Thursday, August 27, 2015

Memang Ada Kemungkinan Kumpulan Anarki Akan Mencetuskan Hura Hara Dalam Demonstrasi Jalanan Anjuran Bersih Itu?

YB.Nur Jazlan Mohamad, bekas Ketua Audit Parlimen ( PAC) kini dah memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia yang mana fungsinya lebih berat lebih mencbar ?



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis,Ogos 27,015.@6.59 pm.

YB.Nur Jazlan Mohamad! Sebenarnya protes jalanan yang tak habis-habis yang di adakan oleh mahasiswa dan Bersih itu semata-mata untuk mendapatkan "political Milage" atas perjuangan mereka dari rakyat terutama dari kaum Cina yang kebanyakannya menyokong perjuangan DAP yang berkonsepkan Malaysia Malaysian itu.

Ia,bermula dari sejak Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir dengan cara yang paling hodoh dalam sejarah tamadun manusiia di dunia; hatta di zaman jahiliyah dulu sekalipun.

Mereka dari parti-pari pembankang melihat bahawa cara Anwar Ibrahim menentang kerajaan pimpinan Mahathir sebaik sahaja Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri di era Mahathir dah dipecat oleh Mahathir Mohamad.

Strategi tindak balas oleh Anwar yang begitu hebat terhadap regim Mahathir itu? Dilihat oleh mereka (parti pembangkang) telah banyak memberi "advantages" kepada perjuangan politik parti-parti pembangkang itu sendir,sehingga mereka dapat kemenagan pada PRU-Ke-11(1999) PRU ke-12 tahun (2008) dan PRU ke-13 pada tahun (2013)

Kemenangan itu tidak boleh dinafikan dengan adanya bantuan dari portal-portal media sosial melalui internet (IT) yang didapati telah menggunakan internet dengan sepenuhnya dan dengan dibantu pula anak-anak muda yang dipanggil oleh mereka "Red Armynya" dilihat telah menyerang kerajaan UMNO-BN dari segenap sudut secara (redical) hebat berhubung dengan segala polisi kerajaan Umno-BN terutama dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

Anwar Ibrahim sangat popular dengan gambar ini
di era  Reformasi sebaik sahaja beliau baru
dipecat oleh Mahathir selaku TPM  dan dari
Tim.Presiden Umno dan aggota Umno.
Sedangkan Umno-BN ternyata tidak menyerang semula segala tohmah-tohmahan yang boleh dikatakan tidak berasasa yang telah dilemaparkan oleh parti-parti pembangkang dengan cara yang sama semacam yang telah dilakukan oleh "Red Army" pembangkang di mana ada dilaporkan lebih 3000 orang ramainya?

Berperang saikologi dengan kerajaan hanya dengan menggunakan jarnya sahaja  menerusi "media sosial" ( IT) baru yang sangat berkesan untuk mempengaruhi minda rakyat yang tak berperinsip hidup dan prinsip perjuangan politik kenegaraan.

Kesemua mereka " red army" ini difahamkan dibayar gaji sekurang-kurangnya RM3000-00 ringgit sebulan tiap seseorang selama mana yang diperlukan.

Kesemuanya "red army"itu, adalah tokoh-tokoh internet yang sangat mahir dengan selok beluk menggunakan internet itu untuk dimanupilasikan oleh mereka sesuka hati.

Sesuatu isu yang mereka kritik itu, di dalam sehari dihebahkan,diorbitkan oleh mereka sebanyak-pbanyaknya pada bloger-bloger yang berbeza nama,tetapi di bawah jagaan mereka,digunakan secara cergas untuk menghebahkan isu yang sama belaka.

Cum tajuk berita dan position gambar dan cara tulisan dan cara layoutnya itu di buat berlainan caranya aje?

Segala taktik perjuangan Anwar itu akhirnya menghasilkan buah kemenangan ? Maka diteruskan oleh parti-parti pembangkang sebagai "strategi politik" mereka untuk memenangi pilihan raya yang akan datang. 

Akibatnya taktik Mahathir menghukum Anwar dengan cara ketinggalan zaman itu? Akhirnya Anwar Ibrahim bukan dipencilkan oleh rakyat? Malahan dipuja oleh rakyat?

Itu lah puncanya Mahathir yang  terkenal (kuat egonya) itu cepat-cepa berundur pada tahun 2003 dan serahkan jawatan yang sangat beliau sayang itu kepad Pak Lah. Mahathir semacam tak mahu mendapat malu dan takut kemerosotan pengaruh politiknya itu sekaligus terpalit sama kepada parti Umno-BN juga jadi merudum di ketika beliau (Mahathir) masih jadi Perdan Menteri dan Presiden Umno.

