Thursday, February 5, 2015

Eric Paulsen didakwa

Mengaku tidak bersalah tuduhan menghasut

06 Februari 2015 2:07 AM
Eric Paulsen

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Peguam, Eric Paulsen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerbitkan kenyataan menghasut berhubung dakwaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di negara ini.

Eric, 42, yang juga Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty didakwa menerbitkan kenyataan itu dalam laman sosial Twitter miliknya di https://twitter.com/ericpaulsen101.

Kenyataannya itu menyebut ‘JAKIM is promoting extremism every Friday. Govt., needs to address that if serious about extremism in Msia’ (Jakim sedang mempromosi fahaman ekstremis setiap Jumaat.

Kerajaan perlu sedar jika serius tentang fahaman ekstremis di Malaysia). Perbuatan itu didakwa dilakukannya di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman di sini kira-kira pukul 8 malam, 10 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan pertuduhan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama. 

Wan Shaharuddin mencadangkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin namun peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Eric memohon agar anak guamnya itu tidak dikenakan syarat yang berlebihan dan memberi jaminan akan hadir ke mahkamah bagi setiap prosiding kes tersebut.

Hakim Abdul Rashid Daud kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes.

Eric yang menimbulkan kemarahan umat Islam berikutan kenyataannya itu turut menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Mufti Kelantan,

Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyifatkannya sebagai seorang yang biadab dan cuba melakukan provokasi terhadap umat Islam. peguam itu juga pernah menerima ugutan bunuh akibat kenyataan tersebut dan telah membuat laporan polis namun dalam masa yang sama dia tetap mempertahankan kenyataannya itu.(Utusan online-Mahkamah).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.43 noon on Feb-06,2015.

JOKOWI MULAKAN LAWATAN RASMI 3 HARI

06 Februari 2015 2:34 AM. 

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Ibu Iriana tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang kira-kira pukul 3.50 petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.

Kunjungan buat pertama kali Joko serta isteri ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat rasmi kerajaan Indonesia itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan penuh istiadat negara. Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan menteri Kabinet yang lain. – BERNAMA


SEPANG 5 Feb. – Presiden Indonesia, Joko Widodo dan isteri, Ibu Iriana tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 3.50 petang ini bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia.

Kunjungan buat pertama kali Joko atau Jokowi serta isteri ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat rasmi kerajaan Indonesia itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dengan penuh istiadat negara.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta barisan menteri Kabinet yang lain. Malaysia merupakan negara pertama dikunjungi Presiden Indonesia itu selepas mengambil alih teraju pemerintahan republik itu pada 20 Oktober tahun lalu.

Lawatan rasmi tersebut disifatkan sebagai sungguh bermakna dalam konteks hubungan negara anggota rantau Asia Tenggara, tambahan pula Malaysia merupakan Pengerusi ASEAN tahun ini. Kunjungan Presiden Indonesia itu juga adalah sebagai memenuhi jemputan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sebaik sahaja Jokowi tiba di pekarangan kompleks tersebut, lagu Indonesia Raya dan Negaraku dimainkan oleh Kumpulan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Sungai Besi.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan ke udara oleh Pasukan 41 Istiadat. Presiden Indonesia itu kemudian melakukan pemeriksaan perbarisan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja melibatkan 104 anggota serta pegawai yang dike­tuai oleh Mejar Mohd. Herdi Ismail.

Jokowi dan isteri dijadual menghadiri Majlis Santapan Negara di Istana Negara malam ini. < Antara perkara utama yang dijangka dibincangkan adalah isu sempadan maritim dan darat, tenaga kerja Indonesia di Malaysia serta usaha-usaha meningkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara. 

Selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Jokowi dijadual me­nunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya dan selepas itu beliau akan ke Shah Alam melawat kilang pengeluar kereta nasional, Proton.( Utusan online) Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal Blogspot.com at  11.50 am on Feb-06,2015...

JMM buat laporan polis terhadap CEO The Star

05 Februari 2015 5:43 PM 

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan dan Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai atas dakwaan menerbitkan artikel berbaur fitnah, hasutan dan mengelirukan berhubung projek Datum Jelatek.

