Saturday, November 19, 2016

Tamparan Hebat Kepada Dr.Mahathir Dan PPBM.


20 November 2016 12:36 AM.

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Sambutan hambar terhadap demonstrasi jalanan Bersih 5.0 merupakan tamparan hebat terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

SALLEH  SAID KARUAK
Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, pakatan pembangkang yang diketuai DAP berharap kewujudan parti baharu itu berupaya menarik sokongan orang Melayu terhadap mereka serta Bersih 5.0.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, jumlah peserta Bersih 5.0 hanya 15,500 orang berban­ding 500,000 orang seperti yang didakwa menyertai perhimpunan Bersih 4.0 tahun lalu.

 “Malah, portal propembangkang, Malaysiakini sendiri meng­anggarkan tidak le­bih 41,000 orang menyertai Bersih 5.0 hari ini dan jumlah itu tidak sampai 10 peratus berbanding tahun lalu.

 “Ia membuktikan majoriti rakyat Malaysia telah menolak hipokrasi Bersih dan menolak PPBM,” katanya dalam kenya­taan melalui laman blog beliau, http://sskeruak.blogspot.my hari ini.

 Salleh menambah, rakyat melihat PPBM sebagai sebuah parti yang diwujudkan oleh Dr. Mahathir semata-mata untuk membuka jalan kepada anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Perdana Menteri. 

Beliau memberitahu, tindakan Dr. Mahathir dan kroninya menyertai Bersih 5.0 juga telah menyebabkan jumlah peserta merosot kira-kira 97 peratus manakala orang Melayu enggan menyertainya kerana mereka tahu agenda peribadi Pengerusi PPBM itu.

 “Ribuan kaum Cina yang menghadiri Bersih 4.0 sangat kesal apabila Dr. Mahathir terlibat justeru mengakibatkan mereka memilih untuk tidak keluar dari rumah masing-masing,” jelas­nya.
(Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at November 20,2016 on  1.02 am.


No comments: