Tuesday, February 7, 2017

DAP Halang Penyelesai Ikut Islam- Nik Abdul

Maisarah heikh Rahim : February 06,2017 @ 5.14pm.
Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
KUALA LUMPUR 6 Feb. – Pas te­rus ‘menyerang’ DAP dan kali ini menempelak parti tersebut yang begitu lantang menolak dan menentang kehendak umat Islam yang mahu mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu perkara atau masalah mengikut syariah.

Ketua Dewan Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, sikap DAP menolak jalan penyelesaian dalam negara melalui cara sedemikian disifatkan sebagai satu tindakan permusuhan yang nyata terhadap Allah dan Islam.

Menurutnya, bukan setakat dilihat cuba menghalang Islam daripada mencampuri urusan pentadbiran negara, malah DAP seolah-olah menganggap kaedah syariah tidak praktikal dan tidak sesuai untuk sesebuah negara yang sedang pesat membangun.

“Jika anda bertanya, mengapa Pas menolak DAP dan mereka yang bersamanya, maka jawapannya adalah selaras dengan apa yang dijelaskan di atas. DAP menolak penyelesaian agama untuk negara.

“Bukan hanya untuk negara, DAP berani menolak dan menentang kehendak umat Islam untuk berubat dan mencari penyelesaian dengan agama Islam (dianuti) mereka sendiri. Ia adalah permusuhan yang nyata terhadap Allah dan agama-Nya. Justeru, Pas mengingatkan rakyat Malaysia agar menolak penyelesaian cara DAP,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan, sudah menjadi prinsip Pas menolak mana-mana pihak yang bermusuh dengan Allah, rasul dan agama-Nya.

Sehubungan itu ujarnya, rak­yat diminta menjauhi sebarang penyelesaian oleh mana-mana pihak yang menolak pesanan-pesanan agama untuk membina negara kerana perbuatan sedemikian bukan merupakan ajakan untuk meninggalkan kemurkaan Allah, sebaliknya menuju bentuk kemurkaan yang baharu.

“Ia kerja sia-sia yang membazirkan masa dan usaha menuju kehidupan yang diredai Allah.

“Golongan ini akan segera menolak ajakan-ajakan kepada syariah Islam dan hukum-hukum agama yang disifatkan menyekat kebebasan dan hak-hak manusia untuk bebas membuat keputusan sendiri
bagi diri sendiri dan masyarakat tanpa ikatan agama. Bagi mereka, agama mestilah dihalang mencampuri urusan negara, agama bukanlah panduan yang praktikal dan sesuai untuk memajukan sebuah negara mo­den hari ini,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2216 hrs on Februaray 07,2017.

TPM Minta Diaspora Malaysia Sentiasa Jaga Imej Negrara.

NIZAM HAMID : FEBRUARY 07,2017 @ 1.10 AM.

AHMAD ZAHID HAMIDI berswafoto ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Rakyat Malaysia sempena lawatan rasmi empat hari beliau di Doha, Qatar, malam semalam. BERNAMA 


DOHA 6 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Malaysia di sini menjaga reputasi mereka bagi memastikan persepsi baik terhadap negara terus terpelihara.
Menurut Timbalan Perdana  Menteri, langkah itu juga pen­ting dalam memastikan peluang ekonomi yang berterusan untuk rakyat Malaysia di sini.
“Reputasi Malaysia cukup tinggi di sini dan Qatar amat menyenangi kehadiran kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia di sini malam tadi.
Menurutnya, dalam pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, baginda turut menyatakan kerajaannya cukup senang dengan syarikat Malaysia dan pekerjanya yang profesional.
Yang hadir sama Duta Besar Malaysia ke Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Ahmad Zahid tiba di sini kelmarin bagi lawatan rasmi empat hari ke negara ini atas undangan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifah Al Thani yang juga Menteri Dalam Negeri.
Sempena lawatan sulung Ahmad Zahid ke negara ini sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan juga Sheikh Abdullah
Dalam majlis itu juga Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Qatar bersetuju mengiktiraf lesen memandu rakyat Malaysia di sini.
Menurutnya, dengan keputusan itu rakyat Malaysia di negara ini tidak perlu mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen memandu di sini.
Sementara itu, Ahmad Jazri berkata, terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia yang bekerja di sini. – (UTUSAN ONLINE).Posted by abnmulya / haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2108 hrs on February 07,2017.

