Tuesday, February 3, 2015

Kerajaan PAS Kelantan persoal tindakan DAP.

FEBRUARY  04,2015 AT 08 AM.

KOTA BHARU 3 Feb. – Kerajaan Pas Kelantan menempelak tin­dakan pemimpin DAP yang dilihat cuba mengganggu pentadbiran kerajaan nege­ri dengan membuat kritikan terbuka berhubung masalah banjir di negeri ini.

 Menteri Besar Kelantan,
Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tidak ada keperluan untuk pihaknya mengadakan siasatan awam seperti yang digesa pemimpin DAP kerana banjir besar yang melanda adalah fenomena alam yang tidak dapat dielakkan.

“Apa maksud dia yang mahu kerajaan negeri buat ‘siasatan awam’, ini pun saya tidak faham, siasatan awam ini apa tujuan? Kita nak buat apa dengan siasatan awam kerana banjir ini fenomena alam, bukan barang yang kita boleh sekat

“Kita sudah wujudkan jawatankuasa untuk kajian isu banjir, kesan dan kaedah menangani, biarlah jawatankuasa ini buat kerja dahulu dan kita tunggu hasilnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan pemimpin DAP itu yang seolah-olah mahu mengganggu pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan dengan beberapa kritikan terbu­ka berhubung masa­lah banjir di negeri ini.

“Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati dia,” katanya.

Dua pemimpin utama DAP iaitu penasihatnya, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guang Eng dilihat sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan Pas Kelantan.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam laporan akhbar Sin Chew Daily dilapor menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan termasuk menuduh kerajaan negeri tidak membuat kerja sewaktu bencana banjir.

Bapanya, Kit Siang pula seperti dilaporkan sebuah portal propembangkang mahu kerajaan Pas Kelantan mengadakan siasatan awam berkaitan pengurusan bencana banjir bagi mengenal pasti dan mendokumentasi segala kelemahan dan kekurangan yang telah berlaku.  

Malah, Kit Siang bersama-sama beberapa pemimpin DAP lain turut hadir dalam majlis Pelancaran Gabungan Impian Kelantan (GIK) yang diterajui oleh bekas Exco Pas Kelantan, Datuk Husam Musa di Dewan Perniagaan Cina di sini Sabtu lalu.

Namun majlis pelancaran GIK dikatakan tidak dimaklumkan kepada kerajaan Pas Kelantan, malah Pengarah Pilihan Raya Pas negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu seperti mempunyai ‘agenda tersembunyi’.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Amar turut menempelak Guan Eng supaya menjaga mulut daripada mengeluarkan kenyata­an yang tidak menghormati rakan sejawatannya, apatah lagi sekutu dalam pembangkang.

“Sebagaimana yang Menteri Besar telah ulas, tuduhan Guan Eng itu satu dakwaan yang berat dan tidak patut keluar daripada mulut seorang Ketua Menteri, dia sepatutnya ada sikap hormat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan penubuhan GIK untuk membantu mangsa banjir, namun perlu ada penyelara­san bagi memastikan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lancar.

Tambahnya, penyelarasan pen­ting kerana bantuan seperti pembinaan rumah umpamanya mempunyai kaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri kerana berkait de­ngan tanah, spesifikasi bangunan dan sebagainya.( Utusan online).Posted by abnmulya at `1255 noon on February--04,2015.

Agenda 3S mencurigakan

Pas diingatkan agenda rakan sekutu.
04 Februari 2015 1:09 AM
Dr.Mohd Zuhdi Marzuki Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki mengingatkan parti itu tentang agenda mencurigakan membabitkan rakan sekutunya yang didakwa mahu membolot kekuasaan di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan isu agama.

Beliau yang menamakannya sebagai Agenda 3S (Singapura, Sabah dan Sarawak) berkata, Pas perlu melihat lebih jauh dan bukannya sekadar menawan Putrajaya sahaja kerana ada musuh yang jauh lebih besar di selatan tanah air seperti PAP.
Mohd. Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas mendedahkan, antara agenda utama gerakan itu ialah menjadikan Sabah dan Sarawak seperti Si­ngapura.
“Kita tidak boleh menafikan ada ahli-ahli politik yang berulang-alik ke Singapura,” jelas Zuhdi.
Beliau menyatakan demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Politik Islam Pasca Keruntuhan Negara Bangsa dalam program Nadwah Ulama di Darul Fuqaha, Bangi, dekat sini hari ini.
Mohd. Zuhdi berkata, Pas sebagai sebuah gerakan Islam tidak boleh melupakan amaran yang pernah disuarakan oleh bekas-bekas pemimpin parti itu tentang kemungkinan Singapura memainkan peranan sebagai sekutu Israel di Asia Tenggara.
Beliau mendakwa, gerakan yang memperjuangkan Agenda 3S itu sedang giat memainkan sentimen agama untuk menarik sokongan orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.
“Isu kalimah Allah yang sudah lama padam dibangkitkan semula dan mereka juga mencari jalan untuk mengeluarkan Pas daripada pakatan pembangkang,” ujarnya.
Mohd. Zuhdi sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi berikutan analisis senarionya tentang kemungkinan Pas bekerjasama dengan UMNO untuk menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor di dalam kumpulan WhatsApp ‘AJK Pas Pusat’ yang dibocorkan kepada umum.
Kebocoran analisis senario itu telah mencetuskan perbalahan secara terbuka di antara pemimpin-pemimpin Pas yang mempertahankan Mohd. Zuhdi serta sekutu-sekutu mereka daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.(Utusan online).Posted by abnmulya  / Abu Bakar NInggal.blogspot.com. at12.30 am on Feb--04,2015.

Pas toilak pemerintah bukan Islam


Februrry 03,2015 at 1.09am.
Mohd Khairuddin Aman Razali ( kanan)
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Dewan Ulama Pas menegaskan, sebarang usaha untuk menggantikan peme­rintah beragama Islam dengan pemimpin dari agama lain adalah bercanggah dengan prinsip siasah Islam.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Pas telah membuktikan komitmennya untuk mematuhi prinsip tersebut ketika menolak cadangan untuk mencalonkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian sebagai Ketua Menteri di negeri itu pada 2011.
Menurut beliau, umat Islam tidak sewajarnya menerima cada­ngan yang membolehkan pemimpin ber­agama lain menjadi pemerintah mereka.
“Jangan pula kata, tak apalah siapa pun jadi ketua tak kisah. Pemikiran sebegitu bercanggah dengan siasah Islam,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada program Nadwah Ulama di Darul Fuqaha, Bangi, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan menempelak keghairahan segelintir pemimpin parti berkenaan yang sanggup meninggalkan agenda perjuangan Islam kerana terlalu taksub dengan matlamat menawan Putrajaya.
Beliau yang juga salah seorang ahli panel program tersebut memberitahu, lebih dikesali, mereka kini seolah-olah lebih cenderung memperjuangkan prinsip tadbir urus semata-mata tanpa mempedulikan syariat Islam.
“Kalau itu sasaran kita maka tak perlulah berjuang atas nama parti Islam kerana kita tidak boleh memperjuangkan Islam tanpa sya­riatnya,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Penggunaan Fiqh Muwazanah Dalam Membuat Keputusan.
Ahli Parlimen Temerloh itu turut mempertikaikan kecenderungan pihak tertentu di dalam Pas yang meniru strategi yang digunakan parti-parti Islam di Turki dan Tunisia untuk memperjuangkan Islam di negara ini.
Jelas beliau, sikap itu menghairankan kerana Islam yang diamalkan di negara ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan dua negara berkenaan.
“Kalau kita hendak bawa apa yang berlaku di Turki ke Malaysia, kita kena berpatah balik ke era 1970-an,” tegasnya.(Utusan online).Posted by abnmulya at 12.12 am on Feb--o4,2015

Monday, February 2, 2015

Pelajar UiTM mati selepas leher dikelar

SYED HESHAM SYED IDRIS: 03 Februari 2015 2:00 AM 

Nursyuhada Johari
TAIPING 2 Feb. - Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.
Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.
“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.
“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.
Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.
Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.
“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.
“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan.
Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,
Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.
“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.
“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.
Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.
Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.( Utusan on line).Posted by abnmulya  //Abu Bakar Ninggal. blogspot.com.at 1350 hrs on Feb--03,2015.

Kooi Ong digesa buat sidang akhbar sangkal dakwaan

KAMIL MASLIH: FeBRUARY 03,21015.


Anuar Shaari
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pemilik syarikat media, Kumpulan The Edge serta portal propembangkang, The Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong digesa mengadakan sidang akhbar untuk menyangkal segala dakwaan mengaitkannya sebagai individu yang mensabotaj ekonomi negara.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, meskipun Kooi Ong telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan tuduhan tersebut, ahli perniagaan itu sewajarnya mengadakan sidang akhbar de­ngan menjemput semua media bagi memberi penjelasan terperinci.
“Masyarakat terkeliru dengan kenyataan beliau serta kurang pasti dengan kenyataan beliau bertulis; ‘I did not at any time short the Malaysian Ringgit’ (Saya tidak pada bila-bila masa melakukan jualan singkat terhadap ringgit).
Datuk Tong kooi Ong
“Tong Kooi Ong perlu tampil menjelaskan kenyataan beliau agar tidak timbul salah faham yang pas­tinya boleh mencalarkan imej beliau yang ketika ini didakwa sebagai mensabotaj ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Menurut Anuar, tuduhan terhadap Kooi Ong yang tersebar dalam media sosial adalah satu tuduhan yang serius dan ahli perniagaan itu sepatutnya mengambil ruang menerusi sidang akhbar untuk me­nyangkal setiap dakwaan.

“Ini juga bagi mengelakkan persepsi kenyataan akhbar Tong Kooi Ong ditulis oleh orang lain, sekali gus membersihkan nama beliau,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at1326 hrs on Feb--02,2015.

Semakin ramai mendesak: Siasat siapa dalang mensabaotaj ekonomi negara

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Bank Negara Malaysia (BNM) perlu segera menyiasat warga tempatan yang didakwa menjadi dalang mensabotaj ekonomi negara dengan menjatuhkan nilai mata wang ringgit demi kepentingan peribadi.

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas
Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata, beliau yakin kegiatan dalang itu turut mempunyai unsur-unsur politik bagi mengaibkan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau tahun 1998 dahulu, George Soros yang melakukannya tetapi sekarang ini, orang Malaysia sendiri yang terlibat dan orang itu memang dalam kalangan terkaya dan ternama.

“Bank Negara perlu bersikap proaktif, kalau orang dari negara lain melakukannya agak susah untuk diperbetulkan tetapi kalau serangan itu datang dari dalam negara, sesuatu perlu dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Semalam, pemilik syarikat media, Kumpulan The Edge dan portal propembangkang, The Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong tampil menafikan beliau merupakan individu yang melakukan kegiatan spekulasi mata wang bagi menjatuhkan ekonomi negara seperti dikaitkan di media sosial.

Menurut Megat Najmuddin, kegiatan spekulasi mata wang sememangnya sukar untuk disekat, namun tindakan perlu diambil sekiranya pihak yang sabotaj ekonomi itu adalah rakyat Malaysia sendiri.

“Lebih elok sebenarnya sekiranya Bank Negara dan kerajaan siasat kerana masalah ini menyusahkan rakyat dan negara. Banyak bank yang melakukan spekulasi mata wang ini datang dari negara jiran dan mereka tidak akan bertindak sedemikian sekiranya tiada dalangnya,” kata beliau.

Katanya, meskipun Kooi Ong telah menafikan tuduhan berkenaan, adalah lebih wajar untuk beliau tampil mengadakan sidang akhbar memberi penjelasan lebih terperinci mengenai isu tersebut.( Utusan online).Posted by abnmulya  / Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 12.46 noon on 02 Feb--2015.

Sunday, February 1, 2015

Bank Negara digesa siasat menyeluruh


02 Februari 2015 1:49 AM
Dr.Azmi Hassan
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Bank Negara digesa melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara dengan menjatuhkan nilai mata wang ringgit demi mengaut keuntungan peribadi.

Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, Bank Negara memiliki akses untuk memantau pengaliran ringgit bukan sahaja di dalam negara
malah di luar negara.
“Tindakan spekulator mata wang ini memudaratkan ekonomi negara, sekiranya seseorang rakyat Malaysia didapati melakukannya, ini merupakan kesalahan jenayah dan mencabuli undang-undang.
“Pihak yang paling sesuai untuk menyiasat perkara ini adalah Bank Negara dan semestinya sukar untuk kita memaafkan mana-mana pihak yang melakukan pengkhianatan dengan mengaut keuntungan semasa ekonomi negara sengsara,“ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mengarahkan agensi kerajaan berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.
Dalam pada itu, pemilik syarikat media, Kumpulan The Edge serta portal propembangkang, The Malaysian Insider, Datuk Tong Kooi Ong hari ini tampil menafikan beliau merupakan individu yang melakukan kegiatan spekulasi mata wang bagi menjatuhkan ekonomi negara seperti yang dikaitkan di media sosial.
Mengulas lebih lanjut, Azmi berkata, meskipun telah ada penafian, Bank Negara tetap perlu melakukan siasatan bagi memastikan ekonomi negara tidak terjejas akibat kegiatan spekulator mata wang.
Prof.Dr.Mohamed Mustafa Ishak
Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihak berkuasa terutamanya Bank Negara perlu sentiasa mengawasi dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja mensabotaj ekonomi negara.
“Kita ada pengalaman pada kegawatan ekonomi tahun 1997-1998, sekelip mata ringgit jatuh menjunam dan kesannya amat parah, kita tidak boleh membenarkan peristiwa yang pahit ini berulang,“ katanya.
Katanya, Bank Negara perlu memberi kepastian kukuh mengenai tuduhan kewujudan spekulator mata wang itu agar kepentingan ekonomi negara dapat terjamin.
Mohd.Fazil Abdullah
Dalam pada itu, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, Bank Negara mempunyai pakar kewangan yang sentiasa memantau perkembangan ekonomi semasa namun tuduhan mengenai kegiatan sabotaj ekonomi itu perlu dipandang serius. 

“Sekiranya benar rakyat Malaysia sendiri yang melakukan kegiatan spekulasi menjatuhkan nilai ringgit, perbuatan ini bukan sahaja umpama ‘menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka sendiri’ malah adalah pengkhianatan kepada negara.
“Justeru, saya minta rakyat Malaysia jangan buat perkara seperti ini,“ katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1553 hrs on Feb-02,2015.