Monday, February 3, 2014

Harga ayam RM1.09 sen sekilo di Sentul


Daging ayam
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Seperti tidak munasabah, tetapi harga ayam bersih super dan standard di pasar raya Ong Tai Kim di Plaza Sentul, Setapak di sini dilapor dijual serendah RM1.09 sekilogram hari ini.

Menurut portal pengguna www.1pengguna.com, pasar raya itu juga menjual ayam hidup sekilogram pada harga yang sama, selain udang putih ’banana prawn’ saiz sederhana dijual RM4.99 sekilogram dan ketam renjang/bunga RM3.90 sekilogram.

Econsave Cash & Carry di Cheras dan pasar raya Jaya Grocer Cheras pula menjual harga ayam bersih standard pada kadar RM3.88 dan RM4.99 sekilogram.

Pada kebiasaannya, harga ayam bersih standard dijual pada harga antara RM5 dan RM7 sekilogram di pasar basah, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.

Di JOHOR, ikan cencaru bersaiz sederhana dijual serendah RM3.99 sekilogram di Econsave Cash & Carry di Yong Peng dan di pasar raya Kipmart, Masai menjual sebiji kelapa serendah RM1.40.

Portal itu turut menyatakan di Sabah, ikan kerisi bersaiz sederhana dijual serendah RM5 sekilogram di pasar umum Semporna dan sotong putih saiz sederhana dijual serendah RM4 sekilogram di pasar umum Bandar Sandakan.

Untuk ikan kembung hitam/hijau bersaiz sederhana, ia dijual pada harga RM1.99 sekilogram di Tesco Petaling Jaya,

Selangor dan RM6.90 di pasar raya Sunshine Wholesale Mart di Bayan Baru, Pulau Pinang. Harga 10 biji telur ayam gred B pula dijual antara RM3.10 dan RM3.60 di Kedah, Melaka (RM3.20-RM3.60), Pahang (RM3.33-RM3.50) dan Terengganu (RM3.39-RM4).

Harga ayam bersih standard merupakan carian paling popular dalam kalangan pengguna portal berkenaan hari ini dan diikuti carian bagi harga hasil laut, minuman serta makanan kering.

Portal www.1pengguna.com bertujuan menjadi platform yang inovatif untuk interaksi, perbincangan isu dan perkongsian pendapat tentang isu-isu kepenggunaan antara pelbagai pihak.

Portal kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu juga bertujuan membimbing pengguna bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by ab nmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 10.59 am on Februry 04,2014.

Sunday, February 2, 2014

Teresa perlu dikenakaan tindakan tegas

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM 
utusansabah@utusan.com.my 

KOTA KINABALU 2 Feb. - Tindakan tegas perlu diambil terhadap sesiapa sahaja yang mempersendakan kredibiliti pasukan keselamatan negara tanpa sebarang pengecualian termasuk Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video sindiran sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak terutamanya rakyat Sabah.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ( gambar) yang begitu kecewa dengan sikap tidak wajar Ahli Parlimen itu menegaskan bahawa apa yang berlaku di Sabah terutama dalam kes pencerobohan Lahad Datu pada awal tahun lalu tidak sepatutnya dipersendakan dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, rakyat Sabah mempunyai perasaan yang begitu mendalam terhadap insiden pencerobohan kumpulan pengganas Kiram itu dan mereka amat menyanjung tinggi pengorbanan pasukan keselamatan yang datang dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. “

Jangan perkecilkan pasukan keselamatan, jangan mempersendakan negeri Sabah. Isu keselamatan negara amat penting.

"Saya yang turut mewakili rakyat Sabah berharap agar tindakan tegas diambil terhadap individu yang ternyata amat tidak bertanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti LDP, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan pimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional serta masyarakat setempat.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas mengenai video berdurasi hampir 12 minit disiarkan di YouTube itu yang memaparkan Teresa selaku moderator bersama tiga tetamu undangan.

Video itu antara lain memperlihatkan barisan tetamu undangan berkenaan mengeluarkan kenyataan menyindir beberapa perkara, termasuk sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah. 

Sindiran-sindiran lain didakwa turut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, seorang tetamu dikenali Master Yan Yan yang ditanya tentang Tahun Melawat Malaysia 2014 mengutuk Sabah dengan kenyataan berikut: “But then, you can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire."

(Anda boleh melancong ke Sabah, di mana anda boleh melihat lanun, dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan).

Tambah Mohd. Shafie, sepatutnya Teresa sebagai seorang pemimpin masyarakat tidak wajar menyentuh perkara sensitif yang boleh meruntuhkan perpaduan negara yang telah bersatu dalam segenap perkara walaupun mempunyai perbezaan kaum, agama dan politik. “

Sepatutnya menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menyubur dan meningkatkan perpaduan kerana apa yang dinikmati pada masa ini adalah penting untuk bekalan anak-anak dan generasi akan datang," katanya.(Utusan online-Dalam Negeri).Posted by abnmulya at 11.23 am on February 03,2014.

Majlis Peguam jadi 'kenderaan' Ketua Pembangkang-Ranjit Singh

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon (gambar) menempelak Majlis Peguam yang 'membisu' tentang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dipergunakan sesuka hati oleh pembangkang Menurut beliau, Majlis Peguam dilihat sudah menyimpang sehingga membiarkan badan itu dipergunakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai 'kenderaannya' hanya kerana mahu bertanding bagi kerusi DUN.

"Majlis Peguam sudah semakin jauh menyimpang, badan ini seolah-olah merelakan diri untuk menjadi 'kenderaan' yang dipergunakan oleh Anwar sewenang- wenangnya.

"Benarlah dakwaan umum, Majlis Peguam sudah menjadi alat pakatan pembangkang bagi mencapai objektif mereka dalam politik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dakwa beliau, rakyat di negara ini sudah menggangap Majlis Peguam adalah 'alat politik' pakatan pembangkang.

"Apakah sebenar peranan Majlis Peguam di negara ini? Apakah pendirian majlis ini berhubung PRK Dun Kajang?

"Bagaimana mereka boleh diam seribu bahasa apabila seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat boleh dipaksa meletak jawatan bagi memberi ruang kepada orang lain bertanding sesuka hati? Adakah ini perjuangan hak asasi yang sering menjadi laungan Majlis Peguam?," katanya.

Menurutnya, jika benar Majlis Peguam menggambarkan diri mereka sebagai pelindung hak asasi manusia, demokrasi, tadbir urus yang baik dan memperjuangkan pilihan raya adil serta bebas, mengapa tidak cuba untuk meminda undang-undang yang boleh mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali?

"Ahli politik sedang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi, adakah Majlis Peguam akan terus berdiam diri? Membutakan mata dan telinga?

"Jangan kita lupa bagaimana Majlis Peguam menghantar 89 sukarelawan hanya untuk demonstrasi jalanan Bersih yang kononnya mahu pilihan raya bersih, bagaimana pula dengan PRK yang sengaja diadakan ini?" tegasnya.

Jelas Ranjit Singh, beliau sedar dengan risiko yang bakal menimpa dirinya dengan kenyataan dan persoalan dilontarkan olehnya, namun kritikan seperti ini amat wajar.

Dalam pada itu, Ranjit Singh turut membidas sikap berdiam diri badan itu terhadap seorang peguam terkenal DAP yang telah didakwa membuat laporan palsu surat saman terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Sudah ada laporan polis juga, mengapa Majlis Peguam tidak pernah bertindak atau mengeluarkan sebarang kenyataan? Adakah kerana beliau sangat berkepentingan?" soalnya.

Tambah Ranjit Singh, seandainya Majlis Peguam berterusan mendiamkan diri, beliau mungkin akan membawa perkara tersebut ke peringkat lebih tinggi demi menegakkan undang-undang kerana melibatkan hak asasi rakyat di negara ini.( Utrusan online-Politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal. blogspot. com at 11.00 am on February 03,2014.

Mereka cetus provokasi


Penyokong pasukan JDT menunjukkan tiket perlawanan sebagai tanda membantah penangguhan perlawanan Piala FA antara JDT dan T-Team di Larkin, Johor Bahru malam semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendakwa pemain T-Team melakukan provokasi sehingga membawa pergaduhan sewaktu perlawanan Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam semalam.

Selain itu mereka tidak berpuas hati apabila perlawanan itu ditangguhkan separuh jalan akibat pergaduhan yang berlaku di dalam terowong sewaktu perlawanan berehat. PBNJ dalam laman Facebook rasminya mendakwa, sebaik wisel penamat separuh masa pertama dibunyikan, jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impaguazzo telah membuat provokasi ke atas ketua jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez.

“Tiba-tiba pemain import T-Team memakai jersi nombor 16, Evaldo Rodrigues meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Jiminez lalu memarahinya dan berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan. “

Pihak keselamatan stadium diketuai PDRM Johor berjaya meleraikan masalah," menurut PBNJ di dalam laman sosial itu.

PBNJ mendakwa perlawanan terpaksa ditangguhkan setelah keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu memulakan separuh masa kedua perlawanan PBNJ turut mendakwa tiada apa-apa insiden buruk berlaku kepada pasukan lawan dan penyokong mereka, malah segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

Menurut PBNJ, perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan separuh masa kedua dimulakan.

Menurut PBNJ lagi, mereka juga tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahu pun penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.(Utusan online-sukan tempatan).Posted  by abnmulya /BVakar Ninggal.blogspot.com at 10.49 am on February 03,2014.

Peluang cerah untuk bebas-SukaGuam

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my 
Khairul Anwar
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal dilihat mempunyai peluang cerah untuk bebas daripada pertuduhan mendera anak mereka oleh pihak berkuasa Sweden.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, keyakinan itu berdasarkan hujah yang dikemukakan dalam beberapa kes yang berlaku hampir sama di Norway dan Amerika Syarikat sebelum ini.

Menurutnya, kes yang menimpa Azizul Raheem dan Shalwati itu telah membuka mata pihak berkuasa Sweden dan Jabatan Kehakiman di sana agar mengambil kira faktor perbezaan agama dan budaya dalam mendidik anak-anak terutamanya membabitkan warga asing.

"Malah, ini juga tidak konsisten dengan deklarasi atau Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu anak-anak harus tinggal bersama ibu bapa masing-masing.

"Justeru, peluang untuk pasangan itu bebas sangat cerah kerana kira-kira seminggu berada di sana, kami telah bertemu, melobi dan bertukar-tukar pandangan dengan semua pihak berkepentingan tentang kes terbabit," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, anak-anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7 selamat tiba di tanah air diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin dan saudara mara.

Empat beradik itu kemudian mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum berangkat pulang ke Kelantan untuk tinggal dengan ibu bapa saudara mereka.
Tambah Khairul Anwar, SukaGuam akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan Wisma Putra untuk menyelesaikan perkara terbabit termasuk berkomunikasi dengan peguam bela pasangan tersebut di Sweden.
Beliau turut percaya kejayaan membawa pulang empat beradik tersebut atas faktor hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dengan Sweden.

"Sepanjang berada di sana, rata-rata masyarakat Sweden menyanjung tinggi sikap wasatiyyah atau kesederhanaan yang diamalkan Perdana Menteri dan kerajaan.

"Saya fikir ada hikmah yang menimpa Azizul Raheem dan isteri, kerana ini adalah satu jihad kepada umat Islam untuk masyarakat Eropah menerima perbezaan agama dan budaya," ujarnya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 10.42 ak on February 2014.

Anwar akui Selangor bermasalah

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Datuk Seri Anwar Ibrahim,Ketua Pembanbgkang
PERMATANG PAUH 2 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai salah satu unsur kejutan bagi terus menarik perhatian umum.

Malah, beliau turut mengakui keputusan itu merupakan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berdepan pelbagai tekanan dalam politik semasa.

Dalam masa sama, Anwar mengakui strategi mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding memang sudah dirancang.

"Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut.

"Dia letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kerana hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan Negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya dalam ceramah di sini malam tadi.

Ceramah berkenaan diadakan untuk memberi penerangan kepada penyokong PKR berikutan keputusan beliau mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

Bagaimanapun, sepanjang kira-kira 45 minit berucap, Anwar dilihat gagal memberi penjelasan meyakinkan kepada lebih 200 orang penyokongnya yang hadir sehingga ada yang bertindak keluar dewan.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam ceramahnya turut mengakui wujud pelbagai masalah besar di Selangor yang gagal diselesaikan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, isu membabitkan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, masalah gereja dan rampasan Bible versi bahasa Melayu mengandungi kalimah Allah dan isu air yang sehingga kini gagal diselesaikan menyebabkan beliau terpaksa campur tangan dan tampil 'membantu' Abdul Khalid.

"Kerajaan Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi masih terkawal. Saya akui negeri Selangor ditadbir dengan baik dalam bidang ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah paling berat di Selangor dan menjadi isu nasional.

"Jadi, saya perlu tampil membantu untuk selesaikan masalah yang wujud ini," katanya. Menurut Anwar, beliau akan memberi satu lagi penjelasan terperinci mengenai hasratnya bertanding pada Isnin ini di Kajang bersama Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, dalam sidang akhbar kemudiannya, ketika ditanya jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan beliau dilantik sebagai Menteri Besar baharu sekiranya menang, Anwar berkata:

"Saya fikir kita tidak patut libatkan Tuanku Sultan dalam hal politik yang berlaku. Beliau (Baginda) perlu dihormati. Kita pula akan meneruskan agenda untuk rakyat," katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Bakar NInggal.blogspot.com at 10.29 am on fEBRUARY 03,2014.


PRK DUN Kajang: Tiong Lai perlu bertanding

Mohamed Mustafa Ishak,Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah medan terbaik untuk MCA meraih semula sokongan kaum Cina dan menjadikan pertarungan itu sebagai luar biasa dengan mencipta kejutan mengalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, peluang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh kepemimpinan baharu MCA melalui strategi mahu menang iaitu dengan meletakkan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai calon agar kaum Cina selaku pengundi penentu dapat melihat iltizam parti itu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, MCA perlu berani mempertaruhkan Tiong Lai memandangkan tokoh tersebut dilihat paling layak kerana memiliki kredibiliti dan mesra rakyat.

Meskipun mengakui Anwar mempunyai pengaruh serta sudah teruji dalam banyak pilihan raya, tetapi jika Tiong Lai menjadi lawannya nanti, tidak mudah bagi Ketua Pembangkang itu untuk menang kerana MCA mempunyai pengaruh tersendiri di Kajang.

“Syaratnya MCA perlu masuk gelanggang dengan strategi untuk menang. Jangan jadikan pilihan raya kecil ini hanya pelengkap acara. Jadikan peluang ini sebagai batu loncatan kepada MCA untuk membuktikan bahawa parti itu sudah berubah dan bersedia untuk memberi khidmat terbaik.

“Calon mestilah tokoh nasional. Maka, individu paling layak ialah Tiong Lai sendiri kerana beliau mempunyai kredibiliti dan bersikap mesra rakyat.

Sebagai Presiden MCA yang baharu inilah peluang untuk beliau menguji pengaruhnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pilihan Raya Kecil DUN Kajang terpaksa diadakan semula hanya tujuh bulan selepas pilihan raya umum disebabkan tindakan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebarang alasan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Dalam pada itu, Mohamed Mustafa berkata, Tiong Lai perlu mencontohi jiwa besar bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang menolak kerusi selamat dan memilih menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah demi kebaikan Barisan Nasional (BN).

“Jika Abdul Ghani berani menentang Kit Siang meskipun mengetahui sentimen pengundi Cina ketika itu, sikap sama perlu Tiong Lai tunjukkan.

Ketika ini beliau bukan menteri dan sebarang keputusan jika tidak berpihak kepada BN tidak menjejaskan kedudukan sebagai ahli Parlimen.


“Sebaliknya, jika kejutan berjaya dilakukan, Tiong Lai akan disanjung dan diiktiraf sebagai Presiden MCA yang bukan sahaja berjaya menggagalkan cita-cita besar Anwar, tetapi apa yang lebih penting mentransformasikan semula MCA menjadi sebuah parti yang berpengaruh," katanya.

Mengenai gerak kerja kempen, Mohamed Mustafa menjelaskan, MCA perlu menggembleng sepenuh kekuatan termasuk menggunakan kepakaran serta pengaruh bekas-bekas presidennya yang masih aktif dan diterima baik rakyat seperti Datuk Seri Ong Ka Ting.

Pada masa sama, kata beliau, bekas-bekas Presiden MCA juga perlu mencontohi sifat terpuji bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terus bekerja keras membantu menguatkan kembali UMNO sejak 2008 kerana dalam banyak perkara sentuhan veteran masih relevan. ( Utusan online-politik0.Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.15 am on February 03,2014.