PAS Akui Umno/BN Mampu Bela Islam.

February 06,2017 @ 12.56 am.



SOLAT Jumaat di masjid menunjukkan umat Islam bersatu dalam menunaikan ibadah itu dan semangat perpaduan berkenaan seharusnya turut melibatkan ahli politik Muslim daripada parti berbeza. GAMBAR HIASAN/BERNAMA


KUALA LUMPUR 5 Feb. – Pas me­ngakui UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah kelompok umat Islam yang boleh dimanfaatkan untuk membela agama.
Mursyidul Am PAS,Ustaz Hashim Jasin
Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, ini terbukti apabila parti yang menunjangi kerajaan itu boleh bekerjasama dengan Pas dalam isu membabitkan kepen­tingan Islam seperti pembelaan etnik Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah).
Berbeza DAP, katanya, parti itu mempunyai sikap yang begitu keras terhadap Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan agama itu di negara ini.
“Kita (Pas) harus mengakui mereka (UMNO) adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.
“Ini berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap keras terhadap Islam,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal berita parti itu, harakahdaily.net, hari ini.
Menurut Hashim, Pas pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam.rsyidul Am PAS,uSTAZ
Katanya, terkeluarnya DAP daripada Barisan Alternatif pada 2001 adalah kerana sikap keras mereka terhadap negara Islam manakala pergeseran pada 2015 juga berkait usaha Pas melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
“Kita mempelajari seni politik Rasulullah SAW yang sangat matang dan kita sepatutnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam.
“Kita tidak akan biarkan diri kita tersepit atau dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebalik­nya kita memanfaatkan kekuatan yang kita miliki untuk tawar-menawar yang memberikan ke­untungan kepada Islam,” katanya.( utusan on line).Postd by abnmulya //haji abu bakar ningal.blogspot.com.at 1951 hrs on February 07,2017.

Sunday, February 5, 2017

Pemilihan Balu Ganti Suami Bukan Trend

05 Februari 2017 1:03 AM 


AHMAD ZAHID HAMIDI bersama Abang Johari Tun Openg diiringi jentera AHMAD ZAHID HAMIDI bersama Abang Johari Tun Openg diiringi jentera Barisan Nasional melambai ke arah penyokong ketika bergerak ke Dewan Masyarakat Lundu bagi proses penamaan calon PRK Tanjong Datu, semalam. MINGGUAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA



LUNDU 4 Feb. – Keputusan Barisan Nasional (BN) mencalonkan balu untuk bertanding mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kosong selepas kematian suami mereka bukanlah satu trend atau amalan parti berkenaan. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan mencalonkan Datin Mastura Mohd. Yazid untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar selepas kematian suaminya, 

Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad pada 5 Jun tahun lalu dan terbaharu, Puan Sri Jamilah Anu pada PRK DUN Tanjong Datu, 18 Februari ini adalah dibuat berdasarkan kelayakan mereka. 

Katanya, pencalonan yang dipersetujui sebulat suara oleh pucuk pimpinan BN negeri dan Pusat itu diputuskan selepas kajian teliti dijalankan. 

 “Kami sudah terlebih dahulu melakukan kajian secara teliti. Keputusan mencalonkan Jamilah bertanding mempertahankan kerusi dikosongkan oleh suaminya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di DUN Tanjong Datu misalnya kerana kita yakin beliau dapat diterima sebagai calon terbaik," katanya. 

 Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa hadir mengiringi Jamilah menghantar borang pencalonan di Dewan Masyarakat Lundu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, satu lagi tujuan memilih mereka adalah bagi meningkatkan jumlah wakil rakyat wanita di peringkat ne­geri dan Pusat. 

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberi jaminan, semua program pembangunan yang dirancang di kawasan Tanjong Datu semasa Adenan masih hidup akan diteruskan pelaksanaannya di bawah pentadbiran Ketua Menteri baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. 

