Monday, October 26, 2015

Guan Eng ditempelak

Beri tafsiran kurang tepat terhadap penyusutan nilai ringgit 

27 Oktober 2015 1:43 AM .

KUALA LUMPUR 26 Okt. Lim Guan Eng (DAP-Bagan) ditempelak kerana memberi tafsiran kurang tepat terhadap penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini.
Guan Eng ( DAP).
Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang itu seolah-olah tidak sedar bahawa situasi ber­kenaan berlaku di seluruh dunia akibat nilai dolar AS semakin me­ngukuh.
Menurut beliau, andaian penyusutan nilai ringgit berlaku kerana kononnya terdapat kelemahan dalam pengurusan ekonomi negara adalah tidak adil.
“China yang merupakan sebuah gergasi ekonomi dunia terpaksa mengambil tindakan melemahkan mata wangnya dan begitu juga dengan Singapura.
“Penyusutan nilai ringgit bukan berpunca daripada kelemahan kita menguruskan ringgit tetapi akibat situasi ekonomi dunia menyebabkan ringgit dalam keadaan sedemikian rupa,” katanya ketika mencelah Guan Eng yang membahaskan Bajet 2016 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dalam celahannya sebelum itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta Guan Eng menjelaskan sama ada beliau sedar China dan Singapura mungkin akan melemahkan mata wang masing-masing sekali gus menunjukkan situasi yang dihadapi ringgit sedang berlaku di seluruh dunia.
Guan Eng ketika menjawab celahan tersebut berkata, China dan Singapura sengaja berbuat demikian sambil mendakwa, kejatuhan nilai ringgit berlaku apabila pelabur menjual mata wang tersebut kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menghilangkan keyakinan mereka.(Utusan online-parlimen)..Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.15 noon on Oktober 27,2015.

Harga Rumah: Azmin usah berdolak -dalik

ABDUL YAZID ALIAS: 27 Oktober 2015 1:44 AM

SHAH ALAM 26 Okt. - Kerajaan PKR Selangor tidak perlu berdolak-dalik dengan memberi alasan enggan mewujudkan satu dasar khusus bagi mengawal harga rumah melambung di negeri ini.

Penyelaras Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Selangor,Mat Nadzari Ahmad Dahlan (gambar kiri) berkata, kerajaan negeri tidak perlu memberi pelbagai alasan untuk tidak me­lakukan sesuatu mengenai isu tersebut memandangkan mereka mempunyai bidang kuasa tertentu yang boleh dijadikan faktor asas dalam mengurangkan kos serta harga perumahan seperti premium tanah dan harga pasir.

 Menurutnya, kerajaan PKR Selangor khususnya Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tidak perlu menyatakan tidak boleh mengawal harga perumahan sedangkan selama ini pernah mengumumkan mahu memberi perhatian kepada beban kewangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

"Malah, kerajaan negeri termasuk Menteri Besar sendiri dilihat seringkali menggunakan isu beban kewangan rakyat termasuk perumahan sebagai modal untuk mengkritik kerajaan Pusat.

"Jika begitu, mengapa kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri tidak berusaha untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengawal harga rumah di Selangor? Jangan hanya tahu bercakap tetapi tidak berbuat sesuatu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mat Nadzari, kerajaan negeri sepatutnya mencari kaedah sesuai untuk menangani kenaikan harga perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana yang tidak layak memohon rumah mampu milik daripada kerajaan negeri dengan menyediakan insentif khas kepada pemaju seperti pengurangan premium tanah.

Malah jelasnya, kerajaan negeri yang memonopoli industri pasir ketika ini juga boleh mengambil langkah mengurangkan harga sumber alam itu untuk menstabilkan kos pembinaan projek perumahan yang akhirnya dapat mengurangkan harga ke atas pembeli.

"Setidak-tidaknya, kalau tidak dengan pemaju swasta, kerajaan negeri boleh mengambil inisiatif pengurangan sedemikian menerusi kerjasama dengan kerajaan Pusat melalui projek perumahan rakyat di bawah PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia) atau SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad)," ujarnya.

Sabtu lalu, Mohamed Azmin berkata, pentadbirannya tidak akan mengadakan dasar tertentu untuk mengawal harga pasaran perumahan walaupun mengakui nilai hartanah tersebut melambung tinggi ketika ini.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak ada keperluan mengadakan dasar tersebut memandangkan harga perumahan ditentukan oleh pasaran bebas berdasarkan faktor permintaan dan penawaran.

