Tuesday, February 23, 2016

Umpama api dalam sekam

SAFINA RAMLI : 24 Februari 2016 12:01 AM 

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering mengeluarkan kenyataan mengkritik kepemimpinan negara dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion umpama api dalam sekam yang secara perlahan-lahan boleh merosakkan parti.
muhyiddin
Ketua Penerangan UMNO Wila­yah Persekutuan, Datuk Mustapha Kamal Mohd. Yusoff berkata, Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peluang kepada Muhyiddin namun beliau tidak menggunakan peluang itu dengan betul.

“Kalau nak cakap apa pun buat secara tertutup bukan secara terbuka, Presiden telah memberi pe­luang kepada beliau, jika beliau masih membawa keburukan kepada parti lebih baik beliau undur diri sahaja.

“Sekarang Muhyiddin seperti api dalam sekam, untuk me­nguatkan parti kita kena bersatu jangan waktu gelora kita ambil kesempatan,”katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta Muhyiddin berundur daripada jawatannya jika tidak mahu menjalankan tanggungjawab membantu Presiden parti.
Nazri mengulas mengenai ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang, Port Dickson, Sabtu lalu yang yang dilaporkan berkata, rakyat tidak diberikan penjelasan yang mendalam mengenai pelbagai isu termasuk isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, tindakan Muhyiddin itu amat mengecewakan kerana ia seolah-olah memudahkan pakatan pembangkang memperlekehkan UMNO.

“Pakatan pembangkang kini boleh ambil cuti sakit sebab kerja mereka kini dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO.

“Sampai bila perkara ini harus berlarutan, dalam perlembagaan parti Timbalan Presiden perlu membantu Presiden dalam mengurus tadbir parti, jika Timbalan Presiden gagal kita sokong Timbalan Presiden letak jawatan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah pula berkata, perbezaan pandangan antara pemimpin merupakan perkara biasa di dalam UMNO, namun ia tidak boleh dilakukan sehingga melampaui batas.

“Berbeza pandangan dalam kepemimpinan UMNO kita sudah biasa melalui proses tersebut tetapi tidak boleh melampau hingga sebabkan ahli keliru.

“Cara pengikut yang baik ialah Timbalan Presiden seharusnya menjadi Timbalan Presiden yang berkesan dan jangan sebabkan perpecahan serta menjadikan ahli berpuak-puak,”jelasnya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1326 hrs on Februaray 24,2016.

Pemimpin UMNO Bahagian Desak MuhyiddIn Yassin Dikenakan Tindakan Tegas

24 Februari 2016 1:29 AM 

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Pemimpin-pemimpin UMNO bahagian hari ini mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat enggan bekerjasama de­ngan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta berterusan mengkritik parti menerusi saluran yang salah.

Muhyiddin Yassin
Ini kerana menurut mereka, tindakan Timbalan Presiden UMNO itu boleh menyebabkan parti berpecah sedangkan semua pihak sepatutnya bekerjasama bagi memastikan ahli-ahli kekal bersatu dan tidak ber­puak-puak.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, UMNO perlu bertindak segera ke­rana Muhyiddin dilihat bukan sahaja mengabaikan saluran parti untuk mengkritik, malah tindakannya kini semakin keterlaluan dan boleh membawa kepada kehancuran.
“Dalam situasi sekarang UMNO memerlukan kekuatan antara dua pucuk pimpinan tertinggi demi membina kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Tetapi apa yang berlaku adalah Muhyiddin semakin banyak me­lakukan provokasi terhadap parti dan saya lihat akhirnya nanti boleh membawa kepada unsur sabotaj terhadap Presiden yang sedang bekerja keras memulihkan kekuatan UMNO di semua peringkat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seperti dilaporkan hari ini meminta Muhyiddin berundur daripada jawatannya jika beliau tidak lagi mahu menjalankan tanggungjawabnya membantu Presiden UMNO mengukuhkan parti serta kerajaan.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi berkata, tindakan tegas daripada Lembaga Disiplin UMNO perlu sebagai pengajaran kepada semua ahli bahawa keutamaan terhadap parti melebihi kepentingan peribadi.
“Saya melihat apa sahaja percakapan dan tindakannya tidak lagi menggambarkan beliau sebagai pemimpin nombor dua parti kerana semuanya lebih kepada memburuk-burukkan UMNO.
“Jadi seelok-eloknya parti mengambil tindakan tegas. Mana-mana pemimpin pun perlu sedar jika mahu mengkritik mesti meng­ikut saluran betul, bukannya sesuka hati demi kepentingan diri sendiri,” tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya pula berkata, setiap ahli UMNO perlu berpegang kepada prinsip bahawa siapa sahaja ketua yang dilantik mesti ditaati dan jika ada perkara yang tidak dipersetujui perlu di­sampaikan dengan betul, namun jika ingkar mereka perlu sedia dihukum.
“Pada pendapat saya, terpulang kepada Lembaga Disiplin parti untuk meneliti apa ucapan yang telah beliau sampaikan selama ini. Jika dilihat menerusi YouTube, banyak ucapannya yang bertentangan de­ngan hala tuju UMNO.
“Ahli sebenar harus mentaati prinsip iaitu walaupun tidak suka kepada pemimpin atau ketua, mereka perlu tetap disokong dan dihormati kerana telah dilantik dan tegur di dalam mesyuarat MT,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, salam perpa­duan daripada Najib telah dihulur kepada Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas, tetapi ditolak yang menunjukkan bahawa sudah tiba masanya Timbalan Pre­siden UMNO itu berundur.
“Presiden mahu semuanya satu nada, beliau hulur salam perpaduan tetapi ditolak. Ini bukanlah masa untuk kita terus bergaduh, sepatutnya semua kena bersatu. Kalau tidak setuju maka demi kepenti­ngan UMNO berundurlah daripada parti,” katanya.

Setuju : Cadangan Presiden Ngo MUBARAK Ambil Tindakan Disiplin Parti Pada Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Najib Tun Razak,Presiden parti Umno harus bertindak lebih tegas dan lebih drastik lagi membersihkan musuh-musuh politiknya.