 "Saya rasakan PRK kali ini merupakan satu hikmah daripada Allah SWT bagi meneruskan legasi yang menjadi tradisi kepada BN, iaitu meneruskan pemba­ngunan di Tanjong Datu", katanya. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2248 hrs on February 06,2017.




Friday, February 3, 2017

Hanya Pertemuan,bukan Rundingan-Abdul Hadi

ROSANLINDA MD.AMIN :feb 03,2017 @ 108 am.


KUALA TERENGGANU 2 Feb. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pertemuan pemimpin atasan parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam belum membawa ke arah kerjasama antara kedua-dua parti.

Abdul Hadi Awang

Ketika pakatan pem­bangkang me­nyam­but baik perkemba­ngan terbaharu itu yang dilihat memberi harapan baharu bagi mereka, Abdul Hadi berkata, pertemuan semalam adalah pertemuan biasa atas permintaan PPBM, bukan suatu perundi­ngan khusus.
“Semalam ada pertemuan. PPBM minta jumpa dengan Pas. Jumpa sahaja. Belum ada apa-apa keputusan kerana perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat.
“Kita sudah buat garis panduan dan sempadan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubu­ngan dengan DAP dan PAN. Setakat ini, hasil pertemuan belum dilapor lagi kepada saya,” ujarnya.
Media melaporkan, Pas dan PPBM akan membentuk sebuah jawatankuasa teknikal bagi mengambil tindakan susulan atas semua keputusan yang dipersetujui dan memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Kenyataan bersama yang memetik nama timbalan presiden kedua-dua parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu dikeluarkan selepas pertemuan kedua-dua mereka semalam.
Abdul Hadi ber­kata, Pas sentiasa terbuka untuk bertemu dengan semua pihak, malah pernah mengadakan pertemuan dengan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC.
Menurutnya, Pas telah memaklumkan kepada PPBM mengenai pendekatan politik baharu parti itu ke arah Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) di samping menolak politik fitnah dan serang-menyerang.
Ketika diminta mengulas mengenai sindiran Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub bahawa beliau hanya bermimpi di siang hari susulan impian untuk mendapatkan Terengganu dan Kedah serta menang 40 kerusi Parlimen sekiranya bersendirian, Abdul Hadi berkata, Pas berpijak di bumi nyata, tidak seperti PAN.
“Kalau kita tidur dengan baik, siang boleh mimpi, malam pun boleh mimpi. Yang penting ja­ngan tidur dalam keadaan yang susah dan rungsing. Pas tidak mimpi, kita berpijak di bumi nyata.
“Pas ada 160 kawasan di seluruh negara serta ada cawangan. Parti lain seperti DAP dan PAN tidak ada kawasan mahupun cawangan. Mereka bergerak atas angin,” katanya.9Utusan online).Posted by abnmulya // hgajni abu bakar n ingga;.blogspot.com at 233 hrs on Feb 03,2017
i

Keputusan Datuk Seri Najib Kekalkan Annuar Musa Sebagai Ketua Penerangan Umno Keputusan Yang Wajar







Ahad,Januarfat 31,2017 @ 2.33 am.

Mulai semalam telah diberitakan melalui TV bahawa Majlis Mara telah mengumumkan di media masa bahawa jawatan Tan Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara telah di gantung jawatannya.

Tan Sri Annuar Musa tidak berada di Malaysia. Beliau berada di New Zealand berhubung kait dengan urusan Mara juga.



Berita itu melalut hingga ke hari ini.sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden Umno membuat pengmuman politiknya pada malam tadi menersui berita TV jam 8 malam dan diikuti lagi pada siaran TV tengah malam tadi, jam 12 tengah malam.


Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Ssri najib itu dengan tujuan hendak menegaskan bahawa Tan Sri Annuar Musa tetap kekal sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia..


Disamping itu Datk Seri Najib juga telah meminta agar isu itu tidak dimanupulasi oleh pihak2 yang bersangkutan.


Menurut Datuk Seri Najib bahawa Tan Sri Anuar Musa bersedia memberi penerangan kepada pihak Majlis Mara atas segala dakwaan yang telah ditimpakan ke atas dirinya itu.


Bagi penulis keputusan Datuk Seri Najib terus kekalkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu, adalah wajar dan kena pada tempatnya.

