Saturday, July 22, 2017

DR.M ,ANWAR LAYAK DIGELAR PELAKON POLITIK

Maisarah Sheikh Rahim 
Mahathir Mohamad.
23 Julai 2017 3:00 AM 

KUALA LUMPUR 22 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim layak digelar pelakon terhebat dalam pentas politik ta­nah air kerana sanggup mela­kukan apa sahaja semata-mata mahu memancing undi rakyat.

Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Tan Sri S. Nallakaruppan berkata, kedua-dua pemimpin itu yang dahulunya bermusuhan tetapi kini ‘tidur sebantal’ semata-mata mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan melenyapkan ingatan rakyat terhadap sejarah antara mereka.

Menurutnya, rakyat pasti tidak lupa tuduhan Dr. Mahathir terhadap Anwar yang mendakwa bekas Ketua Pembangkang itu seorang peliwat yang tidak boleh menjadi Perdana Menteri, namun kini membuat pusingan U demi mencapai cita-cita memerintah negara. “Rakyat terutama dalam ka­la­ng­an kaum India pastinya tidak akan termakan dengan drama yang sedang dilakonkan Pakatan Harapan diketuai DAP kerana mereka sedar pemimpin mana yang banyak menyumbang kepada masyarakat India.

“Datuk Seri Najib adalah pe­mim­pin yang banyak menyum­bang kepada masyarakat India.­ Najib menyokong penuh u­sa­­ha un­­tuk kehidupan masyarakat itu. Mereka tidak akan lupa jasa Najib dan tidak akan terpedaya dengan permainan politik pakatan pembangkang semata-mata mahu merampas Putrajaya tetapi tidak ada usaha untuk kebajikan rak­yat,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Nallakaruppan berkata, mas­ya­rakat India juga sedar bahawa pelbagai usaha telah dilakukan Perdana Menteri termasuk yang terbaharu, melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti itu di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Katanya, pelan tindakan berke­naan diyakini akan membawa perubahan besar dalam kalangan masyarakat India dari segi pendidikan, pekerjaan dan sosio­ekonomi.

Beliau memberitahu, Najib turut berjanji bahawa kerajaan akan berusaha menyelesaikan masalah hak kewarganegaraan melibatkan segelintir kaum India yang lahir sebelum merdeka dan perkara itu akan diberi keutamaan memandangkan golongan berkenaan banyak berkorban untuk negara ini.

“Sejak kemerdekaan, kaum India di Malaysia telah banyak berjasa kepada negara dan mereka telah memainkan peranan besar untuk pembangunan negara ini.

“Dalam 60 tahun kemer­de­kaan, masyarakat India dianggap antara kaum minoriti yang miskin dan dipinggirkan di negara ini. Namun, sejak Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, beliau lebih banyak berbakti kepada masyarakat India berbanding Perdana Menteri lain sebelumnya,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot.com at 12.53 noon on JUly 23,2017.

DAP AKUR ARAHAN ROS TETAPI BERSYARAT

TERESA KOK hadir menyerahkan surat jawapan DAP di Ibu pejabat ROS, Putrajaya, semalam. 

Julai 2017 3:00 AM

PUTRAJAYA 21 Julai - DAP kini akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan me­nyatakan kesediaan untuk me­ngadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). 

Naib Pengerusi DAP yang belum disahkan, Teresa Kok berkata, parti itu juga akur dengan arahan ROS supaya menggunakan senarai 2,576 perwakilan pada pemilihan 15 Disember 2012 serta melantik juruaudit bebas untuk memantau dan mengendalikan pemilihan semula itu.

Menurutnya, pemilihan semula CEC itu akan diadakan melalui kongres khas seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan parti. Beliau bagaimanapun berkata, pemilihan semula itu dibuat ‘di ba­­wah protes’ dan tidak akan menjejaskan usaha parti untuk mengambil tindakan perundangan terhadap ROS sekiranya perlu.

Teresa berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Ibu pejabat ROS di sini, hari ini bersama Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bagi menyerahkan surat jawapan kepada surat yang mengarahkan pemilihan semua CEC diadakan se­perti dikeluarkan jabatan itu kepada parti berkenaan

Isnin lepas. Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah se­­­­­­malam dilaporkan berkata, per­­tubuhan itu kekal dengan keputusan bahawa DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula CEC yang sah dan telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng dilaporkan berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh ROS adalah berdasarkan ‘berita palsu’.

Dalam pada itu, Anthony berkata, pemilihan semula itu hanya boleh dilaksanakan selepas ROS mengesahkan senarai 2,576 perwakilan 2012 yang dihantar mereka hari ini seperti disyaratkan jabatan itu.

“Kami harap ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk disahkan bagi memudahkan kami melakukan tindakan lanjut,” kata Anthony. Sementara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP akhir­nya terpaksa akur kerana bimbang berhadapan dengan risiko tidak dapat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya mempertikaikan apakah keistimewaan parti tersebut sehingga tidak mahu ikut prosedur sedangkan aturan (undang-undang) ini melibatkan semua parti.

“Semua perkara yang bersangkutan dengan undang-undang dan prosedur serta lebih-lebih lagi kerajaan, pasti dibantah jadi (tindakan) ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan sudah boleh dijangka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.( Utusan on line).Posted by abnmulya //  haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2240 mhrs on July 22,2017.

Friday, July 21, 2017

( VIDEO) MOHD PUAD CABAR Dr.M BERDEBAT

KOTA BHARU 21 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berdebat mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam forum Nothing To Hide 2.0.
Mohd Puad Zarkashi
Rabu lalu, Dr. Mahathir dilaporkan mencabar Najib men­yertai forum tersebut pada 13 Ogos ini untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Mohd. Puad yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata, Dr. Mahathir sebenarnya tidak serius untuk ber­debat secara ilmiah dan bersopan, sebalik­nya mahu menjadikan forum itu sebagai platform memalukan Najib.

“Mereka datang buat kecoh supaya Perdana Menteri dimalukan di khalayak ramai dan ini terbukti dalam forum Nothing To Hide 1.0 walaupun tidak dijemput, beliau datang dan apabila dimaklumkan bahawa program itu batal, Dr. Mahathir tidak mahu pulang, malah penyokongnya memecahkan pintu dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu naik ke pentas untuk berucap.

“Sebab itu saya kata kalau benar serius nak berdebat, saya menawarkan diri untuk berdebat tentang 1MDB sebab kebetulan kita pun sediakan buku 1MDB Siapa Kata Tidak Dijawab dan kita ada banyak soalan nak tanya dia, macam mana anak-anak dia dapat kekayaan dan isu mata wang,” katanya.

Tambah Mohd. Puad, beliau berharap forum tersebut diadakan secara teratur dan memberi ruang kepada semua orang untuk mengeluarkan pandangan secara rasional serta aman tanpa ada gangguan. (Diuptik dri Utusan online0.Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal bloggspot.com. at 2354 hrs on July 22,2017.

TOLAK PEMIMPIN GILA TALAK

                                   AHMAD ZAHID HAMIDI

 KOTA BHARU 21 Julai - Rakyat harus menolak pakatan pembangkang yang berketuakan pemimpin 'gila talak' kerana mereka hanya bermimpi di siang hari." data-title="Tolak pemimpin gila talak " 

"Rakyat telah berikan peluang selama 22 tahun untuk 'top dog' itu memimpin tetapi kali ini apabila 'gila talak' telah berlaku maka tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari yang berketuakan seorang yang 'gila talak'.

 "Apabila ada tiga nakhoda dalam satu kapal, kita tidak perlu berdoa lagi, kita hanya perlu tunggu dan melihat sesungguhnya dalam waktu terdekat kapal itu akan tenggelam," katanya.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. - UTUSAN ONLINE

DAP BERSEDIA ADAKAN SEMULA CEC

DUA Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Teresa Kok dan Anthony Loke Siew Fook tiba ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Putrajaya. - UTUSAN

Juani Munir Abu Bakar 21 Julai 2017 12:24 PM

PUTRAJAYA 21 Julai - DAP akhirnya akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Naib Pengerusi DAP yang belum disahkan jawatan, Teresa Kok berkata, pihaknya bersedia untuk melaksanakan pemilihan CEC di bawah protes menerusi kongres khas dengan berdasarkan senarai perwakilan tahun 2012. 

Bagaimanapun menurut Teresa, terpulang kepada ROS bagi menentukan tempoh sesuai terhadap DAP untuk melaksanakan CEC.> “Namun kami perlu terlebih dahulu menunggu jawapan pengesahan ROS berhubung senarai nama 2,576 perwakilan.

 “DAP justeru itu menuntut agar diadakan satu pertemuan bersama Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah bagi membincangkan isu-isu pemilihan semula CEC,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat ROS di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook. Terdahulu, Teresa dan Anthony Loke hadir ke Ibu Pejabat ROS bagi menyerahkan surat jawapan ekoran notis dikeluarkan jabatan itu berhubung arahan mengadakan semula pemilihan parti.

Mereka hadir ekoran kemelut melanda DAP setelah ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota jawatankuasa yang sah dan diiktiraf.

Semalam, Mohammad Razin menegaskan bahawa pihaknya tidak berganjak daripada keputusan mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula.

Menurut beliau, sekiranya DAP gagal berbuat demikian, CEC parti itu tidak akan diiktiraf dan kesannya, jawatankuasa tersebut tidak boleh berfungsi secara sah.

DAP menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya yang masih belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng kelmarin terus berdegil bahawa pihaknya tidak sesekali mematuhi keputusan ROS dengan alasan arahan yang dikeluarkan berdasarkan berita palsu.

Baru-baru ini, ROS telah mengeluarkan arahan agar DAP mengadakan pemilihan semula secara telus bagi membolehkan perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf. Hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama parti mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1746 hrs on July 21,2017.

Bentuk kerajaan tuntutan islam

                                TAN SRI ANNUAR MUSA

Asma Hanim Mahmood
21 Julai 2017 1:09 PM  

KOTA BHARU 21 Julai - Ahli dan pimpinan UMNO seluruh peringkat sepatutnya sedar mereka sebenarnya berada dalam saf perjuangan bagi membentuk kerajaan sebagaimana tuntutan Islam.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha membentuk kerajaan adalah sebahagian daripada fardhu kifayah dan pekerjaan agama. Justeru katanya, solidariti kalangan ahli UMNO khususnya di negeri ini perlu diperkuatkan dan setia menyokong pimpinan yang sentiasa teguh berhadapan pelbagai ujian.

“Perjuangan kita melalui lingkaran yang cukup panjang. “Usaha membentuk kuasa pemerintahan dan kerajaan adalah pekerjaan agama, ulama tersohor Imam Tabrani mengatakan ia sebahagian daripada tuntutan fardhu kifayah.

“Maka kita patut bersyukur kerana menjadi sebahagian saf perjuangan yang melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya semasa menyampaikan pidato khas di Majlis Ramah Mesra Bersama Orghe Parlimen Terre (OPT) di Ketereh di sini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad. - UTUSAN ONLINE (Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 16 49 hrs on July 21,2017.

Saturday, June 17, 2017

Tiada bukti penyalahgunaan wang 1MDB--APANDI

Jabatan Kehakiman AS tidak maklumkan tindakan fail saman sivil

Norlizah Abas :17 Jun 2017 3:00 AM

PUTRAJAYA 16 Jun - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (gambar)berkata, tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang bagi pelbagai bidang kuasa menunjukkan adanya penyalahgunaan wang da­ripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamed Apandi Ali

Beliau turut menyatakan kekecewaan kerana sekali lagi pihaknya tidak dimaklumkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berhubung tindakan jabatan itu memfailkan saman sivil berkaitan 1MDB.

Berikut adalah kenyataan penuh Mohamed Apandi Ali Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian berhubung tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

Tindakan kedua ini berlaku pada ulang tahun tindakan pertama, dan nampaknya ia merupakan tindakan ulangan. 

Kami ingin menyatakan rasa kecewa kerana sekali lagi AG C tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh DoJ berhubung tindakan ini.

Kami juga mendapati bahawa tidak ada bukti daripada mana-mana penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undangundang bagi pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan wang disalahgunakan daripada 1MDB; dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu bagi penyelewengan dana daripada 1MDB.

1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan pernah menjadi subjek beberapa siasatan dalaman Malaysia termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Selepas semakan, kami mendapati bahawa tiada jenayah dilakukan. Pada masa ini, masih ada penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia mengenai 1MDB.

Kami ingin menyatakan rasa bimbang mengenai sindiran tentang salah laku jenayah yang dibuat terhadap Perdana Menteri.

Tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah. Sehingga kini, AG C tidak menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk mendapatkan sebarang maklumat atau bukti.

Bagaimanapun, kami mengalu- alukan sebarang permintaan sedemikian selaras dengan komitmen kami untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa dan memerangi pengubahan wang haram.

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, AG C tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah, dengan syarat adanya bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

Sebarang perbuatan salah laku akan dihukum dan Malaysia akan sentiasa mendukung kedaulatan undang-undang.( Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.48 am on Jun 18,2017.