KUALA LUMPUR 15 Ogos – Pas mendakwa jawapan tidak memuaskan hati yang diberikan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung peristiwa Memali menjadi punca berlakunya kekecohan di dalam program Nothing To Hide 2.0, kelmarin.
![]() |
Abdul Hadi Awanag |
“Semua pihak menuding jari menyalahkan pihak lain dengan melupai punca asas tercetusnya kekecohan apabila jawapan yang tidak memuaskan hati terhadap peristiwa Memali. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali.
“Kepada yang tidak mampu menjawab sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak membuat kekecohan. Anak-anak muda sahaja tidak sepatutnya dipersalahkan, sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Abdul Hadi menambah, berikutan kejadian di Memali itu, para ulama Pas mengisytiharkan syahid kepada mangsa yang dibunuh dengan zalim demi mempertahankan Islam.
Selain itu, katanya, Pas turut mengamalkan pendekatan berdakwah berkaitan peristiwa tersebut dengan tidak semudah-mudahnya menjatuhkan hukum kafir kepada pihak-pihak lain. Namun, tegas beliau, malangnya ada pihak yang berang dengan pendekatan yang diambil oleh Pas itu.
“Ketika itu Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan dipersalahkan, bukan pula dipersalahkan orang yang selalu menghina Islam dan hukumnya yang sangat dimarahi oleh Ustaz Ibrahim dan rakan-rakan.
Akhirnya Pas berjaya membendungnya secara ilmu dan mereka yang paling kuat mengkafirkan UMNO pula akhirnya ramai yang masuk UMNO atau diam sahaja.
“Ramai kakitangan kerajaan, polis dan UMNO tidak bersetuju dengan pendekatan yang dilakukan sehingga mengorbankan polis yang dipaksa dan Ustaz Ibrahim dan rakan-rakannya yang diserang.
Kita mengharapkan yang dipaksa juga mendapat syahid, inilah hukum Islam,” katanya.
Beliau juga berharap agar pihak-pihak terbabit yang berasa dirinya bersalah dalam peristiwa tersebut supaya segera bertaubat dan memohon maaf serta memperbetulkan semula keadaan. ( UTUSAN ONLINE). Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.41 1m on Ogos 17,2017.
No comments:
Post a Comment