Saturday, March 5, 2016

Di MANA NILAI SEORANG NEGARAWAN?

06 Mac 2016 1:31 AM


KUALA LUMPUR 5 Mac – Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar ‘Selamatkan Malaysia’ semalam tidak mencerminkan sifat-sifat beliau sebagai seorang negarawan yang dihormati.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Husisn, Naib
Presiden Umno yang kalahkan Mukhriz Mahathir
dengan 10 undi sahaja.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Dr. Mahathir juga seperti lupa bahawa beliau telah bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang selama ini bermati-matian cuba menjatuhkan kerajaan, malah menggelar beliau sebagai ‘Firaun’.
Katanya, kesanggupan Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO melakukan perkara tersebut turut menunjukkan mereka tidak lagi menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat.
“Saya tidak faham bagaimana Dr. Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO ini boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, Pas, DAP, PAN serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri.
“Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi jalanan. Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang ini satu ketika dulu yang menggelar Dr. Mahathir sebagai Firaun?” soal beliau.
Semalam, Dr. Mahathir mengambil langkah janggal apabila beliau sanggup duduk semeja dengan musuh-musuh politiknya semata-mata mahu merealisasikan hasratnya menjatuhkan Perdana Menteri.
Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri beberapa tokoh pemimpin seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Hishammuddin berkata, kehadiran pemimpin-pemimpin itu seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang yang selama ini melangkaui amalan demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan.
“Di saat kita sedang bertungkus-lumus memastikan ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Dr. Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus dengan agenda menjatuhkan Perdana Menteri,’’ tegasnya.( Utusan online)Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.39 am on March 06,2016.

Pelbagai pihak tolask kerjasama Tun M,Kit Siang

Mengejutkan, malah mengecewakan banyak pihak termasuk ahli UMNO 

OLEH AZMAN IBRAHIM (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY)
06 Mac 2016 1:32 AM 
Datuk Seri Anfah Aman,Mentri luar Malaysia.

KUALA LUMPUR 5 Mac - Pelbagai pihak menolak kerjasama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui satu deklarasi ditandatangani semalam.


Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan Dr. Mahathir bekerjasama dengan pembangkang khususnya Kit Siang bukan sahaja mengejutkan, malah mengecewakan banyak pihak termasuk dalam kalangan ahli UMNO sendiri.

“Apakah dengan 'tagline’ Selamatkan Malaysia, ia benar-benar boleh menyelamatkan Malaysia atau sebenarnya menghancurkan negara ini?


Mohamed Khalid Nordin.
Menteri Besar Johor.
“Apa yang menjadi kebimbangan saya ketika ini adalah dengan tindakan Dr. Mahathir yang merupakan negarawan tersohor serta ikon antarabangsa yang disayangi boleh menyebabkan keadaan negara menjadi tidak stabil sekali gus mendorong pelabur asing untuk menjauhkan diri dari negara ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir amat membimbangkan kerana jelas membelakangkan Perlembagaan yang memperuntukkan pilihan raya bagi memilih kerajaan dan pimpinan parti secara sah.
Mohd Johari Baharom
“Bagi UMNO Johor, ini merupakan satu gerakan yang sangat berbahaya kepada parti dan parti perlu bertindak segera. UMNO Johor akan terus beri sokongan penuh kepada kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO,” ujarnya.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom pula berkata, beliau sedih melihat Dr. Mahathir bersama pembangkang yang merupakan musuh tradisinya mengadakan pakatan semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Apa yang Dr. Mahathir buat itu amat mendukacitakan kita (ahli UMNO) kerana selama ini, beliau banyak mengingatkan ahli UMNO bahawa perjuangan parti mengatasi segala-galanya,” ujarnya.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Madius Tangau pula berpendapat, Perdana Menteri telah dipilih rakyat secara demokrasi dan adalah sewajarnya menunggu tarikh pilihan raya untuk melakukan sebaliknya.

“Dalam sistem kita, pilihan raya sahaja yang boleh menggantikan pemimpin, tunggulah pilihan raya, kenapa didesak sekarang,” katanya.


Ramesh Rao
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zamri Mohd. Isa turut mengutarakan pandangan bahawa tindakan Dr. Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang hanya mengundang rasa gusar dan keliru dalam kala­ngan rakyat selain mencetus tindakan di luar kawalan.

“Kami menyedari bahawa negara ini adalah negara yang bebas untuk warganya memberi pandangan dan pendapat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

“Namun, GPMS melihat desakan yang dibuat itu tidak membolehkan seseorang pemimpin ditukar dengan kaedah sebegitu iaitu tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berpendapat, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir semalam hanya menjadikan Perdana Menteri lebih kuat dan kukuh pentadbirannya dalam kerajaan Barisan Nasional.

“Tiada siapa pun akan menyangka, tokoh negarawan seperti Dr. Mahathir akan melakukan perkara sebegini iaitu sanggup be­kerjasama dengan pembangkang secara terang-terangan,” ujarnya.(Utusan online0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.25 am on March 06,2016.


BERKOMPLOT, BERSENGKONGKOLAN DENGAN PARTI PEMABNGKANG

Mahathir Letakan Taraf Negarawan Ulungnya Di Tempat Yang Paling Rendah.

Inilah wajah-wajah yang berjumlah 58 orang yang telah taandatangai "Deklerasi Rakyat" yang nak gulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Mampukah mereka(  muka-muka di atas ) itu menggegar kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib itu?




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Ahad,March 06,2016 @ 2.58 am.

Setakat ini,satu-satunya tokoh politik Malaysia yang berjaya pecah rekord yang paling panjang didapati berjaya pegang jawatan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun hanya Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Bapa Kemerdekaan tanah air,Tunku Abdul Rahman Putra,berdarah  keturunan Raja dan bangsawan dari negeri Kedah,Perdana Menteri Malaysia yang pertama pegang jawatan itu hanya setakat 13 tahun aje.

Beliau berundur dan serahkan jawatan itu pada Tun Razak Hussin, sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua, ayahanda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 yang sedang berkuasa di Malysia sekarang ini.

Akibatnya, setelah Mhathir bersara? Maka kebanyakan cerdik pandai Malaysia memberi gelaran kepada Mahathir sebagai negarawan ulung yang tiada taranya.

Ketika Mahathir berada di kemuncak kekuasaanya itu? Boleh dikatakan tokoh-tokoh politik tanah air dari golongan parti pembangkang yang paling Mahathir benci dan meluat nak sebut nama mereka apatah lagi nak lihat muka-muka mereka.

Ia,disebabkan tokoh-tokoh politik dari parti-parti pembangkang itu didapati sering mengkritik dan menghentam lumat segala dasar-dasar dan segala tindak tanduk Mahathir  memerintah Malaysia ketika itu hingga digelar oleh tokoh-tokoh politik parti pembangkang itu bahawa Mahathir  adalah sebagai PM yang zalim dan diktator dan sebagai Firaun.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Mentyeri Malaysia yang
pertama.
Kini ,gelaran itu di alihkan oleh Mahathir dan komplotnya terhadap Datuk Seri Najib pula,kononnya Najib diktator dan zalim.Justeru Mahathir dan komplotnya nak gulingkan Najib.

Setelah Mahathir gagal menggulingkan Datuk Seri Najib hampir setahun lebih melalui gerakan dari dalam parti Umno?

Maka pada tanggal 29/02/2016 yang baru lalu Mahathir dan isterinya mengambil keputusan keluar kali ke -2 dari parti Umno.Parti keramat bagi orang-orang Melayu di Malaysia.

Walaupun dah berada di luar parti Umno? Namun hasrat Mahathir dan konco-konconya nak gulingkan Najib tanpa sebab-seba yang munasabah itu?Tetap terus membara keinginan mereka nak gulingkan Najib dari takhtanya itu.

Mungkin disebabkan Mahathir merasa malu agendanya nak gulingkan Najib dari dalam itu tak berjaya itu memalukan beliau atau pun dendam kesumatnya pada Najib langsung tiada noktanya?

Maka Mahathir cari jalan lain dengan cara mengambil keputusan gunakan jalan "berkomplot" dengan tokoh-tokoh politik dari parti-parti pembanghkang pula yang mana jadi musuh-musuh ketat politiknya semasa beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia dulu-dulu itu.

Mahathir keluar dari parti Umno pada tanggal (29/02/2016).Tanpa membuang masa lagi lantas terus mengatur strateginya untuk terus nak gulingkan Najib dari luar Umno pula.

Tun Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia ke-2.Ayahanda  Datuk
Seri Najib Tun Razak,
Seperti mana yang telah ditetapkan oleh Mahathir dan konco-konconya yang "berkomplot" dengan tokoh-tokoh politik dari parti pembangkang itu?

Maka pada tanggal (04/03/2016) bertempat di Dewan Alumni di Universiti Malaya. Mahathir dan konco-konco serta parti-parti pembangkang yang ber-conpiracy( persengkokolan) itu didapati telah berjaya mengadakan majlis rasmi untuk mengisytihakan secara terbuka (Deklerasi Rakyat).

Deklerasi Rakyat yang mengandungi sebanayk (37) sebab yang menjadi asas, perjuangan mereka mengutarakan sebab musabab kenapa mereka itu terus nak menggulingkan Najib.

Yang menanda tangani "Deklerasi Rakyat" itu hanya sebanyak 58 orang aje.Terlalu kecil jumlahnya berbanding dengan agenda yang Mahathir nak lakuan itu ia sangat grand..

Jika di tolak satu nama bekas Ketua Polis "Special Branch" yang bernama Tuan Zaman Khan yang mana nama eliau ada tercatit di dalam list? Melalui ranjang  sakit dari hospital telah menafikan kononnya beliau ada terlibat dengan gerakan itu?  Ertinya dah tak cukup 58 orang. Dah kurang satu,iaitu hanya 57 orang aje.

DARI wajah Mahathir yang kita dapat lihat melalui siaran peti-peti TV tempatan ketika Mahathir memeberi jawapan segala pertanyaan para wartawan di daalm sidang kahbar itu? Beliau dilihat begitu gembira ria telah diapit oleh tokoh-tokoh politik parti pembangkang yang dulu-dulunya sering Mahathir hina dan perkecilkan kreditablitinya?

Datuk Seri Najib Tun Razak,
Perdana Menteri Malaysia  ke:6 sejak 

03 /4/ 200-9.
Sementara tokoh-tokoh politik pembankang yang diliaht begitu mesra mengapit bekas Perdana Menteri yang sering membuli mereka selama 22 tahun dulu itu?.

Kini mereka dari kedua-dua belah pihak telah lupa dan melupakan segala dosa masing-masing.Mahathir pun semacam dah lupa gelaran "Negarawan Ulung"yang beliau miliki itu telah tercemar teruk dengan wujudnya  "persengkongkolan" politik denagn tokoh-tokoh politik pemabngkang itu.

Terutamanya dengan tokoh-tokoh parti DAP yang dulu-dulunya sering Mahathir dakwa bahawa parti DAP merupakan satu-satunya parti yang mengamalkan isu perkauaman yang melampau.Sangat membahayakan ketenteraman negara.

Mahathir juga dilihat semacam merasa begitu bangga dan besar hati dengan hanya baru 4 hari keluar dari Umno? Dah pun dapat mengadakan majlis mengisytiharkan "Deklerasi Rakyat" itu untuk gulingkan Najib.Benar-benar-kah deklerasi itu akan berkesan dan mengganggu-gugat kerajaan Najib? Itu semua belakang kira. Itu mereka tidak kisah dan tak peduli.

Ertinya, komplot yang Mahathir wujudkan itu kononnya begitu bernafsu untuk terus nak menggulingkan Najib. Soal jaya atau sebaliknya? Belakang kira.Yang penting "window show"politik gagasan politik  pimpinan Mahathir itu harus segera dipamirkan pada Najib khasnya dan sekaligus pada  rakyat.

Di dalam keadaan majlis yang sangat gembira ria itu? Sama ada disedari oleh Mahathir atau tidak? Mahathir sebenarnya telah meletakan taraf "negarawan ulungnya " yang begitu tinggi tempat kedudukannya itu?

Sebaliknya telah diletakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad,slah tempat,iaitu di tempat yang paling rendah sekali iaitu, di tempat musuh-mush politiknya  sudah dan sedang berkubang dari dulu ketika beliau masih berkuasa penuh menguasai politik Malaysia selama 22 tahun hinggakan Mahathir dah pun keluar dari parti Umno buat kali yang ke-2.

Ada di antara musuh-musuh politik itu telah disumbat oleh kerajaan pimpinaan Mahathir ke penjara dengan menggunakan Akta ISA.

Tanpa pengetahuan Taun Zaman Khan,nama beliau didapti berada 
di dalam list nama-nama yang menyertai gerakan Mahathir /
Pembangkang nak gulingkan Najib. Begitu terdesak  gerakan 
Mahthir/Pembangkang ini.
Bersengkongkol dengan musuh-musuh politiknya terutama dari parti DAP, parti serpihan dari parti PAP dari Singapura yang di ketuai oleh Lee KuanYew..

Parti DAP pimpina Lim Kit Siang itu.Satu-satunya tokoh politik parti pembangkang yang paling Mahathir benci dan meluat nak sebut nama parti itu yang mana cogan perjuangan politik mereka di Malaysai ini ialah untuk menegakan "Malaysia Malaysian".

Keputusan Mahathir berkomplot dan bersengkongkolan dengan parti-parti pembangkang terutama termasuk parti DAP itu?

Dalam hubungan itu?Sungguh mengcewakan orang Melayu Malaysia terutamanya ahli-ahli Umno dan sekaligus lantas hilang hormat orang-orang Melayu terhadap Mahathir ke tahap yang paling rendah sekali..

Ahli-ahli Umno seluruh Malaysia  tidak menyangkan bahawa apa yang dah Mahathir ludah bertkepuk-kepuk dulu itu? Kini begitu tega dijilat semula oleh Mahathir.Sesungguhnya ,kini terbuai luas-lah bahawa Mahathir ini seoarng tokoh politik yang tidak punya pendirian sejati.

 Mahathir didapati sering memakai pakaian "Bush Jaketnya" di dalam majlis-majlis rasmi agar ketuaan usianya itu dilihat tidak begitu ketara.Tun Dr.Mahathir kini dah pun berusia 90 tahun, tetapi beliau didapati masih sihat dan segar.Apa petuanya beliau pakai tu?.

Beliau dilihat sanggup buat apa pun  demi kepentingan peribadinya yang melampau itu.

Dulu-dulunya Mahathir sebut parti DAP  amalkan isu perkauman Cina yang melampau dan macam-macam lagi kata nesta telah keluar dari mulut Mahatghir?.Kini dah jadi wangi, harum semerbak pula baunya? Dah tak ada masalah lagi?

Dunia politik begitulah jadinya.Hari ini jadi musuh ketat?Tetapi esok,lusa? Akan jadi partner yang paling ikrab pula,boleh berpeluk-pelukan demi gerakan "Matlamat Menghalakan Cara".

Taraf negarawan  ulungnya itu? Belakang kira.Yang penting agenda 'Matlamat Menghalakan Cara' itu harus terus berjalan tanpa rintangan demi kepuasan hati hendak menggegarkan iklim pemerintahan Najib itu jadi kelam kabut  kononnya..(Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.58 am on March 06,2016)..

Friday, March 4, 2016

Selamatkan Malaysia dari bahaya apa? Tanya Salleh Said Keruak pada Anti-Najib pimpinan Mahathir

March o5,2016.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pakatan anti-Najib antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin pembangkang mengalami kegagalan sebaik sahaja ia dimulakan.

Salleh Said  Keruak
Menurut Salleh, idea pembaharuan pembangkang amat jauh bezanya daripada idea Dr Mahathir mengenai perkara itu dan mereka tidak sepakat mengenai butiran terperincinya.

"Keadaan ini sudah cukup untuk menjamin kegagalannya sejak awal lagi, sama seperti yang telah dialami Pakatan Rakyat. Marilah kita sama-sama mendengar dahulu apakah agenda pembaharuan mereka secara penuh, sebelum meminta rakyat menyokongnya.

"Apa pula selepas itu?

Dr Mahathir berkata ia hanya bertujuan untuk menyingkirkan Najib agar Malaysia dapat diselamatkan. Menyelamatkan daripada apa?

Apa yang beliau maksudkan ialah isu 1MDB, tetapi beliau tidak mahu menyebutnya kerana perkara itu sudah diselesaikan dan tidak lagi merupakan suatu isu," kata Salleh melalui catatan terbaru dalam blognya hari ini.

Beliau mengulas mengenai kempen terbaru anti-Najib diketuai Dr Mahathir, yang mengeluarkan apa yang disebut sebagai Deklarasi Rakyat, untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada jawatan perdana menteri.

"Malah, perkara berkaitan RM2.6 bilion juga sudah diselesaikan.

"Mereka perlu jujur dan tidak memperdaya rakyat. Mereka sedar bahawa langkah mereka untuk menyingkirkan Najib telah gagal dan ini hanya merupakan langkah untuk menyelamatkan air muka mereka.

"Ia hanyalah satu pertunjukan sampingan untuk memberi tanggapan bahawa usaha itu belum berakhir, sedangkan pada hakikatnya, ia telah berakhir beberapa bulan lepas," kata Salleh.

Beliau berkata, mereka yang hadir pada sidang akhbar ANC (Kempen anti-Najib) hari ini terdiri daripada orang sama, yang begitu lantang bersuara dan menuntut Najib berundur sejak setahun lepas. 

"Sebenarnya, ia merupakan perhimpunan oleh orang yang tidak mendapat tempat dan manusia daripada beraneka ragam, yang hanya disatukan oleh satu perkara iaitu: benci kepada Najib," katanya.

Sebanyak 58 orang, antaranya Dr Mahathir, isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak mereka Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menandatangani deklarasi itu.

Turut menandatanganinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim. - Bernama ( Posted by abnmulya //haji abu bakar  ninggal.blogspt.com. at 1012 am on March 05,2016.

UMNO akan terus berjuang--Annuar Musa

05 Mac 2016 2:03 AM 

KUALA LUMPUR 4 Mac – UMNO tidak akan mengalah dengan serangan pelbagai pihak untuk melemahkan parti itu termasuk daripada bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersekongkol dengan pe­mimpin pembangkang.

Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ahli UMNO tidak akan sesekali ‘berlakon’ dan menyanggah parti keramat itu yang dipertahankan selama ini, justeru mereka akan terus berjuang mempertahankannya.
Tegas beliau, setiap legasi, dasar, peraturan, konvensyen serta didikan Dr. Mahathir sendiri dalam menguruskan parti dan negara akan terus dipertahankan walaupun pemimpin itu kini ‘mudah lupa’ mengenainya.
“Kepada ahli UMNO, marilah kita rapatkan saf dan beristiqamah bahawa pemimpin datang dan pergi, tetapi perjuangan tetapi kita perkasakan berkat kita bersatu, bersetia, berkhidmat.
“UMNO tidak mampu berdrama kerana mandat rakyat adalah untuk kita berkhidmat membela nasib rakyat yang secara nyata memerlukan kita mengerah segala kekuatan dan ke­upayaan mengurus negara dalam situasi dunia media baharu yang tidak menentu, penuh fitnah, ha­sutan dan tipu muslihat.
“Kita bertanggungjawab memajukan ekonomi, memupuk perpaduan kaum, menjamin keamanan serta keadilan di samping mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Dr. Mahathir yang hadir dalam sidang akhbar ‘Selamatkan Malaysia’ bersama-sama pemimpin pembangkang antaranya Pengerusi DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas mengenai pengli­batan Dr. Mahathir, Annuar berkata, perkara itu adalah takdir dan karma dalam politik, justeru beliau secara sinis meminta pakatan pembangkang memikirkan usaha membebaskan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara de­ngan sokongan Dr. Mahathir.
“Tidak sukar untuk mereka mentafsir sendiri kerana watak-watak yang terlibat sudah lama rakyat kenali. Kita ucapkan tahniah kepada DAP, PKR, PAN dan Bersih kerana akhirnya me­nerima pimpinan bekas Pre­siden UMNO yang berpuluh tahun berjuang supaya anda menerima kepemimpinan­nya,” tegas beliau.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.31 am on 05 March,2016.

Langkah janggal Dr.M,Pembangkang

Sanggup duduk semeja walaupun pernah bermusuhan 

HUSSAINI AMRAN 
DAN SYUKRI SHAARI :05 Mac 2016 2:03 AM 


DR. MAHATHIR MOHAMAD bersama Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir (kanan) serta beberapa pemimpin pembangkang mengangkat tangan selepas sidang akhbar Selamatkan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. Utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI 

KUALA LUMPUR 4 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah yang agak janggal apabila beliau sanggup duduk semeja dengan musuh-musuh politiknya semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Situasi itu dapat dilihat dalam sidang akhbar ‘Selamatkan Malaysia’ di sini hari ini yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Moha­med Azmin Ali; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
Sementara itu, tokoh-tokoh UMNO yang hadir seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kelihatan agak kurang selesa duduk bersebelahan pemimpin-pemimpin pembangkang yang pernah ‘menyerang’ mereka.
Tidak dapat dipastikan sama ada konsensus yang janggal itu akan berkekalan memandangkan mereka tidak mencapai kesepakatan dalam beberapa isu.
Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga dalam sidang akhbar tersebut menggesa pembebasan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara sebagai dijadikan salah satu agenda gerakan tersebut.
Walau bagaimanapun, Dr. Mahathir enggan mengulas tentang agenda pembebasan Anwar dengan memberi alasan gerakan berkenaan lebih mengutamakan usaha menjatuhkan Najib.
Berhubung kemungkinan pemimpin DAP dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya gerakan itu berjaya mencapai matlamatnya, beliau berkata, rakyat berhak mengundi mana-mana parti politik pada pilihan raya umum yang bebas.
“Kalau rakyat hendak pilih DAP, itu masalah merekalah. Itu hak mereka, takkan kita kata DAP tak boleh bertanding,” jelasnya.
Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Penasihat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) tidak menyatakan sama ada beliau akan meletakkan jawatan dalam dua syarikat milik kerajaan (GLC) tersebut.
“Kita tidak suruh sesiapa letak jawatan dari mana-mana (GLC),” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin memberitahu, beliau menghadiri sidang akhbar tersebut sebagai seorang warganegara Malaysia dan bukannya sebagai ahli UMNO.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2.50 am on Marech 05,2016.

Tindakan Dr.Mahathir tidak cerminkan sikap negarawan,kata Hishammuddin

04 Mac 2016 11:50 PM 
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

KUALA LUMPUR 4 Mac - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pembangkang untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak langsung mencerminkan sifat-sifat seorang negarawan yang menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan mementingkan kesejahteraan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Dr. Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO yang lain seharusnya sedar tindakan itu bukan sahaja memberi kesan kepada perdana menteri, tetapi juga kepada parti, kerajaan dan negara.

"Di saat kita di saf kepimpinan sedang bertungkus-lumus memastikan ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Dr. Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus dengan agenda menjatuhkan perdana menteri.

"Kestabilan yang selama ini menjadi tonggak kekuatan kita cuba dihakis semata-mata untuk menjayakan agenda politik penuh kebencian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin menggulas tindakan Dr. Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR - dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Penandatangan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik.

Hishammuddin juga berkata beliau tidak faham bagaimana Dr. Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO yang terlibat boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, PAS, DAP, Amanah serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain semata-mata untuk menumbangkan perdana menteri.

"Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi jalanan. Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang inilah suatu ketika dahulu yang menggelarkan Dr. Mahathir sebagai 'Firaun'," katanya.
]
Hishammuddin turut menyifatkan tindakan sebilangan pemimpin UMNO itu seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan yang sah ketika ini.

"Mereka harus menghormati sistem demokrasi yang kita junjung. Tindakan mereka hari ini jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip perjuangan yang mereka pegang selama ini.

"Saya harap anggota-anggota UMNO faham bahawa Dr. Mahathir sudah keluar dari UMNO dan kini mula bergabung dengan pembangkang, justeru tindak-tanduknya sudah pasti tidak lagi mengambil kira kepentingan UMNO," katanya. BERNAMA9 Utjusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.53 am on March o5,2016.
<