Jadi dia ( Mahathir) terpaksa berundur sebelum keadaan maruh politiknya jadi begitu merosot dan merudum.

Mahathir sebenarnya disegi politik selepas dia memecat Anwar dari regunya? Dilihat telah tewas teruk berbanding dengan pengaruh politik Anwar Ibrahim itu sendiri yang mana telah berjaya meledakan angin reformasi, di mana kekuatan angin reformasi itu sendiri semcam angin tsunami yang telah meledak daerah Acheh,di Indonesia beberapa tahun yang lalu.

Mengakibatkan kematian rakyat Acheh lebih 300,000 orang dan kemusnahan harta benda berbillon dollar Amerika dan untuk membangunkan semula akan memakan mas ayang sangat lama.

Angin tsunami yang ciptaan Tuhan itu dilihat memunyai kekuatan yang luar biasa ? Dilihat berjaya merempuh,melayak habis apa sahaja yang berada di depannya. Mujur lalu melintang patah.

Akibat pemecatan Anwar oleh Mahathir itu? Anwar Ibrahim dapat simpati yang luar biasa dari rakyat terutama dari sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu.Pengaruh pengundi Cina yang dulunya menyokong Umno-BN.

Kini telah mengubah kiblat sokongan mereka akibat dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin parti DAP dengan jayanya akibat begiu licin para pemimpin DAP menggunakan sentimen perkauaman bila mana berdepan dengan pengundi-pengundi Cina itu sendiri.

Akibatnya? lantas pengundi-pengundi kaum Cina mengubah kiblatnya meninggalkan parti MCA dan parti GERAKAN lantas secara beramai -ramai secara revolusi memberi sokongan pada DAP dan kepada parti-parti lain yang menjadi gabungan dengan parti DAP.

Pengundi-pengundi Cina ini dilihat ternyata begitu tertarik dengan dasar perjuangan parti DAP yang berkonsepkan dengan slogan"Malaysia Malaysian" yang sememangnya bercita-cita besar untuk jadi parti tunjang utama menguasai kuasa politik Malaysia sejak dari awal-awal lagi parti itu ditubuhkan di Malaysia semasa Singapura berada di dalam Malaysia dulu.

Mereka ini ada "blue print"jangka pendek dan jangkan panjangnya untuk mencapai matlamat perjuangan politik mereka yang sentiasa berubah-ubah? Sedangkan tokoh-tokoh politik Melayu dalam PKR itu sendiri tak ada "blue pint" apa-apa pun sebagai sasaran perjuangan politiknya?.

Asalkan dapat sedikit wang ambah untuk menyara kehiduan mereka sedikit lebih aja dah memadai bagi mereka.Isu memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan isu agama Islam ditingglkannya di belakang jauh-jauh.

Baik untuk bangsa Melayu mahupun untuk kedaulatan agama Islam satu-satu agama yang mereka anuti itu.Ertinya semangat jadi diri bahawa setiap Melayu mesti bersatu di bawah satu bumbung parti politik langsung tidak difikir-fikirkan?

Apa perlunya Malaysia yang kecil ini yang punya masyarakt majmuk ini? Majoriti Melayu setakat hanya 60% sahaja itu? Harus ada hingga 4 buah parti politik Melayu? mereka semacam tidak mahu berfikir bahawa dari jumlah 60% itu?

Jika dibahagikan dengan  4 buah parti Melayu.Berapa banyak peratus pengundi dari orang Melayu tiap-tiap parti Melayu itu  dapat?Dengan cara itu? Bagaimana Umno-BN nak kekalkan memegang
tampuk politik di kerajaan pusat? Ini merupakan resiko politik yang angat memabahyakan masa depan  orang-orang Melayu itu sendiri? SEdarlah wahai bangsaku Melayu.

Kalau pihak kerajaan Umno-BN nak membenteras aktiviti "protes" jalan raya dengan cara ini aje iaitu, dengan cara tanpa ada ( Akta ISA) dan tanpa ada Section 27 Akta Polis 1967). Akta yang dapat menghalang rakyat daripada mengadakan "demonstrasi jalanan" tanpa permit polis?

Percayalah!!! Pihak kerajaan UMNO/BN dan polis terpaksa berdepan dengan keadaan yang begitu sukar untuk menjalnkan tindakan mereka yang terlindung dengan "Hak Asasi" kemanujsiaan sejagat yang menjadi daleh oleh penggemar-penggemar politik yang suka meangada  demonstrasi jalanan untuk desak pada kerajaan tentang isu itu dan ini? 