Oleh haji abu bakar ninggal
Rabu,February 24, 2016 @ 10.52 am.

Sejak Muhyiddin Yassin telah menyertai kem Mahathir berhubung dengan kemelut krisis politik antara Mahathir dengan Datuk Najib dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion dari penderma dari Saudi Arabia itu.

Dari segi disiplin parti Umno? Muhyiddin Yassin dilihat banyak kali di dalam beberapa ucapnan beliau di hadapan khalayak ramai telah mengkritik Preesiden parti Umno dan kritik-kritik yang sensentif itu didapati dah pun disiarkan oleh media sosial tempatan.

Tindakan Muhyiddin itu ternyata telah melanggar disipilin parti dengan menghkritik Datuk Seri Najib tanpa batas. Fungsi Timbalan Presiden parti Umno itu adalah berkewajipan untuk membantu kerja-kerja parti Umno bukan sebaliknya.

Muhyiddin Yassin ,Timbalan
Presiden parti Umno..
JIKA ada orang-orang luar dari Umno didapati mengkritik Presiden parti dan parti Umno itu sendiri? Selaku sebagai Timbalan Presiden parti Umno? Maka Timbalan Presiden itu harus membela Ketua Kabilahnya itu dengan sewajarnya..

Sikap Muhyiddin Yassin turut sama mengkritik Ketua Kabilahnya itu? Ia merupakan sikap musuh di dalam selimut parti Umno.itu sendiri. Sikap ini boleh dikatakan adalah sangat melampau batas dan sekaligus ia boleh merosakkan imej Presiden parti dan juga parti Umno.

Kerana ahli kabilah Umno dilihat tak tahu hormat kepada Ketua kabilah Umno iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika Muhyiddin Yassin merasa bahawa beliau tidak lagi dapat bersama-sama dengan presiden parti Umno.disebabkan dasar-dasar parti Umno tidak lagi disukai oleh Muhyiddin?

Jalan keluar yang paling baik ialah Muhyiddin Yassin harus letak jawatan sebagai Timbalan Presiden parti Umno dan menarik diri dari ahli Umno.

Bila beliau telah berada di luar parti Umno? Muhyiddin Yassin boleh kritik semua para pemimpin tertinnggi Umno semahu-mahunya kerana beliau didapati tidak bertanggung jawab lagi pada parti Umno.

Jika Muhyiddin Yassin ini masih lagi berada di dalam Umno tetapi terus bersikap demikian? Ertinya Muhyiddin Yassin secara terang-terangan sudah melanggar didiplin parti Umno.
Mahathir Mohamad  hanya
ahli Umno biasa aje

Mengikut disiplin parti Umno yang ada tercatiti di dalam perlembagaan parti Umno? Jika seseoarng didapati telah melanggar disiplin parti?

Maka Majlis Tertinggi parti Umno (MT) berhak mengambil sebarang tindakan yang wajar demi survival parti Umno itu sendiri.

Jika pada masa Mahathir jadi Presiden parti Umno dan PM Malaysia dulu itu? Maka secara  terang-terangan didapatinya Muhyiddin Yassin bersikap demikian?

\Dah lama dah beliau diambil tindakkan disiplin parti dan dah lama dah Muhyiddin Yassin telah dipecat dari jawatnh Timbalan Presiden parti Umno dan sekaligus dari keaggotaan parti Umno. 

Terbang melayang macam apa yang telah melanda nasib Anwar Ibrahim dulu pada tahun 1998. Petang Anwar dipecat dari jawatan Timbilan Perdana Menteri dari kabinet Mahathir.

Maka pada malamnya pula Anwar Ibrahim di pecat dari jawatan Timbalan Presiden Umno dan sekaligus dari keanggotaan parti Umno.

Satu tindakkan yang dilihat sangat drastik sifatnya.Tiada maaf lagi buat Anwar Ibrahim,tokoh politik yang menentang Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu ketika itu.
Shafie Apdal,Naib Presdien parti Umno

Mahathir didapati boleh bertindak sejauh itu? Kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh bertindak demikian?

DARI sejak itu-lah bermulanya penentanga sengit Anwar Ibrahim terhadap Mahahir dengan gerakkan Reformasinya.

Hingga membuatkan.kerajaan Mahathi tergegar akibat gerakkan Anwar Ibrahim  yang sangat menggegar dengan slogan politik barunya Reformasi.

Pada PRU umum ked-11,,pada tahun 1999 kerajaan Umno di Terengganu tewas dan telah dikuasai oleh gabungan parti (Pakataan Alternatf) yang diilhamkan  oleh Anwar Ibrahim

Disamping itu ada beberapa orang ADUN dan  MP dari Pakatan Alterntif menang bartaburan di negeri lain di Malaysia yang mana sebelum itu Tak pernah menang.

Ujung-ujungnya? Pada tahun  2003 iaitu selepas lebih kurang 5 tahun aje Anwar Ibrahim telah menggodam kerajaan pimpinannya. Mahathir itu?

Suka atau tidak suka? Terpaksa Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan PM dan Presiden Umno yang sangat beliau sayang itu pada Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Dan pada tahun 2009 Pak Lah pula menyerahkan tugas Presiden parti Umno dan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada Datuk Seri Najib dan sekaligus sebagai Pemangku Presiden parti Umno.

Datuk Najib jangan bimbang. Muhyiddin Yassin itu bukannya Anwar Ibrahim taraf kelicinan permainan politiknya yang mana akan boleh menggegarkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib..

Mukhriz  Mahathir bekas Menteri Besar Kedah
 kini hanya sebagai ahli Umno biasa aje
Mutu permaianan dan kelicinan politik Muhyiddin Yassin itu tidak macama kelicinan permainan politik Anwar Ibrahim.

Dengan kata lain  bahawa mutu kelicinan permaian politik Muhyiddin Yassin itu (hamless) tidak menggegar..

Tidak akan menggegarkan kestabilan politk parti Umno  dan juga kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Anak Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 itu

Datuk Seri Njib bukan-lah calang-calang legasi kepimpinan Malaysia yang original sebagai bumiputra yang tulin. Sebilangan besar rakyat Melayu Malaysai dan kaum-kaum lain juga bersedia berdiri teguh di belakang Datuk Seri Najib sebagai benteng yang sangat kukuh agar Datuk Seri jangan rebah..

Jika kita bercakap fasal didiplin parti? Dalam isu disiplin parti Umno ini? Datuk Seri Najib dilihat sangat bersabar orangnya dan dilihat langsung tidak meniru cara-cara guru plolitiknya Mahathir Mohamad bertindak.Najib adas cara-cara tersendiri.

Itulah keistimewaan Njaib dalam menahan kesabarannya itu.Sabar itu adalah subur. Sabar itu separuh dari iman. Pun begitu? Demi survival parti Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke -14 pada tahun 2018 itu nanti? 

Saya hanya sebagai ahli parti Umno yang biasa aje yang bermastautin di kawasan  Parlimen Gombak,Selangor ini,.sangat bersetuju dengan cadangan Presiden Ngo (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman,agar Parti Umno iaitu (MT) Majlis Tertinggi Umno segera bermusyuarat dan mengambil tindakkan yang drastik dan tuntas di segi disiplin parti Umno.terhadap Muhyiddin Yassin dan lain-lain tokoh-tokoh Umno yang berada di kem Mahathir yang jadi golongan Anti-Najib.

Dengan cara memecat atau sebagainya terhadap Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamd dari anggota Umno jika perlu? Sekaligus pada semua tokoh-tokoh Umno lain yang berada di dalam kem Ant-Najib itu juga.
Bekas menteri penerangan,Zaianuddin Maidin (Zam) bekas
 wartawan Utusan Malaysia sering menulis membodek-

bodek Mahathir Mohamad di dalam banyak
 tulisannya  mutakhir ini.

Dengan berbuata begitu? Maka pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti? Parti Umno hanya berdepan dengan musuh-musuh politik dari luar parti Umno sahaja iaitu,musuh-musuh dari luar parti Umno sahaja,Ertinya hanya parti-parti pembangkang Malaysia.

Langusng tidak akan berdepan dengan musuh-musuh politik dari "dalam selimut" parti Umno.yang mana di daptati (suka menggunting di dalam lipatan) dan 9bertalam dua muka).Yang menjadi api di dalam sekam padi. 

Lazimnya musuh-mush politik di dalam selimut itu lebih sukar untuk ditentang kerana mereka ini ternyata punya (seribu satu rupa wajah) berbanding dengan musuh-musuh  dari luar..

Datuk Seri Najib selaku Presiden parti Umno tidak perlu terpaksa menahan sabar begitu lama lagi.Demi survival parti Umno dan demi rakyat Malaysia yang seramai 30 juta itu.

Golongan Anti-Najib itu ada hanya berapa orang sahaja? Boleh di kira dengan jari aje.No problem untuk segera dipencilkan.Mereka yang bertaraf sebagai "musuh di dalam selimut"itu perlu segera dinyahkandi dari parti Umno..

Tindakkan (MT) harus tegas dan bersifat drastik..Macam kini parti PAS sedang mengambil tindakan disiplin pada Husam,bekas Naib Presiden PAS yang dilihat mutahkir ini dah mula berani serang pucuk pimpmnan tertinggi PAS cara merapu-rapu sifatnya secara terbuka dikhalayak ramai dna juga melalui portal media sosail terutama yang pro-pemabnghkang.

Ular lidi nak berlagak macam naga besar di lautan biru. Jika dibiarkan aje begitu? Maka akan bertambah-tambah lagi ahli-ahli Umno akan jadi "cacing naik ke mata".Politik itu boleh membunuh dan di bunuh.

Jadi,janganlah jadi orang-orang yang dibunuh dan kena bunuh?( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal, blogspot.com.at 1052 am on February 24,2016.

Saturday, February 20, 2016

Najib Kata: Gerakaan Sayap Pemuda Pimpinannya Selamatkan Umno Pada 1987

DIKEMASKINI 3AM ( 21/02/2016).
Gambar di belakang Datuk Seri Najib ialah Allahyarham Tun Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia yang ke-2.

Sambil menegaskan "80 peratus" parti menolak kepimpinan Mahathir, Yang menyelamatkan Umno adalah sayap Pemuda yang dipimpinnya, dakwa Najib."

"Najib kata Pemuda pimpinannya selamatkan Umno pada 1987" Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengingatkan pengkritik nombor satunya,Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimana sayap Pemuda Umno yang dipimpinnya, telah 'menyelamatkan' Umno selepas pendaftarannya dibatalkan pada 1987.

Sambil menegaskan bahawa "80 peratus" parti menolak kepimpinan Mahathir, yang menyelamatkan Umno adalah sayap Pemuda yang dipimpinnya, dakwa perdana menteri.

Dr.Mahathir Mohamad
"Pemuda Umno adakan majlis, di mana saya telah menyerahkan ribuan ahli baru kepada Mahathir. Mula lah sejarah Umno baru dapat kita bangunkan

"Kalau tak, Umno Baru akan tergugur, orang putih kata 'stillborn'. Tetapi kerana jasa Pemuda, Umno selamatkan," kata Najib dalam ucapannya di majlis yang diadakan malam ini untuk memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87) di PWTC.

Umno Baru telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram ekoran satu keputusan mahkamah.

Dalam pemilihan parti pada 1987, Umno telah berpecah kepada dua pasukan dan Mahathir menang tipis jawatan presiden parti.

Tengku Razaleigh Hamzah
Kemenangan Mahathir. bagaimanapun, membuat pencabarnya Tengku Razaleigh Hamzah tidak puas hati dan menubuhkan parti serpihan Semangat 46.

Peristiwa ekoran perpecahan itu kemudiannya membawa kepada pembatalan pendaftaran. Sementara itu, ketika menyingkap 40 tahun pengalaman politiknya,

Najib mengakui banyak kisah pahit, manis, getir dan suka duka yang telah dilaluinya.

Namun, katanya, tidak ada satu profesyen lain yang boleh menyaingi profesyen sebagai seorang ahli politik sekiranya hasrat seseorang itu adalah untuk membantu rakyat dan untuk mengubah masa depan negara.

 "Sebab itulah saya anggap profesyen sebagai seorang ahli politik satu profesyen yang banyak keistimewaan," katanya.