Ketua Pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor berkata, laporan di Balai Polis Dang Wangi itu dibuat berhubung tulisan Chun Wai yang menggambarkan bahawa orang Melayu adalah rasis, bodoh, miskin dan bersifat prejudis menerusi artikel bertajuk ‘Deep concern for all’ yang diterbitkan pada 1 Februari lalu.

“Sebagai sebuah akhbar arus perdana yang menyokong aspirasi nasional, The Star seharusnya mendukung polisi pemerintah dan menjadi lidah dalam menyampaikan mesej perpaduan kepada semua kaum di negara ini.

“Mereka tidak seharusnya menerbitkan artikel yang boleh mendatangkan kekeliruan dan kemarahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada 25 Januari lalu, kira-kira 1,000 orang berkumpul di tapak projek Datum Jelatek di Taman Keramat bagi membantah tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan projek mega tersebut diteruskan.

Kecohan apabila penduduk turut memecahkan dinding penghalang tapak projek kerana tidak berpusa hati dengan pemaju yang enggan menghentikan pembangunan tersebut.

Sementara itu, Faizan turut mempertikaikan pengurusan tertinggi akhbar tersebut yang seolah-olah tidak sensitif terhadap isu perkauman di negara ini.

Siapa sebenarnya Chun Wai dan apakah motif beliau menerbitkan artikel tersebut yang jelas berdasarkan maklumat daripada portal dan akhbar pro pembangkang?,” ujarnya.

Sehubungan itu, JMM Wilayah Persekutuan dan Selangor menggesa pihak pengurusan tertinggi The Star untuk memecat Chun Wai.-UTUSAN ONLINE.( Posted by abnmulya //Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1013 am on Feb--02,2015.

Isu sabotaj ekonomi tidak boleh dipandang ringan

06 Februari 2015 2:21 AM

Tan  Sri Muhyiddin Yassin
LIPIS 5 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, isu sabotaj ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan dan siasatan rapi perlu dilakukan bagi mendapatkan kesahihan berhubung dakwaan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak sepatutnya mengelak daripada membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut sebelum dakwaan itu terbukti kerana melibatkan kepentingan negara.

“Jika dikatakan ada orang sa­botaj ekonomi, itu kita tidak boleh pandang ringan. Tapi kita kena juga jelas apa yang dimaksudkan atau apakah benar tuduhan itu dan faktor tertentu yang menyebabkan kita terjejas,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di Kampung Aur Gading di sini hari ini.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Menurut Muhyiddin, isu sa­botaj ekonomi negara perlu mendapat penjelasan yang terperinci dan tepat daripada pihak berkuasa ter­babit dan pakar ekonomi.;

Katanya, pelbagai faktor luar kawalan juga perlu dilihat seperti masalah ekonomi global yang menjejaskan ekonomi negara termasuk penurunan harga minyak dan pendapatan nasional.(utusan online).Posted by abnmulya  /Abu Bakar NInggal.blogspot,com.at9.52 am on Feb--06,2015.

Wednesday, February 4, 2015

Eric Paulsen dihadap ke mahkamaha hari ini.

MARZITA ABDULLAH :05 Februari 2015 1:50 AM 


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini berikutan kenyataannya me­nuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini esok atas tuduhan menghasut.

Eric Paulsen
Menurut kenyataan akhbar Lawyers for Liberty, Eric yang juga seorang peguam akan didakwa mengikut Akta Hasutan pada pukul 9 pagi berhubung kenyataannya itu di laman sosial Twitter miliknya pada 9 Januari lalu.

Menerusi Twitter itu, dia menuduh Jakim menyebarkan fahaman tersebut setiap Jumaat dipercayai merujuk khutbah solat Jumaat kepada umat Islam. Pada 12 Januari lalu,

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap peguam tersebut atas tuduhan berkenaan di pejabatnya di Brickfields pada pukul 9.45 malam dan direman selama dua hari sebelum dibebaskan.

Berikutan tuduhan itu, pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak berkuasa menyiasat peguam itu dan mengambil tindakan sewajar terhadap­nya.

Selain Jakim yang mengkritik kenya­taan Eric, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan tindak tanduk peguam itu sebagai biadab dan mempunyai agenda pencerobohan terhadap Islam dengan menyemai unsur-unsur provokasi dan penghinaan terhadap agama suci ini. &

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengkritik kenyataan Eric yang di­sifatkan cuba melakukan provokasi terhadap umat Islam.

Antaranya Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) dan Concerned Lawyers for Justice (CLJ) yang menegaskan, kontroversi dicetuskan Eric itu memperlekehkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan memberi kesan negatif terhadap umat Islam yang merupakan kelompok majoriti di negara ini.(Utusan online).Posted by abnmulya  //Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.56 am on Feb--05,2015.

Khairy minta TNB timbang turun tarif elektrik

 05 Februari 2015 1:55 AM 

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik selaras dengan penurunan harga minyak pada masa ini.

Khairy Jamaluddin,Ketua Pemuda Umno.
Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian dalam status terkini yang dimuat naik dalam laman Facebooknya.

“Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun,” katanya.

“Saya rasa mesej yang penting ialah kuasa pengguna. Use your power as consumers (Gunakan kuasa anda sebagai pengguna). Engage with consumer groups and activists (Jalin kerjasama dengan kumpulan dan aktivis pengguna).

Name and shame traders that charge exorbitant prices on social media (Siarkan nama dan malukan peniaga yang mengenakan harga tinggi di media sosial),” katanya.

Khairy berkata, beliau telah mengarahkan Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO untuk menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan berkaitan kepenggunaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kuasa mereka sebagai pengguna.

Katanya, Pemuda UMNO juga akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengenal pasti kedai-kedai yang menjual barang pada harga yang adil dan berpatutan.

“Kedai-kedai ini akan diiktiraf sebagai kedai harga patut atau ‘fair price shops’ di bawah KPDNKK dan akan dipromosikan,” katanya. – BERNAMA(Utusan online).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.28 am on Feb--05,2015.

Kenapa tarif elektrik tidak turun?

05 Februari 2015 2:07 AM 

TERDAPAT empat faktor yang menjadi asas kadar tarif elektrik yang dikenakan di Semenanjung Malaysia. – Gambar hiasan

PENYUSUTAN harga minyak dunia ke paras bawah AS$50 setong sejak hujung tahun lepas, mendorong pertanyaan dan desakan agar tarif elektrik turut sama diturunkan, sama seperti yang dilakukan terhadap harga bahan api kenderaan.

Tuntutan ini semakin nyaring berikutan satu lagi penurunan harga runcit petrol RON95 sebanyak 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 sebanyak 11 sen kepada RM2 seliter dan diesel 23 sen kepada RM1.70 seliter.

Parti pembangkang dan segelintir dalam kalangan kerajaan sendiri menggunakan peluang membuat desakan untuk meraih populariti walaupun mereka tahu perkara ini telah digariskan dengan jelas dalam pengumuman penstrukturan semula Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Januari lalu bahawa kenaikan tarif elektrik akan ditangguh sehingga tahun hadapan. 

Bermula Januari 2014, tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik 14.89 peratus atau 4.99 sen/kwh kepada 38.53/kwh berbanding 33.54 sen/kwh sebelum itu.

Mungkin jawapan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bahawa kejatuhan harga minyak tidak memberi kesan kepada tarif elektrik tidak menyakinkan banyak pihak.

Apatah lagi, semasa menjustifikasikan kenaikan tarif pada tahun lalu, kenaikan harga minyak dijadikan faktor pendorong. Tetapi bagaimana sekarang bila harga minyak turun?

Persoalan ini dikemukakan terus kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Berikut adalah jawapan TNB:

Terdapat empat faktor tentang kedudukan TNB berhubung tarif elektrik semasa negara.

1. Kos pelepasan bahan api 
dan penjanaan (ICPT) < ICPT adalah satu mekanisme dibawah kerangka kerja Sistem Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive Based Regulation (IBR)) yang membolehkan TNB sebagai entiti utiliti elektrik untuk melepaskan (pass-through) sebarang perubahan kos bahan api dan penjanaan.

ICPT dihitung bagi menggambarkan perubahan dalam harga pasaran bahan api semasa yang berubah-ubah berbanding harga bahan api yang telah ditanda aras di dalam penetapan tarif elektrik.

TNB juga akan menyalurkan penurunan ICPT kepada pelanggan apabila berlaku pengurangan keseluruhan kos bahan api dan penjanaan.

Mekanisme ICPT ini sejajar dengan rancangan kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi negara. Berkuat kuasa 1 Januari 2014, penanda aras harga bahan api dalam tarif elektrik ditetapkan seperti berikut:

a) Gas berpaip: RM15.20/mmBTU Harga gas berpaip untuk sektor tenaga pada masa ini bukan pada paras harga pasaran dan masih disubsidi oleh kerajaan.

 b) Gas Asli Cecair (LNG): RM41.68/mmBTU. Harga pasaran LNG bagi tempoh dari Oktober hingga Disember 2014 ialah RM46.04/mmBTU, dan masih berada sekitar paras harga ini, walaupun trend menurun semasa dalam harga minyak.

 c) Arang batu: AS$87.50/tan Terdapat penjimatan berikutan harga arang baru yang rendah. Harga arang batu bagi tempoh dari Oktober hingga Disember 2014 ialah AS$72.93/tan.

Bagaimanapun, penjimatan yang diraih tidak memadai untuk menanggung kos LNG yang lebih tinggi.

Arang batu, gas asli berpaip dan LNG adalah bahan api utama yang digunakan dalam sektor tenaga. 

Dalam campuran kedua-dua bahan api bagi penjanaan tenaga di Semenanjung Malaysia, gas asli berpaip dan LNG adalah penyumbang terbesar iaitu kira-kira 55 peratus dari segi campuran penjanaan.

Sumber-sumber penjanaan lain ialah arang batu, hidro dan tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy atau RE). Daripada kira-kira 55 peratus yang disumbangkan oleh gas, sebanyak 70 peratus adalah gas asli berpaip yang pada masa ini ditetapkan pada harga subsidi RM15.20/mmBtu.

Ini membolehkan kerajaan mengekalkan tarif elektrik yang masih bersubsidi kepada rakyat. Baki 30 peratus lagi adalah LNG yang dibeli pada harga pasaran.

Harga arang batu bagi tempoh Oktober hingga Disember 2014 ialah AS$72.13/tan. Harga ini adalah lebih rendah daripada harga penanda aras yang ditetapkan iaitu AS$87.50 setan untuk penetapan tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Namun, harga arang batu yang rendah tidak dapat menampung harga LNG yang telah naik sejak Januari 2014.

Harga LNG naik kepada RM46.041/mmBTU untuk tempoh Oktober hingga Disember 2014. Kos bahan api yang ditanggung TNB juga terkesan daripada penurunan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ia juga turut memberi kesan terhadap penurunan kos bahan api yang ditanggung oleh TNB pada masa hadapan.

4. Anggaran kos bahan api 
dari Januari hingga Disember 2014

Bagi tempoh dari Januari hingga Disember 2014, anggaran perbezaan kos bahan api dan penjanaan berjumlah RM847.96 juta.

Namun, kerajaan telah memutuskan untuk tidak membebankan rakyat dengan menyerap kos tersebut menggunakan dana yang terkumpul menerusi perundingan semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Penjana Tenaga Bebas (IPP) generasi pertama.

Sehubungan itu, tarif elektrik dapat dikekalkan pada paras sekarang. Bagaimanapun, dana yang dikumpul daripada rundingan semula PPA itu adalah terhad dan tidak akan mencukupi untuk mengatasi kemungkinan kenaikan harga bahan api di masa akan datang.(Utusan online).Posted by abnmulya  //Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 9.13 am on Feb--05,2015.