Bekas KPN Tan Sri Abdul Rahim Noorsihat 
Semalam 26/08/2015 di dapati ada (02) dua orang bekas ( pesara) polis yang berpangkat KPN (Ketua Pois Negara).

Mereka ialah Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan Tan Sri Musa Hasan meminta kerajaan agar segera memperkenalkan semula (Seksyen 27 Akta Polis) yang dapat menghalang rakyat daripada mengadakan demonsrasi jalanan tanpa permit polis.

Bagi penulis, bukan sahaja sangat perlu (Seksyen 27 Akta Polis 1967) itu diperkenalkan semula. Bahkan  (Akta Isa) senjata hikmat itu perlu juga segera diperkenalkan semula.

Akta serupa ini masih kekal di Amerika, England, Singapura dan banyak lagi di negara-negara besar lain di dunia ini.Kenapa hanya Malaysia,negara klecil yang mempunyai masyarakat majmuk mudah sangat memansuhkan Akta itu? Apakah manfaatnya berbanding dengan mudaratnya? Jawapannya lebih banyak mudaratnya.

Akta tersebut di kekalkan semata-mata untuk kekalkan keamanan,kerharmonian,keselamatan negara dan iklim ekonomi negara yang stabil agar tidak jadi huru hara secara mendadak.

Jadi mendadak seperti mana yang sedang dihadapi oleh Polis Malaysia akibat protes jalanan oleh Mahasiswa dan Bersih menjelang tibanya rakyat Malaysai nak menyambut Hari Kebngsaan Malysia,iaitu,di hari menyambut Kemerdekaan Tanah Air Malaysia ke 58 tahun,pada tanggal 31/08/2015ini.

Satu-satunya hari yang paling bersejarah dan keramat bagi rakyat Malaysia yang telah mendapat Kemerdekaan Tanh Air dari penjajahan British pada tanggal 31/08/1957 dulu itu.

Kemrdekan yang kita milik hari ini? Yang dipelopori oleh para pemimpin kita yang mana telah jadi peneroka bangsa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan itu dari penjajahan British yang mana telah menjajah negara kita sekian lama.

Kemedekaan tanah  air yang kita miliki pada tarikh 31/0/1957 adalah hasil perjungan yang gigih di bawah pimpinan Tungku Abdul Rahman Putra Al-Haj ,Tun Razak Husin,Tun Ismail Abdul Rahman,Tun Husin Onn,Tun Sardon  Zubir dan Tun Abdul Ghafar Baba.

Bukan setakat itu aje,malah banyak lagi nama-nama besar orang-orang yang terlibat sebagai pejuang-pejuang kemerdekan tanah air yang sangat kita cintai.

DAHA CUBA HAPUSKAN AKTA ISA DAN AKTA POLIS  1967.

Kerajaan Malaysia dah buat percubaan hapuskan Akta Polis 1967 dan Akta Isa baru setahun dua ini atas desakan segelintir rakyat dari tokoh-tokoh politik pembangkang yang ada agenda yang tertentu kenapa Akta-Akta itu harus dihapuskan? Mereka ada udang disebalik batu?.
Bekas  KPN  Musa Hasan

Sebaik sahaja (Seksyan 27Akta Polis 1967) dan(Akta Isa) telah dimansuhkan?Gelagat  Para pemimpin pembangkang politik tanah air,dilihat telah berubah menjadi nakal macam budak-budak. Sebaik sahaja mereka telah mendapat taklimat di segi undanag-undang dari peguam-peguam mereka secara percuma tentang (loope hole- loope hole-nya) dari segi undang-undang negara.Buat macam ini boleh dan buat macam ini tak boleh?

Jadi mereka gunakan "loope hole" yang boleh itu,agar polis tak boleh buat-buat apa-apa kerana tak ada Akta yang termaktub di dalam undang-undang polkis yang membolehkan polis buat tindakan yang drastik dan effectif yang halal untuk berindak.

Lazimnya,manusia ini tak kira apa bangsa dan agamanya?Dilihat selalu suka benar meminta-minta? Jika dah beri betis ?

Mereka minta peha pula? Dah beri peha.. maka dia minta lagi hingg ke celah itu dan anu pula?

Itulah sifat hakiki manusia yang tak pernah bersyukur dan rasa puas tentang apa yang ada? Sebagai pemerintah, sebagai pihak yang berkuaa sepenuhnya di dalam politik tanah air?

Adalah jadi silap, jika segala desakan yang dibuat oleh ahli -ahli parlimen terutamanyaa dari golongan pembankang di dalam parlimen atau di luar parlimen? Tak perlu dilayan semuanya terutama di dalam segi yang boleh melibatkan keselamtan negara itu sendiri.

