Saturday, March 26, 2016

Ku LI Bukti dirinya orang parti berjiwa UMNO.

27 Mac 2016 12:40 AM 
Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR 26 Mac – Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau benar-benar orang parti yang berjiwa UMNO.



Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perpaduan antara satu sama lain merupakan kekuatan UMNO ter­utama dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.
“Tindakan Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan membuktikan beliau merupakan orang parti berjiwa UMNO kerana tidak mahu melihat perpecahan parti.
“Individu yang menyerang pe­mimpin hanya berniat melemah­kan parti dan memutuskan menggunakan kaedah ini untuk melemahkan UMNO. Jika tidak berpuas hati, lawan atau jatuhkan pemimpin secara demokratik kerana UMNO sendiri mempunyai kaedah pemilihan parti,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, Tengku Razaleigh menyatakan pendirian apabila turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan soko­ngan penuhnya terhadap Najib.
Deklarasi yang diserahkan kepada Najib itu susulan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.
Dalam pada itu, Mohamad Fatmi menjelaskan, pemilihan Najib sebagai Presiden mengikut Perlembagaan UMNO dan berbeza ketika pelantikan Dr. Mahathir sebagai Presiden.
Katanya, ketika zaman Dr. Mahathir dilantik sebagai Presiden, beliau mesti mendapatkan soko­ngan 30 peratus daripada UMNO bahagian berbeza ketika pelantikan Najib kerana sesiapa yang mahu bertanding jawatan Presiden atau mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hanya perlu meme­nuhi syarat pernah menjadi Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.
“Oleh itu, pelantikan Najib dijalankan secara terbuka dan demokratik. Bagaimanapun, mengapa kini ada pihak yang ingin menjatuhkannya kerana jika tidak berpuas hati tunggu sehingga masanya tiba dan lawan secara demokratik,” katanya.
“Mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan UMNO hanya menyusahkan kerana mereka bukan hanya memudaratkan parti tetapi merosakkan negara dan rakyat,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abau bakar ningal.blogspot.com.at 11.11 am on March 27,2016.

Nallakarupan mahu saman DR.M

SHEILA RANI 
CHANDRASEKARAN
27 Mac 2016 12:17 AM
S.Nallakaruppan
KUALA LUMPUR 26 Mac - Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menuntut ganti rugi ke atas segala kehilangan yang dialami selepas beliau dipenjarakan pada tahun 1998.  

Dakwa Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu, beliau telah kehilangan tiga jawatannya iaitu sebagai Pengarah Eksekutif Perhubungan Awam Magnum, Pengarah Kamunting Corporation Bhd dan Pengarah Malaysian Plantations Bhd. setelah dipenjara yang berpunca daripada tindakan bekas Perdana Menteri itu.

Sebagai langkah awal, menurut Nallakaruppan, pihaknya akan berjumpa dengan peguamnya dalam masa terdekat bagi berbincang berhubung tindakan menya­man bekas Perdana Menteri itu.
“Saya mahu menuntut ganti rugi atas segala kehilangan yang telah dialami, Oleh kerana Dr. Mahathir tidak sukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya kawan baik Anwar pada ketika itu, saya telah ditangkap dan dipenjarakan, bukannya atas tuduhan memiliki peluru pistol tanpa permit.
“Setelah diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan, saya telah kehilangan semua terma­suk ketiga-tiga jawatan tertinggi saya. Dr. Mahathir telah meme­rangkap saya sehingga menjadi buruan polis. Beliau adalah puncanya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nallakaruppan berkata, Dr. Mahathir tidak sepatutnya keluar dari UMNO dan bertindak keterlaluan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mendapat jawatan dalam parti dan kerajaan.
“Sebagai bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Dr. Mahathir tidak patut buat tuduhan tidak berasas untuk jatuhkan Datuk Seri Najib. Segala tuduhan hendaklah disiasat dan proses mahkamah mesti dipatuhi. Ja­ngan hancurkan perpaduan rakyat dan negara tanpa sebab. Malah, Dr. Mahathir yang me­ngarahkan saya serang Anwar.
“Tindakan Dr. Mahathir bagaikan menjilat ludah sendiri. Dulu beliau yang suruh saya serang Anwar tetapi sekarang mahu bersekutu dengan PKR pula. Beliau terlalu taksub mahukan anaknya jadi Perdana Menteri sehingga sanggup berbuat demikian,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nallakaruppan turut menasihatkan Anwar supaya berhati-hati dalam menangani pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Dr. Mahathir ketika ini.
“Sebagai rakan karib, saya nasihati Anwar berhati-hati dan jangan terperangkap dengan permainan Dr. Mahathir. Anwar perlu ingat suatu ketika dulu Dr. Mahathir yang penjarakan beliau, kalau tidak sudah tentunya Anwar jadi Perdana Menteri sekarang.
“Dulu Dr. Mahathir tidak suka pembangkang, sekarang mahu menyokong pula. Inilah sikap sebenar Dr. Mahathir, Saya berharap Anwar tidak terpedaya lagi dengan agendanya,” ujarnya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang diadakan esok, Nallakaruppan menyifatkan penglibatan bekas Perdana Menteri itu sekadar mahu mencetuskan kekacauan.
“Itu adalah taktik pembangkang yang sengaja mahu me­nim­bulkan kekacauan, Perhimpunan sedemikian tidak membantu mengukuhkan demokrasi sedia ada di negara ini sebaliknya ha­nya akan mencemarkan imej baik Malaysia di mata dunia,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 9.42 am on March 27,2016.

Friday, March 25, 2016

Tindak tanduk Tun Mahathir gores hati ahli

Mohamad Fatmi Che Salleh
KOTA BHARU 25 Mac – Tindak-tanduk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad yang berterusan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mencetuskan krisis dalaman parti telah menggores hati jutaan ahli UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu,Kelantan,Datuk Moha­mad Fatmi Che Salleh berkata, sebagai sebuah parti politik, UMNO sudah lali diserang musuh terutama pembangkang, namun serangan oleh seorang bekas pemimpin yang dianggap se­perti keluarga sendiri meninggalkan kesan emosi yang cukup mendalam.
“Lazimnya kalau pergaduhan sesama sendiri, itu lebih pedih dari segi emosi. Bayangkan kita bergaduh anak-beranak atau suami isteri.
“Samalah juga be­kas Presiden UMNO selama 22 tahun. Perasaan sakit di hati itu sudah tentu amat besar berbanding kita berlawan dengan orang luar,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Taklimat Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Kota Bharu, di sini hari ini.
Dalam program sama, Mohamad Fatmi bersama ahli UMNO Kota Bharu membuat deklarasi menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri serta Pre­siden UMNO.
Mohamad Fatmi dalam pada itu berkata, sejak krisis dalaman itu timbul, beliau secara peribadi tertanya-tanya apakah punca sebenar Dr. Mahathir melakukan serangan mahu menjatuhkan Najib.
“Saya sentiasa mencari jawapan itu dan hari ini, saya mendapati tidak ada sebab munasabah, sebaliknya hanya agenda peri­badi beliau. Mungkin ada sesuatu perkara yang beliau kehendaki tetapi tidak dapat. Mungkin kuasa, mungkin politik, mungkin benci kepada Najib.
“Bagaimanapun apa yang beliau buat hari ini melampau. Beliau hanya mempunyai matlamat mahu menjatuhkan pemimpin, tetapi rancangan beliau yang seterusnya selepas itu tidak ada. Apa akan jadi kepada negara, kepada rakyat jika pemimpin dijatuhkan,” katanya.
Beliau menambah, sehingga ke hari ini, tidak ada sesiapa tahu apa niat sebenar yang terbuku dalam hati Dr. Mahathir kecuali Allah SWT dan dirinya sendiri (Utusan online).Posted  by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.15 am on March 26,2016.
.

Thursday, March 24, 2016

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH SOKONG NAJIB

SYUKRI SHAARI 
DAN MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
25 Mac 2016 1:40 AM

MUSTAPA MOHAMED menyerahkan Deklarasi Kelantan kepada Najib Tun Razak sebagai menyatakan sokongan kepemimpinan UMNO Kelantan di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Tengku Razaleigh Hamzah, Annuar Musa dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh (kanan). 

KUALA LUMPUR - 24 MAC.Teka-teki berhubung pendirian Tengku Razaleigh Hamzah dalam perkembangan politik semasa seolah-olah terjawab apabila Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gambar majlis itu dimuat naik di laman sosial Facebook Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menunjukkan Tengku Razaleigh dan barisan pimpinan UMNO Kelantan yang diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan deklarasi tersebut kepada Najib.

Annuar ketika ditemui selepas majlis itu berkata, penyerahan deklarasi itu susulan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.
Menurut beliau, dalam pertemuan selama dua jam itu, pemimpin-pemimpin Kelantan dan Perdana Menteri turut berbincang mengenai hal ehwal kemajuan negeri Kelantan.

“Antaranya termasuk hal-hal berkaitan royalti minyak, cadangan menyegerakan pembinaan lebuh raya baharu iaitu dari Gua Musang ke Kota Bharu, pembesaran lapangan terbang serta pembinaan stadium baharu.

“Kita juga mengemukakan syor-syor tertentu kepada Perdana Menteri. Selain mengucapkan terima kasih kepada inisiatif yang kami ambil, Perdana Menteri juga berjanji akan melihat syor-syor yang dikemukakan pemimpin-pemimpin Kelantan,” katanya.

Annuar bagaimanapun berkata, syor-syor tersebut tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana masih dalam pertimbangan Najib namun banyak menyentuh hal-hal berkaitan politik, pembangunan dan ekonomi.

Dalam pertemuan itu juga, kata Annuar, Perdana Menteri turut berkongsi tentang perancangannya dalam mengukuhkan ekonomi serta hasil daripada langkah-langkah yang telah diambilnya dalam menangani keadaan kelembapan ekonomi global.

Pendirian Tengku Razaleigh dalam arena politik semasa sering menjadi persoalan berikutan tindakan Dr. Mahathir mengetuai sekumpulan individu termasuklah pemimpin pembangkang menggerakkan satu deklarasi mahu menjatuhkan Najib.

Pada majlis menandatangani deklarasi menentang Najib itu, nama Tengku Razaleigh yang juga bekas Menteri Kewangan turut diumum oleh pengacara meskipun beliau tidak hadir.

Berikutan itu, timbul tanda tanya mengenai pendirian sebenar veteran UMNO berkenaan.
Pada 7 Mac lalu, ketika ditemui wartawan pada sesi pembukaan sidang Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh menjelaskan beliau tidak mengetahui mengenai majlis menandatangani deklarasi menjatuhkan Najib itu.

“Saya tidak hadir. Saya tidak menyokong. Saya tidak tahu pun,” katanya ketika itu.( Utusan on line).Posted by  abnmulya//haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1402 hrs on March 25,2016.

Kumpulan Bertindak UMNO PAGOH nyata sokongan kepada PM.

24 Mac 2016 4:44 PM 

PAGOH 24 Mac - Sekumpulan ahli UMNO Bahagian Pagoh yang kecewa dengan tindakan ketua bahagian mereka hari ini menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mentadbir negara dan parti.
Datuk Seri Najib,Presiden
parti Umno

Gerakan yang menggelar diri mereka sebagai Kumpulan Bertindak UMNO Pagoh (KBUP) itu melakukan tindakan sedemikian kerana tidak mahu UMNO bahagian itu tersisih daripada arus perdana UMNO Pusat.
Pengerusinya, Datuk Yusof A. Bakar berkata, tindakan tersebut juga dilakukan demi mempertahankan UMNO Pagoh agar tidak dijadikan seolah-olah berada dalam kawasan pembangkang.
“Bukan kami tidak sayang Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi lebih sayangkan parti kerana kalau kita tak mampu menyumbang kepada perpaduan dan kekuatan parti, jangan kita menjadi penghasut kepada perpecahan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi. -(Utusan online).Posted by abnm,ulya  //haji abu b akar ninggal.blogspot.com.at 12.47 am on March  25,2016./

Wednesday, March 23, 2016

Tindakam Dr.Mahahir langkah terdesak

KASTHURI JEEVENDRAN 
DAN MOHD. AZRAIE MD. YUSOF:
24 Mac 2016 1:10 AM. 

KUALA LUMPUR 23 Mac - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai perbuatan terdesak dan tidak masuk akal.


Salleh Said Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bekas Perdana Menteri itu sudah kehabisan idea serta pilihan sehingga terpaksa menggunakan tindakan undang-undang untuk meneruskan agenda menjatuhkan Najib.
Menurutnya, sebelum ini Dr. Mahathir pernah mencuba nasib dengan menggunakan pengaruhnya dalam UMNO untuk memburukkan Najib dan apabila tidak berjaya, beliau menggunakan pembangkang untuk meneruskan niat tersebut.
“Apabila semuanya tidak membuahkan hasil, kini beliau menggunakan kaedah saman pula. Bagaimanapun, setiap tuduhan Dr. Mahathir tidak berasas dan benar, maka kali ini juga beliau akan kalah dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. Mahathir memfailkan saman terhadap Najib kerana didakwa te­lah menyalahgunakan kuasanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jaz­lan Mohamed berkata, Dr. Mahathir tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman terhadap Najib kerana kerana bekas Perdana Menteri itu tidak terlibat secara langsung dalam siasatan ke atas 1MDB.
“Dia nak saman sebagai apa? Orang teraniaya? Atau pun orang yang ada kena mengena dengan kes itu? Dia saman sebagai apa? Yang boleh saman ini hanya orang ter­aniaya sahaja, itu pun jika ada.
“Saya melihat tindakan (memfailkan saman) ini sebagai gimik politik dalam meraih publisiti. Bagi saya dia (Dr. Mahathir) tiada locus standi untuk saman, biarlah mahkamah tentukan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Berbeza dengan Nur Jazlan, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzahpula berpendapat sebaliknya dengan mendakwa tindakan Dr. Mahathir dan dua yang lain itu mempunyai locus standi.
“Sebagai pembayar cukai, anda mempunyai tanggungjawab, jadi sekiranya mana-mana penjawat awam tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagaimana yang ditetapkan, anda boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Saidhanya memberi reaksi bahawa beliau terkejut dengan tindakan ketiga-tiga individu berkenaan terutama Dr. Mahathir.
“Saya terkejut,” katanya ringkas.( Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 9.26 am on March 2,2016.

Saya tidak akan lupa-Tunku Ismail

24 Mac 2016 1:23 AM 

Tunku Mahkota Johor,TYunku Ismail Sultam Ibrahim

MUKADIMAH : 

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memuatkan catatan terbaharu dalam Facebook baginda yang menyentuh mengenai krisis Perlembagaan pada tahun 1992. Walaupun tidak menyebut nama siapa yang dimaksudkan namun ia dipercayai merujuk kepada pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Berikut adalah kenyataan penuh baginda:

Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaik pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di istana-istana Johor.

Malah, bonda saya juga ditahan oleh Kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah ke­luar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih i­ngat segala-galanya dan saya masih i­ngat kepada individu-individu yang bertanggungjawab.

Ini semua perkara lama. Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah. Pada hari ini, hubungan kerajaan dan kerabat diraja Johor berada di dalam keadaan baik. 

Saya menghargainya. Saya berharap ia bukan hanya sekadar disebabkan kerana anda amat memerlukan kami. Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara. Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. 

Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana anda dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya berdoa agar kita boleh memberikan tumpuan untuk menjadikan negara kita ini tempat yang lebih baik pada masa akan datang, demi rakyat.

Kepada sekalian bangsa Johor. Sultan anda dan kerabat diraja Johor menyayangi anda. Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya. Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan ke­sejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini.

Kekuatan kedaulatan Johor ialah perpaduan. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor. Ja­ngan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita. Ini adalah rumah kita, negeri kita. 

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi hak Johor dan kedaulatannya. Allah peliharakan sultan dan negeri Johor Darul Ta’zim dan semoga Allah memberkati negara Malaysia.(Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.07 am on March 24,2016.