![]() |
MOHD NAZRI ABDUL AZIZ |
Katanya, rakyat tidak lagi memandang bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang negarawan kerana Dr. Mahathir sendiri yang tidak mahu menunjukkan sikap sebagai negarawan.
“Dia memintanya. Dia mahu menjadi pejuang jalanan dan dia mahu berkelakuan seperti gengster.
“Dia tidak mahu berkelakuan seperti seorang negarawan dan itulah yang dia dapat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan muzium lilin interaktif i-City, Red Carpet 2 di sini hari ini.
Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberitahu, beliau tidak terkejut dengan tuduhan pembangkang kononnya kekecohan dalam forum yang dianjurkan oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dicetuskan oleh UMNO.
“Ya, semuanya ada kaitan dengan UMNO. Besok, jika seseorang mati, ini juga ada kaitan dengan UMNO,” katanya.
“Kenapa tidak, jika mereka (pembangkang) boleh buat, kenapa Jamal tidak boleh buat. Apa istimewanya pembangkang,” soalnya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1554 hrs on Ogos 16,2017.
No comments:
Post a Comment