejahtera dan penghormat, Istiqamah dan rajin berbakti.

Adab moral yang mulia dan tinggi ini tanpa diragukan lagi akan memupuk budi pekerti manusia ke peringkat yang paling tinggi.

Kerana di dalam hubugan sesama mnusia,Muslim itu mesti berbuat baik kepada kaum kerabat,jiran tetangga,menghormati orang yang lebih tua,dan menasihati orang yang lebih muda, mengambil berat terhadap orang sakit.

Menolong orang yang susah,Bersimpati terhadap orang yang sedang ditimpa bencana dan menggembirakan orang yang tertindas,bergembira dengan sesama mukmin.

Lebih lanjut lagi,dia mesti menghormati hak-hak orang lain sebagaiman dia menghormai haknya sendiri.Mindanya mestilah diisi dengan idea-idea yang membina dan pemikiran yang bernas.Hatinya mesti berdegup dengan perasaan belas kasihan.

Jiwanya mesti disinari dengan kesejahteraan dan ketenangan.Nasihatnya mestilah ikhlas dan bersopan santun.

BERDASARKAN KONSEP MORAL DALAM ISLAM

Datuk Dr.Haron Din,adalah Mursyidul Am Pas yang baru.Tegasnya beliau adalah seorang diantara pemimpin politik pembangkang dari PAS seharusnya tidak membela Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dimalukan dan diaibkan oleh laporan media barat yang tersohor oleh (WSJ) Wall Street Journal
Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas
WSJ di dalam laporan beritanya beberapa hari yang lalu didapati telah mendakwa kononnya wang 1MDB menyalurkan sebesar US 700 juta ( RM2.6 billion) telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Ekoran dari fitnah itu? Datuk Seri Najib telah menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan yang merupakan fitnah itu dan mendakwa bahawa dakwaan itu merupakan satu fitnah yang terancang  oleh satu komplot politik yang mahu menjatuhkan beliau dari terus memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang sah menerusi pemilihan rakyat Malaysia secara demokrasi.

Ekoran dari berita yang sensetif itu, maka pihak pengerusan 1MDB di hari yang sama juga iaitu pada 30/06/2015 telah menafikan berhubung dengan dakwan itu dan kemudiannya diikuti pula oleh Syarikat Ihsan Perdana Sdn.Bhd yang dikaitkan oleh laporan berita WSJ itu? Dilihat juga telah menafikan dakawaan yang telah dibuat oleh WSJ itu.

TUDUHAN KE ATAS PERDANA MENTERI TIDAK LOGIK

Pada tanggal 05/07/2015 menerusi Utusan online di dapati Datuk Dr.Haron Din mengesa tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri,Dartuk Seri Najib TUn Razak menerusi satru artikel Wall Street Journal (WSJ) perlu disiasat terlebih dahulu kerana dilihat tidak logik.

Katanya,jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu perkara berkenaan dilakukan melalui akaun sulit dan bukannya menerusi akaun peribadi.

"Oleh itu, saya merasakan laporan itu mesti di siasat kebenarannya sama ada  benar atau tidak.

"Jika sebelum ini banyak laporan dikaitkan dengan Perdana Menteri dan syarikat 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB),tetapi setelah dijelaskan satu persatu,banyak berita didapatui tidak benar,"katanya  yang ditemui dalam majlis Iftar Amal Darul Fuqaha di sini hari ini.

Datuk Dr.Haron Din berkata,artikel itu merupakan satu tuduhan berat kerana boleh menjejaskan ekonomi negara menerusi kehilangan kepercayaan dalam kalangan pelabur.

Setakat ini dari pihak PAS didapati hanya Datuk Dr.Haron Din sahaja dengan gagah berani telah membuat komen yang mengatakan tuduhan yang ditimpakan ke atas Perdana Menteri itu adalah TIDAK LOJIK.

Penulis lihat Perdana Menteri didpati sangat gembira dan berterima kasih atas komen yang telah dibuat oleh Datuk Haron Din,Mursyidul Am berhubung dengan isu tuduhan yang telah disiarakjan oleh WSJ itu.

Tidaklah berlebih-lebihan jika dikataka  bahawa komen positif yang telah dilafaskan oleh Tuan Guru Dr.Haron Din sangat besar maknanya sekaligus ia merupka satu semanagt baru pada Datuk Seri Najib dan ia boleh diibaratkan sebgaia penawar hati duka lara pada Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedanag ditimpa musibah yang tgiada taranya.

Di mana sahaja Datuk Seri Najib pergi menjelajah negara, baik di Selangor dan di lain-lain tempat di serata Malaysia semasa beliau berbuka puasa dengan rakyat?

Dilihat tak henti-henti Datuk Seri Najib menyebut nama Datuk Dr.Haron Din yang dengan gagah berani telah menyatakan rasa simpati menyokng beliau walaupun Datuk Haron Din dari parti pembangkang.