Doktor mungkin boleh menyembuhkan orang sakit dan jurutera membina jambatan, kata Najib, tetapi ahli politik mempunyai kemampuan untuk mengubah masa depan bangsa, agama, dan negara.

Najib mengakui bahawa dia berada di persimpangan sama ada mahu menyertai politik selepas kematian bapanya pada tahun 1976.

"Sebab masa tu banyak yang kata saya terlalu muda dan tunggu dulu, sabar dulu. "Tetapi saya kata tak apa lah kerana niat saya tak lain tak bukan untuk menyumbang bakti saya kepada bangsa, agama dan negara.

 "Kalau saya tidak ada kemampuan sama ada parti itu akan tolak saya atau rakyat akan tolak saya," katanya.

 Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan tanpa bertanding pada tahun 1976 selepas kerusi itu kosong berikutan kematian bapanya.

Berusia 23 tahun ketika itu, Najib juga menjadi timbalan menteri paling muda apabila beliau dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos dan kemudiannya menjadi menteri besar paling muda yang mengangkat sumpah jawatan pada usia 29.(Dipetik dari portal Malaysiakini). Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 9.47 am on February 21,2016.

Friday, February 19, 2016

Mahathir Sedang "Peras Menonggen".Kini Cari Kawan-Kawan Bantu Beliau Tumbangkan Najib.Tak Sabar Nak tunggu PRU Ke-14 Pada Tahun 2018.

                          
Tun Mahathir ! Menung jangan  duduk termenung? Nanti cepat tua. Orang akan kata Tun "peras menonggeng" kerana belum berjaya tumbagkan Datuk Seri Najib Tun Razak?




Sabtu, February 20,2016 @ 3.15 pm


Kini Mahathir dilihat begitu '"peras menonggeng" kerana dah lebih setahun dah...bekerja keras,berhempas pulas nak gulingkan Najib Tun Razak dari jawatan yang sedanag diegangnya itu?

Malangnya masih  didaptinya terus tak berjaya nak gulingkan Najib sebagai Ketua Kerajaan yang sah yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang diputusakan oleh rakyat Malaysia pada tanggal 05 hb.May 2013 dulu itu.

Justeru itu Mahathir kini dilihat sedang membuat seruan kepada semua parti-parti pembangkang di Malaysia ini AGAR bersatu padu membantu beliau tumbangkan Najib dan lupakan segala perbezaan dasar-dasar parti masing-masing.walaupun ada perbezaannya.

Seruan itu dibuatnya melalaui portal media sosial Malaysiakini pada hari semalam (Jumaat) tanggal 19/02/2016 pada jam 4.45 petang.

Seruan dari Mahahthir itu hingga ke hari ini pun masih terpampang di poral media sosial Malaysiakini.Sebaliknya jika tulisan-tulisan ataupun seruan dari rakyat yang bela Najib? Tak sampai 2 minit...naka tulisan dan seruan itu dah tak ada lagi di ruangan poratl media sosial Malaysiakini.
Gambar inilah  yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam.
Gambar Mahathir dan Mahfoz Omar dari Pas.Semasa
Mahathir jadi PM dulu Mahfoz Omar dari PAS ini,adalah
musuh politik utama Mahathir..Lain ulu lain parang.
Lain dulu lain sekarang?

Tetapi jika tulisan-tulisan dan seruan-seruan dari konco-konconya yang Anti-Najib seperti seruan Mahathir Mohamad itu?

Wah duh,,hingga 3 atau 4 hari anda masih boleh lihat dan baca lagi.Macam  digamnya di sana?

Inilah yang dikatakan media sosial "double standard" namanya .Dasar penerbitannya semacam pro-pada golongan Anti-Najib. dan pro-pada parti pembangkang yang nak gulingkan Najib?

Anih betul sikap manusia ini? Talam dua muka.

Dapat lesen niaga sebagai penerbitan dari kerajaan. Malangnya dalam banyak siarannya? Didapati lebih banyak menyiarakan tulisan dan seruan yang dimuatkannya di portal mereka itu lebih banyak menjurus memuatkan segala tulisan dan pandangan yang berupa ( Anti Kerajaan) pula oleh penulis-penulis yang juga Anti-Najib dan ani-Kerajaan pimpinan Najib dan dan sebagainya..


Dari kiri nombor 4 berbaju kemeja putih ialah Tengku Razaleigh Hamzah musuh politik nombor satu Mahathir kerana lawan beliau sebagai Presiden  Umno.Bila Mahathir nak gulingkan Najib? Beliau sanggup duduk sebelah Tengku Razaleigh.


Apakah Datuk Salleh Said Keruak yang incharge Kementerian Mulimedia pada masa sekarang ini tidak sedar dengan hal-hal ini?Janganlah turut tidur juga macam menteri-menteri yang lalu sebelum Datuk Salleh Said Keruak pegang kementerian Mulrtimedia itu.

Segeralah buat perubahan yang drastik jika mahukan parti Umno terus hidup buat selama-lamanya. Cergaskanlah cara-cara bertindak anda itu.Jangan biarkan anda dibodoh-bodohkan oleh pihak swasta yang ternyata "Talam dua muka" dan sekaligus anti-Najib dan anti kerajaan Umno-BN
?

Kalau di Singapura dan di Tanah besar Cian.Kerajaan-kerajaan di dua negara ini didapati tidak akan memberi kebebasan sebegitu  rupa? Kenapa kerjaaan Malaysia bersikap gitu?Apa faedahnya pada parti Umno dan kerajaan Umno-BN? Ternyata tak ada apa-apa?

Oleh itu.Tidakkah Datuk Salleh Said Keruak sedar? Bahawa kebebasan yang melampau yang diberikan pada golongan "Ant-Najb"itu kelak? Akan menghancurkan negara KITA akhirnya.
Ketika Mahathir  pegang jawatan PM Malaysia dulu? Sebut aje  nama gerakan NGO Bersih?Terbeliak matanya marah kerana sebut nama itu? Bila tak kuasa lagi dan nak gulingkan Najib?Hilang malu hilanmg segan buat "sidang akhbar' pula di dalam demonstrsi Ngo Bersih itu kerana nak busuk2kan nama Najib. Boleh percayakah perjuanga  politik tokoh politik macam ini?

Apakah Datuk Salleh Said Keruak mahu Malaysia ini hura hara dan hancur lebur angkara perbuatan oleh tangan-tangan yang tak bertanggung jawab ini? Oleh golongan Talam dua muka itu?

GELAGAT MAHATHIR KINI

Setalh lebih setahun berhempas pulas berusaha nak gulingkan Najib tidak berjaya? Rupa-rupanya begitulah gelagat dan perangai orang yang dah peras menonggeng dan berdendam dan berhasad dengki pada seseorang itu?

Didapati secara terang-terangan Mahathir sedia tebalkan muka mengajak golongan musuh-musuh politiknya pada suatu masa dulu itu iaitu,semas bliau masih jadi PM Malaysia.Kini secara terus terang begitu tega membuat seruan pada beks-bekas musuh politiknya itu agar segera bersatu dan bergabung denganya untuk terus menggulingkan Najib.

Siapa pun yang dijumpanya hatta di tengah jalan raya pun walaupun tidak dikenalinya? Akan digamitnya dengan muka yang selamba aje.

Ketika Zahid Ibrahim peganga jawatan Menteri Kehakiman di era Pak Lah. Beliau timbulkan semula isu pemecatan Ketua Hakim negara tanpa pengetahuan Tribunal.Ketika isu sedang diperkatakan?Aapa yanh Mahathir tak cerca Zahid Ibrahim? Dan Zhid pun cerca juga Mahathir.Kini nak jatuhkan Najib? Maka suasana perhubungan depa berubah serta merta?  Mahathir  dengan Zahid Ibrahim dilihat macam kuku dengan isinya.Erat sekali hubungan depa.Inilah gelagat manusia ? Very funny?
Akan segera di gamitnya dan diajaknya bersatu dengannya dan membantunya dalam gerak kerja-kerja nak menumbangkan musuh politiknya yang nombor satu di Malaysia ini iaitu, susuk individu tersohor yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang bertahkta sebagai Perdana  Menteri Malaysia yang ke-6 dan sebagai Presiden  parti Umno mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana telah berundur pada tahun 2009.

Perbuatan ini dilihat sungguh hina dan keji di sisi Allah SWT . Golongan Anti-Najib  ini didapati sesungguhnya tidak sedar bahawa niat depa nak tumbangkan Najib yang sedang memimpin sebuah kerajaan yang sah itu adalah salah dari segi undanag 2 negara dan dilarang oleh Allah.

Jika anda melakukan kerja-kerja yang pada niatnya tidak baik? Percayalah wahai Mahathir bahawa usaha-usaha hinamu itu tidak akan direstui oleh Allah SWT. Anda pasti gagal tanpa redha dari Allah SWT.

Anda pasti gagal dan akan terus gagal dengan hinanya di mata rakyat. Kalau andan dan konco-konco anada rasa sangat kemaruk sangat nak letakan "kroni-kronimu"itu atau legasaimu duduk di kerusi Najib itu? Tunggulah pada PRU ke-14 pada tahun 2018 nanti.

Kita bertarung,kita berlawan cara gentleman.Bukan dari pintu belakang dengan menabur berbagai-b agai fitnah yang berupa perasaan dendam kesumat dan hasad engki yang dikutuk oleh Allah Swt yang Maha Berkuasa. dan Maha Mengetahui.yang Mentadbir seluruh alam ini.

Jika Rakyat akan tolak kamu dan konco-konco kamu yang berniat jahat di lembah kehinaan pada PRU  ke-14 itu nanti? Maka tersungkurlah kamu ke bumi dengan hinanya akibat niat dan nawaitu kamu yang jahat dan hasad dengki itu? ( Posted  by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1515 hrs on  February 20,2016.

Sama Ada Najib Nak Saman Akhbar (WSJ) Atau Tidak? Itu Adalah Urusan Najib..Bukan Urusan Zulkifly Ahmad Dari Parti Amanah...


Segala tohmahan yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib? Sentiasa dikajinya dengan  telilit sebelum respond.Beliau  didapati tidak pernah tergopoh-gopoh dengan tindakkan politiknya itu.




Oleh haji abu bakar ninggal
Jumaat,Februarfy 19,20116 @ 9.40pm.

Untuk pengetahuan Encik Zulkifly Ahmad! Bahawa Dr.Mahathir Mohamad,semasa jadi PM pun pernah difitnah oleh akhbar WSJ. Ujung-ujungnya hingga beliau dah bersara pun Mahathir didapati tidak berbuat apa-apa terhadap akhbar WSJ.

Justeru itu,maka terpulanglah kepada budi bicara Datuk Seri Najib,selaku Perdana Menteri Malaysia sekarang ini,sama ada nak saman WSJ atau sebaliknya?

Kenapa Zulkifly Ahmad dilihat begitru sibuk sangat desak Najib segera saman akhbar WSJ?

Tak ada kerja lain ke Zulkifly Ahmada ini? Bukankah lebih baik Zulkifly Ahmad tumpukan masa,fikiran dan tenaga untuk buat kerja-kerja yang lebih berfaeah pada parti Amanah itu sendiri yang mana ia masih kekurangan di sana sini itu? Masih memerluka perhatian yang serius dari tokoh-tokoh pemimpinya.

MAT SABU KATA MELAYU PERTENGAHAN BODOH,BANGGANG DAN BAHALOL

Mat Sabu Presiden parti Amanah itu hendaklah Zulkifly Ahmad serta konco-konco di dalam parti Amanah (PAN) nasihatkan padanya agar mulutnya itu jangan celupar sangat. Nak cakap ikut perasaan dan nafsunya belaka..

Ketika nak cakap fasal politik Tanah air terlebih dahulu hendak lihat ke kiri,ke kanan,ke atas dan ke bawah.Janganlah hentam keromoh sahaja.

Dua hari yang lalu Utusan online ada menyiarkan Mat Sabu di dalam ceramah politiknya beliau  di majlis terbuka Pakatan Pembangkang,di Sungai Petani,Kedah, sempena tahun baru Cina,di depan lebih kurang 250 orang hadirin kebanyakan terdiri kaum Cina.

Mat Sabu dilaporlan beberapa kali ada mengatakan kononnya orang-orang Melayu golongan pertengahan bodoh,banggang dan bahalol.

Dr.Zulkifly Ahmad,dari parti Aamanah 
PAN) di mana Mat Sabu  sebagai Presidennya.
Kenapa beliau begitu tega mengatakan dan melontarkan kata b idab itu bahawa Melayu pertengahan pada penilian politiknya kononnya adalah bodoh,banggan dan bahalol.

Tidakkah Mat Sabu rasa malu mengatakan bahawa Melayu pertengahn demikin rupa? Di mana jati diri Mat Sabu sebagai orang Melayu?

Didapati sanggup membodoh,membanggang dan membahalolkan bangsanya sendiri?

Melayu jenis apakah Mat Sabu ini? Belum lagi berkuasa sebagai pengutkuasa kerajaan pusat? Didepan Lim Guan Eng dari DAP?

Beliau di dapati begitu tega memperkecil-kecil bangsanya sendiri? Dengan mengguna serta melontarkan perkataan bodoh,banggang dan bahalol.Terlalu lancang lidahnya itu. Macam tak ada insurance/

Kita sangat kenal dengan sikap dan gelagat politik Mat Sabu itu.Kacang macam dah lupakan kulitnya.. Sebenarnya rakyat Malaysia yang perihatin di arena politik sangat kenal dan sangat tahu setakat mana kebijaksanaan Mat Sabu bermain politk di Malaysia ini?

Mat Sabu,Presiden parti 
Amanah (PAN) yang celupar mulutnya.
Beliau digelar sebagai (Ayam Sabung) ketika beliau berada di dalam PAS dulu itu? Semata-mata beliau di dalam ceramah-ceramah politiknya itu.Dilihat berkemampuan menyelitkan perkataan unsur lawak jenaka membuatkan para hadirin ketawa..Maka jadi poipularlah dia.

Tak lebih dari itu. Kelas poliotiknya? Bukan sahaja tak layak disamakan dengan kelas politik ahli pidato tokoh politik,bekas Senator Ezam Mohd Noor?

Malah dengan kelas politik Azmin Ali,dari parti PKR pun? Mat Sabu di dapati jauh ketinggalan di belakang. Tokoh politik tertentu di dalam Malaysia ini yang dilihat sedikit(admire) tertarik pada Mat Sabu hanya Guan Eng,Setiausaha Agong DAP.

Sebabnya? Kerana beliau boleh alatkan Mat Sabu dan Mat Sabu pula boleh dikatakan begitu patuh pada arahanya.

Jika Mat Sabu itu taraf politiknya di Malaysia ini unik dan terbilang sangat?  Sudah pasti Mat Sabu dan kawan-kawannya yang pernah jadi AJK parti PAS/? Tiba-tiba ditolak oleh parti Pas tanpa disangka-sangka oleh umum.

Mat Sabu harus sedar beliau kini sedang pegang jawatan sebagai Presiden parti Amanah. Mahu atau tidak mahu? Suka atau tidak suka? Secara otomatik Mat Sabu harus tahu humble dan harus pandai berbudi bahasa dan tahu hormat pada semua lapisan hidup orang-orang Melayu.

Jangan guna bahasa kasar dan biadab bila buat ceramah di atas pentas politik.Tak boleh ikut nafsu amarah. Tak boleh maki hamun rakyat yang jadi bakal pengundi pada setiap Pilihan Raya Umum.

Siapa Mat Sabu ini nak marah-marah orang-orang Melayu sesuka hati beliau? Apakah hak yang ada pada beliau?

Undang-undang di Malaysiaa yang mana satu di dalam perlembagaan Malasyia ini ada memberi peruntukan agaar Mat Sabu bebas menghina  orang?
Mohd Ezam Mohd Noor pemidato 
terhebat dalam politik
Malaysia ini.

Kononnya.ada memberi  hak kebebasan secara total pada Mat Sabu nak bodoh-bodohkan,,nak banggang-banggangkan,nak bahalolkan dan maki hamun orang-orang Melayu?

Jawabnya tak ada langsung sebarang peruntukaan khas di berikan pada Mat Sabu dan pada sesiapa sahaja di dalam undang-undang Malaysia?

Jadi,apakah hak Mat Sabu nak dakwa kononnya disebabkan kebodohan,kebanggangan dan kebahalolan pengundi-pengundi Melayu kelas ini dan itu yang menjadi sebab-sebab kekalahan parti pembangkang yang terdiri dari parti(PAS,PKR.DAP) tak berjaya jadi Kerajaan Pusat pada PRU ke-13 dulu itu.

Tidakkah Mat Sabu sedar? Bahawa di setiap kali hari pengundian Pilihan Raya Umum di Malaysia ini? Yang menjadi raja ialah rakyat? Rakyat boleh pilih calon-calon dan tokoh-tokoh politik dari parti mana sekalipun mengikut pilihan dan kesukaan hati mereka.

Tidak timbul isu kononnya rakyat kelas ini bodoh,banggang dan bahalol? Di hari pengudian untuk memilih tokoh-tokh politik dari parti mana aje? Adalah hak kebebasan mutlak pada para pengundi itu sendiri.Tidak sesiapa dibenarkan untuk memaksa undfilah partiaku atau sebagainya.Salh disegi undang-undang jika ada yang memaksanya.

Disebabkan rakyat tak memngundi parti-parti pembangkang? Mat Sabu sama sekali tidak boleh kategoriukan kononnya rakyat kelasa ini dan kelas aitu sebagai bodoh,banggang dan bahalol.Dimana letaknya budi bahasa Mat Sabu hiungga san ggup berkata demikian/

Selaku pemimipin tertinggi parti politik parti Amanah? Mat Sabu tentu mengharapkan sokongan dari orang-orang Melayu disemua lapisan pendidikan dan taraf? Jika Mat Sabu kata golongan ini dan itu bodoh, banggang dan bahalol?

Ertinya Mat Sabu telah menghina depa yang berada  di dalam negara Malaysia yang mengamalkan demokrasi? Mat Sabu harus meminta maaf ata kelancangan mulutnya itu.

Siapa yang rela beri sokongan pada parti Amanah pimpinan Mat Sabu itu?Mungkin setiap kawasan pilihan Raya Umum yang ditandingi oleh tokoh-tokoh politik dari parti Amanah itu? Bukan sahaja kalah dan tak berpeluang jadi wakil rakyat yang bertitle Yang Berhormat?

Malah wang pertaruhan pun akan hilang lesap..Mat Sabu harus ingat! Budi bahasa itu tidak boleh dijual beli? Manusia tidak akan menghormati anda walau pun anda itu kaya raya,banyak harta benda di lautan dan juga di daratan?

Hanya budi bahasa-lah akan dikenang oleh orang.Hanya budi bahasa sahaja akan dikenang dan akan dibawa mati.Binantang mati tinggalkan bangkai.Tetapi manusia mati tinmggalkan nama.
Dari segi poipular/Azmin Ali lebih
popular dari Mat Sabu..

Muhasabah-lah diri beliau terlebih dahulu wahai Mat Sabu. sebelum nak kata orang Melayu bodoh,banggan dan bahalol dan sebagianya?

Jika Mat Sabu dan konco-konconya itu anggap bahawa diri mereka dan kononnya dah begitu bijaksana?

Kenapa anda semua kalah teruk di dalam Muktamar parti PAS pada June 2015 dulu itu? Kekalahan sebagai setandan pisang yang Mat Sabu dan konco2nya alami itu?


Dengan kata lain? Maka kekalahan teruk Mat Sabu dan konco-konco  itu di Muktamara PAS pada tahun 2015 dulu itu? Jelasa memberi signal pada rakyat bahawa keputusan itu?

Adalah jadi bukti dan sebab musabab kelemahan mereka sendiri.semacam tdak begitu bijaksana mengatur percaturan politik yang sedanag mereeka harungi itu dan kenapa para perwakilan parti PAS tolak mereka tersungkor di bumi dari arena parti politik PAS?.

Kekalahn itu sangat malu dan mengaibkan kerana ditolak oleh perwakilan PAS macam pisang busuk setandan.Jatuh bedebab ke bumi tanpa tiupan angin dan ribut?

ISU KENAPA DATUK SERI NAJAIB TAK SAMAN (WSJ)?

Berbalik semulu pada isu gesaan Zukifly Ahmad  dari parti Amanah pimpinan Mat Sabu.zULKIFLY Ahmad buat gesaaan agar Najib segera sama akhbar WSJ.

Gesaaan itu boleh dibaca melalui portal media sosial Malaysiakin,siaran hari ini,tanggal (19/02/2016 pada jam 11.20 pagi)

Bagi penulis, kenyataan politik siaran portal Malaysikini yang mana Zulkifly Ahmad, dilihat ada desak agar Najib saman akhbar WSJ itu.

Isu itu bukan urusan Zulkifly itu sendiri dan sekaligus ia bukan juga tanggung jawab parti Amanah? Hakikatnya?Gesaan yang  dibuat oleh Zulkifly Ahmad,pakar strategi parti Aamanah itu?

Dari segi faedhnya?Tak ada apa-apa faedahnya pada perjungan parti Amanah itu sendiri. hanya gesaan politik terkini untuk nak popularkan nama Zulkifly Ahmad dan parti baru Amanah pimpinan Mat Sabu yang didapati baru sahaja melabelkan Melayu golongan pertenghan Malaysia iin bodoh,banggang dan bahalol.

Persoalan  yang menjadi topik gesaan Zulkifly Ahmad itu? Adalah terpulang pada budi bicara PM Datuk Seri Najib.Beliau ada banyak penasihat-penasiaht undang-undang yang  pakar-pakar dalam isu undang-undang dan dalam isu saman menyaman  itu.

SERAHKAN DATUK SERI NAJIB BUAT RUMUSANNYA

Biarlah Datuk Seri Najib dan penasihat-penasihatnya yang akan merumuskan keputusan mereka.Tak usahlah Zulkifli Ahmad dan parti Amanah nak sibuk-sibuk sangat dengan isu itu hingga terpanggil menulis di dalam portal media sosial Malaysiakini.

Jika  kita bercakap fasal faedahnya? Tulisan Zulkifly Ahmad itu tak memberi sebarang faedah dan laba pada Zulkifly Ahmad khasnya.Pada masa yang sama juga parti Amanah umumnya pun tak dapat sebarang faedah.

Satu dunia dah tahu dah bahawa akhbar WSJ itu sering mengeluarakan berita sensatif yang tak boleh dipakai kesahiahnya?.Negara Iraq jadi hancur musnah hingga kini.

Akibat tulisan wartawan WSJ (Judith Miller) kononnya Iraq dah berjaya cipta senjata (WMD) pemusnah  besar yang boleh memusnahkan semua negara-negara Arab di rantau itu.
Laporan palsu (WSJ ) tulisan Judith  Miler ( gambar atas) punxcanya Iraq diserang hingga hancur lebur dan hingga kini pun masih beluam aman  lagi.

Akibatnya? bila disiasat secara detail oleb penyiasat PBB. Ternyata dakwan WSJ itu rekaan semata-mata dan kotor niatnya?Tetapi Presiden Bush Amerika dan Tony Blair dari Englang percaya berita siaran WSJ itu.

Maka Iraq telah dimusnahkan tanpa sebab yang sahih hanya akibat IFTNAH yang melulu dari Barat yang mana negara-negara barat yang punya  agenda yag tersirat.

lazimnya negara-negara maju di Barat ini memang tak suka negara Asia dilihtnya hidup aman damai dan makmor dengan rakyat-rakyatnya.Ada-ada sahaja agenda buruknya nak mereka wujudkan agar suasana kacau bilau berlaku.

Justeru itu  kita janganlah mudh terperangkap dengan jerat yang mereka pasang?Golongan yang dapat faedaha dari gesaan Zulkifly Ahmad itu ialah muuh-musuh negara kita?Sekaligus hanya portal media sosial Malaysiakini yang mendapat labanya kerana berjaya melaga-lagakan tokoh politk Melayu terus bersengketa.

DENGAN adanya gesaan Zulkifly Ahmad melalui portal media sosialnya itu? Dari segi penerbitan?Mereka telah dapat memenuhi ruangan portal mereka yang setiap hari tandus dengan isu-isu politik yang karut marut macam gesaan Zulkifly Ahmad itu?.

Encik Zulkifly Ahmad ahli politik dari parti Amanah tak dapat apa-apa faedahnya membuat gesaan itu? Cuma tulisan bahan bacaan yang membazir untuk menolong Malaysiakini penuhkan rungan terbitan harian yang sentiasa kosong melopong itu?

Depa main tangkap muat aje.dan isikan di rungan portal media sosial mereka yang sentiasa kosong-melopong itu dengan apa aje bahan-bahan bacaan untuk peminat portal media sosialnya itu.Tak lebih dari itu?( Posted by abnmulya  // haji bakar ninggal.blogspot.com at 2140 hrs on Fe bruary 19,2016.

Tuesday, February 16, 2016

Datuk Seri Najib Ibarat Durian.Sementara golongan Anti-Najib Itu Sebagai Mentimun aje..Di Gelek Kena ,Tak Gelek Pun Kena Durinya...

Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6 dan Presiden parti Umno yang sah  di segi politik dan perlembagaan Malaysia.



Oleh haji abu bakar ninggal
Rabu,February 17,2016 @ 4.07 pm

Melalui portal Malaysiakini siarannya pada tanggal 16/02/2016 pada jam 10.10 malam.Penulis ada baca bahawa Mahathir ada membuat kenyataan politiknya di mana Malaysiakini buat tajuk berita itu yang berbunyi (:Mahathir: Tiada serah kalah dalam pertarungan lawan Najib")..

Menurut Mahathir, "Saya berpegang apabila kita jatuh kita perlu bangun semula dan cuba lagi dan lagi.Ia sama ada apa kita lakukan itu berbaloi atau tidak,"katanya.

Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas b eliau melancarkan inisiatif "My new proton" di Shah Alam, pada 16/02/2016.

Berhubung dengan penegasan Mahathir itu? Penulis rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dan penulis mengharapak golongan Anti-Najib itu harus berfikir semula dan batalkan aje niat mereka yang songsang itu.

Tun Dr.Mahathir Mohamad ,hanya
bekas  PM Malaysia. 
Penulis tidak ambil peduli apa yang telah Mahathir utarakan itu? Sama ada Mahathir tiada serah kalah atau sebaliknya untuk guling Najib?

Itu adalah hak mutlak Mahathir yang berada di dalam negara Malaysia yang demokratik ini.

Persoalannya? Akan berjayakah Mahathir dengan gerakkannya itu?Pada hemat penulis bahawa golongan Anti-Najib yang diketuai oleh Mahathir itu  pasti gagal nak tumbangkan Najib.

Kerana golongan Anti-Najib ini?Ia merupakan golongan yang (minoriti) di Malasia ini yang cuba menetang arus,nak menggulingkan Najib, Perdana Menteri Malasysai yang sah dari segi undang-undang dan perlembagaan Malaysia. hasil dari PRU ke-13 pada tanggal 05 hb.may 2013 dulu itu.?

Nampaknya agenda Mahathir itu jauh boleh dikatakan gerakkan yang jauh panggang dari api? Pasti akan gagal dari permulaannya mahupun pada penghujungnya.

Datuk Zahid Ibrahim,bekas menteri kehakiman
di era Pak Lah bergabung dengan Mahathir nak
gulingkan Datuk Seri Najib.
Datuk Seri Najib kini adalah orang nombor satu yang sedang berkuasa di segi politik dan pentadbiran di Malaysia ini. Beliau didapati tak ada melakukan sebarang kesalahan dari segi undang-undang dan perlembagaan Malaysia.

Bak kata orang tua-tua kita bahawa kedudukan politik Datuk Seri Naqjib adalah sebagai buah durian yang tajam durinya..

Sedangkan Mahathir dan konco-konconya itu hanya sebagai mentimun. Lazimnya sangat susah bagi mentimun nak kalahkan durian. Digelek pun kena dan jika tak digelek pun kena.

Datuk Zainudin Maidin,bekas
menteri penerangan dan bekas
wartawan Utusan Malaysia
bergabung dengan Mahathir
nak gulingkan Najib.
Jadi bagaimana Mahathir dan konco-konconya itu nak bergerak?Tang tu...dan tang tu.. juga-lah jadinya..

Sedangkan tokoh-tokoh politik dari Umno yang masih belum dipecat keahliannya itu tetapi masih menyokong agenda Mahathir masing-masing tak berkuku lagi? Dilihat dari hari ke hari semakin bertambah banyak yang dah gugur seorang demi seorang bedebab jatuh kje bumi macam buah nagka busuk.

Bahkan ada pula di antaranya dah pun (fedup) dan pelan-pelan dah senyap-senyap mula tinggalkan Mahathir dan konco-konconya yang boleh dibilang dengan jari aje jumlahnya..

LAGIPUN jika Mahathir berbangga dengan darah keturunannya yang berdarah dari "Karala" itu? Pantang undur berjuang sebelum menang?

Jika jatuh akan terus bangun dan bagun lagi? Maka Najib pun yang berketurunan darah (pahlawan bugis) itu? Pasti tak diam diri.

Beliau masih muda dan bertenaga waja bak besi kursani kekuatannya? Beliau pun akan berkata macam Mahathir kata,"Tak serah kalah" dalam usaha nak pertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysai dan sekaliguys sebagai Presdien parti Umno yang keramat itu.

Mohamad Najib Tun  Razak,tetap tidak akan berundur.Malahan terus menerus akan mempertahankan kedudukanya itu walaupun seinchi dari tentangan Mahathir dan konco-konconya itu.

Penegasan telah ditegaskan oleh Najib banyak kali dah Mellaui media masa dan melaui sorong TV tempatan tanah air Malaysia.Apakah Mahathir dan konco-koncanya itu tak dengar atau sengaja buat-buat tak dengar?( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1607 hrs on Februaray 17,2016.