Wednesday, September 23, 2015

Semacam Ada Politik Kenyit Mata Dengan MCA/GERAKAN Dan Politik Lempar Batu Sembunyi Tangan Dari DAP.

Dah 4 kali Ngo Bersih "Baju Kuning" telah adakan himpunan jalanan ini di Ibu Kota Kuala Lumpur. Maka baru pada tangal 16 hb.September 2015 ini Gabungan Ngo-Ngo Malaysia menyahut cabaran  Ngo Bersih itu  di ( Padang Merbok),Kuala Lum pur , di mana telah dihadiri oleh peserta himpunan lebih hebat lagi dari peserta himpunan Ngo Bersih. 
Bagaimana gendang dari Ngo Bersih? Makan begitulah juga tariaan dari Gabungan Ngo-Ngo Malaysia yang ber "Baju Merah". Noh omar kata,"Sarang tebuan jagan dijolok.Jika dijolok buruk pasdanya".



Oleh Haji Abu bakar Ninggal
Khamis,September 24,2015@ 1.01 pm.

Bertitik tolak dengan adanya  himpunan jalanan anjura Ngo Bersih:4 secara besar-besaran pada tanggal 29 dan 30 hb.Ogos 2015. Kemudian disambut pula dengan hjimpunan oleh himpunan Gabungan Ngo-Ngo Malaysia secara besar-besaran juga pada 16 hb.Septembe 2015 itu?
Demi keselamatan Datuk Seri Najib? Oranag Melayu sanggupberkorban nyawa untuk mempertahakan beliau,Jangan makan sebarang makan? Dan ketika berckap pula jangan sebarang cakap yaa! Sebab pulut santan binasa.Sebab mulut anda yag celupar itu badan anda pula yang akan binasa.

Di arena politik Malaysia kini semacam ada permainan politik kenyit mata antara Parti DAP dengan MCA/GERAKAN dan parti ultra DAP berpolitik gaya "Macam limpar batu sembunyi tangan".

Sebaik sahaja Datuk Seri Najib memuji-muji himpunan ribuan rakyat Melayu "Baju Merah"

adakan himpunan halal secara besar-besar di Padang Merbok" di mana Datuk Seri Najib dilihat secara terang-terangan menyokong himpunan 'Baju Merah" itu, akibat Ngo Bersih:4 terlebih dahulu telah mengadakan himpuan jalanan haram pada 29 dan 30 hb.Ogos 2015 itu.?
Kelihatan dengan jelas gadis Cina baru belasan tahun iin sedang memijk-mijak  gamabar muka hidung Datuk Seri Najib  dan muka hidung Tuan Guru Hadi Awang di Perhimpuan jalan haram anjura Ngo Berih: 4 pada tarikha 29 dan 30 hb.ogos 2015 baru-baru ini.


Maka Ketua pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang,Johor.secara bongkak mengambil keputusan memutuskan hubungna dengan Datuk Seri Najib,macam Guan Eng memutuskan hubungan dengan Hadi Awang,Presiden Pas.Tektiknya sama aje.
Ketua  Pemuda MCA Pasir Gudang Johor hanay nampak gambar himpunan halal "Baju Merah"aje.Sedsangkan gambar gadis remaja Cina pijak-pijak muka hidung Datuk  Seri Najib dan Taun Guru Hadi Awang itu? Terus dia pejam mata? Komponan parti Barisan Nasional jenis apa di ini? 

Baju Kuning"lakukan perbuatan kurang ajar tak komen? Najib baru puji-puji himpunan "Baju Mereah" cepat melenting? Khairy Jmaludian,Ketua Pemuda Umno kata,"Jika tak suka keluar dari Barisan nasional".

Dah (02) term PRU MCA di Bahaghian Pasir Gudanag, terus kalah.Tapi banyak songel pula budak mentah polityik ini. Ada masuk dari DAP ke? Berani sangat nak tunjuk hero ni?

