Tuesday, July 7, 2015

SYUKUR ALHAMDULILLAH !!! DAH 4 ORANG PEMIMPIN PUSAT PAS MEMPERTAHANKAN DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK....

Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia ke-6 sdang diuji oleh Allah SWT.,




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal.
Rabu, July 08,2015 @3.30 AM.

Syukur Alhamdulillah! Datuk Seri Hadi Awang Presiden Pas, Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas,Datuk Ahmad Yakob (MB) Kelantan dan Datuk Dr.Mahfoz Mohamad,Ketuan Dewan Ulama PAS,di dapati masih mempertahakan hukum-hakam Islam yang menjadi asas dan dasar PAS dan bertekad untuk mempertahankan walaupun ada beberapa orang-orang PAS yang kononnya dari golongan progresif cuba mengubah trend politik PAS.

EKORAN dari dakwaan dari media barat (WSJ) The Wall Street Journal telah mendakwa bahawa kononnya penyiasat kerajaan telah membekalkan dokumen-dokumen yang mengatakan ada pihak-pihak tertentu telah menyalurkan dana sebesar US700 juta ( RM2.6 bilion) ke akaun perbadi Datuk Seri Najib tun Razak.

Dakwaan tanpa bukti yang nyata itu?Telah dinafikan oleh Datuk Seri Najib adalah tidak benar dan penafian juga telah dibuat oleh 1MDB dan Sykt.Ihsan Perdana Sdn.bhd.berikutan Presiden Partinya dan Perdana Menterinya telah dithomah begitu rupa?

Maka sudah tentu para pemimpin Umno di dalam Majlis Tertinggi (MT) itu sendiri dan juga para pemimpin Umno di perengkat bawah dan rakyat Malaysia jadi berang dan sangat marah pada WSJ itu.

Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas
Masing-masing menggesa WSJ mengemukakan bukti yang sahih jika lapaoran yang telah WSJ siarkan seluruh dunia itu adalah benar?

Disamping itu boleh dikatakan sebilangan besar anggota Umno/BN dan badan ngo-ngo tanah air yang pro-kerajaan mahukan Datuk Seri Najib mengambil tindakan undang-undang di mahkamah menyaman dengan seberapa segera WSJ.

WSJ didapati begitu tega untuk memalukan Malaysia dan khasnya terhadap nama baik Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia yang telah diangkat oleh rakyat melalui proses demokrasi. 

Pihak parti pembangkang dilihat semacam bersorak sorei tentang musibah yang telah ditimpkan ke atas Datuk Seri Najib oleh WSJ itu.

Bukan setakat itu sahaja? Malah banyak di antara mereka terutamanya para pemimpin tertinggi dari DAP/PKR dan beberapa orang pemimpin dari PAS.

Sekaligus ada juga dilihat golongan para pemipin pertubuhan  ngo-ngo yang pro-pembangkanag dilihat turut tumpang semangkok mmbuat ulasan -ulasan di portal-portal pro-pembangkang yang boleh dikatakan bersifat negatif berhubung dengan laporan WSJ itu.

Begitu juga jadinya dengan para penganalisis politik tanah air yang memang dikenali begitu cenderung dengan perjuangan politik parti-parti pembangkang mengambil kesempatan nak tunjuk kebijaksanaan mereka membuat berbagai-bagai anlisa yang menyakitkan hati membacanya.

Mereka dilihat begitu sibuk membuat komen-komen itu dan in,di portal-portal blog pro-pembangkang di mana isi-isi komen -komen mereka itu mempamirkan sikap semacam hendak membakar perasaan rakyat agar benci pada kerajaan Umno/BN sekaligus benci pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di samping itu tokoh-tokoh besar politik dari parti pembangkang pula? Di dapati segera membuat kenyataan umum kadang-kadang didapati sangat pedas cemohan mereka di media terutamanya di portal-portal pro-pembangkang.

Mereka ini rata-rata dah lama dah memang mahukan Datuk Seri Najib segera bercuti walaupun pendedahan tanpa bukti yang sahih yang telah dilaporkan oleh WSJ itu langsung tak ada kena mengena dengan isu cuti Datuk Seri Najib?

Sikap dan gelagat yang telah dipamirkan oleh para pemimpin pembangkang dan juga  oleh pertubuhan ngo-ngo yang pro-pembangkang ini sangat anih dan menjijikan.? Semua fakta,semua alasan dan semua hujah-hujah walaupoun benar dan lojik?

Langsung mereka tidak mahu dengar dan tidak mahu diterima oleh mereka? Manusia jenis apakah mereka ini?

Mereka beranggapan kerajaan Umno/BN yang sedang memerintah negara Malaysia ini? Bagi pihak pembangkang apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/\BN kononnya semuanya salah dan tak betul belaka dan sebagainya.

Mereka ini dilihat rata-rata semacam begitu tandus dengan ilmu untuk  memahami aspek undang-undang negara? Tettapi begitu sibuk desaka itu dan desak ini. Mereka ini dilihat langsung tidak tahu berterima kasih atas pengorbanan orang lain yang telah berikan terhadap mereka.

Mereka ini hanya pandai mendesak itu dan ini terhadap kerajaan.? Malangnya desakan mereka itu dilihat semata-mata mengikut hawa nafsu serakah bersalut dengan emosi liar semata-mata.

Sudahkan mereka membaca tulisan dan pendapat dari segi undang-undang  yang telah diutarakan oleh bekas Peguam Negara Malaysia,Tan Sri Abu Talib Osman yang mana ada menegaskan tidak ada keperluan undang-undang untuk Perdana Menteri mengosongkan jawatannya semasa siasatan dijalankan.

"Tambahan pula, tidak terdapat bukti perdana menteri campur tangan dalam penyiasatan pasukan petugas khas,"kata Tan Sri Abu Talib Osman kepada portal Malaysia Insider,pada jam 7.12 pagi,pada tanggal 08/07/2015..

Mereka didapati semacam semata-mata begitu benci pada Datuk Seri Najib dan Umno/BN? Mereka semacam kangsung tidak mahu mengakui hakikat bahawa segala nikmat hidup yang telah dan yang sedang mereka nikmati sebanyak-banyaknya sejak dari dulu hingga kini itu?

Adalah hasil usaha Datuk Seri Najib,selaku Pedana Menteri Malaysia dan dibantu oleh menteri-menteri di dalam kabinetnya? Mereka didapti telah memerah otak dan memeras tenaga mereka demi kenikmatan,kemakmoran dan keselamatan rakyat Malaysia keseluruhannya termasuk juga pada rakyat dari parti-parti pembangkang itu sendiri.

Datuk Seri Najib adalah jadi Perdana Menteri untuk semua kaum di Malaysia. Seharusnya,jika dilihat oleh mereka bahawa Perdana Menteri mereka kini sedang ditimpa musibah? Di fitnah oleh  WSJ tanpa bukti yang mewajarkan WSJ berbuat demikian?
Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi
 Awanag,Presiden PAS.

Selaku rakyat yang tahu berterima kasih dan mengenang budi? Mereka semolek-moleknya secara otomatik harus besama-sama, berganding bahu serta sama-sama menunjukan sikap simpati mereka yang sewajaranya bukan sebaliknya?

Mereka ini anihnya? Apa sahaja yang didakwa dan di dedahakan oleh media barat terhadap Malaysia dan terhadap Datuk Seri Najib itu?

Kononnya semuanya benar belaka.Lantas mereka bertepuk tangan tanda gembira ria dan terus mencela.pula.

BAHKAN mereka dari parti pembangkang ini? Beranggapan bahawa segala tragedi sedih yang sedang menimpa ke atas para pemimpin Umno/BN itu? Terutama pada Datuk Seri Najib itu?

Dengan kata lain.Bahawa musibah yang sedang diterima oleh Datuk Seri Najib pada masa sekarang ini? Merupakan semacam satu tuah yang bergolek buat mereka?

Mereka berfikiran akibata dari tragedi itu? Kononnya akan memberi manfaat besar pada perjuangan politik mereka yang songsang dan tidak ikhlas dan jumur itu?  Kononnya dengan adanay tragedi malang yang menimpa Datuk Seri Najib itu?

Maka akan jadi begitu mudah dan akan jadi begitu cepat bagi mereka berada di Putrajaya? Satu-satunya tempat yang memang dah lama dah mereka angan-angankan? Maka putihlah matanya terbeliak jika mereka tak sampai ke Putrajaya.

Mereka ini tidak sedar bahawa persepsi mereka itu tak ubah macam angan-angan Mat Jenin. Mereka menyangka bahawa para pemimpin tertinggi Umno/BN dan majoriti rakyat Malaysia semacam anak-anak kecil yang baru lahir semalam? Boleh dibodohkan?

Mereka beranggapan dengan adanya musibah yang telah ditimpakan oleh laporan WSJ itu? Pada hemat mereka bahawa Umno/BN begitu senang dikotak-katikan sekaligus akan  dikalahkan pada pilihan raya umum yang akan datang.?

