Thursday, February 25, 2016

Digantung atau dipecat?

MT mungkin putuskan nasib Muhyiddin Yassin hari ini 


26 Februari 2016 1:36 AM 

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dijangka ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti esok.

Muhyiddin Yassin

MT UMNO dijangka memutuskan sama ada Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh akan digantung atau dipecat.

Spekulasi berhubung perkara tersebut timbul berikutan gesaan pemimpin UMNO yang mahu tindakan tegas diambil terhadap Muhyid­din kerana berterusan mengkritik kepemimpinan negara khususnya berhubung isu 1Malaysia Develop­ment Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Malah, Ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin lalu secara terbuka menggesa Muhyiddin berundur daripada jawatannya dalam parti.

Pendirian serupa turut dinyatakan oleh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi sehaluan dengan kepemimpinan parti yang lain.

Walau bagaimanapun, Ketua Penera­ngan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan desakan tersebut hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.

Sebelum ini, spekulasi sama berlegar menjelang mesyuarat MT UMNO pada 24 November lalu namun hanya Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti.

Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula terselamat daripada dikenakan sebarang tindakan.

Kini, persoalan sama berulang dan banyak pihak tertanya-tanya sama ada Muhyiddin akan ‘terselamat’ sekali lagi selepas mesyuarat MT esok.

Jika MT UMNO memutuskan untuk bertindak tegas terhadap Muhyiddin, apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu?

Berdasarkan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang melanggar peraturan disiplin parti boleh digantung keahlian atau dipecat selain diberi amaran serta dilarang mewakili UMNO dalam pilihan raya.

Sekiranya spekulasi itu benar, apakah nasib yang mungkin diterima Muhyiddin esok, digantung atau dipecat? (Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at .23 am on February 26,2016.

Panel Penilaian SPRM sangkal The Malaysaian Insider

26 Februari 2016 1:39 AM 

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia ‘mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC’ seperti dilaporkan dalam portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo berkata, panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada panel berkenaan.
“Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Hamid berkata, panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai “cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa “terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”.
Panel juga tidak membuat rumusan bahawa “penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib”, katanya.
Bagaimanapun, katanya, panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.
Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan “SPRM diminta oleh panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini”.
“Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM.
“Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.” 
– BERNAMA( Utusan online).Posted by abnmulya // haji ab u b akar ninggal.blogspot.com.at 7.00 am on Februry 26,2016.

Wednesday, February 24, 2016

Guna platform betul suarakan pendapat-Annuar Musa

23 Februari 2016 1:37 AM 


PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman(tengah) bersama Annuar Musa (empat dari kanan) dan barisan kepemimpinan UMNO negeri serta para pemimpin parti komponen Barisan Nasional memotong pulut kuning sempena 25 tahun UMNO ditubuhkan di Sabah semasa Sambutan Jubli Perak UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah, Kota Kinabalu, semalam.Turut hadir pemimpin veteran UMNO Sabah, Tun Sakaran Dandai (kiri). - UTUSAN/IRWAN MAJID 

KOTA KINABALU 22 Feb. – Semua pemimpin UMNO digesa menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan sesuatu perkara atau pendapat terutama melibatkan isu berkaitan parti.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, setiap pemimpin UMNO juga jangan hanya berani bercakap di luar tetapi takut untuk bersuara dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Katanya, segala hal berkaitan parti tidak perlu dihebohkan di luar sebaliknya dibincangkan bersama atas kapasiti semangat berpasukan dan setia kawan.

“Semua orang yang berjawatan termasuk saya atau sesiapa sahaja yang mempunyai isu boleh berbincang dalam mesyuarat.

“Jangan bercakap banyak di luar (secara terbuka) tetapi (ketika) di dalam mesyuarat mengambil pendekatan diam,” katanya.

Beliau yang mewakili MT UMNO ditemui selepas majlis beramah mesra bersama barisan Ketua Penerangan UMNO negeri sempena sambutan Jubli Perak UMNO Sabah di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad.

Ditanya tentang perancangan jentera penerangan UMNO negeri ini, Annuar optimis UMNO negeri ini mampu mengekalkan kemena­ngan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Keyakinan itu disandarkan beliau melalui semangat kesetiaan serta perancangan berkesan hingga menjulang Sabah sebagai negeri ‘deposit tetap’ untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Annuar yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkata, selaku Ketua Penerangan UMNO yang baharu, beliau akan membuat penambahbaikan berhubung jentera penerangan negeri ini.

“Segala laporan daripada perjumpaan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat MT UMNO. Tiada apa yang perlu diubah dalam jentera penerangan dan saya akan lihat ruang yang wajar diperelokkan lagi, itu yang akan saya buat,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot.com.at 10.23 am on Februatu 25,2016.

Muhyiddin perlu ingat jas aparti-Azlina

25 Februari 2016 1:44 AM 

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan agar tidak bertindak seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar apabila sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh melemahkan parti semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau perlu sedar bahawa kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Pagoh adalah atas tiket Barisan Nasional (BN) yang dimenangi hasil kerja keras jentera BN untuk memberi kemenangan kepadanya.

Datuk Seri Azalina Othman
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sebagai orang nombor dua dalam parti, Muhyiddin sepatutnya membantu melicinkan kerja Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan perbezaan pendapat bukannya mengkritik secara terbuka.

“Kesetiaan kepada pucuk pimpinan adalah perkara pokok yang menjadi amalan dalam mana-mana parti politik di seluruh dunia, setiap pemimpin perlu patuh kepada peraturan dan dasar-dasar parti kerana itu menjadi tunjang kepada kekuatan.
]
“Tindakan beliau itu memberi contoh tidak baik kepada kepemimpinan di peringkat akar umbi. Jika beliau benar-benar sudah tidak sehaluan dengan apa yang diamalkan UMNO selama ini, bolehlah berundur diri atau mungkin menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemimpin-pemimpin UMNO hari ini mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang sering mengkritik kepemimpinan negara dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion yang disifatkan umpama api dalam sekam yang secara perlahan-lahan boleh merosakkan parti.(Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu baklar ninggal.blogspot.com at 9.5 am on Februaty 25,2016.

Letak jawatan jika tak setuju kepimpinan parti

25 Februari 2016 1:44 AM 


KULIM 24 Feb. – Mana-mana individu yang berjawatan dalam UMNO tetapi tidak mampu untuk menyokong mahu pun bekerjasama dengan pemimpin diminta untuk bersikap 'gentleman' dengan melepaskan jawatan masing-masing bagi memudahkan saf kepimpinan sedia ada melakukan kerja demi kesejahteraan rakyat.

Vetran Umno,T
an Sri Abdul Rahim Tamby Chik
Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, dalam apa jua keadaan, sesebuah organisasi atau parti tentunya memerlukan kepemimpinan yang sehaluan, senada dan sekata untuk melaksanakan apa jua visi serta wawasan yang dicita-citakan.

“Sepatutnya orang seperti itu tidak perlu tunggu sehingga diambil tindakan. Letakkan jawatan dan nyatakan bahawa langkah itu diambil kerana tidak bersetuju dengan prinsip serta wawasan yang dibawa.

“Tiada persoalan mengenainya dan begitu barulah namanya ‘gentleman’. Bukan saja ahli politik, malah kakitangan kerajaan juga mesti seiringan dengan mereka yang melantik anda ke jawatan tersebut bagi memastikan pasukan dibentuk, sehaluan dalam melaksanakan amanah untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir ke Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan mengkritik kepemimpinan negara terutamanya berhubung isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) serta dana RM2.6 billion sehingga memaksa beberapa pemimpin parti mendesak agar beliau dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka turut menegur beberapa bekas pemimpin UMNO yang melemparkan pelbagai tuduhan tanpa bukti terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kebelakangan ini.

“Jangan buat kritikan bersandarkan persepsi negatif yang tidak berasas. Katakanlah anda mengambil laporan dari media luar seperti New York Times serta Wall Street Journal (WSJ) untuk menghentam kepimpinan sedia ada, sejauh mana anda yakin dengan kesahihahn emel atau apa saja bukti yang dikemukakan oleh laporan-laporan itu.

“Kalau benar hendak buat tuduhan, kemukakan bukti dan nyatakan betul-betul yang bukti itu boleh dibawa ke mahkamah. Setakat petikan daripada laporan media asing, belum tentu kesahihan berita itu menepati standard bukti dimahukan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, kedudukan serta gelaran yang ada pada bekas pemimpin yang mengkritik kepemimpinan hari ini tidak sama sekali menandakan bahawa mereka bebas melakukan apa saja mengatasi undang-undang negara.

"Sama ada anda pernah berada di peringkat tertinggi atau di bawah, kita semua tertakluk kepada undang-undang. Selagi seseorang itu tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, maka beliau layak untuk terus memerintah dan tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti tidak lebih dari sekadar khabar angin," ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.29 am on Februaay 25,2016.

Tuesday, February 23, 2016

FITCH Sahkan Penarafan Malaysia Pada "A-" Dengan Unjuran Stabil

Fitch Ratings hari ini mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing kepada ‘A-‘ dan ‘A’ dengan unjuran stabil.

Dalam satu kenyataan, agensi penarafan itu turut mengesahkan penarafan terbitan bon mata wang tempatan tidak bercagar senior Malaysia pada ‘A’ dan had siling negara pada ‘A’ manakala IDR mata wang asing jangka pendek pada ‘F2.’

Penarafan itu, kata Fitch, antara lainnya didorong oleh komitmen kerajaan terhadap usaha pengukuhan fiskal, kestabilan ringgit serta pertumbuhan rizab dan ekonomi yang lebih kukuh. BERNAMA.

Tidak sokong presiden: Nazri gesa Muhyiddin Berundur

23 Februari 2016 1:22 AM 

SABAK BERNAM 22 Feb. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta berundur daripada jawatannya jika tidak lagi mahu menjalankan tanggungjawab membantu Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha mengukuhkan UMNO serta kerajaan.

Mohamad. Nazri Aziz

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata, langkah sedemikian perlu difikirkan oleh Muhyiddin ekoran tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang dilapor sering mengeluarkan kenyataan bersifat mengkritik kepimpinan di sebalik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.
“Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau sepatutnya membantu Presiden. Apa-apa tindakan yang menampakkan dia tidak membantu malahan melemahkan Presiden, itu adalah kesalahan.
“Baru-baru ini beliau membuat lagi kenyataan walaupun isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion telah diputuskan selesai oleh Peguam Negara. Ini semua bukti yang nyata yang beliau tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti para perwakilan parti harapkan kepada beliau semasa pemilihan sebelum ini.
“Bagi saya mudah, kalau tidak boleh sokong kepimpinan Presiden lagi, beliau boleh berundur. Kalau tidak mahu berundur, saya akan usulkan beliau digantung daripada parti dalam mesyuarat MT akan datang, kita tunggu dan lihat nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.( Utusan online).Posted bya abnmulya  //haji abau bakar ninggal.blogpot.com at 1338 hrs on February 24,2016.