Nyata menunjukkan bahawa Datuk Dr.Haron Din seorang pemimpin parti Pas taraf  diplomasinya sangat tinggi.Orang yang sentiasa memelihara setia kawan dan persahabatan yang terjalin.

Seorang ahli politik yang berjiawa besar dan bijak mengasing antara ideloghi politik dengan musibah yang sedang menimpa ke atas diri Datuk Seri Najib. Ditimpa musubah berhubng dengan dakwaan WSJ kononnya IMDB dan Syarikat Ihasan Perdana dikatakan didapati ada menyalurkan dana tersebut ke akaun peribadi Perdana Menteri?

Selaku seorang ulama besar yang bertaraf Professor yang tinggi ilmu agamanya. Dalam isu untuk menegakkan kebenaran yang menjadi KONSEP MORAL dalam Islam seperti tersebut awal muqadimah tulisan penulis di atas itu yang penulis petik segala kata-kata falasafahnya  dari sebuah buku yang berjodol "Fokus Islam" di mana ada di anatara isi kandungannya ada mewajibkan setiap muslim dan mukmin/mukminat harus berbuata:-

1).Setiap muslim harus menolong orang yang susah.Bersimpati terhadap oarang yang di timpa bencana dan menggembirakan hati orang yang tertindas,bergembira dengan sesama mukmin.Lebih lanjut lagi dia mesti menghormati hah-hak orang lain sebagaimana menghormati hak-hak dia sendiri.

Datuk Yakob Mohamad,Menteri
Besar Kelantan.
2).Mindanya mesti diisi dengan idea-idea yang membina dan pemikiran yang bernas.Sementara hatinya mesti berdegup dengan perasaan belas kasihan.

Jiwanya mesti disinari dengan kesejahteraan dan ketenangan yang menjadi Konsep Moral di dalam Islam yang menjadi akhlak,moral yang telah diterapkan oleh jujungan besar kita Nabi Muhamad SAW.

APA KEPERLUANNYA NAJIB PRLU BERCUTI?

Semlama melalui TV 3,pada ruangan berita jam 8 malam,penulis ada lihat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaakob, selaku Tim.Mursyidul Am Pas telah menyokong Perdana Menteri dan menggesa  tuduhan yang liar dan berat yang telah disiarkan media barat WSJ ini harus segera di sisasat ...

Anihnya komen yang membela dan mempertahankan Datuk Seri Najib oleh Datuk Dr.Haron Din itu dan juga komen Menteri Besar Kelantan itu? Langsung tidak mendapat LIPUTAN di Harakah Daily online.

Artikel yang Harakah Daily on line siarkan ialah komen-komen Tim.Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.dan artikel bekas Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar yang masing-masing meminta Datuk Seri Najib bercuti.

Ada apa keperluannya untuk Datuk Seri Najib diminta bercuti? Beliau kini sarat dengan tugas-tugas negara harus dikerjakan dan diselesaikan. Apakah individu-individu yang mahu Najib bercuti itu? Ada agenda tertentu? Atau pun begitu ingin untuk memuaskan hasrat Mahathir yang sering mendesak Najib berundur?

Dalm kontek ini? Semua oarang dah tahu dah.. Datuk Seri Najib telah menyatakan berkali-kali, "Pantang berundur sebelum selesai berjuang menentang musuhnya terutama pada Mahathir yang menjadi punca segala kemeut politik yang diujudkannya akibat Datuk Seri Najib tidak dapat memenuhi permintaan peribadinya untuk menjadikan Datuk Seri Najib sebagai bonekanya untuk jadi "proxcy"nya.

Lagi pun WSJ dilihat sekadar membuat dakwaan kosong setakat ini? WSJ idak ada menyertakan dokumen-dokumen yang mereka dakwa ada itu dan berserta nama penyiasat kerajaan yang didakwanya kononnya ada membekalkan dokumen-dokumen itu?

Setakat ini kebenaran tuduhan WSJ itu masih jadi tanda tanya.Benarkah atau sebaliknya? Dengan kata laian masih berada di dunia atas kayangan aje?

Komen Tim.Presiden Pas,Tuan Ibrahim Tuan Man, sejak menang Tim.Presiden Pas pada Muktamar Pas. Dilihat komen-komennya tidak selari dengan komen-komen politik oleh Presiden Pas,Mursyidul Am Pas dan juga komen-komen oleh Ketua Dewan Ulama PAS.Komen-komen Tuan Ibrahim itu sering kontra sifatnya?

Nada komennya dilihat semacam komen yang selalu dilakukan oleh Mat Sabu, sebelum  kalah dulu itu dan juga selepas kalah mempertahankan jawatannya itu. Tak hairanlah orang-orang Tuan Ibrahim kalah pada pilihan perengkat kawasannya di Pahang.

Presiden Parti Pas dan Mursyidul Am Pas harus memberi fokus terhadap cakap-cakap,sikap dan tindakan Tim.Presdien Pas ini. (Posted by abnmulya / Haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 6.13 am on July 07,,2015).

No comments: