Ini kerana pada 1976, da­lam pentas Perhimpunan Agung UMNO, Dr. Mahathir yang ketika itu memegang jawatan nombor dua parti pernah mengingatkan seluruh ahli agar jangan melemahkan kepemimpinan secara sengaja.
Di hari pembukaan PAU 2016#itu Perwakilan brpakaian biru tua
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika pada 1976 Dr. Mahathir menggesa seluruh ahli parti mempertahankan pemimpin, kini bekas Perdana Menteri itu menghina ahli UMNO yang berbuat demikian.
“Pesanan (1976) yang tepat, tetapi Tun kenapa bila hari ini kita menzahirkan kesetiaan kepada pemimpin, kita dipersalahkan. Kenapa bila kita mempertahankan kepemim­pinan, kita dihina. Kenapa bila kita pertahankan Presi­den, kita dicemuh?
“Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap,” katanya sambil memetik kembali kata-kata Dr. Mahathir pada 1976 ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini hari ini.
Petikan tersebut adalah seperti berikut: “UMNO tidak wujud untuk pemimpinnya. Sem
ua pemimpin adalah sementara. Mereka akan pergi dan akan diganti oleh pe­mimpin yang baharu, tetapi pe­mimpin dan kepimpinan adalah penting bagi pertubuhan.
Di hari penutp PAU 2016 # Peerwakilan memakai baju warna merah
“Pemimpin tidak perlu dipertahankan semata-mata kerana dia pemimpin, dia juga tidak harus dilemahkan dengan sengaja. Tidak ada kebaikan dari kepimpinan yang lemah sepertimana tidak ada manfaat dari pertubuhan yang lemah.”
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, selain ke­taatan dan kesetiaan kepada pucuk kepemimpinan, seluruh ahli UMNO juga mempunyai tanggungjawab yang cukup kritikal iaitu memenangi hati rakyat dengan memenuhi setiap permintaan mereka.
Katanya, tanggungjawab itu perlu dipikul tanpa culas bagi memastikan kemenang­an dalam pilihan raya umum akan datang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) kerana tanpa kuasa politik segala perancangan untuk memajukan bangsa akan terhenti.
“Kita berilah sepenuh ko­mitmen, taat dan setia. Kita laksanakan arahan kepemim­pinan kita pastikan gelombang yang kita wujudkan hari ini akan menjadi tsunami menuju Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakaar ninggal.blogspot.com.on at  102 hrs on Disember 04,2016.