Hanya ada satu solusi yang yang baik dan effectif pada Kerajaan Malaysia ialah dengan cara :

( 1) Memperkenalkan semula Akta Isa" dan (2) Memperkenalkan semula Akta Polis 1967 seperti mana baru sahaja disuarakan oleh (02) dua orang bekas KPN (Ketau Polis Negara).

Maka selesailah sebahagian besar masalah keselamatan negara dari  penggemar-pengemar yang dilihat suka melakukan "protes" gila-gilaan  di jalan raya?

Kononnya dengan alasan nak mendesak kerajan itu dan ini.Mereka itu tahu jalan raya bukan temapt mendesak itu dan ini.

Kita ada parlimen rakyat dan didalam parlimenlah satu-satunya tempat semua Ahli-Ahli Parlimen dibolehkan bersuara tentang sesuatu untuk manfaat rakyat yang mereka wakili itu.

Setekah kedua-dua Akta yang tersebut di ata situ dipulihkan semula? Mereka yang langgar kedua-dua Akta itu? Bersedialah terima akibatnya? Jika berani buat? Maka beranilah tanggung resikonya.
Diberi amaran  untuk bersurai beberap kali melalui pembesar suara langsung tak mereka peulikan.Bila pihak polis bertindak mengangkat mereka itu?Maka polis dituduh kononnya bertindak kasar dan sebagainya.?
Selaku manusia biasa yang lemah dan tak mengetahui apa yang akan jadi pada hari esok? Kerajaan telah pun mansuhkan (Akta Isa dan Seksyen 27Akta polis 1967) atas permintaan tokoh-tokoh politik dari golongan pembangkang.itu.

Tidaklah berlebih-lebihan jika diklatakan bahawa keputuusan itu telah diambil tanpa berfikir panjang oleh kerajaan.Permintaan parti pembankang telah kabulkan permintaan secara gentlemen kononnya??

Akibatnya? Mereka sendiri yang mengwujudkan suasana hura hara yang sangat merbahaya kepada keamanan,kententeraman, kestabilan politik dan ekonomi negara Malaysia.

Kerajaan tunjangan parti Umno-BN,di minta agar segeralah draf semula Akta Isa dan Akta polis 1967 itu dan bawa ke parlimen untuk mendapat kelulusan parliman dengan hanya simple majoriti sahaja.   Tak begitu sukar kan? Susu diberi? Maka tuba pula dibalasnya?

Itu bukan salah kerajaan jika memulihkan semula (02) Akta seperti tersebut di atas demi menjaga kententeraman politik,kerharmonian antara kaum dan demi kestabilan ekonomi negara yang punya rakaytnya seramai 30 juta itu.

PRU ke-14 (2018) akan tiba hanya dua tahun lebih aje. Jika tak ada kedua-dua Akta itu? Pada firasat penulis Umno-BN terpaksa akan berdepan dengan masalah yang runcing sama ada suka atau pun tidak suka?

Untuk mengelakkan bangsa Melayu tidak jadi bangsa yang bangsat? Ayuh! Segera bertindak sebelum ia terlambat. Kerajaan dah cuba bertolak ansur dan telah memansuhkan (02) Akta yang sangat penting itu?

Tetapi hasilnya? Bukan jadi  lebih baik? Semakin bertambah sulit bagi kerajaan dan polis untuk mengwujudkan kesabilan politik,kestabilan ekonomi negara dan sebagianya jika "protes" jalanan ada-ada sahaja yang berunsur perbutan gila-gilaan itu hendak dilakakukan oleh mahasiswa yang telah dihasut oleh golongan tertentu.

Juga dari golongan pertubuhan Ngo-Ngo BERSIH yng eringnak mengadakan "protes jalanan" dengan tujuan semata-mata hendak mendapat "political milage" dari rakyat kononnya parti-parti pembagkang begitu sensetif dengan masalah rakyat terutamanya ketika  satu dua tahun lagi menjelang tibanya Pilihan Raya Umum.

Ahli Majlis Tertinggi Umno ( MT) harus segera berbincag dengan PM dalam isu ini dengan serius.
Bagi pihak rakyat keseluruhannya yang telah banyak menyaksikan protes jalanan oleh mahasiswa dan oleh perubuhan BERSIH ini?

Ternyata begitu membosankan dan meluat sekali membaca dan melihat gambar-gambar protes itu di media sosial,media modem baru ini?(Posted by abnmulya / Haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1859 hrs on Ogos 27,2015)..

No comments: