Friday, March 23, 2018

Thursday, March 22, 2018

SERANGAN TERHADAP NAJIB DEDAH TEMBELANG MAHATHIR--DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKUB



Syukri Shaari 
23 Mac 2018 10:56 AM 

KUALA LUMPUR 23 Mac - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lebih banyak menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding memberi penerangan manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP pada majlis pelancarannya baru-baru ini ditempelak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjelaskan tujuan sebenarnya kembali ke politik.

1. Ucapan panjang lebar Tun Dr Mahathir ketika pelancaran manifesto Pakatan Harapan minggu lalu amat menggambarkan apakah tujuan sebenar beliau kembali ke politik.

2. Sesiapa yang menonton ucapannya pasti sedar Pengerusi Pakatan dan calon Perdana Menteri pembangkang ini hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai manifesto. Besar kemungkinan Dr Mahathir sendiri tidak tahu apakah kandungan manifesto itu.

3. Pada ketika beliau sepatutnya memberitahu rakyat akan ‘kebaikan’ manifesto mereka, Dr Mahathir membuat keputusan untuk menggunakannya bagi menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau menyebut nama Najib sekurang-kurangnya 80 kali dalam ucapannya, malah membuat tuduhan palsu kononnya Najib melakukan 62 kesalahan sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

4. Bukanlah rahsia, sebagaimana dilakukan Pak Lah, Najib turut menolak pelbagai permintaan Dr Mahathir hingga mencetuskan kemarahan bapa bilionair itu.

5. Pelbagai gesaan dibuat Dr Mahathir, antaranya, tidak memansuhkan ISA dan ordinan darurat, jangan beri perhatian lebih kepada kaum Cina serta India sebelum PRU13, membatalkan gaji minimum dan BR1M, sebagaimana ditulisnya di media dan blog miliknya ‘Chedet’ pada Ogos 2014. 

6. Terdapat juga permintaan peribadi dibuat oleh Dr Mahathir yang tidak dipersetujui Najib seperti menyerahkan Malaysia Airlines kepada rakan bekas Perdana Menteri itu, lesen judi sukan rakannya dibenarkan beroperasi dan Proton diberikan geran percuma RM2 bilion selain jambatan bengkok menghubung Malaysia dan Singapura.

Malah, Dr Mahathir secara terbuka menyebutnya pada 2010 bahawa beliau sendiri akan meluluskan lesen judi rakannya dengan segera jika beliau masih lagi Perdana Menteri dan ini dilaporkan dengan jelas di laporan Malaysiakini: Dr M: Lesen judi diluluskan jika dia berkuasa.

7. Dr Mahathir juga berang apabila Najib tidak melobi untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden Umno ketika pemilihan Umno sehingga tewas kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kekalahan kali kedua buat Mukhriz dalam pemilihan Umno. Tuduhan ini telah lama diperincikan melalui pelbagai laporan media dan tidak pernah dinafikan Dr Mahathir seperti laporan ini:

8. Bukan khabar angin lagi, bahawa Dr Mahathir percaya Najib terhutang budi kepadanya dan sepatutnya melobi untuk Mukhriz kerana yakin beliaulah yang membantu Najib untuk menjadi Perdana Menteri maka ‘hutang budi’ itu perlu dibayar.

9. Malah, selepas Mukhriz tewas dengan hanya 9 undi pada 20 Oktober 2013, bukanlah secara kebetulan apabila Dr Mahathir memilih hari pertama mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebulan selepas itu iaitu pada 2 Disember 2013 untuk menyatakan hasrat meletak jawatan sebagai pengerusi Petronas berikutan nasihat doctor yang beliau sudah tua dan perlu lebih banyak berehat. http:

10. Adakah rakyat Malaysia akan percaya beliau terlalu tua pada usia 88 tahun bagi jawatan pengerusi Petronas pada 2013 tetapi masih muda dan bertenaga pada usia 93 untuk jawatan Perdana Menteri?

11. Sama seperti ‘kemarahan’ Dr Mahathir terhadap Pak Lah dan turut dibantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemarahan terhadap Najib tiada kaitan dengan negara tetapi lebih cenderung kepada dendam peribadi.

12. Sama seperti apa dilakukan terhadap Najib, tiada siapa akan lupa pelbagai tuduhan Dr Mahathir terhadap Pak Lah dengan pelbagai dakwaan rasuah dan salah laku.

13. Bagaimanapun, selepas Pak Lah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009, Dr Mahathir berhenti menyerang dan kesemua tuduhannya langsung tidak disebutnya lagi.

14. Tindak tanduk Dr Mahathir jelas meletakkan dendamnya melampaui negara adalah satu niat yang bahaya.
  
15. Saya yakin rakyat bijak untuk meletakkan masa depan Malaysia melangkaui dendam peribadi, tak kira siapa pun mereka. - (Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.14 tewngah hari on March 23,2018

Wednesday, March 21, 2018

JANGAN KHIANAT SESAMA SENDIRI

Merugikan, menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan 

NAJIB TUN RAZAK diiringi Idris Haron bersalaman dengan orang ramai semasa tiba dalam Majlis Pengisytiharan Sungai Rambai sebagai Daerah Kecil di RTC Sungai Rambai, Melaka, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN 

FADZLY IZAB
Pengarang @ Utusan .COM.MY.
21 MAC 2018 @ 3.00 AM.


MELAKA 20 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu ada sikap khianat-meng­khianati dalam kalangan semua jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) sehingga menjejaskan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, sikap khianat dalam kalangan parti bukan sahaja me­rugikan tetapi turut menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan.

Katanya, beliau sedar semua pihak termasuk pemimpin dan jentera parti telah melakukan yang terbaik serta bekerja kuat ke arah itu.

“Saya yakin BN boleh menang kalau tidak ada orang melakukan khianat. Kita jangan tembak kaki sendiri, jangan bentes kaki sendiri, jangan sepak kaki kawan kalau hendak pastikan BN menang. 

“Kita mesti bantu antara satu sama lain dan yakinkan kepada rakyat. Kita dalam keluarga BN. Kalau UMNO menang, BN akan menang. MCA menang, BN menang. MIC menang, BN menang. Gerakan menang, BN menang. MyPPP menang, BN menang,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat dan pelancaran Jentera BN Parlimen Bukit Katil di pekarangan Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Idris Haron serta isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

Kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai kaum menghadiri majlis berkenaan. Najib berkata, beliau juga yakin kerja keras yang dilakukan pemimpin BN di negeri ini akan membantu kemenangan parti di empat Parlimen, selain merampas semula Parlimen Bukit Katil daripada pembangkang.

“Saya nak tanya orang Bukit Katil, Ahli Parlimen Bukit Katil apa dia buat selama sepenggal ini? Jika BN diberi peluang menang semula di Bukit Katil, kita akan bawa lebih banyak perubahan di sini. 

“Kita akan pastikan perkhid­matan yang terjamin kepada rakyat, malah saya sedia memberikan peruntukan tambahan kepada Bukit Katil dengan syarat kita mesti undi BN,” ujarnya.( Utusan
online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningga.blogspot.com.at 2030 hrs on Mac 21,2018.

Sunday, March 11, 2018

Jerlajah Pakatan Harapan ibarat " syok sendiri".


MOHAMMAD  HATI IDRIS
March 1,2018 @ 3.01 pm.


Jelajah Pakatan Harapan ibarat ‘syok sendiri’ AJAH Pakatan Harapan diketuai DAP di negeri ini selama sehari semalam ibarat ‘syok sendiri’ kerana tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan. 


Daripada sesi dialog di warung-warung kopi sehingga aktiviti terakhir ceramah penutup pakatan pembangkang yang diadakan di Pejabat PAN di Bachok hanya dihadiri sekitar 2,000 orang tidak setimpal dengan nama-nama besar pemimpin yang ditampilkan.


Penampilan pemimpin ‘de facto’ pembangkang yang menggalas jawatan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAN, Mohamad Sabu tidak memberikan kesan kepada rakyat ini.


Hatta, isi ceramah Dr. Mahathir masih tetap sama, berkisarkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melabelkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai ‘penyangak’ berulang kali. 


Seolah-olah sudah kering modal dan tidak diulas pula secara mendalam manifesto pakatan tersebut kecuali hanya ratib untuk menjatuhkan Najib.
 Lebih menghairankan, apabila terpacul daripada mulut Dr. Mahathir sendiri bahawasanya beliau tidak berniat menjadi Perdana Menteri lagi. 


 Alasannya, hanya ingin berbakti kepada rakyat jelata. Jenaka apakah ini? Kerana sudah terang lagi bersuluh Pakatan Harapan diketuai DAP itu sudah mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri sementara.

Kenapa tidak saja Dr. Mahathir menolak pencalonan tersebut sekiranya benar tidak berniat tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
 Dan kenapa pula tidak menggunakan kesempatan memerintah negara selama 22 tahun untuk membantu rakyat sepenuhnya kerana apa yang berlaku hari ini adalah legasi peninggalannya yang ramai di antara kita tidak sedar.


Lebih menjadi persoalan apabila kelibat pemimpin utama DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng langsung tidak kelihatan. 


Mungkin kerana takut ditolak mentah-mentah oleh rakyat Kelantan dan hanya mewakilkan Naib Pengerusinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji demi memancing hati pengundi Melayu. - Utusan online-Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1756 hrs on March11,2018.

Friday, March 9, 2018

ROS kemuka notis kepada PPBM

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,Surayati Ibrahim  ketika sidang akhbar mengenai isu Parti Peribumi Bersatu Malaysia hari ini.( Utusan online/ photo Bernama.
SOFIAN BAHAROM
March 09,2018 @ 5.40 pm.

PUTRAJAYA 9 Mac - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengemukakan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, notis yang telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh itu mengkehendaki parti tersebut menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan juga dokumen kepada ROS.

Sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta, katanya, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM.

"Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

"Notis mengikut Seksyen 14 (2) ini dikeluarkan adalah disebabkan aduan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli parti PPBM kepada pihak ROS yang mana maklumat tersebut diperlukan bagi melengkapkan siasatan mengenainya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. -( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2322 hrs on March 09,2018.

Pakatan Harapan janjikan syurga palsu


Azrul Hakimie Anue
March 09,2018 @ 6.21 pm.


KUALA LUMPUR 9 Mac - Pakatan Harapan diketuai DAP melalui manifestonya mahu mewujudkan sejuta rumah dalam tempoh dua penggal pemerintahan dilihat sebagai cubaan untuk menjanjikan syurga palsu kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, apakah pembangkang sudah lupa tentang sembilan projek perumahan rakyat di Selangor yang dibatalkan baru-baru ini tanpa alasan kukuh.

Katanya, perkara tersebut boleh dipadankan dengan kos harga rumah 'mampu milik' di Pulau Pinang yang hanya mampu dibeli oleh golongan berkemampuan tinggi sahaja.

"Hampir 10 tahun Pulau Pinang dan Selangor berada di bawah kepimpinan parti pembangkang, berapa banyak rumah mampu milik untuk rakyat golongan bawahan yang dibina, ini bukan janji lima tahun tapi sudah 10 tahun mereka memerintah dua negeri yang berpendapatan tinggi.

"Tetapi jika rumah yang berharga lebih RM500,000, mereka berlumba-lumba memberikan kelulusan segera malah mereka menghalau penduduk asal rumah seperti rumah setinggan di bandaraya Pulau Pinang bagi merealisasikan hasrat membina rumah-rumah mewah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - ( Utusan online).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1906 hrs on  Mac 09 ,2018.

Thursday, February 1, 2018

Tunku Abdul Aziz Selar Kit Siang,DAP Yang Galak Sebar Berita Palsu

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

SYUKRI SHAARI
fEBRUARY,02,2018 @ 3.00

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Bukan UMNO atau Barisan Nasional (BN), tetapi DAP yang menjadi `ejen’ penyebar berita palsu menerusi tentera siber mereka, Red Bean Army (RBA) sebagaimana dibuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh bekas Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang menafikan dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya UMNO dan BN merupakan `penyumbang’ kepada berita palsu di negara ini.

Tunku Abdul Aziz mendakwa, penyebaran berita palsu yang digerakkan oleh DAP cukup dahsyat sehingga pada suatu tahap ditafsirkan sebagai fitnah bertujuan mahu menjatuhkan kepemimpinan dan mencalarkan imej negara.

“Kita memang tidak bersetuju dengan cara DAP mereka-reka berita palsu, mereka lakukannya hampir setiap hari dengan bermacam-macam dakwaan sehingga menyebabkan status negara kita jatuh.

“Sebagai contoh, bertahun-tahun mereka dakwa negara ini bankrap, itu bukan berita palsu ke? Negara yang maju seperti ini didakwa mereka bankrap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang mendakwa kononnya pengumuman kerajaan untuk menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu sebagai tidak meningkatkan keyakinan rakyat kerana kerajaan BN serta UMNO merupakan penyumbang terbesar berita palsu di negara ini.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz percaya kenyataan balas Kit Siang itu bertujuan mahu `menjauhkan’ DAP daripada tuduhan menyebarkan berita palsu, yang merupakan kepakaran pembangkang terutamanya parti itu.

 “Saya tidak hairan Kit Siang kata begini, kerana beliau nak larikan diri daripada tuduhan DAP sebagai `yang memulakan’ berita palsu di negara ini,” jelas beliau. - UTUSAN ONLINE( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 3.18 am on February 02,2018