Ismail Sualman
Ismail Sualman

Pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ismail Sualman berkata, Dr. Mahathir kini berada dalam kelompok pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP dan disebabkan itu beliau terpaksa menukar watak sehingga sanggup memberikan pujian kepada parti yang pernah dilabelkan sebagai rasis oleh beliau.
“Pelbagai kemungkinan boleh berlaku apabila beliau berada di pihak pembangkang, kadang-kadang dia lupa dengan apa yang pernah disebut dahulu mengenai DAP.
“Beliau dilihat sanggup mengorbankan maruah sendiri dan permainan politik sebegini merupakan satu dimensi baru dalam dunia politik negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dr. Mahathir mengejutkan ramai pemerhati politik apabila hadir pada Persida­ngan Kebangsaan DAP di Shah Alam, hari ini.
Beliau duduk di atas pentas bersama-sama pemimpin-pemimpin kanan parti itu antaranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan pengasas DAP Dr. Chen Man Hin.
Menurut Ismail, Dr. Mahathir mungkin telah terjerat dengan permainan politik ciptaan beliau sendiri sehingga tidak mempunyai pilihan lain untuk meraih sokongan dalam pakatan pembangkang.( Utusan online-politik). Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1330 hrs on Disember 05,2015