Friday, February 3, 2017

Keputusan Datuk Seri Najib Kekalkan Annuar Musa Sebagai Ketua Penerangan Umno Keputusan Yang Wajar







Ahad,Januarfat 31,2017 @ 2.33 am.

Mulai semalam telah diberitakan melalui TV bahawa Majlis Mara telah mengumumkan di media masa bahawa jawatan Tan Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara telah di gantung jawatannya.

Tan Sri Annuar Musa tidak berada di Malaysia. Beliau berada di New Zealand berhubung kait dengan urusan Mara juga.



Berita itu melalut hingga ke hari ini.sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden Umno membuat pengmuman politiknya pada malam tadi menersui berita TV jam 8 malam dan diikuti lagi pada siaran TV tengah malam tadi, jam 12 tengah malam.


Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Ssri najib itu dengan tujuan hendak menegaskan bahawa Tan Sri Annuar Musa tetap kekal sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia..


Disamping itu Datk Seri Najib juga telah meminta agar isu itu tidak dimanupulasi oleh pihak2 yang bersangkutan.


Menurut Datuk Seri Najib bahawa Tan Sri Anuar Musa bersedia memberi penerangan kepada pihak Majlis Mara atas segala dakwaan yang telah ditimpakan ke atas dirinya itu.


Bagi penulis keputusan Datuk Seri Najib terus kekalkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu, adalah wajar dan kena pada tempatnya.

Kerana Tan Sri Annuar masih belum didapati bersalah dan tiada sebarang dakwan rasmi ke atasnya
elah dibuat oleh pihak majlis Mara.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun telah di tuduh di Mahkamah atas kesnya itu?

Namun beliau masih lagi pegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga sebagai Setiausaha Agong parti DAP,
Jadi, sesungguhnya keputusan Datuk Seri Najib tetap kekalakan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu memang wajar dan tiada cacat celanya.dan tiada ganjil sama sekali.

Penulis ucapkan syabas pada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana dilihat begitu tegas pendirian politiknya itu...
Jika kita bercakap fasal kewibawaan sebagai Ketua Penerangan Umno?

Iaitu sejak di beri tugas ke jawatan itu?Ternyata sekali Tan Sri Annuar Musa telah banyak melakar perubahan di portpolio itu dan telah berjaya meletakan Umno di landadan yang kukuh semula

Di landasan yang kukuh bagi menentang segala kritik-kritik yang negatif yang telah di hadapkan oleh musuh-musuh politik Umno yang diketuai oleh mantan Presiden Umno Tun Mahathir yang kini dilihat benar-benar hendak mengkuburkan parti Umno dan sekaligus hendak menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak...(Posted by abnmuly a// haji abu bakar ninggal.blogspot com at 2.33 am on February 01,2017.

Keputusan Datuk Seri Najib Kekalkan Annuar Musa Sebagai Ketua Penerangan Umno Keputusan Yang Wajar







Ahad,Januarfat 31,2017 @ 2.33 am.

Mulai semalam telah diberitakan melalui TV bahawa Majlis Mara telah mengumumkan di media masa bahawa jawatan Tan Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara telah di gantung jawatannya.

Tan Sri Annuar Musa tidak berada di Malaysia. Beliau berada di New Zealand berhubung kait dengan urusan Mara juga.



Berita itu melalut hingga ke hari ini.sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden Umno membuat pengmuman politiknya pada malam tadi menersui berita TV jam 8 malam dan diikuti lagi pada siaran TV tengah malam tadi, jam 12 tengah malam.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Ssri najib itu dengan tujuan hendak menegaskan bahawa Tan Sri Annuar Musa tetap kekal sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia..

Disamping itu Datk Seri Najib juga telah meminta agar isu itu tidak dimanupulasi oleh pihak2 yang bersangkutan.

Menurut Datuk Seri Najib bahawa Tan Sri Anuar Musa bersedia memberi penerangan kepada pihak Majlis Mara atas segala dakwaan yang telah ditimpakan ke atas dirinya itu.

Bagi penulis keputusan Datuk Seri Najib terus kekalkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu, adalah wajar dan kena pada tempatnya.

Kerana Tan Sri Annuar masih belum didapati bersalah dan tiada sebarang dakwan rasmi ke atasnya
elah dibuat oleh pihak majlis Mara.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun telah di tuduh di Mahkamah atas kesnya itu?

Namun beliau masih lagi pegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga sebagai Setiausaha Agong parti DAP,
Jadi, sesungguhnya keputusan Datuk Seri Najib tetap kekalakan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu memang wajar dan tiada cacat celanya.dan tiada ganjil sama sekali.

Penulis ucapkan syabas pada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana dilihat begitu tegas pendirian politiknya itu...
Jika kita bercakap fasal kewibawaan sebagai Ketua Penerangan Umno?

Iaitu sejak di beri tugas ke jawatan itu?Ternyata sekali Tan Sri Annuar Musa telah banyak melakar perubahan di portpolio itu dan telah berjaya meletakan Umno di landadan yang kukuh semula

Di landasan yang kukuh bagi menentang segala kritik-kritik yang negatif yang telah di hadapkan oleh musuh-musuh politik Umno yang diketuai oleh mantan Presiden Umno Tun Mahathir yang kini dilihat benar-benar hendak mengkuburkan parti Umno dan sekaligus hendak menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak...(Posted by abnmuly a// haji abu bakar ninggal.blogspot com at 2.33 am on February 01,2017.

Wednesday, February 1, 2017

Syarat PAS :PPBM Lupakan DAP,PAN

FEBRUARAY 02,2017 @ 1.53 PM.


DATUKT  TUAN iBRAHIM  TUAN MAN.
KUALA LUMPUR 1 Feb. – Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengambil tindakan susulan atas semua keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Dalam kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu, kata mereka, kerjasama tersebut dicapai selepas Pas dan PPBM mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk di sini hari ini bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara Pas dan PPBM.
Datuk Dr. Mahfodz Muhamad Pengerusi
Dewan Ulama PAS.
“Rangka kerjasama antara ke­dua-dua parti ini akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi Pas dan PPBM untuk ditandatangani oleh Presiden masing-masing pada satu tarikh terdekat,” kata kenyataan yang sama.

Sementara itu, Dewan Ulama Pas menegaskan, syarat kerjasama antara Pas dengan PPBM hanya terlaksana apabila parti yang dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu sanggup melupakan hubungan dengan DAP dan PAN.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, tegas Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pas tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan PAN.

 “Jika parti itu mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, maka kita tidak akan bersama dengan mereka walau dengan apa alasan atau sebab sekali pun,” katanya.(Utusan online)./Posted by abnmulya  //haji abu b akar ninggal.blogspot.com. 1321 hrs on Ferbruaray 03,2017.

SAYA SEDIA UNTUK DISIASAT--ANNUAR MUSA

February 01,201 @ 12.44 am.



Tan Sri Annuar Musa
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Tan Sri Annuar Musa menegaskan bersedia disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa. Annuar berkata, beliau te­lah membaca kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas dinasihatkan bercuti daripada jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd. bagi membolehkan siasatan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman.

 “Saya berpendapat jika perkara itu yang menjadi ke­raguan Ismail Sabri, siasatan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman tidak memadai. Saya cadangkan polis dan SPRM segera menyiasat seperti yang pernah saya syorkan kepada Majlis Mara dalam aplikasi Whats­App pada minggu lalu.

 “Soal tajaan pasukan Kelantan lebih baik disiasat badan bebas dan berwajib. Saya akan berikan kerjasama penuh,” katanya melalui akaun Facebook miliknya. Annuar dinasihatkan bercuti sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad selepas satu mesyuarat khas oleh Majlis Mara hari ini.

Annuar menyifatkan pendekatan dan integriti yang diamalkannya dalam menguruskan agensi terbabit telah menimbulkan rasa tidak puas pihak tertentu.

“Perkhidmatan saya adalah satu amanah. Pendirian saya dalam banyak perkara berkaitan tatakelola dan integriti memang tidak disenangi. Justeru, saya sendiri tidak terkecuali,” ujarnya.

Dalam satu kenyataan awal, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mendakwa beliau tidak mengetahui mengenai mesyuarat khas Ahli Majlis Mara yang diadakan pada pagi ini dengan restu Ismail Sabri.

Biarpun begitu, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berlapang dada dan dengan bertanggungjawab menerima apa saja keputusan kera­na beliau dilantik oleh menteri.

“Saya tidak tahu hal mesyua­rat khas ini dan saya juga belum mendapat maklum apa isunya kerana setakat ini saya tidak pernah diminta (memberi) apa-apa penjelasan oleh sesiapa baik ahli majlis atau menteri.
“Mesyuarat majlis dijadualkan 14 Februari depan dan saya bercadang untuk berbincang isu-isu berkaitan tetapi nampaknya menteri memberi restu mesyuarat khas diadakan lebih awal tanpa saya.
“Sebagai penjawat jawatan yang dilantik oleh menteri, saya menerima apa sahaja. Saya secara berlapang dada dan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam rangka menjalankan tugas yang di amanahkan kepada saya. Prinsip, integriti, dan amanah insya-Allah sentiasa saya utamakan,” katannya..( UTUSAN ONLINE).Posted by abnmulya //haji abu bakaqr ninggal.blogspot.com.atr 12.21 noon on Februaray,03,2014.

Monday, January 30, 2017

Dakwaan Kit Siang Ditawar Jawatan Betul TPM Betul Kot



KIT Siang, masa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, macam bayang-bayang jahatlah.  Apa benda buruk timbul dalam pentadbiran Mahathir (tapi nampak suci masa tu sebab semua benda Mahathir control), Kit Siang akan ada disitu untuk menyanggahnya.
Cakap pasal buku, ramai orang tahu tentang 2 buku tentang skandal BMF yang ditulis Kit Siang tapi ramai tak tahu bahawa tentang kehilangan sebanyak RM 30 billion dalam perjudian matawang asing semasa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu pun, Kit Siang ada menulis buku tentangnya juga.
Anehnya, bila dua isu itu berbangkit semula sekarang, Kit Siang diam dan buat bodoh.  Adalah komen tapi sepatah yang dicakap pun, pendek saja.  Patutnya dialah paling gembira sekali sebab ‘perjuangan’nya selama ini mula mendapat perhatian.
Oleh kerana itu, ramai mula beranggapan bahawa tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dibangkitkan sebelum ini, adalah benar, sebab itu Kit Siang yang selama menghantui Mahathir dengan dua isu itu, tidak berminat dengannya sekarang.  Kalau tidak, setiap kali pilihanraya, itulah 2 benda wajib dimainkan selama Mahathir dalam UMNO dulu.
Sebetulnya Kit Siang tak payah jadi hipokrit pun untuk kejar jawatan Timbalan Perdana Menteri ni.  Baik Mukhriz atau Anwar atau sesiapa pun dari Pakatan Harapan jadi Perdana Menteri KALAU menang dalam PRU14 yang akan datang, peluang untuk Kit Siang dilantik ke jawatan itu memang cerah.
Pertama, jawatan TPM ini tidak ada dalam perlembangaan dan kedua ia tidak semestinya seorang, boleh jadi 2 atau lebih.  Jadi kenapa Kit Siang perlu jual maruahnnya dalam 2 hal ini (skandal BMF dan Forex)?
Sebab, ini semua kira-kira politiklah, bukan kerana rakyat sama sekali.  Dengan Mahathir bersama Pakatan sekarang, masalah Mahathir, masalah Pakatan/Kit Siang jugak.  Nak jadi Timbalan Perdana Menteri ni, Pakatan kena menang dulu, kalau Pakatan kalah, apa cerita nak jadi TPM ye tak?(Dipetik dari Mykmu.Net).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.50 am on Januaray 31,2017.

Sunday, January 29, 2017

PAS Tidak Gentar Disaman Kit Siang


SAFINA RAMLI  : 30 Januaray 2017:@ 12.16 an.

 KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pas tidak gentar dengan ugutan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mengemukakan saman terhadap Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menuduhnya sebagai anti-Islam.

Mohd. Khairuddin
Malah, Ketua Pene­rangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyifatkan Kit Siang sebagai seorang ahli politik yang bacul jika tidak me­ngotakan kata-katanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi.

“Pas alu-alukan Kit Siang untuk saman, dia bacul kalau tidak saman. Kemukakan saman kepada Pas sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat akan menilai sikap sebenar Kit Siang yang memang anti kepada Islam. Pas tidak takut untuk berdepan dengan Kit Siang di mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini,

Penasihat DAP itu menghulurkan salam perdamai­an kepada Abdul Hadi atas alasan untuk menyelamatkan Malaysia.
Walau bagaimanapun, salam perdamaian itu ditolak oleh Abdul Hadi kerana menurutnya, DAP tidak menyokong usaha Pas yang mahu mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pembentangan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

Menurut Mohd. Khairuddin, Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau tidak anti-Islam dengan menyokong usaha Pas mengukuhkan syariat Islam melalui soko­ngan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Dalam pada itu, Mohd. Khai­ruddin dalam satu kenyataan menegaskan, syarat utama sebuah kerajaan Islam ialah perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar mesti beragama Islam.
Mohd. Khairuddin memberi­tahu, ini kerana pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan.

Tambahan pula jelasnya, kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang ketua menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan syariat Islam.
“Tidak boleh ketua negara, perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam.

“Jangan terpedaya dengan momokan untuk berlaku adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz jika akidahnya tidak se­perti Umar Abdul Aziz sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.om. 1541 pm on Januarfy 30,2017.

Friday, January 27, 2017

KENAPA TIADA SIASATAN???..

KERUGIAN  AS $10 BILLION TERBESAR DALAM SEJARAH PERBANKAN

Hussin Aman dan Fadzli Zainol : January 27,2017 @ 12.41 am.


ABDUL  MURAD KHALID

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan kerugian sebanyak AS$10 bi­lion (RM44 bilion) melalui ke­giatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat tersebut.12.41

Menurut beliau, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pernah meminta BNM memberi penjelasan tentang kerugian yang dikatakan terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah perbankan antarabangsa itu.

 “Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bi­lion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia dan New Straits Times di sini hari ini.

Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan perdaga­ngan mata wang itu menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.

Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang beri­siko tinggi untuk mengalami kerugian.

Walau bagaimanapun, pada 3 April 1994, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdaga­ngan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewa­ngan negara.

Abdul Murad Khalid menambah, transaksi berbentuk spekulasi melibatkan pelbagai mata wang asing termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat (AS), mark Jerman dan yen itu direkodkan oleh seorang kakitangan berpangkat rendah BNM.

 Beliau memberitahu, sebarang kerugian dalam transaksi berkenaan sepatutnya dilapor­kan kepada Bahagian Akaun BNM namun perkara itu didakwa tidak berlaku.

 “Mereka mungkin menyembunyikan maklumat tentang kerugian tersebut dengan memindahkan caj kepada akaun rizab yang lain,” jelasnya. Abdul Murad berkata, tindakan dalaman juga tidak diambil bagi memastikan pihak yang terlibat menggantikan semula dana rezab BNM yang hilang akibat transaksi berkenaan.

“Tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi ini. Semuanya dilakukan oleh seorang individu,” katanya. Beliau berpandangan, kegiatan spekulasi mata wang adalah di luar skop BNM dan bank pusat itu sepatutnya memainkan pe­ranan mengawal peredaran ringgit.

 Sehubungan itu, Abdul Murad menggesa pihak berkuasa membuka semula siasatan kes tersebut dan beliau bersedia memberi kerjasama jika diperlukan.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2153 hrs on January 27,2015.