Kononnya  Ketua Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang tidak bersetuju dengan sikap yang telah ditunjukan oleh Datuk Seri Najib memuji-muji himpunan halal di Padanag Merbok yang telah dipamirkan oleh Ngo "Baju Merah"itu anjuran Gabungan Ngo-Ngo Malaysia.
Chow Hui baru sahaja
peganag jawatan Ketua
Pemuda MCA Pasire
Gudanag aje? Lagaknya
melebihi lagak Presiden
parti MCA,

Saya (penulis) di hari yang sama telah menegur sikap Ketua Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang,Johor itu di ruangan komen pembaca  Malaysiakini di ruangan di bahagian bawah berita siaran Malaysiakini itu.Kemudiannya  penulis alihkan tulisan penulis itu ke ruangan face book penulis yang berjodol( Hj.Bakar Ninggal.Face Book).

Pada esok harinya,saya lihat, barulah Ketua Pemuda Umno ,Khairy Jamaluddin,Ketua Pemuda Umno Kedah dan Ketua Pemuda Umno Pahang dan beberapa orang lagi pemimpin tertinggi Umno menunjukkan reaksi marah atas keputusan Ketua Pemuda MCA,Pasir Gudang itu?

Sehingga ke hari ini iaitu, hingga 23/09/2015 jam 3.31 pm, saya tidak nampak jawapan rasmi dari pucuk pimpinan MCA itu sendiri. Mereka diliha masih diam membisu..


Sengaja  penulis letak gambar Khairy
berpakai Melayu di sini. Aapkah konsaep 
perjuangan politiknya berteraskan hati
Melayu jati?
Pada tanggal 22/09/2015,jam 3.45 pm menerusi portal Malaysiakini juga. Didapati Ketua Pemuda parti GERAKAN pula dilihat menimbulkan isu "Kerajaan mana tadbir Selangor sekarang?" .

Sedangkan kerajaan Gabungan Pakatan Rakyat telah terkubur akibat DAP dan PAS telah berputus arang..Belum ada ulasan dari Ketua Pemuda Umno atau dari pemimpin Umno yang senior yang menegur sikap Ketua Pemuda Gerakan itu Campur hal ehwal rumah orang lain itu?

Sedangkan parti GERAKAN tak ada kena mengena dengan
kerajaan negeri Selangor itu sendiri? Tak ada langsung ADUN dari parti Gerakan yang menang pada PRU ke-13 dulu itu? Kosong melopong.

Tetapi parti GERAKAN dilihat sangat ambil peduli tentang kedudukan kerajaan negeri Selangor itu?
Ketua Pemuda partiGERAKAN.
 Namanya pun tak disebut oleh
Malaysiakin.Jadi penulis pun tak
dapat  nak sebut kerana penulis pun tak
tahu nama beliau. Gambar pun
dipetik dari portal media sosial
Malaysiakini.

Ada apa keperluan bagi parti Gerakan dilihat beriya-iya mengorbitkan isu tersebut? Tidakah  Gerakan sedar DAP hanya ada 15 kerusi adun sahaja di Selangor? Kemenangan yang merupakan kain tak cukup ela.Tak bargain power untuk meminta ini dan itu?

Suara nyaring yang di timbulkan oleh parti GERAKAN itu kewajarannya sangat di sangsikan. Kita faham isu yang diorbitkan Gerakan itu semacam mahu PKR tendang PAS dari kerajaan Sewlangor.Kerana PKR dan DAP jika dicampurkan ada 30 kerusi di dalam DUN Selangor.Berti PKR/DSP ada (02) kerusi ADUN berlebihan?



Begitu juga dengana Saifuddin Abdullah
dari Umno. Apa manfaatnya dari sudut
 politik jadi pemerhati di persidangan
"Meja Bulat" majlis penubuhan "Pakatan
Harapan" parti-parti pembangkang itu?
Nyata secara politik kenyit mata Ketua Pemuda MCA ,Pasir Gudanag dan Ketua Pemuda GERAKAN mutakhr ini semacam ada melakuakan perbuatan politik kenyit mata dengan parti DAP? 

Sementara DAP pula dah lempar batu?Cepat-cepat sembunyi tanganya?

Secara politik kenyit mata DAP semacam ada minta kerjasama (mutual un underde-rstanding) dengan parti  MCA/GERAKAN?.Tindakan lempar batu sembunyi tangan.


Mereka sangka orang Melayu tak dapat menganalisa taktik politik parti ultra DAP dengan permainan politik mereka yang kotor itu?


Ertinya isu himpunan "Baju Merah" yang Najib puji-puji itu tindakan "Baju Merah"itu?

Maka pada MCA parti kaum Cina yang berada didalam gabungan komponan Barisan Nasional yang memainkan peranan  secara simbolik. membantah di berikan perananapolitik pada MCA Pasir Gudang orbitkan?
Kehadiran Mahfuz lebih rugi
berbanding dengan untungnya.Pas mesti
akan ambil tindakan disiplain.

Sementara isu "Kerajan Mana Tadbir Selangor Sekaranag ini?" Ditugaskan Parti GERAKAN yang orbitkan secara memajukan pertanyaan?

Sedangkan DAP diam membisu langsung,Berpura-pura tak mahu bahaskan isu tersebut secara terbuka? Kerana dilihatnya Azmin Ali, Menteri Besar ,Selangor,dilihatnya semacam mati-matian mahukan Pas tetap berada di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor Darul Ehsan?

Sikap Azmin Ali yang satau ini? Saya tabik dan berikan ucapan tahniah pada beliau.Pun begitu ianya tidak cukup.

Yang paling molek! Azmin cuba ikhtiarkan agar di Selangor ini tubuhkan kerajana perpaduan antara PKR/PAS dan Umno.

Biarkanlag parti DAP jadi pembangknag tunggal terkontel-kontel  kesaorangan tanpa kawan untuk berbicara.

Padan muka DAPyang angkuh dan berlagak sangat itu? Barulah kedudukan Azmi Ali cukup kuat.Tetapi beranikah Azmin Ali berbuat begitu? Dalam politik semua boleh diharuskan. Azmin dulu kan orang ahli Umno dan dah banyak wang sejak berada di dalam Umno dulu.Bila lagi nak balas jas Umno itu?

Justeru DAP tidak mahu berkasar bahasa dengan PKR pula, setelah berkasar bahasa dengan Haji Hadi Awang,Presiden parti Pas hingga mengakibatkan putus hubungan politik dengan Pas dan Hadi Awang.

Jadi,kini mereka bersandiwara dengan MCA/GERAKAN semacam dijadikan proxy politik kenyit matanya itu?.
Jika Anwar Ibrahim tidak dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana  oleh Mahathir? Tidak akan wujud parti keADILan dan kini Parti Keadilan Rakyat? Tidak ada gabungan parti " Pakatan Rakayat".Pakatan itu bubar setelah Pas berputus arang dengan DAP.

Senario politik Malaysaia wujud bermula kesilapan Mahathir Mohamad yang mengatasi isu Anwar Ibrahim itu cara yang salah. Kini pembangkang tubuhkan pula gabungan "Pakatan Harapan"setelah Pas berputus arang dengan parti DAP. Parti AMANAH yang  belum di sahakan itu pula penuhi tempat yang dokosongkanoleh PAS. Melayu semakin berpecah belah.Demi keopentuingan diri mnasaig-masing nak balas dendam pada kerajaan yang sedang berkuasa Umno-BN.

Jelasnya? Apa pun  pakatan ditubuhkan oleh gabungan parti-perti pembangkang,Pihak yang mengaut untungnya parti DAP. juga.
Di kawasan majoriti Cina DAP tak mahu letak orang Melayu yang jadi ahli DAP bertanding? Mereka tetap letak kaumnya juga bertanding di situ. Yang  banggang itu Melayu yang menyertai DAP jadi alat kerja untuk DAP.

Ini menunjukan bahawa DAP/MCA/GERKAN yang sebangsa itu?Ketika sedang menghadapi isu kaumnya yang kronik berhubungan dengan kepentingan kaum Cina di Malaysia ini?

Mereka tetap bersatu dan bermain politik kenyit mata belaka? Mereka langsung tak peduli dengan sensetiviti pemimpin atas UNNO yang menjadi tunjang pada kerajaan Umno/BN? Lihatlah perpaduan mereka begitu teratur.Saling tolong menolong.Tak bercakaran.

Sedangkan kita bangsa Melayu? Mahfuz Omar (PAS) dan Saifuddin Abdullah (Umno) terhegeh-hegeh jadi pemerhati di peresidangan "Meja Bulat" untuk penubuhan "Pakatan Harapan?" yang telah di Boikot oleh PAS..

Sepatutnya Mahfoz Omar dan Saifuddin Abdullah tak harus menunjukkan muka di persidangan itu? Tak ada sebarang manfaatnya.

Pada hemat penulis.Tak ada apa istimewanya dari segi politik berhubung dengan penubuhan gabungan itu. "Pakatan Harapan"itu.Harapan tetap tinggal dengan harapan aje.Susah nak dijelmakan dengan kenyataan yang hakiki?

Kejujuran oleh tokoh politik yang terlibat dengan penubuhan "Pakatan Harapan" itu hanya memfokus tentang kepentingan politik masing-masing yang dahagakan kuasa politik disamping nak menggunakan antara satu dengan yang lain demi kepentingan parti masing-masing? 

Parti yang baru meminta-minta untuk dibantu agar jadi perkasa.Yang dah kuat berlagak sombong. Dilihatnya PAS tak dapat dibuli,tak boleh tarik hidung? Cari alasan agar bergaduh dan berpisah nak tunjuk power?

Perasaan tamak dan haloba dengan kehendak duniawi? Tiada perasan setiakawan sama sekali.Lokek sekali nak berperasaan sederhana dan bertolak ansur. Hudud yang tidak ada kena menegnai dengan agama mereka itu pun dipertikaikan ?

Ternyata bangsa Melayu ini memang tidak ada prinsip "jati diri"sama sekali? Melebihkan pucuk dari pelepah.Sangat mendukacitakan? Bilakah bangsa Melayu ini nak berubah?Posted by  abnmulya / hj.bakar ninggal.blogspot.com at 101 hrs on Septeember 24,2015.

.

Mesej Dari PM :Bersatu Menjelang Eidil Adha Pertahankan Perlembagaan

Sikap berpuak-puak lemahkan umat Islam 

Hussaini Amran:24 September 2015 @ 12,53am

Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru umat Islam di negara ini supaya mengetepikan fahaman politik untuk bersatu dan berganding bahu dalam mempertahankan keamanan serta Perlembagaan Persekutuan yang cuba dicabar pihak tertentu. 

Perdana Menteri berkata, sikap berpuak-puak hanya akan melemahkan perpaduan umat Islam serta boleh menggadai kuasa dan maruah yang ada.

Menurut beliau, umat Islam juga mesti bersikap sederhana dalam segala hal dan tidak melampaui batas sebagaimana digariskan ajaran Islam.
“Mengambil semangat tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa, umat Islam semestinya bersedia berkorban, bersepakat serta menyatakan kesepaduan terutama dalam soal akidah, syariah dan akhlak.

“Jangan sesekali bekerjasama dengan pihak yang ingin menjadikan kita sebagai jambatan untuk mencapai hajat dan matlamat mereka, sehingga memporak-perandakan negara,” katanya dalam perutusan Aidiladha yang akan disambut esok. 

Najib menambah, kehadiran Aidiladha menuntut umat Islam menghayati natijah di sebalik ritual ibadah korban semata-mata. 

“Muhasabah untuk kita menilai kehidupan kita, sejauh mana kita menghayati hari yang agung ini dan menjadikannya iktibar dalam kehidupan kita?” ujarnya. 

Perdana Menteri juga mengajak umat Islam di negara ini supaya bersama-sama berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk seharian bagi menyahut seruan Allah SWT dan Rasul-Nya untuk memenuhi tuntutan iman serta takwa yang diperakui. 

Beliau turut mengingatkan bahawa dunia Islam melihat Malaysia sebagai negara yang istimewa dan merupakan model terbaik pembangunan sebuah negara Islam. 

“Justeru, marilah kita bersatu padu dan memelihara perpaduan masyarakat berbilang bangsa negara ini bagi menjamin kestabilan negara. Islam mengajar kita erti keamanan, perpaduan dan kesaksamaan. Umat Islam diseru untuk menghormati agama lain untuk mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara,” jelasnya.

Sementara itu, Najib merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden kren tumbang di Masjidilharam, Mekah pada 11 September lalu. 

“Semoga seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran atas ujian yang menimpa. Semoga Allah SWT mengurniakan sebaik-baik ganjaran,” katanya. Dalam pada itu, Perdana Menteri dalam satu kenyataan melalui laman Facebook dan Twitter beliau hari ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati semasa dalam perjalanan untuk menyambut Aidiladha bersama keluarga di kampung. 

“Kepada yang akan bertolak pulang, hati-hati dan patuhi undang-undang di jalan raya, semoga selamat tiba ke destinasi, insya-Allah,” ujarnya.( Utusan on line-p).Posted  by abnmulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 9.27am on Sepetember 24,2015.

Tuesday, September 22, 2015

MUFTI SARAN MANSUH SEKOLAH VERNAKULAR

RIDAUDDIN DAUD 
23 SEPTEMBER 2015 
Tan Sri Harussani Zakaria

 KUALA KANGSAR - Pemansuhan sekolah vernakular dilihat mampu mengurangkan masalah perbalahan kaum yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.

Pendapat tersebut disuarakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menegaskan cadangan tersebut telah dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri Kabinet yang lain.

Begitu pun, katanya, disebabkan kaum lain minta supaya perkara itu ditangguhkan, maka sehingga kini sekolah-sekolah tersebut masih beroperasi.

“Yang jadi masalah, saya dah tegur daripada dulu, saya dah jumpa perdana menteri dan saya dah jumpa menteri semua. Saya kata, masa kemerdekaan dulu, perjanjiannya sekolah hanya satu iaitu sekolah kebangsaan.

“Sekolah Cina akan ditutup dalam masa enam bulan, sekolah India juga akan ditutup dalam masa enam bulan. Semua bersetuju pada masa itu. Tetapi oleh kerana Cina minta tangguh, kita pun kata ya, ya, ya sampai sekarang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Semula Surau dan Rumah Suluk, Kampung Temong Hilir, Chenderoh, semalam.

Harussani berkata, sekiranya hanya ada satu sekolah, masyarakat bukan Melayu di Malaysia akan menjadi seperti masyarakat di Indonesia dan Thailand yang bertutur menggunakan bahasa kebangsaan.

Mengambil contoh senario berlaku di Singapura, pembubaran sekolah Melayu dan Cina menyebabkan peradaban rakyat di sana lebih baik berbanding rakyat di negara ini.

“Di Singapura hanya ada satu sekolah iaitu sekolah Inggeris. Sekarang mereka sudah tiada beza, fikiran mereka juga sama, sebab itu ada hormat-menghormati.

“Cuma di sana, nampak Melayu diketepikan apabila mereka meminta kerja. Biasanya mereka memilih orang yang berkelulusan lebih tinggi dan lazimnya memang Cina yang lebih tinggi akademiknya.

“Peradaban dan akhlak di sana cukup terpelihara tapi kita di sini ada apa? Bila guru nak ajar sikit, ibu bapa marah. Ini semua salah kita kerana peraturan kita tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, Harussani juga mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan yang seakan-akan memberi muka kepada bangsa lain untuk memerintah.

“Saya tanya kepada Najib, kalau sudah Cina dan India tidak mahu kerjasama dengan kita, kenapa kita pujuk? Dia (Najib) kata kita takut kalah. Sekarang pun kita kalah dah.

“Kenapa mesti nak lantik menteri Cina? Tak perlu ada menteri Cina, biar Melayu memerintah, kita tunjuklah,” katanya.(Gambar /Tulisan dipetik dari Sinar Harian).Posted by abnmulya / hj.bakar ninggal.blogspoyt.com  at 137 hrs on September 23,2015.

PAS Jalin Kerjasama Dengan PKR

23 September 2015 1:15 AM 
Datuk Takiyuddin Hassan
KOTA BHARU 22 Sept. – Pas akan tetap menjalinkan kerjasama dengan PKR biarpun parti itu tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat hari ini. 

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai isu tersebut dalam mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di JKR 10 di sini malam ini.

Beliau berkata, Pas dan PKR saling memerlukan antara satu sama lain untuk kepentingan politik biarpun parti yang diketuai oleh Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu telah menerima ahli Pas yang disifatkan sebagai 'pengkhia­nat'.

“Sehubungan dengan itu, Pas menegaskan bahawa Pas mengekalkan hubungan dan kerjasama politik dengan PKR.

Mengikut keputusan muktamar kita mengekalkan kerjasama dengan PKR tetapi mengesahkan hubungan dengan DAP terputus, yang memutuskan hubungan ialah DAP, kita hanya mengesahkan. 

“Pas buat masa ini kita bersama dengan PKR bukan bermakna kita tidak boleh bergerak sendiri tetapi dalam suasana sekarang kita mempunyai peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan PKR dan PKR pun nak bekerjasama dengan kita, jadi tidak ada masalah.

“Kedudukan (Pas dalam kerajaan negeri) di Selangor tidak ada apa-apa, itu atas kerjasama kerajaan, wakil Pas memberikan keyakinan kepada Menteri Besar dan Exco dalam kerajaan negeri, Pas, PKR dan DAP akan bekerjasama atas dasar kerajaan untuk rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hari ini, dalam sidang meja bulat Pakatan 2.0, parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP bersetuju untuk menubuhkan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sebelum ini turut dianggotai oleh Pas.

Malah Pas juga turut 'memboikot' sidang meja bulat tersebut. Sebelum ini, PKR menerima dua tokoh Pas iaitu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib menyertai parti itu.( Utusan online-).Posted by abnmulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 7.19 am on September ,23,2015.

Belum terlambat kerajan campur tangan

AQILAH MIOR KAMARULBAID:
23 September 2015 1:21 AM 

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Masih belum terlambat untuk kerajaan ‘campur tangan’ dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan perpaduan antara kaum melalui sistem sekolah satu aliran. 

Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong
Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memecahkan sentimen perkauman yang semakin menebal khususnya dalam kalangan generasi muda. 

Jelasnya, kewujudan sekolah vernakular hanya akan memburukkan keadaan kerana berterusan melahirkan generasi yang cenderung mengamalkan polarisasi dalam kehidupan. 

Malah katanya, Malaysia dilihat semakin hilang semangat perpaduan antara kaum apabila wujudnya masyarakat mengamalkan sikap berpuak-puak yang bukan hanya berlaku dalam arena politik negara, malah di peringkat institusi pengajian tinggi dan tempat kerja.

“Negara telah merdeka sejak 58 tahun lalu dan sepatutnya cukup matang untuk berdiri dengan bahasa rasminya. Ini tidak, bahasa yang dibawa oleh penjajah masih diagungkan.

“Masih tidak terlambat untuk negara dirikan sekolah satu aliran. Biarlah orang kata ‘sesat di tengah jalan tetapi pulang ke pangkal jalan’ daripada terus membiarkan negara dijajah semula oleh orang asing. 

Kerana itu mempertahankan perpaduan perlu segera dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung sistem sekolah satu aliran merupakan antara usaha yang perlu diutamakan oleh kerajaan bagi memastikan setiap murid daripada pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain. 

Tambahnya, tujuh jenis sistem pendidikan sekolah rendah yang ada pada masa ini juga menjadi ‘duri’ yang menghalang penyatuan pelbagai kaum di Malaysia.

“Kewujudan sekolah swasta, persendirian Cina, antarabangsa serta belajar di rumah perlu dimansuhkan sementara sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan agama digabungkan dalam sistem sekolah satu aliran.

 “Belajar tanpa mengira bangsa (kaum) di dalam satu kelas akan melahirkan generasi yang menghormati agama lain, sekali gus perpaduan dapat dieratkan,” ujarnya.( Utusan online-).Posted by abnmulya / hj.bakar ninggal.blogspot.com at 6.55 am on September 23,2015

GAGAL PENGARUHI PAS

Kerjasama baharu dalam Pakatan Harapan yang dibentuk semalam 

MOHD. ASRON MUSTAPHA< 23 September 2015 1:21 AM



Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Pembangkang bercakap pada sidang akhbar selepas Persidangan Meja Bulat Pakatan 2.0 membincangkan pembentukan Pakatan Harapan di Hotel Empire Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor, semalam. Turut hadir Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu. UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR 


KUALA LUMPUR 22 Sept. - Pakatan Harapan yang dibentuk oleh pembangkang hari ini bagi menggantikan Pakatan Rakyat gagal mempengaruhi Pas untuk turut serta dalam kerjasama baharu itu.

Sebaliknya, kekosongan tersebut diisi parti serpihan Pas yang diketuai Mohamad Sabu, Parti Amanah Negara (Amanah), untuk membentuk kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pas juga malah ‘memboikot’ Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 yang dibuat pembangkang bagi membincangkan pembentukan Pakatan Harapan.

Malah kehadiran bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ke sidang berkenaan hanyalah sebagai pemerhati tanpa restu pucuk pimpinan parti itu.
Pada masa yang sama, tiada elemen baharu ditonjolkan pakatan itu biarpun memilih nama harapan, kerana pembangkang masih lagi menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di dalam penjara kerana kesalahan meliwat sebagai calon Perdana Menteri.

Isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini diangkat sebagai Ketua Pembangkang dalam mencipta alasan bagi mewajarkan perkara itu menyifatkan, suaminya itu calon terbaik pakatan.  

“Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Kami yakin beliau pemimpin paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus tadbir, kebajikan rakyat dan perpaduan kaum,” kata Wan Azizah dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Mohamad serta Timbalan Pengerusi Amanah, Salahuddin Ayub.

Selain itu, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga hadir tetapi beliau menjelaskan kehadirannya itu di atas kapasiti sebagai pemerhati.

Kepada soalan apakah ketiadaan Pas itu bererti Pakatan Harapan sudah menyingkirkan parti kedua terbesar orang Melayu itu, Wan Azizah sekadar berkata, pakatan baharu tersebut terbuka kepada semua.

“Kita jemput mereka (Pas) datang untuk bermuafakat tetapi mereka sekadar mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput,” katanya.

Sementara itu, Kit Siang dalam Twitter miliknya berkata, dengan adanya Amanah, DAP tidak lagi memerlukan bantuan Pas.(UTUSAN ONLINE-).Posted by abnmulya / Hj.b akar N imnggal.blogspot.com.at 4.07 am on September 23,201./

Monday, September 21, 2015

SALLEH : MAHATHIR PUN DULU TAK SAMAN WSJ


Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mempersoalkan mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyaman seorang bekas editor  Menulis di dalam blognya sskeruak blogspot.com,katanya RM100 billion dalam tahun 1990 mungkin bernilai RM225 billion hari ini.

Salleh berkata dalam buku, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", Wain menulis semasa Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan.
Datuk Seri Salleh Kereuak

Ini berlaku biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau, ialah "bersih, cekap, amanah." Salleh berkata menurut kenyataan sinis Wain, pada awal 1990-an merupakan "satu dekad untuk tingkah laku yang buruk" atau "satu dekad yang buruk untuk tingkah laku yang baik"

"Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain adakah ini bermakna tuduhan itu benar?," soal Salleh.

Menteri berkenaan menyamakan antara keadaan Dr Mahathir dan suasana yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi beberapa dakwaan tertentu daripada WSJ.

Salleh berkata pandangan bahawa jika dakwaan itu tidak benar maka Najib perlu menyaman WSJ dan jika perdana menteri enggan menyaman, dan ini mungkin bermakna bahawa dakwaan itu benar maka Najib bersalah.

"Bagaimanapun, jika Najib enggan menyaman WSJ, Dr Mahathir berkata itu bermakna dakwaan itu adalah benar," katanya.( BERNAMA).Posted by abnmulya /Hj.Bakar Ninggal.blogspot.om at 1312 hrs on Sept.,22,2015. Gamabar /tulisan dipetik dari Malaysiakini.