Sebaliknya, beliau memaklumkan yang kerajaan negeri hanya boleh memberi tumpuan terhadap soal penyediaan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dengan nilai tidak melebihi RM250,000 sebuah.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.58 am on Oktober 27,2015.

Parlimen bukan medan politik

27 Oktober 2015 1:45 AM

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Mana-mana pihak termasuk media tidak wajar menjadikan Parlimen sebagai medan untuk menzahirkan ideologi politik mereka.
Azlina Othman Said

Menegaskan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Otman Said berkata, sebagai pengamal media, golongan tersebut sepatutnya berpegang kepada prinsip berkecuali selari dengan etika kewartawanan.

“Gambar yang menjadi viral sejak dua hari lepas yang memaparkan sekumpulan individu dari media tertentu di dalam Dewan Rakyat selepas pembentangan Bajet 2016 adalah suatu perkara yang tidak patut berlaku dan amat mendukacitakan.

“Walaupun setiap individu berhak kepada ideologi dan fahaman politik masing-masing, tetapi tidak wajar menjadikan Parlimen sebagai medan berpolitik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, perkara seum­pama itu juga berlaku kepada Ahli-ahli Parlimen kerana adakalanya mereka sendiri tidak menghormati institusi tersebut apabila bertindak membawa sepanduk yang sama sekali tidak ada urusannya dalam Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, katanya, pihak pengurusan Parlimen mesti memandang serius terhadap soal keselamatan supaya kebebasan yang diberikan kepada mana-mana pihak tidak patut disalahgunakan.

“Perbincangan akan diadakan dengan pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara dalam masa terdekat ini berkenaan dengan langkah-langkah untuk memantapkan keselamatan Parlimen,” katanya. (Utusan online-politik).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal. blogspot. com at 11.45 am on Oktober 27,2015.

Amanah "jaja" nama DAP, sukaar menangi undi Islam


27 Oktober 2015 @1.44 am.

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Pas percaya Parti Amanah Negara (Amanah) akan terpaksa terus berkempen untuk DAP kerana dari awal lagi menyedari bahawa parti serpihan Pas itu tidak akan berjaya menarik orang Islam untuk mengundinya pada pilihan raya umum ke-14

Mohd Khairuddin Aman Razali
Malah, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas juga tidak hairan Amanah akan terus menjaja nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk menawan Putrajaya.

“Pertama, saya nampak memang parti serpihan Pas ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Haji Salahudin (Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub) pun mempromosi Lim Guan Eng,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas itu mengulas kenyataan Salahuddin ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan Pakatan Harapan di Klang malam tadi bahawa Guan Eng adalah `contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara’.

Salahudin Ayub ( Amanah)
Dalam ucapannya, Salahudin turut menjelaskan bahawa Amanah tidak ada jaminan untuk menang dalam pilihan raya akan datang dan masih belum membincangkan kerusi mana yang mereka ingin tandingi.

“Tuan Haji Mat Sabu (Pengerusi Amanah, Mohamad Sabu) tidak ada lagi tempat, tidak ada lagi jaminan di mana tempat dia boleh menang bertanding. Saya tidak fikir lagi di mana saya akan bertanding.

“Rakan-rakan parti Amanah tidak fikir lagi di mana kami boleh menang bertanding. Itu tidak penting, yang penting adalah perjuangan untuk kita bersama menyelamatkan negara kita,” katanya.
Berikutan itu, Mohd. Khairuddin meminta orang Islam supaya berhati-hati dengan permainan politik yang dilihat membelakangkan apa sahaja perjuangan Islam.

Mat Sabu ( Amanah).
“Kita dalam kaedah Islam, kita (Pas) ada prinsip kita, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam, barulah kita menolak idea (Baru Bian) sebagai Ketua Menteri (sebelum ini).

“Sebab dia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan Ketua Menteri yang bukan Islam.

“Kaedah Islam ialah mesti difahami bahawa Pas tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain” jelasnya.

Menurut beliau, Amanah yang sudah mula akur kelemahannya bahawa parti itu tidak ada jaminan untuk menang dalam pilihan raya akan datang telah sekali gus membayangkan pimpinan Amanah bukanlah pilihan yang tepat untuk orang Islam memberi undi kepada mereka.

“Itu lemah semangat maknanya (apabila mereka kata mereka tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang), kita sebagai orang politik perlu kuat semangat dan tidak boleh lemah semangat.

Nik Mohamad Abdul Aziz (PAS).
“Jadi, saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi. Jadi, apakan lagi DAP dengan serpihan Pas ini, saya yakin mereka tidak ada kekuatan di peringkat akar umbi,” katanya.

Kata Mohd. Khairuddin: “Tindakan mereka yang dari awal sudah akur akan kalah dalam pilihan raya akhirnya menterjemahkan selama ini bahawa semua ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas masuk Amanah adalah daripada mereka kecewa.

“Yang keluar parti dan masuk parti serpihan ini (Amanah) biasanya adalah kerana kecewa dan mereka akan kembali semula pada Pas, itu sejarah yang lampau,” katanya.

Beliau dalam pada itu optimis bahawa Pas akan terus mendapat sambutan daripada orang Islam walaupun Amanah sedang rancak mencari pengundi untuk diseru menyokong pimpinan utama DAP.

“Saya tidak merasakan orang Islam akan menyokong (DAP), Melayu tidak akan menyokong DAP kerana DAP dilihat tidak menyokong isu-isu Islam, tidak memberikan sesuatu yang positif.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz ketika mengulas ucapan Salahudin itu berkata:

“Sokongan yang kita (Pas) perlukan adalah daripada rakyat tidak kira daripada muslim atau bukan muslim.

“Sebarang usaha untuk ke Putrajaya tanpa hukum Islam itu kita tolak.”(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.06 on Oktober 27,2015.

Dedahkan dana politik jika pembangkang benar -benar telus

27 Oktober 2015 1:46 AM 

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Parti pembangkang terutama DAP dan PKR membuktikan mereka tidak pernah telus dalam perjuangannya apabila terus menyembunyikan identiti penyumbang dana politik mereka selama ini.

Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen Kuala Selangor,Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, mereka tidak sepatutnya membuat desakan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian sekiranya mereka sendiri tidak mampu berlaku jujur.

“Saya menuntut dan mencabar pihak pembangkang untuk mendedahkan dana politik jika benar mereka sentiasa memperjuangkan ketelusan dalam perjuangan.

“Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk segerakan undang-undang pembiayaan politik di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pembangkang dicabar berlaku adil dalam isu tersebut dengan mendedahkan dana politik mereka sebelum menuntut pihak lain berbuat demikian.

Katanya, langkah itu pen­ting dalam memastikan suasana dan landskap politik negara yang lebih baik.
“Kalau mereka tuntut perkara itu, buktikan dahulu kesungguhan mereka dalam isu tersebut. “BN akan menjawab isu ini pada sidang Dewan Rakyat kali ini, mereka bila lagi?” katanya. dedahkan-dana-politik-jika-pembangkang-benar-telus ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 10.2 am on Oktober 27,2015..

Lim KIt Siang Boleh Minta Anaknya Lim Guan Eng Buat Cadangan Semasa Perbahasan Bajet 2016 Di Parlimen.



Oleh haji abu bakar ninggal
Isnin,Oktober 26,2015@ 8.50 pm

Perdana Menteri Najib Razak boleh menamatkan kpntroversi derma RM 2.6 billion yang didakwa diterima dari Asia Barat jika beliau mengambil wang itu. Menurut ahli parlimen Gelang Patah itu beliau akan mencadangkan langkah itu sekiranya tidak digantung dari parlimen.
Datuk Seri Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia.

"Saya akan nasihatkan Najib supaya membayar balik 'derma' sebesar RM2.6 billion itu kepada (perbendaharaan) sebagai cara menyelesaikan skandal derma RM2.6 billion itu ketika mana tiba perbahasan bajet 2016 sekiranya Dewan Rakyat tidak menggantung ke ahlian saya selama 6 bulan.

"Saya percaya cadangan tersebut akan mendapat sokongan bukan sahaja daripada rakyat Malaysai,tetapi majoriti daripada 3 juta ahli Umno.
"Adakah mana-mana ahli parlimen BN atau Umno berani membuat cadangan kepada Najib pada perbahasan Parlimen mengenai Bajet 2016," soal Lim.

BEGITULAH nada bunyi cadangan dan soalan dari Lim Kit Siang MP dari Gelang Patah ,Johore berhubung dengan isu derma RM 2.6 billion dari  negara Islam Timur Tengah itu yang telah disiarkan oleh portal media sosial Malaysiakini ,pada hari ini,bertanggal (26,10/2015) pada jam 11.00 pagi ini.

Rakyat Malaysia umumnya kini dah tahu dah bahawa Kit Sinag itu telah digantung keahliannya dari Parlimen Malaysia selama 6 bulan akibat keceluparan mulutnya yang  telah menuduh speaker Dewan Rakyat sesuka hatinya sahaja.Beliau diberi peluang dan masa yang panjang dan dah diberi peluang untuk meminta maaf agar tindakkan yang wajar tidak harus dikenakan ke atasnya.

Lim Kit Siang ( DAP).
MAKA dengan angkuhnya beliau tidak juga mahu minta maaf. Justeru itu beliau langsung  tidak berpeluang turut sama membahaskan di Parlimen berhubung dengan isu Bajet 2016 itu semasa dibahaskan di dalam Parlimen akibat telah digantung dan tidak boleh hadir di dalam Parlimren selama 6 bulan lamanya..

Selaku seorang ahli politik yang dilihat sangat suka bercakap banyak? Baik di luar atau pon semasaa berada di dalam Parlimen secara dan cakap-cakapanya itu dilihat merapu-rapu aje kononnya dia aje yang bijak dan pandai?

Maka,tindakkan Dewan Rakyat mengambil keputusan menggantung beliau selam 6 bulan agar tak boleh hadir di Parlimen yang mulia itu?

Adalah merupakan satu keputusan yang wajar.dan pihak parti pembangkang yang lain langsug tak boleh mempertikaikan tindakan Dewan itu. Usulnya tersebut di bawa oleh YB. Azlina Othman MP dari kawasan Pengerang, johor juga dan telah dilulkukan oleh Dewan Rakyat dengan suara majoriti.

Tindakan itu merupakan satu pengajaran pada Kit Siang khasnya agar beliau walaupun wakil rakyat dari Parlimen kawasan" Gelang Patah" Johor. Sebenarnya Kit Siang seharusnya tidak boleh merasa sebagai seorang MP yang kebal  yang berada di dalam Parlimen yang mulia itu. Kit Siang walau bagaimana teror pun? Beliau masih tertakluk dengan adab dan sopan yang telah diperuntukkan oleh Parlimen.

Lim Guan Eng ( DAP).
Hakikatnya? Beliau tak boleh bercakap sebarangan dan tak boleh menuduh sebarang bukan sahaja terhadp speaker dewan? Bahskan pada sesiapa sahaja atau MP2 yang lain2nya itu dengan sewenang wenangnya. .

Masih ada batas-batas kebolehannya dan larangan yang harus dipatuhi dan dihormati di dalam Dewan Rakyat yang mulia lagi tertinggi itu iaitu sebagai tempat meluluskan segala undang2 yang telah digubal dan telah dibahsakan oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia.

Standing order ini? Harus dipatuhi oleh semua MP2 di Prlimen jika mereka itu benar2 merupakan MP2 Parlimen yang berwibawa dan sentiasa patuh pada disiplin dan atur cara dan adab ketika mereka berada di dalam Parlimen yang sedang bersidang secara rasmi pada setiap sesi sidang Parlimen pada bila2 masa aje.
ISU DERMA RM2.6 BILLION ITU.
Malaysia umumnya dah tahu dah bahawa derma RM2.6 billion itu telah dinyatakan oleh PM Najib bahawa wang tersebut telah didermakan kepada parti Umno dari penderma yang budiman dari negara Arab Islam di timur Tengah dan telah digunakan wang tersebut untuk kepentngan parti Umno dalam apa2 aje bentuk keperluan dan tindakan parti Umno itu sendiri,bukanya untuk Datuk Seri Najib.

Para pemimpin tertingi Parti Umno dan anggota Umno Malaysia langsung tak menganggap isu derma itu kononya boleh diakwa sebagai skandal dibuat oleh Datuk Seri Najib.Sekaligus Umno tidak juga menganggap isu derma Rm2.6 billion yang didermakan oleh "penderma budiman" dari negara Islam di Timur Tengah itu sebagai skandal?

Sebagai satu skandal politik ditimpakan ke atas Datuk Seri Najib? Derma itu adlah untuk Umno? Maka itu tetap derma.Jangan diputar belitkan dan disyaki oleh pembangkang dengan berbagai-bagai persepsi  yang karut marut. sifatnya.
Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismaial
( Pesiden PKR).

Lagi pun pada masa ini? Bukan hanya parti Umno aje yang terima derma untuk parti? Bahkan lain2 parti pembangkanag pun,Didapati banyak terima derma2 dari luar dan dari dalam negeri untuk parti masing2 di Malaysia ini.

Disebabkan kini masih tidak undang-undsanag negara wajib didedahkan list2 penderma itu dan jumlah wang itu dan sebagainya? Maka semua parti sembunyi2 dan diam aje bila terima derma itu?

Sedihnya! Tokoh-tokoh politik pembangkanag ini termasuk juga Mahathir Mohamad dan konco-konconya membuat persepsi2 yang berbagai-bagai rekaan aje bersabit dengan wang drma  RM2.6 billion itu?

Bila lihat dan dengar parti Umno dapat derma besar? Maka telinganya tokoh-tokoh politi dri parti pembangkang jadi kembang macam telinga gajah dan matanya pun jadi terbeliak putih seta merta timbul rasa hasad dan dengki dan lantas menjadikan isu politik gila-gilaan.

Kalau kita buat kajian secara mendalam dan menyeluruh beresabit dengan derma-derma kepada parti-parti polityik di Malaysia ini/? Maka didapati para pemimpin parti2 pembangbkang yang ada di Malaysia ini semuanya terpaksa minta dan terima derma?

Kita dah tahu dah..tak ada seorang pun dari golongan pimpinan tokoh-tokoh politik pembangkang itu (bertraf jutawan) bertaraf macam Gorge Soros atau pun macam Bill Gate yang mampu keluar wang sendiri-sendiri untuk menanggung ongkos untuk menggerakkan parti2 mereka dengan cergas dan effektif tanpa dapat derma besar dari para penderma  dari jutawan atau dari negara2 tertentu?

Disebabkan parti Umno itu jadi tunjang kerajaan pusat yang tak jaya-jaya nak ditumbangkan oleh pihak pembangkang sejak tahun 1957 hingga kini 2015?

Maka parti-parti pembangkang sentiasa memberi fokus apa yang Umno buat dan dari mana Umno dapat wang dan sebagainya. Jika mereka dapat sedikit berita angin yang berrupa gosip-gosip pun?

Mohd Azmin Ali ( PKR)(.
Mereka segera  besar-besarkan berita gosip itu dengan berbagai-bagai cara untuk mendapat perhatian dari rakyaat semata-mata nak membusukkan nama baik dan prestasi parti Umno itu sendiri?

Mereka berbuat begitu semata-mata mahukan rakyat hilang kepercayaan pada parti Umno dan kononnya mereka mengharapkan agar parti Umno/BN akan tewas dan kecundang pada PRU yang  akan datanag?

Maka wang derma yang sebesar "satu sen'"pun akan dipertikaikan dan di viral-viralkan oleh part-parti pembangkang jadi topik politik harian dan seterusnya tahunan oleh parti-parti pembangkang yang pengecut dan tak ada modal politik yang lain yang lebih bermanfaat untuk rakyat?

Apakah mereka itu sangat suci besih? Apakah DAP itu sangat bersih dan langsung tak terima derma dari penderma2 yang pro pada DAP? Tak usah cakap besarlah/

Tuan Ibrahim Tuan Man ( PAS).
Jika tak dapat wag derma dari penderma? Dari mana dapat wang nak bayar wang deposite untukcalon-calonn dari partiny untuk  turut bertanding sebagai MP dan ADUN-nya? TentU mereka itu tak mampu?

Berblik semula kepada isu derma RM2.6 billion itu?

(1). Kit Siang kata jika dia tidak digantung di Parlimen selama 6 bulan? Maka dalam sesi perbahasan Bujet 2016 di Dewan Rakyat,maka dia sendiri akan cadangkan kononnya nak nasihatkan Najib agar pulangkan wang derma itu kepada Perbendaharaan Malaysia "jika Najib tidak mengambilnya?"

Dari ayat itu Kit Siang masih tidak berani nak tuduh Najib yang ambil dan Kit Siang masih gunaka perkataan (jika).

Ertinya Kit Siang sendiri tak ada bukti dan begitu sahih dan tak berani nak tuduh dan nak dakwa bahawa wang derma itu Najib yang ambil untuk manfaat dirinya? Najib dah kata pun bahawa derma itu ialah untuk parti UMNO?

(2).Pada mulanya Kit Siang kata jika beliau tidak digantung di Parlimen? Maka beliau sendiri akan mencadangkan pada Najib. Rakyat semua dah tahu dah beliau kini telah digantung dari hadir ke Parlimen selama 6 bulan.Kenyataannya pada hari di portal Malaysiakini itu? Boleh ditakrifkan semata-mata sebagai gimik politik aje nak cari politik milage untuknya dan DAP .

Wan Mohd  Amar Abdullah ( PAS).
Tetapi tidak kah Kit Siang sedar bahawa di dalam Parlimen itu, ada orang yang suka cakap merapu2 macam dia juga.

Tokoh politik itu tak lain tak bukan ialah, anak suloingnya yang bernamas Lim Guan Eng? Jika Kit rasa isu derma RM 2.6 billion itu sangat penting?Sekaligus parti DAP akan dapat pengaruh politik yang bertambah-tambah lagi?

Maka beliau boleh arahkan anak kesayangannya itu bawa cadangan yang dia tak mampu bawa itu dan minta anaknya beruiuat demikian.Anaknya itu pun sebagai Ahli Parlimen yang sah juga dan di dalam  parti DAP sebagai Setiausaha Agong DAP yang belaum lagi di sahakan oleh ROS.?

Kenapa Kit Siang ujung-ujung cabar pada MP2 Umno pula yang harus bawa cadangan beliau? Betul2 macam belut gaya politiknya itu? Cakap tak serupa bikin  Sering berubah-ubah?
Mat Sabu ( Amanah)

MP2 Umno dah tahu dah bahwa derma RM2.6 billion itu? Adalah wang derma dari negara Timur Tengah yang beragama Islam yang  kaya raya dengan hasil petrolnya untuk parti Umno dan diberikan melalui Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno untuk kegunaan parti Umno yang besar dan tanggung jawabnya terhadap pergerakan terhadp negara Malaysia dan parti Umno pun besar juga?

Kenapa DAP jadi cemburu parti Umno dapat derma  sebegitu besar? DAP pun kita tahu dapat derma mungkin lebih besar dari itu? Setakat ini masih belaum ada orang2 yang nak dedahkan rahsia itu? Esok lusa pasti ada?

Jika tak ada dapat derma yang begitu besar? Maka dari mana DAP nak bayar ongkos jaga parti DAP dan belanja begitu banyak pada penulis2 media sosial yang terkenal sebagai red army itu menjelang PRU ke-13 dan sebagainya?

Bayar wang deposit pertaruhan calon2 DAP diperingkat parlimen ( MP) dan ADUN itu? Wang itu turun dari langit ke?

Shari Sungib ( Aamanah ).
Kerajaan dan perisiknya pun tahu bahawa DAP pun banyak terima derma dari penderma-penderma tempatan dari kaun Cina yang kaya-raya di Malaysia ini melalui Kit Siang dan Guan Eng untuk kegunaan parti DAP itu sendiri.

Justeru itu isu RM2.6 billion derma dari negara Timur Tengah itu tak usahlah DAP nak heboh-hebohkan isu itu dan nak panjanag-panjanagkan hingga hari kiamat (dom day) pun tak habis2.

Tak ada orang2 Melayu dan khasnya ahli2 Umno sebanyak 4 juta ahli Umno dilihat  tak PEDULI sangat dengan isu omog kosong Kit Siang yang dah jadi Kit malam itu.

Orang Melayu dan Umno khasnya sangat bersyukur bahawa negara Islam dari Tmur Tengah, suudara seagama itu dilihat begitu perihatin dan bermurah hati menderma kepada parti Umno sebegitu besar jumlahnya.
Mujadid Yusor Rawa
( Aamanah).

Semoga Allah SWT  limpahkan pada negara mereka dengn ganjaran pahala yang berlipat ganda lagi dari jumlah wang yang telah mereka dermakan pada parti Umno itu. Lim Kit Siang cemburu ke atau sakit hati ke?

Rakyat Melayu yang beragama Islam  di Malaysia danahli-ahli Umno khasnya tidak peduli.langsung tentanag isu RM2.6billion itu yang didermakan pada Umno itu?Itu buakn urusan mereka dari DAP. nak mempertikaikan hingga berlarut-larutan?

Kerana pada masa sekaranag ini? Masih belum ada lagi undang2 yang di kuatkuasakan bahawa semua parti harus menerangkan ( DECLARE) pada kerajaan nama2 penderma dan julah wang pada sesebuah parti di Malaysia ini?

Mungkin tak lama lagi undang2 itu akan di gubal dan akan di bawa ke Parlimen untuk diluluskan sebagai undang-undang  yang sah dan kemudianya akan dikuatkuasakan sebagai undang-undang yang sah dan berdaulat agar semua parti politik Malaysia terpaksa "declare" dari mana mereka dapat wang derma itu dan b erapa juahnya?

Maka parti2 pembangkang dasri DAP/PKR dilihat semacam tidak begitu setuju dan tak teruja? Bila Najib nak jadikan undang2?

Ertinya parti2 tersebut ( secara rahsia) mungkin lebih banyak terima derma dari penderma2 yang kaya raya dalam negara ini terutama penderma  terutamanya dari kaun Cina yang bertaraf (billionair) yang sangat berazam mahukan parti UMNO/BN akan tumpas dan tewas di dalam PRU yang mendatang?

Kerana mereka marah disebabkan isu niaga (MONOPOLI) mereka pada banyak jenis perniagaan yang besar2 kontrak dari kerajaan telah dipecah2kan oleh Najib agar tak dimonopoli oleh individu2 yang tertentu yang dah jadi (BILLIONAIR) yang mana telah dimanja2kan sejak pemerintahan era Mahathir lagi?  (Posted by abnmulya .haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2050 hrs on Oktobert 26,2015).

Sunday, October 25, 2015

Bukan Depa Pengecut YB.Muhyiddin Yassin ! Tetapi Depa Bijaksana Tak Nak Tanggung Beban Orang Lain dah....



Ahad,Oktober 25,2015 @ 5.45 pm.

Wahai YB.Muhyiddin Yassin ! Janganlah terlalu celupar mulut anda itu.Ahli-ahli Umno yang anda lihat tak sokong gerakan anda? Maka mereka anda gelar pengecut dan sebagainya.Tahukah anda bahawa sebenarnya
Datuk Seri Najib sering menyatakan rakyat yang memilih
beliau.Maka rakyatlah yang berhak menukarnya jika rakyat
dah tak suka lagi? Bukan tokoh-tokoh tertentu?
bahawa mereka itu bukannya pengecut semacam yang anda sebut-sebutkan itu di media sosial tempatan.

Tetapi mereka itu sangat waras fikirannya dan sangat arif dan bijaksana ketika nak mengambil sebarang keputusan untuk diri mereka.
Anda yang mengambil keputusan yang tidak bijaksana dan mengambil keputusan yang sangat bertentangan dengan fikiran majoriti ahli-ahli Umno itu sendiri?

Bila anda lihat bahwa tindakan yang anda ambil itu tidak popular dan tidak dapat sambutan dan tidak dipersetujui oleh majoriti ahli-ahli Umno yang bijaksnana?

Lantas anda dilihat jadi marah-marah tak tentu fasal dan tuduh kononya mereka itu golongan pengecut dan sebagainya.

Siapa anda yang begitu TEGA nak tuduh orang lain pengecut? Sebenarnya anda itu yang pengecut? Dah lakukan kesilapan besar.Kesilapan besar dengan gabungkan diri anda dengan Mahathir dan konco-konconya itu? Andalah sebenarny yang menolak tuah yang telah Allah SWT,.berikan pada anda sebagai TPM Malaysia?
 Politik Mahathir sungguh licin.Beliau
pandai nak gunakan orang lain jadi alatnya.
Silap fikr  masuk perangkaponya? Lepas itu
 dia buat bodoh aje.
Mahathir marah pada Najib disebabakan kemahuan peribadinya yang melampau itu tidak dipenuhi oleh Najib?
Anda marah Najib kerana apa? Kerana gugurkan anda dari jawatan TPM ke? Itu  adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri yang hak "prerogatif power" selaku Perdana Menteri.

Dia boleh ambnil siapa aje jadi menterinya dan dia boleh gugurkan siapa sahaja orang2 yang dilihatnya dah derhaka padanya.Menjadi api di dalam sekam.Menggunting di dalam lipatan? 

Jika anda jadi nombor satu pun? Anda terpaksa betindak begitu? Politik ini sesunggunya amat kejam dan kotor.Jika tak cepat bunuh musuh itu?Maka si mush itu pula akan membunuhnya?

Apakah anda fikir anda bijak menetang Ketua Kabilah anda? Anda harus sedar jika anda tak cukup kuat? Jangnalah cub-cuba nak cari fasal dengan ketua kabilah anda dan akibatnya merana diri sendiri?

Tidakkah anda masih ingat bahawa Anwar Ibrahim yang cuba lawan Mahathir? Ujung-ujungnya Anwar Ibraihim sendiri yang terpaksa tanggung resikonya.

Seharusnya apa yang telah terjadi kepada Anwar Ibrahim itu? Hendaklah anda jadikan contoh dan tauladan. Sebaliknya anda sendiri dilihat cuba-cuba nak menetang arus? 

Apa dah jadi sekarang? Apakah yang Mahathir boleh tolong anda? Nasib beliau pun masih belum beliau ketahui lagi apakah ujung-ujungnya?


Tak usahlah begitu TEGA nak gelar ahli-ahli Umno yang berbeza pendapat dengan anda itu dengan macam-macam gelaran dan tuduhan. 

Anda pasti puas hati setelah buat tuduhan itu dan ini dan disiarkan pula oleh media sosial pembangkang? SEcara tgak langsung anda telah diperalatkan media sosial pro-parti pembangkanag itu.

Apakah anda rasa orang lain tak ada perasaan dan tak tau marah ke? 

Ini kelemahan anda yang paling ketara. Tidakkah anda sedar bahawa CINTA dan Kasih Sayang itu langsung tidak boleh didapati, cara dipaksa dengan maki hamun dan dengan sebarang tuduhan yang merapu-rapu?

Muhyiddin Yassin,bekas TPM
Anda lihatlah ke dalam diri anda itu sendiri dan kalau anda dah dapat jawapnnya? Barulah anda sedar bahawa anda tak ad ahak nak marahmarah ahli-ahlio Umno yang tak sehakluan dengan anda itu?.

Tidakah anda dan Mahathir itu sedar bahawa menghentam Najib tanpa ujung pangkalnya yang lgik itu? Boleh ditafsirkan nak memeporak perandakan kesatuan dan kekuatan parti Umno itu sendiri.

Apakah and lebih suka Umno itu hancur berkecai dan tewas pada golongan parti pembanbkanag pada PRU ke-14 itu nanti? Tentu anda tak bersetuju kan? 

Jika tak bersetuju kenapa gtak fikirkan awal-awal lagi? Kini cepat-cepatlah tamatkan sengketa anda dengan Presiden parti Umno ,Datuk Seri Najib Tun Razak.Tinggalkan Mahathir itu dengan labnu-labunya itu?

Kerana Najib itu adalah Presiden Umno? Maka anda dan Mahathir dan konco-pklonconya dilihat mati-matian seranag Najib.


YB,Shfie Afdal,bekas Menteri
 luar bandar.Malaysia.
Kalau tokoh parti pembankanag yang seranag Najib? Itu wajar keraan pembangknag di Malaysai  ini begitulah pembawaan politiknya? Apa sahaja yang kerajaan Umno/BN buat untuk rakyat jelata dilihat oleh mereka tidak pernah betul? 

Semuanya tak betul belaka? Kerajaan beri wang BRIM pada rakyat pun salah.? Kononnya semuanya rasuah belaka walau pun parlimen dah terima cadangan itu dan dah sahkan. degan suara majoriti di dalam parlimen?

Dengan menyerang Najib dengan isu yang ada kait dengana isu (1MDB) itu  secara terbuka macam itu?Tidak kah anda sedar itu merupakan politik adu domba nak hancurkan Umno?Memberi point pada parti-parti pembanbkanag  mengorbitkan seluruh dunia? Tak malukan buka pekong  di dada anda sendiri?

Kami ahli-ahli Umno yang bijaksana tak dapat terima cara Mahathir dan anda itu? Fahmlah baik-baik.Kami bersedia dengan Datuk Seri Najib Tun Razak menentang apa sahaja cara kamu nak menghancurkan Umno jik akamu teruskan?

Tangan anda yang mencencang? Maka bahu andalah yang terpaksa pikul ringan atau beratnya akibatnya? Jangn ajak orang lain turut  terlibat agar masuk campur urusan anda itu sama-sama nak tanggung nasib anda yang malang itu? 

Anda yang gopoh bertindaka di dalam berpolitik ?Anda tanggunlah sendiri segala beban dan resikonya itu.( Posted  by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1745 hrs on Oktober 25,2015).