Wednesday, July 8, 2015

Laporan Palsu WSJ Punca Iraq Diserang



PERKEMBANGAN mutakhir dalam soal fitanh Wall Street Journal ( WSJ) ke atas Perdana Me nteri,peguam beliau telah memulakan tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut hari ini.

Laporan itu bukan setakat palsu malah coba membodoh-bodohkan Perdana Menteri Malaysia. Apa cikai sanagat ke Perdana Menteri kita nak masuk "duit gelap"dalam akun sendiri kalau betullah Perdana Menteri ada songlap duit?

Bodoh betul siapa yang percaya kepada laporan itu.

Cakap pasal percaya,penulis hairan kenapa WSJ dengan reputasi yang buruk ini menjadi kitab rujukan penyokong pembangkang,terutama yang beragama Islam.Asal ada kait-kait dengan Perdana Menteri saja,cepat-cepat dah angkat dakwaan itu betul padahal,apa pun tidak terbukti lagi.

Satu lagi,rakyat Malaysia jangan lupa bahawa dosa WSJ ini kepada rakyat Iraq dan ketamadun manusia keseluruhannya adalah besar sekali.

Dek kerana satu laporan akhbar tesebut pada tahun 2003 kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD),menjadi antara punca negara itu terjebak dikancah huru hara hingga sekarang.

Artikel yang ditulis oleh Judith Miler itu turut menjadi bahan propaganda paling berkesan oleh Pentadbiran Goerge Bush pada waktu itu untuk mewajarkan serangan ke atas Iraq kerana kononnya Saddam akan menggunaka WMD untuk membahayakan dunia.

Diakhirnya ,beratus ribu rakyat Iraq mati,negara itu berpecah belah sehingga kini, Saddam pun digantung sampai mati tapi WMDnya tidak dijumpai juga !! Hujah WSJ untuk mempertahankan dakwaan mengenai wujudnya  WMD di Iraq pada ketika itu sama macam sekarang- kononnya ada maklumat dari sumber yang sahih, walhal apa pun takdak.

Oleh itu berhentilah mempercayai laporan WSJ ni. Tak payah tunggu lama,dokumen yang mereka dedahkan semalam,satu pun tak menunjukkan dengan bagaimana Datuk Seri Najib terlibat sebab tak terdapat nama beliau di mana-mana,belum pertikai sahih ke tidak lagi dokumen itu.

Lagi pun tindakanm undang-undang dan siasatan oleh pasukan petugas khas sedang berjalan,tunggu sajalah keputusan.(Dipetik dari MyKMUnet).Posted by abnmulya blogspot.com at1542 hrs on July 08,2015.



No comments: