Monday, January 25, 2016

Krisis politik: Jemaah Pemanku Sultan Kedah berkecuali.

26 Januari 2016 11:58 AM

ALOR SETAR 26 Jan. - Jemaah Pemangku Sultan Kedah hari ini menegaskan anggota jemaah itu berkecuali dalam krisis politik di negeri ini dan menasihatkan pihak yang terlibat mencari jalan menyelesaikannya.

Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan di sini berkata Jemaah Pemangku Sultan mahu semua pihak yang terlibat supaya menggunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan sebarang ketidakpuasan atau masalah yang mungkin ada.

Katanya, Jemaah Pemangku Sultan meminta semua pihak berkaitan mencari jalan penyelesaian secara berhemah dan tidak melibatkan rakyat yang ketika ini memerlukan perhatian dan pimpinan daripada kesemua pemimpin.

"Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengambil maklum tentang berita pergolakan politik yang sedang berlaku di Kedah dan menegaskan bahawa ahli jemaah berkecuali daripada menyokong atau memihak mana-mana golongan atau pihak," katanya.

Syed Unan Mashri berkata, Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut mahu semua pihak bertenang dan bersabar dalam menghadapi krisis politik tersebut.

Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerima tekanan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri yang diketuai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.co. at 1334 hrs on January 26,2016.

Isu MB hampir selesai

Angkat sumpah jawatan di jangka hari ini

26 Januari 2016 12:56 AM 



Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehudin Sultan Badlishah (kanan) dan isteri, Toh Puan Temenggong, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff (dua dari kanan) berkenan hadir dalam Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah Ke-88 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. Turut kelihatan, Mukhriz Mahathir (kiri). 



ALOR SETAR 25 Jan. - Krisis politik negeri ini dijang­ka berakhir dengan Kedah bakal menerima Menteri Besar baharu ekoran prosedur pelantikan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dikatakan giat disusun oleh mereka yang terlibat.

Menurut sumber, Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah esok atau lusa berikutan majlis itu sedang giat dirancang.

Katanya, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO ne­geri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih dikatakan sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.

“Mungkin esok atau lusa majlis angkat sumpah jawatan tersebut akan diadakan. Semua kakitangan yang terlibat dengan majlis tersebut juga diarahkan untuk bersiap-sedia.

“Kami hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak atasan mengenai majlis tersebut. Setakat ini juga hampir 90 peratus Ahmad Bashah adalah calon Menteri Besar baharu,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber itu lagi, sejak semalam beberapa exco yang dikatakan menyokong Mukhriz juga dilihat mengosongkan pejabat ma­sing-masing di Wisma Darul Aman.

“Exco tersebut walaupun dikatakan akan dilantik semula sebagai exco selepas pelantikan Menteri Besar kelak namun bersedia untuk mengosongkan pejabat mereka.

“Walaupun bersedih namun difahamkan mereka tetap akan menjalankan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ini,” ujarnya.

Difahamkan Mukhriz dan dua Exco yang menyokong beliau mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Blok E, Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mukhriz memasuki pejabat Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kira-kira pukul 3 petang hari ini bagi memaklumkan kepada pihak istana mengenai situasi terkini politik negeri ini.

 “Perjumpaan berkenaan dikatakan berakhir beberapa jam kemudian apabila Mukhriz dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada pukul 7 malam,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya  /./haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.53 am on January 26,2016.

Sunday, January 24, 2016

Malaysia sukar capai Negara maju jika tolak TPPA- Mustapa ,MohamEd

25 Januari 2016 10:21 AM 

KANGAR 25 Jan. - Malaysia akan terlepas banyak peluang untuk merapatkan jurang kemajuan serta sukar mencapai status negara maju berpendapatan tinggi jika memilih untuk menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Mustapa Muhamed

Malah, jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menerusi TPPA, negara dijangka menerima pelaburan tambahan sebanyak AS$136 bilion hingga AS$239 bilion selain dapat mewujudkan dua juta peluang pekerjaan menjelang tahun 2027 yang sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat.
"Pelaburan yang masuk ini mampu mencipta pasaran dan perniagaan lebih meluas. Jika pasaran dalam negara kecil seperti Malaysia tidak cukup, kita harus menerima pembaharuan agar perniagaan kita terus berkembang.
"Kerajaan merasakan amat penting untuk merebut peluang yang menjadi batu loncatan kepada hala tuju negara demi meningkatkan ekonomi rakyat dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat TPPA peringkat negeri Perlis di Dewan 2020 di sini, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Zamri Khairuddin. Mengulas lanjut, Mustapa berkata, Malaysia juga akan kehilangan banyak peluang perdagangan dan pelaburan jika memilih untuk menolak TPPA.
"Sebaliknya, Singapura dan Vietnam yang menyertai TPPA akan dapat menarik lebih banyak perdagangan dan pelaburan asing ke negara mereka.
"(Ini akan menyebabkan) Malaysia akan beransur-ansur ketinggalan dan menyebabkan jurang kemajuan kita dengan mereka semakin luas kerana TPPA memberi manfaat terhadap pembangunan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk peningkatan pasaran, pembangunan dasar dan kecanggihan teknologi," katanya.
Beliau turut mengingatkan rakyat agar menimbang setiap maklumat TPPA dan menolak andaian tidak berasaskan fakta yang bertujuan menakutkan masyarakat.
"Kita tidak harus terpengaruh (dengan andaian) akan dikuasai Amerika Syarikat. Banyak lagi negara yang menyertai TPPA seperti Australia, Brunei, Kanada, Jepun, Singapura dan New Zealand yang bebas menetapkan hala tuju mereka walaupun menandatangani TPPA.
"Malah, TPPA tidak terus dikuatkuasakan selepas ditandatangani. Ada tempoh enam bulan untuk kita timbang dan lihat kesan pelaksanaannya dan jika ia menjejaskan banyak perkara, kita boleh keluar tanpa syarat," katanya.
Mustapa turut menegaskan, Malaysia tidak ditekan oleh mana-mana pihak supaya menyertai TPPA dan kerajaan telah menimbang kesannya selain memastikan hak Perlembagaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak tergugat.- BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1534 hrs on January 25,2016.

Chong Wei " tabik" Iskandar

Puji peningkatan jaguh muda negara itu selepas menewaskannya25 Januari 2016 12:18 AM


LEE CHONG WEI (kiri) memberi kata-kata semangat kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin selepas menumpaskan pemain muda negara itu dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki pada Grand Prix Emas Malaysia Masters di Arena Spice, Bayan Lepas, semalam. utusan/SHIDDIEQIIN ZON 

PULAU PINANG - Walaupun gembira de­ngan kejayaan merangkul kejuaraan pertama tahun ini dalam Malaysia Masters, namun Datuk Lee Chong Wei tetap memberi pujian kepada Iskandar Zulkarnain Zainuddin kerana memberikan sai­ngan kepadanya di pentas akhir kejohanan Grand Prix Emas itu, semalam.

Aksi di Arena Spice, di sini me­nyaksikan Chong Wei merangkul kejuaraan kelimanya dalam kejohanan itu selepas menewaskan Iskandar 21-18, 21-11 dalam saingan yang memakan masa 42 minit.
Chong Wei yang merangkul kejuaraan pertama di kampung halamannya berkata, Iskandar memberi tentangan yang cukup baik, selain berkeyakinan pemain berusia 25 tahun itu akan terus cemerlang dalam siri kejohanan yang akan disertainya selepas ini.
Katanya, pemain kelahiran Muar itu menunjukkan corak permainan luar biasa sepanjang kejohanan tersebut berbanding corak permainannya sebelum ini yang dilihat kurang meyakinkan.
“Kita boleh tengok dia bermain dengan baik bermula dari pusingan pertama, malah permainannya juga ba­nyak berubah.
“Sebelum ini dia cepat putus asa, namun sekarang dia lebih sabar dan mencari peluang untuk menunggu lawan melakukan kesilapan sebelum melancarkan sera­ngan.
“Pada set pertama, dia banyak bersabar dan tunggu saya buat silap untuk cari mata tetapi di set ke­dua saya ikut permainannya dan gunakan pengalaman untuk menang.
“Pesanan saya buat Iskandar, tidak mengapa kalah di sini, lepas ini saya percaya dia akan jadi lebih bagus,” katanya.
Sementara itu, Iskandar mengkui, kepantasan yang dimiliki Chong Wei merupakan perkara yang ingin dipelajari, selain kemampuan membaca hantaran-hantaran yang akan dilakukan pihak lawan.
Meskipun tewas tetapi dia tetap berpuas hati kerana berjaya mening­katkan kualiti permainan, selain berazam untuk mencari sebanyak mungkin mata bagi membolehkannya beraksi dalam kejohanan bertaraf Siri Super selepas ini.
“Sebenarnya saya datang ke sini bawa baju sedikit sahaja tetapi lepas saya kalahkan Son Wan Ho di pusingan pertama, tahap keyakinan saya meningkat.
“Dalam perlawanan akhir ini, saya lihat bukan mudah untuk dapat satu mata ketika menentang Chong Wei kerana dia mempunyai kepantasan luar biasa selain boleh membaca pergerakan lawan, itu antara sebab ramai pemain susah mahu tewaskannya,” katanya
Sementara itu, beregu berpengalaman negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal meraih kejua­raan apabila tewas kepada pasangan muda Indonesia, Gideon Markus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-18, 13-21, 18-21.
Kekalahan itu merupakan yang kedua buat pasangan Kien Keat-Boon Heong kepada pasangan itu selepas kali pertama di Grand Prix Emas Terbuka Vietnam, tahun lalu.
Dalam pada itu, impian beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meraih kejuaraan sulung selepas kali pertama bergandingan secara tetap juga tidak kesampaian apabila terpaksa akur kepada pasangan muda China, Zheng Siwei-Li Yinhui 14-21, 19-21.(Utusan online-Sukan).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.,at 8.04 am on Janaury 25,2016.

Saturday, January 23, 2016

Najib luang masa bersama nelayan.

24 Januari 2016 12:06 PM 

Gambar hiasan aje.
LANGKAWI 24 Jan.- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa untuk beramah mesra bersama nelayan di Jeti Pendaratan Ikan Sungai Chenang di sini hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 12 tengah hari disambut meriah oleh warga nelayan Langkawi yang berkumpul di jeti tersebut sejak awal pagi.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. - utusan online  (Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1553 hrs on January 24,2016.

ISU MB : Terpulang kebijaksanaan presiden

24 Januari 2016 1:14 AM 

Ahmad Bashah Md. Hanipah mengangkat tangan kepada wartawan ketika tiba pagi semalam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah selepas menghadiri pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepemimpinan Um no Kedah di PWTC, Kuala Lumpur, kelmarin.

ALOR SETAR 23 Jan. – UMNO Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyelesaikan segera kemelut politik yang melanda parti ini ketika ini.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, UMNO Kedah sedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu kelak.
Sehubungan itu, kata beliau, semua pihak perlu bersabar dan matang berdepan dengan isu berkenaan tanpa melakukan sebarang tindakan yang boleh memudaratkan parti termasuk berkempen memburukkan sesama sendiri memandangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Saya tegaskan, tiada nama sesiapa pun yang dicalonkan dan kami semua telah berjanji untuk menerima apa juga keputusan dibuat Perdana Menteri. Itu adalah hak prerogatif beliau selaku Perdana Menteri.
“Apa yang penting kita semua perlu sabar menunggu dan jangan buat kenyataan atau tindakan yang boleh merosakkan parti.
“Apatah lagi dalam pertemuan itu Perdana Menteri sudah meminta agar diberikan masa selain berjanji membuat pertimbangan terbaik untuk negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini hari ini.
Dalam pertemuan yang dijalankan secara tertutup semalam, lebih 50 pemimpin UMNO negeri menghadirinya dengan Ahmad Bashah diberi ‘mandat’ untuk mewakili mereka bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Perdana Menteri.
Krisis politik kembali melanda Kedah apabila majoriti UMNO Kedah termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengeluarkan kenyataan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Mengulas tentang pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, kata Ahmad Bashah, ia berlangsung dengan tenang namun tegas dalam menuntut agar perubahan dilakukan dalam parti itu.
“Ketua-ketua bahagian yang bersama saya dalam sidang akhbar sebelum ini juga hadir ke pertemuan tersebut, yang berlangsung dalam suasana penuh kekeluargaan, tenang tetapi serius menuntut perubahan,” katanya.
Ditanya mengenai beberapa exco serta ADUN yang tidak hadir ke pertemuan tersebut, beliau mendakwa kesemua mereka difahamkan mempunyai alasan tertentu untuk tidak menghadirinya.
“Sebagai contoh, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail sibuk dengan urusan perkahwinan anaknya sementara Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi serta Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd Noor berada di hospital kerana sakit,” katanya.
Sementara itu katanya, beliau tidak ambil pusing mengenai tindakan pihak tertentu yang mula mempertikaikan tahap pengajiannya seperti yang mula tersebar di laman-laman sosial ekoran desas desus mengatakan beliau bakal menerajui pentadbiran negeri.
“Terpulanglah pada mereka hendak bercakap. Namun bab pelantikan ini terletak di tangan Perdana Menteri dan beliau berhak melantik sesiapa yang dirasakan layak. Sama ada saya atau orang lain, itu adalah hak beliau untuk menentukan.
“Bagi kami, perubahan perlu ada kerana kita kini berada dalam keadaan tidak yakin dengan persiapan untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-14. Sama ada saya atau tidak, saya tidak kisah,” katanya.(Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com .at 8.11 am on January 24,2016.

Friday, January 22, 2016

Tindakan disiplin pada ketua-ketua cawangan Umno disebabkan desak Najib letak jawatan,

BERBANDING DENGAN ISU POLITIK TAK PERCAYA PADA MUKHRIZ OLEH 14 KETUA-KETUA BAHAGIAN UMNO KEDAH? DUA ISU POLITIK YANG BERBEZA LATAR BELAKANG DAN STATUSNYA.

Sebahagian besar Ketua-Ketua Bahagian Umno Kedah sedang mengadakan "sidang akhbar' di Kedah baru-baru ini di mana di dalam sidang akhbar itu mereka telah menyatakan bahawa mereka tak punya kepercayaan politik pada Menteri Besar Kedah,Datuk Mukhriz Mahathir.






Sabtu,January 23,2016 @ 3.20pm.


Si Bodoh bin Tolol sahaja sibuk memperkatakan isu kenapa tindakan disiplin telah diambil hanya terhadap beberapa cawangan Umno yang mahu PM letak jawatan? Berbanding dengan isu 14 Ketua Bahagian Umno di Kedah yang tak percaya lagi pada kepimpinan Mukhriz di Kedah.

Kenapa tak ambil tindakakan disiplin pada 14 orang KetuaUmno Bahagian yang buat kacau itu? Tindakan golongn 14 ini langsung tak langgar perlembagaan parti Umno. Depa dilihat semata-mata tak percaya lagi pada kewibawaan Mukhriz Mahathir agar terus m,enerus meneraju negeri Kedah.

SERKALIGUS  meminta Presiden Parti Datuk Seri Najib mengantikan dengan tokoh lain yang dari Kedah juga yang mereka fikir-fikirkan lebih mampu dari Mukhriz.
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebab-sebab mereka bertindak begiu? Semata-mata demi kekuatan Umno Kedah itu sendiri dan mereka tidak mahu pada PRU ke-14 tahun 2018 itu nanti Umno akan tewas di Kedah..

Sesungguhnya.dalam hububgan ini ? (MT) tidak boleh didakwa melakukan sikap "double standard" kerana isu kemelut politik ini ia merupakaan dua isu ini boleh dikatakan "statusnya dan latar belakangnya' sangat berbeza.

Jauh bezanya semacam jauhnya antara bumi dengan langit. Justeru itu semua ahli-ahli Umno yang berada di seluruh ceruk rantau Malaysia, harus sedar dan faham dengan keadaan  kemelut politik di Kedah itu dan sekaligus haus faham dengan Tindakkan Ketua-Ketua Umno Bahagian Kedah sebanyak 14 Bahagian itu.

Tindakkan mereka itu harus disokong dan mereka telah pun melaporkan padsa Perdana Mentgeri dan Presiden Parti Umno,Datuk Seri Tun Razak semlam,berhububng dengana sebab musabahnya kenapa mereka bertindak begitu drastik dan telah mengambil keputusan tidak punya kepercayaan lagi pada Mukhriz Mahathir semata-mata demi survival parti Umno itu sendiri di Kedah.

Segala komen-koen politik oleh orang-orang individu di portal-portal media sosial yang bercelaru sifatnya itu? Tak usah di endahkan.Mereka ini dilihat hendak menangguk di air yang keruh. Dan kalau boleh  mereka itu nak tambah menyalakan api pertentangan antara ahli-ahli Umno  dengan ahli-ahli Umno  yang lain jadi lebih semarak lagi terutama portal-portal yang pro-pembangkang dan pro-Mahathir yang sentiasa mahukan parti Umno ini berada di dalam krisis sepanjang masa.


Mukhriz Mahathir.

Saya sendiri tak sangka Zahid Mohd Arif, dilihat semacam tak dapat membuat perbezaan antara dua isu ini.Menerusi komen politiknya yang telah dibuatnya melalaui rakaman video yang telah tersebar pada umum. 

Sahabat saya dari Dengkel yang pro Mahathir dan pro-pada parti-parti pembangkang dilihat sangat teruja dengan isi kandung komen Zahid Mohd Arif  di dalam video itu?

Lantas dia telah posted komen video itu pada saya kononnya sahabat saya itu pun semacam bersetuju dengan komen-komen politik oleh Zahid itu? 

Setelah mendengar komen politik zahid Mohd Arif dari rakaman di video itu? Saya sangat terperanjat kerana mendapati bahawa Zahid Mohd Arif pun tak dapat membezakan status dua isu yang berbeza itu? 

Justeru itu,lantas beliau melepaskan geram politiknya yang bersifat emosinal menerusi video rakamkamnanya itu untuk tatapan umum.Tak tahu sejauh mana luasnya sebaran video itu?

Saya sangat tidak bersetuju dengan komen politik Zahid Mohd Arif itu dan saya bersedia berdebat dengan beliau berhubung dengan tindakan 14 Ketua Umno Bahagian Kedah terhadap Mukhriz berbanding dengan isu beberapa ketua cawangan Umno yang telah diambiil tindakkan disiplin oleh Setiausaha Agong Umno disebabkan golongan itu dilihat cara terang-terangan mendesak Najib berundur berhubung kait dengan kemelut politik antara Najib dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad.

Isu itulah turut dikaitkan  oleh Zahid Mohd Arif sebagai perbandingan yang melulu dan emosi bersabit dengan kemelut politik di Kedah itu..Zaid mahu jika 9 cawangan Umno itu di ambil tindakaan disiplin.

Maka sehjarusnya Ketua-Ketua Bahagian Umno Kedah dari 14 bahagian itu pun harus di ambil tindakan dsispilin yang samaa..Agar tidak dituduh "double standard" ketika Umno bertindak?
Zahid Mohd Arif

Tidakkah Zahid sedar bahawa pertukaran atau pun seseorang Menteri Besar itu digantikan dengan tokoh politik lain di negeri Malaysia ini dah lumrah.Selalu dah terjadi.

Contohnya Menteri Besar Terengganu  ditukarkan dan sebelum itu banyak lagi Menteri Besar  dan Ketua-Ketua Menteri telah ditukar gantikan di zaman Perdana Menteri yang terdahulu termasuk di era pemerintahan Dr.Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia selam 22 tahun.

Ini adalah hak Perdana Menteri untuk berbuat demikian. Isu 14 Ketua -Ketuan Bahagaian Kedah mengambil keputusan nak minta Mukhriz digantikan?

Isu itu adalah perkara biasa dan tidak melanggar Perlembagaan Umno itu sendiri.Mereka telah bertemu dan berun ding anatara satu dengan lain mengikut lunas-lunas demokrasi yang di halalkan oleh perlembagaan Umno itu sendiri.

Jadi kenapa  harus ada golongan yang tak faham tendang terajang politik dilihat terpekik,  terpekau dan terlolong-lolong di media sosial pro-pembangkang minta pucuk pimpinan tertinggi Umno harus ambil tindakan disiplin ke atas 14 orang tokoh-tokh Ketua Bahagian Umno di Kedah ini?

Termasuk Zahid Mohd Arif,,cucu Ghafar Baba, orang Melaka.Sama satu negeri dengan penulis didapti begitu perihatin dengan dengan kemelut politik telah menimpa ke atas diri Mukhriz itu?

Maka terpulanglah pada budi bicara Perdana Menteri meneliti isu kemelut politik  tersebut? Jika beliau fikir desakan itu releven? Maka PM yangfakan membuat keputusannya.adil dan muansabah.

Marilah sama-sama kita tunggu apakah keputuisan yang akan diambiul oleh PM dalam isu kemelut Menteri Besar di Kedah ini.

Selakau hamba Allah yang serba lemah ini? Tidak siapa pun meminta duka lara? Tetapi ia hadir menguji jiwa dan keimanan kita. Hanya redha pada Yang Maha Esa.Hikmahnya tiada terkira.(Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1520 hrs on January 23,2016.