Kerana Tan Sri Annuar masih belum didapati bersalah dan tiada sebarang dakwan rasmi ke atasnya
elah dibuat oleh pihak majlis Mara.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun telah di tuduh di Mahkamah atas kesnya itu?

Namun beliau masih lagi pegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga sebagai Setiausaha Agong parti DAP,
Jadi, sesungguhnya keputusan Datuk Seri Najib tetap kekalakan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu memang wajar dan tiada cacat celanya.dan tiada ganjil sama sekali.

Penulis ucapkan syabas pada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana dilihat begitu tegas pendirian politiknya itu...
Jika kita bercakap fasal kewibawaan sebagai Ketua Penerangan Umno?

Iaitu sejak di beri tugas ke jawatan itu?Ternyata sekali Tan Sri Annuar Musa telah banyak melakar perubahan di portpolio itu dan telah berjaya meletakan Umno di landadan yang kukuh semula

Di landasan yang kukuh bagi menentang segala kritik-kritik yang negatif yang telah di hadapkan oleh musuh-musuh politik Umno yang diketuai oleh mantan Presiden Umno Tun Mahathir yang kini dilihat benar-benar hendak mengkuburkan parti Umno dan sekaligus hendak menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak...(Posted by abnmuly a// haji abu bakar ninggal.blogspot com at 2.33 am on February 01,2017.

Keputusan Datuk Seri Najib Kekalkan Annuar Musa Sebagai Ketua Penerangan Umno Keputusan Yang Wajar







Ahad,Januarfat 31,2017 @ 2.33 am.

Mulai semalam telah diberitakan melalui TV bahawa Majlis Mara telah mengumumkan di media masa bahawa jawatan Tan Seri Annuar Musa sebagai Pengerusi Mara telah di gantung jawatannya.

Tan Sri Annuar Musa tidak berada di Malaysia. Beliau berada di New Zealand berhubung kait dengan urusan Mara juga.



Berita itu melalut hingga ke hari ini.sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden Umno membuat pengmuman politiknya pada malam tadi menersui berita TV jam 8 malam dan diikuti lagi pada siaran TV tengah malam tadi, jam 12 tengah malam.

Pengumuman yang dibuat oleh Datuk Ssri najib itu dengan tujuan hendak menegaskan bahawa Tan Sri Annuar Musa tetap kekal sebagai Ketua Penerangan Umno Malaysia..

Disamping itu Datk Seri Najib juga telah meminta agar isu itu tidak dimanupulasi oleh pihak2 yang bersangkutan.

Menurut Datuk Seri Najib bahawa Tan Sri Anuar Musa bersedia memberi penerangan kepada pihak Majlis Mara atas segala dakwaan yang telah ditimpakan ke atas dirinya itu.

Bagi penulis keputusan Datuk Seri Najib terus kekalkan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu, adalah wajar dan kena pada tempatnya.

Kerana Tan Sri Annuar masih belum didapati bersalah dan tiada sebarang dakwan rasmi ke atasnya
elah dibuat oleh pihak majlis Mara.

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun telah di tuduh di Mahkamah atas kesnya itu?

Namun beliau masih lagi pegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga sebagai Setiausaha Agong parti DAP,
Jadi, sesungguhnya keputusan Datuk Seri Najib tetap kekalakan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno itu memang wajar dan tiada cacat celanya.dan tiada ganjil sama sekali.

Penulis ucapkan syabas pada Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana dilihat begitu tegas pendirian politiknya itu...
Jika kita bercakap fasal kewibawaan sebagai Ketua Penerangan Umno?

Iaitu sejak di beri tugas ke jawatan itu?Ternyata sekali Tan Sri Annuar Musa telah banyak melakar perubahan di portpolio itu dan telah berjaya meletakan Umno di landadan yang kukuh semula

Di landasan yang kukuh bagi menentang segala kritik-kritik yang negatif yang telah di hadapkan oleh musuh-musuh politik Umno yang diketuai oleh mantan Presiden Umno Tun Mahathir yang kini dilihat benar-benar hendak mengkuburkan parti Umno dan sekaligus hendak menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak...(Posted by abnmuly a// haji abu bakar ninggal.blogspot com at 2.33 am on February 01,2017.