Dalam konteks ini mereka ternyata membuat persepsi yang salah. Mereka semacam tidak pernah mahu mengakui hakikat tentang janji-janji Allah swt..

Bahawa di sebalik segala musibah itu tentu ada hikmahnya yang tersembunyi? Anihnya? Sikap yang jumud itu bukan sahaja telah dipamikiran oleh anggota-anggota dari parti parti kafirun? Ia memang tidak menghairankan.

Kerana mereka itu tidak tahu apa itu erti pahala dan dosa? Mereka main hentam keromo aje.Bagi mereka semua halal belaka asalkan memberi keuntungan pada mereka lahir dan batin.

Tetapi malanganya dan yang sanagat menyedihkan? Terdapat golongan yang rupa bangsanya Melayu dan beragama Islam dan mengakui sebagai muslim yang mukmin? Pun didapati turut  sama bersengkokol dengan golongan yang bersikap jumud yang telah dipamirkan oleh golongan kafirun itu?

Sesungguhnya adalah  tidak bersesuai dengan Islam sekiranya umat Islam menyatakan sokongan kepada mana-mana parti politik dari platform yang bukan Islam atau menyerah kepada kerajaan bukan Islam dari asal usul yang asing dan matlamat yang tidak diketahui.

Firman Allah SWT.

'Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman". ( An Nisa :141).

MASIH ADA TOKOH-TOKOH POLITIK MUSLIM YANG BERIMAN DAN BERTAQWA. 

Ditengah-tengah kegembiraan mereka dari anggota-anggota parti pembangkang dan juga oleh badan ngo-ngo yang pro- pembangkang serta penganalisis politik taraf kangkong itu dilihat sedang bertemasya,bersorak gembira di atas musibah yang sedang menimpa ke atas Datuk Seri Najib itu?

Mereka mengharapkan agar semua pemimpin tertinggi dari parti-parti pembangkan lain dengan sebulat suara akan terus mengtertawakan Datuk Seri Najib? Kasihan! Rupa-rupanya harapan mereka itu meleset dan berakhir pula dengan kecewa.

LETUPAN  BOM ATOM  OLEH  MURSYIDUL AM PAS.

Dengan kuasa Allah swt.Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang itu.

Maka secara tiba-tiba,satu letupan bom atom telah diletupkan oleh Mursyidul Am Pas,Datuk Dr,Haron Din dengan satu kenyataan politik yang berani lagi tegas,

Tanpa segan-segan dan tanpa takut-takut Datuk Dr.Haron Din ,Tuan Guru  di Darul Syifa yang tersohor itu telah melontarkan komen yang berani lagi bernas mutunya dengan mengatakan bahawa dakwaan yang ditimpakan kepada Datuk Seri Najib itu oleh laporan WSJ itu?

Adalah tidak logik  lantas beliau menggesa tuduhan yang telah dilemparkan kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu artikel WSJ perlu disiasat terlebih dahulu kerana dilihat tidak logik.

Datuk Ahmad Yaakob,Menteri
Besar Kelantan.
Katanya,jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan tertentu,perkara berkenaan dilakukan melalui (akaun sulit) dan bukannya menerusi akaun peribadi.

"Oleh itu,saya merasakan laporan itu mesti disiasat kebenarannya sama daa benar atau tidak?"ujarnya
 dengan tegas.

Tokoh besar DAP Guan Eng terkedu dengan komen Datuk Dr.Haron Din itu yang mana telah memberi signal terang-terangan kepada  DAP bahawa Mursyidul Am PAS itu tidak mahu bersengkokol dengan fitnah yang sangat durjana itu selagi fitnah itu masih tidak sahih kebenarannya.

SOKNG DARI KOTA BAHARU.

Kemudian komen Datuk Dr.Haron Din itu telah disokong oleh Timbalan .Mursyidul Am Pas,Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Sokongan yang telah beliau zahirkan ialah melalui siaran TV 3 di ruangan Berita jam 8 malam,di hari yang sama di mana Datuk Dr.Haron Din telah membuat kenyataannya menerusi Utusan Online.

SOKONGAN OLEH  PRESIDEN PAS  DATUK SERI ABDUL HADI AWANG.

Pada tengah hari ini,iaitu pada jam 12.21 pm,pada tanggal 07/07/2015 menerusi The Malaysian Insider portal,melaporkan bahawa.Presiden Pas,Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razaak dengan mengatakan Perdana Menteri bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya mestilah dikemukakan saksi.

