Sunday, April 5, 2015

Jenazah Allahyarham Azlin selamat dikebumikan.

05 April 2015 3:14 PM

KUALA LUMPUR 5 April - Jenazah bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias selamat dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 13, Kajang di sini pada pukul 2.30 petang.

Hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Saujana Impian dan kemudiannya dibawa ke Surau Saujana Impian untuk solat jenazah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anajk merupakan salah seorang diantara mangsa nahas helikopter di Semenyih,semalam.( Utusan online).Posted by a abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1537 hrs on April 05,2015.
05 April 2015 12:48 PM 

KUALA LUMPUR 5 April - Jenazah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis selamat disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang pada pukul 12 tengah hari ini.

Lebih 200 ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan rapat hadir untuk bersama-sama menunaikan sembahyang jenazah tersebut.

Yang turut hadir ibu kandungnya, Aminah Abdullah dan anak lelakinya, Ikhwan Hafiz. Yang turut sama menunaikan sembahyang jenazah ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee.

Sembahyang jenazah itu diimamkan Imam 1 Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Mohamad Khairi Hussein. Jenazah Jamaludin disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan atas permintaan Allahyarham sendiri sewaktu hayatnya. - UTUSAN ONLINE( Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Niggal.blogspot.com. at 126 hrs on April 05,2015.

Mereka juga perlu minta maaf kepada rakyat

04 April 2015 1:26 AM 

KUALA LUMPUR 3 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Perak yang memakai pakaian serba hitam pada istiadat perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu perlu segera memohon ampun kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Datuk Dr. Teo Kok Seong
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, selain memohon ampun kepada Sultan Perak, mereka juga perlu meminta maaf daripada rakyat Malaysia.

Menurut beliau, semua pihak perlu menghormati adat istiadat raja, lebih-lebih lagi mereka yang dilantik sebagai wakil rakyat.
“Kita berasa kesal dengan apa yang dilakukan mereka yang boleh dika­tegorikan bijak dalam semua aspek terutama berkaitan pentadbiran dan pendidikan tetapi apa yang dizahirkan ketika sidang DUN tidak menggambarkan kebijaksanaan.

“Mereka harus ingat, institusi raja melambangkan jati diri, perpaduan dan budaya Malaysia serta perlu menghormati­nya. Malah, ketika istiadat itu, Sultan Nazrin mengenakan pakaian lengkap berserta des­tar baginda untuk merasmikan sidang DUN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada majlis istiadat sidang DUN Perak, kesemua wakil rakyat pembangkang tidak memakai pakaian istiadat sebaliknya memakai sut dan baju Melayu serba hitam.

Hampir kesemua wakil pembangkang yang bukan beragama Islam juga tidak memakai songkok. Mereka bertindak demikian ko­nonnya bagi menunjukkan solidariti dalam beberapa isu termasuk hukuman penjara ter­hadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bantahan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Dalam pada itu, Kok Seong berkata, perbuatan yang menyalahi kod etika berpakaian ketika perasmian sidang DUN adalah sesuatu perkara yang tidak cerdik.

“Perbuatan ini mungkin boleh dikenakan tindakan mengikut perundangan sedia ada bagi menge­lakkan berulang.

 “Jika benar mahu menunjukkan protes, mereka boleh memilih hari lain bukannya ketika perasmian sidang DUN sehingga menyebabkan Sultan Perak murka,” katanya.( Utusn online).Posted by abnmulya  / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.1459 hrs on April 05,2015.

Friday, April 3, 2015

Jasa 'serang' guna media sosial

04 April 2015 1:27 AM 

KUALA LUMPUR 3 April – Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan mengambil pendekatan ‘serang’ menggunakan media sosial bagi menangkis pelbagai tohmahan khususnya yang dilemparkan oleh pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan kerajaan.
Datuk Dr.Mohd Fuad Zarkasih

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana sikap ‘bertahan’ yang berterusan tidak lagi mampu mengubah persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan yang berjaya dicipta oleh pembangkang.

 “Beberapa kerajaan di negara lain pernah kalah dalam pilihan raya akibat media sosial. Pengaruh media sosial besar jadi kita tidak mahu ia digunakan untuk terus memfitnah kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Seminar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Outreach:

Pengenalan SPA dan Perkhidmatan Awam Kepada Jasa yang disempurnakan oleh Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam, di sini hari ini.

 Menurut Mohd. Puad, dalam menjayakan misi itu, semua agensi dan jabatan kerajaan sepatutnya memiliki unit ‘cyber-troopers’ masing-masing bagi memantau dan menjawab isu-isu yang dibangkitkan di laman-laman media sosial.

Dalam pada itu, Mohd. Puad membidas pihak pembangkang yang hanya berani menggunakan media sosial dalam mempersoalkan sesuatu isu melibatkan kerajaan.

Beliau memberi contoh ketiadaan dua ahli Parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Tony Phua (DAP) ketika sesi penggulungan titah Yang di-Pertuan Agong oleh Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Katanya, peluang itu sepatutnya digunakan untuk bertanya dan berhujah dengan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana mereka adalah individu-individu yang sering mengkritik dan membuat tohmahan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).( Utusan on line-Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.bnlogspot.com.at 12,24 noon om April 04,2015.

PRS yakin Najib terajui negara selepas PRU- 14

03 April 2015 1:28 AM

KUALA LUMPUR 2 April - Parti Rakyat Sarawak (PRS) yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang khususnya di Sarawak.
Tan Sri James Jemut Masing

Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing berkata, ini kerana Najib menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap soal pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri itu dan juga rakyat di Sabah.

 “Najib juga mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia selepas 50 tahun negara merdeka yang juga merupakan tarikh pen­ting bagi rakyat Sarawak dan Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan BN di bawah Najib memberi peruntukan yang besar untuk Sarawak seperti pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

 “Sebelum ini banyak lebuh raya dibina di Semenanjung seperti Projek Lebuh Utara Selatan dan Lebuh Raya Timur Barat selain beberapa projek mega antaranya Menara Berkembar Petronas (KLCC), dua projek jambatan di Pulau Pinang, jambatan menghubungkan Johor dengan Singapura serta sekolah dan hospital,” ujarnya.

Katanya, walau bagaimanapun kawasan luar bandar di Sarawak dan Sabah terus terabai. “Najib meluangkan banyak masa melawat ke Sarawak dan Sabah serta memberi peruntukan bagi tujuan pembangunan di kedua-dua negeri itu,” ujar beliau.

“Ini kerana beliau sedar bahawa Sabah dan Sarawak juga adalah sebahagian daripada Malaysia dan tanpa kedua-dua negeri itu, Malaysia tidak akan wujud,” katanya.

Sehubungan itu beliau yakin BN di bawah kepimpinan Najib akan terus memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 nanti. Namun kata James, perkara itu akan menjadi lebih mudah sekira­nya UMNO terus bersatu dan ahlinya tidak berpecah-belah.( Utusn online-) Posted by abnmulya  / Haji bu Bakar Ninggal.blogspot.com at 153 hrs on April,03,2015.

Salleh jawab kritikan Dr.Mahathir

03 April 2015 1:28 AM 

KUALA LUMPUR 2 April – Syarikat pembangunan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diberikan lebih masa bagi membuktikan kemampuan dan mampu bersaing dengan syarikat lain.
Mohd Salleh Said Karuak

Katanya, selepas lebih 40 tahun ditubuhkan, Temasik Holdings memberi keuntungan dan telah mela­bur dalam semua sektor ekonomi di negara itu dengan keseluruhan portfolio lebih daripada RM600 bilion.

“Adalah tidak adil membuat penilaian negatif terhadap penubuhan 1MDB sedangkan syarikat itu masih baharu dan memerlukan masa untuk membuktikan sesuatu.

Lihat sahaja kepada Temasik Holdings yang melabur sebanyak RM65 bilion tahun lalu dan kemudian, menjualnya pada RM27 bilion.

Adakah pelaburan syarikat itu disifatkan buruk jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dilakukan oleh kerajaan Singapura?,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau di ht 

Beliau mengulas kritikan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi blog rasminya, chedet.co.cc.

Antara kritikan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan IMDB dan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri.

Mengenai kritikan Dr.Mahathir berhubung pembelian jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong,

Mohd. Salleh berkata, Cawangan Khas sudah memberi amaran Malaysia berhadapan risiko serangan pengganas khususnya daripada puak militan Negara Islam (IS) dan jika benar, soal keselamatan Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipandang ringan.

“Oleh itu sudah tentu ia memerlukan pengangkutan yang sesuai dan efisien untuk Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong.

Soal keselamatan tidak boleh dinilai de­ngan wang. Sudah tentu keselamatan melibatkan kos dan ia sama seperti negara-negara lain di seluruh dunia, terutama ketika situasi sekarang,” katanya sambil menyenaraikan jum­lah perbelanjaan yang dikeluar­kan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Britain untuk menjaga keselamatan Presiden serta Perdana Menteri negara tersebut.( Utusan online).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com a 1503 hrs on April 03,2015.

Thursday, April 2, 2015

Pas akui perlu sokongan dari UMNO.

03 April 2015 1:10 AM 

KOTA BHARU 2 April – Pas Kelantan mengakui parti itu memerlukan kerjasama dan sokongan UMNO dalam usaha merealisasikan hasrat mereka untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini. 

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Pada masa sama, Pas Kelantan membidas sesetengah pihak di dalam parti itu sendiri yang berterusan meragui kerjasama Pas negeri itu dan UMNO berhubung soal hudud.

Timbalan Pesuruh Jaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Kerajaan Pusat atau UMNO telah membuka laluan kepada Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hukum hudud dan peluang tersebut perlu direbut.
Ada dalam kalangan orang kita sendiri kata (Pas) sudah masuk perangkap UMNO dan kena tipu dengan UMNO. Saya hendak jelaskan, kenapa kita buat kira (kerjasama) dengan UMNO sebab UMNO ada kunci sebagai pemegang kuasa politik di negara ini.

“Soal hubungan melalui perbincangan ini (hudud) sudah lama berlaku sejak zaman Allahyarham Fadzil Noor, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz. Telah ada hubungan antara pemimpin (Pas dan UMNO) dan perkara itu tidak menjadi isu.
“Dulu ada dalam kalangan kita masa bincang soal royalti minyak di Kelantan, kerjasama dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) bawa Ku Li pergi ceramah di stadium atas pentas Pas sampai tahap itu percaya kat UMNO, kenapa sekarang kita bincang pasal hudud jadi isu besar.

Kenapa persoalkan, barang (isu) itu,” tegasnya ketika menyampaikan ceramah penerangan hudud di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di sini malam tadi.
Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, semua pihak di dalam parti perlu melihat secara positif kerjasama ini khususnya sokongan Kerajaan Pusat yang telah membuka laluan kepada usaha kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud.
“Kita pergi dalam cerah bukan gelap (perbincangan jawatankuasa teknikal hudud antara negeri dan Pusat), kalau Pusat hendak tipu juga tidak boleh buat apa, yang penting kita usaha.
“Tok Guru sebelum meninggal turut pernah berpesan, jangan kata kat UMNO sehari dua ini sebab kita hendak (kerjasama) dengan UMNO. Walaupun UMNO musuh politik kita, namun sampai satu tahap wakil Barisan Nasional (BN) menangis sokong hudud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini,” ujar beliau lagi.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.05 noon on April 03,2015.