Saturday, April 27, 2013

Cawangan Umno,Batu (10 1/2) Gombak ( PENAJA) : Bilik gerakannya hebat dan cergas.

Dari kiri:Yang berbaju merah bersongkok itu ialah Mazlan Rashid(Lan Lemang) sedang menyerahkan borong keahlian menyertai Umno pada malam 8 hb.April 2013 pada Timbalan Pengerusi Perhubugan Umno Selangor pada Datuk Seri Noh Omar dan dari kanan berbaju hitam kuning itu ialah Hj.Abu Bakar Ninggal jadi saksi ketika Mazlan Lemang menyerahkan borang itu.


Oleh:Lokman hakim al-Hafis
Ahad,April 28,2013 at 2.55 am

Bahawa keputusan Mazlan Rashid (Lan Lemang) dan kawan-kawannya keluar beramai-ramai meninggalkan Parti Keadilan Rakyat Gombak ( PKR) pada 8 hb.April 2013 dan pada malam itu juga telah menyerahkan sebanyak 250 borang keahlian untuk menyertai parti Umno dan borang penyertaan itu telah pun diserahkan kepada Datuk Seri Noh Omar.

Sekaligus pada malam itu juga,di dalam majlis tersebut, Encik Mazlan Rashid telah menyatakan kepada Datuk Seri Noh Omar,sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor,bahawa beliau akan segera menubuhkan cawangan Umno,Batu 10 1/2 (penaja) di Gombak Utara,di dalam Bahagian Umno Gombak sebelum pilihan Raya Umum ke-13 di adakan.

Datuk Seri Noh Omar pada malam itu juga telah mengalu-alukan hasrat Mazlan Lemang dan kawan-kawannya itu.

Menurut Datuk Seri Noh Omar,dengan adanya tenaga tambahan di Gombak Utara itu maka beliau berkeyakinan bahawa Umno-BN akan dapat merampas semula 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN di dalam Parlimen Gombak pada PRU ke-13 yang akan datang tak lama lagi.

Seterusnya Datuk Seri Noh Omar berkata, dengan adanya kemenangan gemilang dari Parlimen Gombak dan juga dari beberapa Bahagian Umno-BN di lain tempat di Selangor?


Maka cita-cita dan harapan Umno-BN Selangor untuk berkuasa semula di Selangor, akan jadi kenyataan dengan kemenangaan sekurang-kurangnya Umno-BN akan berjaya merampas kerusi di Dewan Undangan Selangor (DUN)sebanyak 30 kerusi saja pun sudah cukup. Jika diizinkan oleh Allah SWT akan menang lebih dari itu lagi baik dan kita bersyukur kepada Allah SWT.

MENYERAHKAN WATIKAH PADA CALON-CALON YANG TELAH DIPILIH.

Pada 18 hb.April 2013 bertempat di Tingkat 9,di Ibu Pejabat Umno,Shah Alam, Selangor,Perdana Menteri Malaysia dan selaku Presiden Umno dan merangkap sebagai Pengurusi Perhubungan Umno Selangor telah menyerahkan WATIKAH kepada tokoh-tokoh politk dari Umno-BN dan juga tokoh-tokoh pemimpin dari Ngo-Ngo buat negeri Selangor .

Calon-calon yang telah bernasib baik yang telah dipilih oleh Pucuk Pimpinan Umno pusat ialah seperti berikut.Calon Parlimen Umno Gombak ialah Datuk Dr.Rahman Ismail.Sementara calon-calon di DUN Gombak Setia, ialah Datuk Said Anwar bin Ahmad Said.Tuan Hj.Abdul Rahim bin Pandak Kamarudin, di DUN Hulu Kelang dan DUN Batu Caves,di beri pada calon dari MIC Encik Rawisandaranan A/L Narayanan.

Ekoran dari itu, Encik Mazlan Rashid (Lan Lemnag) telah mendirikan sebuah "Bilik Gerakan" di Cawangan Umno, di Batu 10 1/2 yang diketuai oleh beliau sendiri, di depan rumah beliau juga.Tindakan cepat dan pantas yang telah dilakukan oleh beliau itu?
Dimeja inilah petugas yang diserahkan tugas menerima pertanyaan dan membuat semakan di komputer berhubung dengan nama-nama pengundi dan di mana tempat di mengundi mereka.Bilik gerakan ini dibuka 24 jam.
Di atas meja ini telah disediakan air Teh Ooo dan Kopi Ooo pada setiap penduduk yang akan datang untuk membuat semakan.Sementara menunggu giliran mereka beersembang dengan mazlan Lemang dan tidak putus-putus Lan Lemang memberi penerangan kenapa mesti pengundi mengundi Umno-BN PADA pru KE-13 INI.
Semata-mata mahu membuat persedian paling awal dalam rangka usaha untuk membuat persediaan sebagai kubu kuat untuk bekerja keras untuk menumpaskan PKR/PAS -parti-parti yang sangat dibencinya disebabkan para pemimpin PKR dalam  kawasan Daerah Gombak yang hanya pandai "cakap tetapi tidak serupa bikin".

Kini Mazlan Lemang dan kawan-kawannya benar-benar mahu melupakan semua nama parti-parti yang berada di dalam Paktan Rakyat itu,agar hilang dari pandangan dan hilang dari ingatannya.Mungkin pengalaman pahit yang dideritanya semasa berada di dalam PKR mungkin pahit lebih dari pahit jadam yang memang pahit itu?

Bagi Mazlan Lemanag kini di hatinya dan di hati kawan-kawan seperjunagannya, hanyalah Umno-BN satu-satunya komponan parti Barisan Nasional, tempat rakyat menggantungkan harapan yang tinggi dan pada UMNO-BN yang dianggapnya hanya mampu menjaga keselamatan,keamanan,agama dan Raja-Raja Melayau dan sekaligus mampu memberi keselesaan hidup pada rakyat terutama pada rakyat-rakyat yang miskin yang berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan dari pemerintah Malaysia.

Hanya gambar banting Datuk Said Anwar,calon DUN Gombak Setia sahaja ada digantung,itu pun hanya satu aje.Calon Parlimen Gombak Datuk Dr.Rahman Ismail tidak ada.Diharap Datuk Dr.Rahman Ismail,ketika dalam perjalanan menemui pengundi-pengundi orang Asli di Batu 12 itu? Singgahlah 5 atau 10 minit ke bilik Gerakan Lan Lemang itu.Berilah bebarap helai poster gambar Datuk. Siramilah akar pokok bilik gerakan Lan Lemang itu dengan baja,jika tidak mahu pokok itu  mati tanpa baja?
Menurut Mazlan Lemanag, Umno-BN yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun lamanya? Selain daripada Umno-BN mempunyai segedung ilmu pengalaman dan kini Umno-BN punya pemimpin agung yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak,satu-satunya pemimpin Melayu ,satu-sataunya Perdana Menteri Malaysia yang gagah berani ketika membuat keputusan politik demi kepentingan rakyat dan akan mampu menjadikan Malaysia ini negara maju pada tahjun 2020.

Menurut Mazlan Lemanag lagi,sebelum Datuk Seri Najib memegang jawatan Perdana Menteri.Mana ada satu PM yang terdahulu yang sanggup memberi Hadiah Kasih Sayang dan hadiah subsi itu dan ini pada rakyat miskin? Di era Datuk Seri Najib,barulah ada pemberian kasih sayang dari pempimpin Umno-BN seperti pemberian BRIM :01 dan BRIM 0:02?

Mana ada Klinik 1 Malaysia purcuma pada rakyat sebelum Datuk Najib? Jika rakyat miskin buat pemeriksaan di klini 1 Malaysia? Rakyat hanya kena bayar RM1-00 saja ketika membuat pemeriksan berbagai-bagai jenis penyakit,sementara ubat-ubatan di beri percuma, di bekalkan pada pesakit-pesakit itu dengan secukupnya?

Mana ada subsidi pada tuan punya taxi dan driver taxi tukar tayar mereka yang bernilai RM520-00 sebelum Datuk Seri Najib opeganag jawatan PM?.Mana ada kopun  percuma pada siswa-siswi yang bernilai RM200-00. Mana ada kopun beli buku untuk siswa/siswa di IPTA/IPTS yang bernilai RM250-00 untuk beli buku-buku.Mana ada pemberian RM100-00 kepada semua murid-murid di sekooah rendah?

Kerajaan Umno-BN segala mengamalkan prinsip (janjinya ditepati) dan banyak lagi pemberian itu dan ini tidak dapat disebutkan di sini disebabkan ruagan terbatas.

 APA YANG TELAH DIBERI OLEH (PKR/PAS/DAP )DI 4 NEGERI YANG DEPA TU BERKUASA???

Sedangkan parti pembangkanag Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR/PAS/DAP. Apa yang telah mereka berikan pada rakyat setelah mereka berkuasa 5 tahun di 4 negeri,sepeti Kelantan,Selangor,Kedah dan P.Pinang? Apa pun tak ada...,janji tidak serupa bikin.Hingga rakyat  dari golongan ibu-ibu tunggal di Selangor, bawa kerajaan Pakatan Rakyat ke Mahkamah, di sebabkan janji-janji bohong mereka yang telah dijanjikan pada PRU-12 dulu itu.

Justeru itu,jangan beri mereka peluang berkuasa lagi. Bodoh kita, jiak beri peluang pada mereka,iaitu pada  parti baru yang tidak ada pengalaman memerintah negeri. Jika di beri mandat pada mereka negara akan rosak . Ibarat tikus membaiki labu jadinya nanti.Buktinya dah kita lihat di 4 negeri yang mereka kuasa pada PRU-12 dulu.

Mereka hanya pandai buat demonstrasi di jalanan dengan mencipta T Shirt yang berbagai-bagai jenis dan berbagai warna. Itu bukan kerja ahli politik yang pandai dan cerdik.Tukar fesyen baju ini dan tukar warna, itu dan ini, adalah kerja-kerja Tukang Jahit(tailor) yang tidak perlu punya Ijazah universiti dan lain-lain ijazah.

TEMPAT DIA MEMBAKR LEMANG DIJADIKAN "BILIK GERAKAN" PADA PRU -13 INI.

Mazlan Lemanag ini, ketika beliau menjadi ahli dan Ketua cawanagan PKR di Batu 10 1//2 di Gombak Utara, di dalam Parlimen Gombak dulu?  Bila tiba PRU pada tahun 1999,PRU pada tahun 2004 dan PRU pada tahun 2008 dulu. Boleh dikatakan sebaik sahaja tiba Pilihan Raya Umum, penggal demi penggal,seperti penulis sebutkan tarikhnya dia atas itu?

Maka tempat dia membakar lemangnya dijadikanya tempat bilik gerakan PKR/PAS/DAP.

Tempatnya itu memang dah terkenal dan memang jadi tempat kegunaan parti-parti pembangkang mendirikan "Bilik Gerakan" mereka.Bila dia dan kawan-kawannya telah meninggalkan PKR/PAS/DAP  dan dah buka cawangan UMNO ( penaja?). Maka tempat dia membakar lemang itulah ditukar dan dijadikannya "Bilik Gerakan" Umno-BN.Kalau hendak dikenakan sewa tentu lumyan sewanya.

Di anatara banyak bilik gerakkan di Gombak Utara itu? Maka penulis lihat, bilik gerakan Mazlan Lemanga-lah yang paling luas saiznya,paling kemas,paling aktif dan dibuka 24 jam.Bilik geraka PR di sepanjang Gombak Utara itu? Dilihat hanya ada satu ,di Batu 12, berkongsi dengan PAS.

Kemudahan yang diberikan oleh Mazlan Lemang itu amat nyata bahawa beliau dilihat begitu murah hati pada Umno-BN demi  para pengundi,di sekitar Gombak Utara itu sendiri boleh menggunakan bilik gerak Mazlan Lemang dengan mudah dan selesa sekaligus punya semua kemudahana.

Justeru itu, calon-calon Umno-BN di DUN Gombak Setia dan juga calon Parlimen Gombak yang terlibat bertanding pada PRU-13 ini, haruslah ambil perhatian pada bilik gerakan Mazlan Lemanag itu.

Bilik Gerakannya itu ibarat akar  kepada sepohon pokok yang besar.JIKA akarnya tidak diberi baja yang cukup? Maka tidak mustahil pohon itu akan mati.Faham-faham dan almaklumlah.....(Posted by abnmulya at 2.55 am on April 28 2013).

Mat Taib perlu jawab dakwaan Karpal Singh

Oleh SOFIAN BAHAROM sofia.
baharom@utusan.com.my 

KUALA LUMPUR 26 April - Tan Sri Muhammad Muhd. Taib diminta menjelaskan dakwaan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa bekas Menteri Besar Selangor itu patut bersara dan tidak layak berada dalam arena politik disebabkan rekod buruk.
Tan Sri Muhammad Mud.Taib

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, Muhammad perlu memberi reaksi terhadap kenyataan Karpal tersebut atas kepentingan awam.

"Jika Muhammad tidak berani jawab maka apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh itu adalah benar. "Mungkin maksud 'rekod buruk' adalah kegiatan rasuah semasa jawatan Menteri Besar Selangor dan Karpal juga wajib meminta Muhammad mengisytiharkan jumlah harta kekayaan beliau dan semua kaum keluarga dan adik-beradik sebelum dan selepas beliau menjadi Menteri Besar," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jelasnya, Muhammad juga dianggap sebagai ahli UMNO buangan atau reject terutama selepas kalah teruk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Menurutnya, antara penolakan UMNO terhadap Muhammad adalah kerana rekod lampau beliau sendiri.

"Belum pernah dalam sejarah politik mana-mana negara seorang ahli mahu keluar parti sebab menantu tidak dipilih sebagai calon pilihan raya. "Karpal ketawa besar mendengar hajat dan syarat Muhammad yang berhajat sangat untuk melihat menantunya menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Menteri Besar Selangor," ujarnya.(Utujsan online-politik).Posted by abnmulya at1632 hrs on April 27,2013.

Friday, April 26, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Kerajaan ada bukti pembabitan tiga pemimpin pembangkang 

ld-postergantungkiram513

Kerajaan mempunya bukti  penglibatan tiga pemimpin popular pembangkang yang dieerpcayai mendalang tyindakan pencerobohan pengganas Kiraqm di Sabah baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka terdiri daripada dua pemimpin pembangkang dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Sabah.

Kata beliau, bukti-bukti dari segi perundangan sedang dilakukan bagi membolehkan mereka diheret ke mahkamah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

"Kita mengambil tindakan undang-undang dan semua maklumat itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebab kalau ambil tindakan secara yang lain, kita akan dianggap bermain politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas Alor Setar hari ini.
 
Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin pembangkang tersebut.  
  
Beliau berkata, pihaknya tidak mahu dianggap oleh sesetengah pihak tertentu sebagai permainan politik, maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.  
  
"Sesuatu tindakan perundangan hanya boleh dilakukan apabila keterangan dirakamkan, direkodkan, kami dah ada semua itu.
  
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari lalu telah mendakwa bahawa pencerobohan kumpulan bersenjata asing di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah berlaku atas jemputan pembangkang di negara ini.

Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina dilaporkan berkata, kumpulan 150 orang diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan tersebut.

Sementara akhbar dalam talian, The Manila Times pula menerusi koresponden mereka, Al Jacinto, melaporkan, pencerobohan tersebut juga ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan.-26/4/2013(Dari Agenda Daily).Posted by abnmulya at 4.12 am on April,27,2013.

JAWI SAMAN HUSAM KERANA SEBAR FITNAH-

Datuk Che Mat Che Ali
PUTRAJAYA 26 April - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyaman calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan fitnah menuduh jabatan itu memecat serta-merta ahli jawatankuasa (AJK) Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, di sini.

Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, satu laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung fitnah tersebut.

"Husam buat fitnah, memang dia buat fitnah kepada Jawi, kepada penjawat awam. Saya akan saman dia dan saya akan lapor polis kerana difitnah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Isu pemecatan itu disiarkan melalui laman sosial facebook Husam P125 Putrajaya yang menyatakan 'AJK Surau dipecat serta merta kerana benar Calon P-125 Putrajaya berta'ruf'.

Husam mendakwa, beliau diberitahu oleh pengerusi dan bendahari surau tersebut kononnya mereka dipanggil menghadap Pengarah Jawi dan memaklumkan semua AJK surau berkenaan telah diberhentikan serta-merta kerana membiarkannya berta'ruf dengan makmum surau tersebut.

 Sebelum itu, Jawi dalam kenyataannya pada 23 April memberitahu, Unit Pengurusan Kariah, Jawi Cawangan Putrajaya telah menghubungi beberapa buah surau bertanyakan isu penyalahgunaan surau untuk berpolitik dan Pengerusi surau memaklumkan bahawa Husam hadir pada 20 April.

"Husam menunaikan solat Isyak berjemaah di situ dan kehadirannya tidak diketahui oleh AJK, bukan atas jemputan dan pihak surau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak beliau.

Setelah selesai solat Husam menyampaikan tazkirah selama lima hingga 10 minit berkenaan Nabi Yusuf.

"Pada 24 April AJK surau minta berjumpa Pengarah Jawi memberikan penjelasan berhubung perkara itu, pengerusi memaklumkan beliau tiada di surau dan tidak tahu siapa AJK lain dan imam yang ada bersama ketika itu," katanya.

Menurut Che Mat, isu pemecatan serta-merta AJK surau semasa perjumpaan tersebut sebagai mana didakwa dalam facebook P-125 Putrajaya pada 25 April adalah tidak benar sama sekali.(Utusan Online-Mahkamah).POSTED BY ABNMULYA AT 4.16 ON APRIL 27,2013.

PRU-13: MAICCI TERANGKAN JASA NAJIB KEPADA KAUM INDIA.


T.mohan ( tiga dari kana) bersama K.K.Eswaran ( dua dari kanan) melancarkan VCD Najib Hrapan Kaum India yang akan diearkan kepada kaum India seluruh  Malaysia dalam majlis di Klang malam ini-Utusan/Saharuddin Abdullah.


KLANG 27 April - Bagi menunjukkan sokongan padu kepada Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Tun Razak, Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) mengedarkan 1.5 juta keping cakera padat video (VCD) rakaman bertajuk Najib Harapan Kaum India di seluruh negara bermula semalam.

Pengerusi MAICCI, Datuk K.K Eswaran berkata, VCD dalam bahasa Tamil berdurasi 3.9 minit itu merupakan usaha MAICCI untuk menerangkan kepada masyarakat India tentang apa yang telah dilakukan BN dan Perdana Menteri untuk mereka.

Beliau berkata, VCD itu turut menyelitkan lagu yang antara lainnya menceritakan sejarah kedatangan kaum India ke Tanah Melayu sehingga selepas mencapai kemerdekaan serta siri pembohongan yang telah dilakukan pakatan pembangkang dan pemimpin mereka kepada rakyat di negara ini.

"Kita berharap VCD yang mula diedarkan di Selangor ini dapat menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang jasa dan bantuan yang telah dilakukan BN dan Najib kepada masyarakat India.

"Kita juga harap mereka (rakyat) sedar telah ditipu oleh pakatan pembangkang selama ini dan berharap mereka tidak tertipu kali kedua," katanya selepas melancarkan VCD tersebut bersama calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Andalas, T. Mohan malam tadi.

Majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu 4, Kampung Jawa itu diserikan dengan persembahan konsert yang dihadiri hampir 300 orang.

Sementara itu, Mohan ketika ditemui berkata, pihaknya akan membantu MAICCI mengedarkan VCD tersebut kepada seluruh penduduk berketurunan India di DUN Seri Andalas.

"Kita amat menghargai usaha MAICCI ini dan yakin ia dapat membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat India terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan BN," ujarnya. - UTUSAN ONLINE(Posted by abnmulya at 4.10 am on April 27,2013.

Najib pertahankan haramkan "Allah",tolak debat pilihanraya

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang
April 26, 2013

PM Najib pada wawancara Al-Jazeera dengan Veronice Pedrosa-Gambar Ihsan Alk-Jazeera.
KUALA LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak telah mezahirkan sokongan terhadap rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan pengunaan perkataan Arab untuk tuhan, “Allah”, oleh bukan Islam di Malaysia, menurut wawancaranya bersama saluran berita antarabangsa Al –Jazeera.

Perdana menteri kerajaan sementara itu turut memberitahu Veronica Pedrosa dalam wawancara yang akan disiarkan pada Ahad, beliau tidak berminat untuk berdebat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya 5 Mei.

“Konsep Allah berbeza dalam Islam berbanding dalam Kristian, kita tidak seharusnya mengecewakan orang Islam dan orang Islam tidak seharusnya mengecewakan orang Kristian, kita tinggal secara harmoni selama bertahun-tahun dan ianya seharusnya berterusan,” kata beliau dipetik dari petikan wawancara yang diedarkan oleh Al-Jazeera versi bahasa Inggeris.

Mahkamah Rayuan Malaysia telah menetapkan 30 Mei sebagai tarikh untuk satu lagi kes pengurusan terhadap kerajaan dan rayuan Kementerian Dalam Negeri mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 perkataan “Allah” boleh digunakan oleh akhbar mingguan Katolik, Herald.

Pada 2007, kerajaan menghadkan penggunaan terma tersebut hanya kepada konteks orang Islam sahaja. Ini dibatalkan olah Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian oleh kerana hakim mengatakan ianya tidak mengikut perlembagaan.

Putrajaya membuat rayuan mengenai keputusan tersebut dan pelaksanaan singkat keputusan mahkamah 2009 sejak itu telah digantung.

Selepas keputusan mahkamah, terdapat beberapa siri letupan dan pembalingan batu terhadap beberapa rumah ibadat di Kuala Lumpur. Sebahagian daripada pesalah didakwa dan kemudiannya dihukum tetapi kes itu terus terpendam di hati.

Komuniti Kristian berjumlah kurang daripada10 peratus daripada populasi 28 juta di Malaysia akan tetapi kedua-dua Najib dan Anwar telah lama mula menarik mereka sebelum Pilihan Raya 2013

Najib juga mengatakan beliau lebih berminat melibatkan diri orang ramai secara langsung daripada berdebat dengan lawan politiknya.

“Terdapat pelbagai cara untuk sampai kepada rakyat, kedua-dua parti politik mempunyai banyak ruang di Malaysia… Kita tidak akan berdebat.. kita perlu melibatkan diri dengan rakyat, pembangkang akan melibatkan diri dengan rakyat,” kata Najib kepada Al-Jazeera.

Wawancara Najib akan disiarkan buat pertama kali di seluruh dunia pada 27 April, 12.30 tengah hari (waktu tempatan). Wawancara boleh dilihat melalui Saluruan Astro 513. Ulangan wawancara 30 minit itu akan disiarkan hari Ahad pada pukul 4.40 petang, Isnin 3.30 pagi dan 10.30 malam.

Beliau mengetuai Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya umum ke 13 dan telah dijadikan pengarah pilihan raya Selangor yang dikuasai oleh PR.

Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri untuk dimenangi pada pilihan raya 5 Mei dan pemerhati menjangkakan BN akan terus menjadi kerajaan dengan majoriti lebih kecil.

Pilihan raya ini dijangka sengit kerana BN yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan, telah memerintah negara semenjak negara Merdeka pada 1957 telah berkempen untuk beberapa inisiatif reformasi yang diperkenalkan oleh Najib yang mula berkhidmat empat tahun lalu.(The Malaysian Inider).Posted by abnmulya at 26 April,2013.

PRU-13: 530 bekas ahli Pas serah borang sertai UMNO kepada PM

SELAMA 26 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima borang permohonan untuk menyertai UMNO daripada 530 bekas anggota Pas di sekitar Selama, Perak.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib
Mereka terdiri 130 orang di Kampung Tapah, 100 orang di Kampung Parit Dalam dan 300 orang di Kampung Raja Bersiung, menyerahkan borang berkenaan pada majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor di sini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Larut, Abdullah Man, 63, berkata, beliau amat kecewa dengan perjuangan Pas yang telah lari daripada perjuangan asal termasuk isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

"Kami akan membantu jentera UMNO dalam menerangkan kepada rakyat tentang kepincangan yang berlaku dalam Pas supaya orang lain tidak terpedaya lagi," katanya.

Sementara itu, 150 anggota Persatuan Belia 1Malaysia Selama turut menzahirkan sokongan kepada BN dengan menyerahkan borang untuk menjadi anggota UMNO.

Wakil persatuan belia tersebut, Shahul Hamid, 28, berkata, hanya BN yang boleh memimpin negara memandangkan kurangnya persefahaman di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin.

Terdahulu, Najib menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Aziziah. Ketibaan Perdana Menteri yang berpakaian baju Melayu biru di masjid pada kira-kira 1.20 petang disambut oleh anggota jawatankuasa masjid berkenaan.

Beliau dilihat menunaikan solat sunat sebelum mendengar khutbah Jumaat dan seterusnya menyertai kira-kira seribu jemaah menunaikan solat Jumaat.

Selepas solat, Perdana Menteri bersalaman dengan jemaah sebelum meneruskan program di majlis Kenduri Rakyat itu.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan surat hak milik tanah peserta Felcra Bhd Sungai Malau kepada 70 penerima. - BERNAMA( Utusan online-pilihanraya).osted bya abnmulya at 1905 hrs on April 26,2013.