Presiden Pas itu berkata,ini sama sahaja seperti pertuduhan yang dilemparkan terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memerlukan saksi.

"Pendirian kita pendirian Islam.Kalau kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada 4 saksi,sama juga dengan tuduhan ke atas Najib,kena ada saksi juga...saksi yang adil," kata Hadi merujuk laporan WSJ yang mengatakan berbillion ringgit wang Malaysia wang (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi Najib..

"Kita ikut asas Islam.Sikap yang baik kita sokong. Yang tidak baik kita tentang," katanya.seperti dilaporkan portal Astro Awani online, di Kota Baharu,di Kelantan,mengulas kenyataan Haron Din pada hari Ahad yang lalu yang mempertahankan Najib daripada skandal terkini seperti didedahkan oleh WSJ.

DARI JOHOR BAHARU.SOKONGAN DARI  KETUA DEWAN ULAMA PAS

Sementara itu,di hari yang sama juga, Harakahdaily pada 07/07/2015,melaporkan dari Johore Baharu,bahawa Pesuruhjaya Pas Johor,merangkap Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Dr.Mahfoz Mohamad,di antara komenya itu beliau berkata,.Pas Johore menggesa (SPRM),Peguam Negara membuka kertas siasatan ke atas isu itu.
Datuk Dr.Mahfoz ,Ketua Dewan Ulama PAS.

Pas Johor juga ujarnya ingin menggesa AmBanak dan Bank Negara membuat kenyataan rasmi menafikan semua transaksi yang telah dilaporkan kerana segala bukti yang telah tersebar di laman-laman media sosial.

"Kami juga bersetuju dengan pandangan Presiden PAS bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, masih perlu kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah sesuai dengan prinsip-prinsip perundangan Islam.

"Namun beliau perlu bertanggung jawab atas segala tuduhan tersebut dengan memberi ruangan seluas-luasnya supaya penyiasatan dapat dilakukan," ujarnya.

Beliau juga berpandangan,Najib juga perlu bertindak menyaman WSJ di atas laporan artikel yang mendeahkan penglibatan beliau.
"Penafian sahaja tidak mencukupi,apabila tuduhan melibatkan maruah negara dan rakyatnya," katanya lagi.

KINI DAH 4 ORANG TOKOH TERTINGGI PAS PUSAT MENYHOKONG NAJIB.

Dengan ini? Bererti sudah 4 orang pemimpin-pemimpin tertinggi Pas pusat secar terang-terangan tampil ke hadapan mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dari segi pendirian hukum--hakam Islam yang memang jadi dasar perjunagan politik PAS sejak di tubuhkan hingga kini.

Justeru kepada para pemimpin Pas yang kalah teruk ketika memepertahankan jawatan mereka di dalam Muktamar Pas pada bulan june dulu itu? Harus buka mata besar-besar dan pasang telinga mereka! Jangan cuba nak cuba ubah trend politik parti Pas ke araha yang karut marut.Pendirian PAS adalah pendirian Islam.

Mutakhir ini,mereka didapati dipanggil dengan pangilan yang bermacam gelaran. Ada yang menyebut kononnya mereka ini adalah merupakan pemimpin-pemimpin golongan progresif, Ada yang menyebut sebagai golongan profesional dan ada yang menyebut golongan sekular dan sebagainya.

Apa gelaran yang mereka perolehi itu tidak penting.Yang penting, mereka ini harus mengambil contoh,tauladan berhubung dengan cara mana para pemimpin atasan PAS yang sedang meneraju parti PAS sekarang ini bertindak dan bercakap?

Mereka dilihat begitu berhemah dan terus berhemah ketika bercakap dan bertindak? Mereka didapati sering menggunakan kata-kata yang sarat dengan nada yang berhemah serta menggunakan tingkatan ilmu diplomasi semaksima yang mereka mampu.Mereka tidak celupar mulutnya ketika berkata-kata.

Justeru komen-komen mereka itu? Bukan setakat sedap di dengar? Malah penuh dengan hikmah yang boleh menghiburkn hati yang duka lara dan penyakit yang sedang dideritai oleh seseorang itu.

Selaku pemimpin-pemimpin tertinggi Pas. Mereka dilihat sentiasa menggunakan deminsi moral dan akhlak muslim yang penuh dengan hikmah yanag memang disuruh oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad saw.

Dengan mengunakan dimensi moral Islam yang penuh dengan hikmah. Sering menjauhkan diri mereka dari sifat kasar bahasa dan memaki hamun sesama insan.(Poste by abnmulya //Haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.30 am on July 08,2015.

No comments: