Tuesday, April 5, 2016

Tangan Yang Mencencang? Maka Bahu Merekalah Yang Terpaksa Pikul Berat Ringanya?





Selasa,April 05,2016 @4.59 pm.

Hampir setahun lamanya melalui akhbar luar negara dan juga di dalam negara terutama oleh partl-partl yang pro-pembangkang dan yang Anti-Najib telah memfitanh Datuk Seri Najib berhubung dengan ang derma RM2.6 bilion kononnya disonglapo oleh Datuk Seri Najib dari kantonfg nsyarikat 1MDB.

Maka itulah sebabnya Saudi Arabia bersedia menghulurkan "dana" atas nama Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.akibat beban berat yang terpkasa ditanggungi oleh Datuk Seri Naj Itulah sebabnya dari awal-awal lagi isu kemelut 1MDB yang sarat hutang itu timbuk di Malaysia?

Datuk Seri Najib berani berkata bahawa beliau tidak ada menggunakan walau pun satu sen wang dari 1MDB. Tetapi tak ada seorang pun musuh-musuh politiknya yang percya?yang mahu percaya? Malah memfitnah Najib dengan fitnah yang tidak wajar sekali.

Mahathir Mohamad ,bekas Perdana Menteri yang memeirntah Malaysia selama 22 tahun atas tiket parti Umno itu pun di dapti sedikit pun tidak mahu dengara secara teliti degan kenyataan Najib itu?

Lantas menghentam Najib dengan cara mendesak Najib harus berundur kerana didapati kononnya semaca dah lakukan  salah guna kuasa iaitu dah pecah amanah .Tetapi Mahathir sendiri secara peribadi tidak berani buat dakwaan rasmi dan buat laporan pada apolis bersabit dengan dakwaan palsunya itu?

Kenapa Mahathir tak mahu buat laporan polis bersabit dengan fitnahnya itu? Sebenarnya Mahathir pun hanya main tembak sebarang dan main serkap rambang aje berdasarkan gossip semata-mata yang bbercora"'persepsi" belaka.

Mahathir didapti tidak percaya dan kononyan tidak munasabah bahwa wang sebesar RM2.6 bilion itu?Adalah merupakan wang derma yang begitu besar jumlahnya/?

Mssakan di mana da lojiknya?' KOnonnya ada Insan gila dan tak siuman berikan pada Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk dibelanjakan untuk menyebar-kan dan meninggi-kan mutu dan akidah Syair Islam di rantau Malaysia khasnya dan juga di peringkat global..

Kini pihak WSJ sendiri akhir-akhirnya rasminya. telah membuat kenyataan rasminya. Bahawa wang RM 2.6 bilion itu bukan wang dari kantong 1MDB.

Ia adalah wang derma dari Saudi Arabia..Apa yang sedang dan telah di lakukan oleh Saudi Arabia itu? Tidak salah mengikut amalan antara bangsa.

Malah tindakan Saudi ArabiA itu? Samalah dengan tindakan yang telah dan sedang dilakukan oleh Amerika yang kaya raya sejak berabad-abad lamanya dah...dan hingga kini.

Berapa bilion waang Amerika telah di dermakan dan telah di-hulurkan merupakan bantuan sosial,bantuan pada kerajaan Vietnam Selatan dari tahun 1965 hingga tahun 1975 yang mula berperang dengan kerajaan Vietnam Utara.yang berfaham komunis dengan bantuan Soviet Russia dan Cina?

Ratusan bilion banyaknya? Amerika telah curahkan wangnya ke Vietnam Selatan.

Ini tidak salah kerana Amerika tak mahu fahaman komunis itu menular bermula dari Vietnam Utara dengan bantuan Rusia dan Cina, ke negara-negara di rantau Asia ini,

Disebabkan Amerika itu sendiri punya banyak kepentingan perniagaan yang sangat besar di ratau Asia tenggara ini yang telah Amerika laburkan?

Sekaluigus bahawa para pemimpin di rantaua Asia Tenggara itu sendiri pula ?" Didapati tidak mahu fahaman komunis itu meresap dan menjalar ke dalam negara mereka.

Saudi Arabia sejak dikurnyiakan oleh Allah SWT. dengan rezeki yang melimpah ruah dengan hasil dari perut bumi merka iaitu minyak (petrol). Saudi Arabia satu-satunya negara di dunia yang terbesar mampu membekalkan petrol pada pembeli-pembeli pengimporty petrol di seluruh dunia.

Saudi sudah cukup punya banyak wang dan sejak berdekat-dekat dulu.Saudi Arabia telah membantu dan menderma pada semua negara -negara Islam miskin di dunia ini... dah lama dah.. semata-mata dengan tujuan untuk meninggikan syair Islam dari di tindas dan lanyak olehpengebang pejuang agam Keristian dan juga lain-lain agama.

Pihak-pihak yang memfitnah konon Najib curi wanag 1MDB sebanya Rm2.6 bilion itu termasuk WSJ itu sendir? Akan menerim akibtat dan padahnya (saman malu) dari Datuk Seri Najib, jika Datuk Seri Najib mahu mengambil tindakan?

Tangan mereka yang mencencang-nya/?Maka suka atau tidak suka? Mahu atau tidak mahu? Maka bahu mereka yang harus memikul akibatnya itu?( Posted by abnmulya  //haji abau bakar ninggal.blogspot.com at 4.59 pm.on April 0,2016).

Monday, April 4, 2016

MARA TERUS WUJUD SELAGI ( UMNO) BERKUASA

05 April 2016 @1.24am.


KUALA LUMPUR 4 April – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Mara akan terus wujud selagi UMNO masih berkuasa di negara ini.

Perdana Menteri berkata, UMNO mesti dipertahankan kerana tanpa parti itu, Mara akan terkubur.
Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu, tanpa kewujudan Mara, orang Melayu dan bumiputera juga akan tersungkur.
“Kita mesti pertahankan UMNO kerana UMNO jaga Mara, kerana Mara jaga jutaan orang Melayu.
“Sebab itu, jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Sambutan Perdana 50 Tahun Mara di Hotel Premiera di sini hari ini.
Beliau menambah, kegemilangan Mara sejak penubuhannya 50 tahun lalu adalah berkait rapat dengan UMNO sebagai parti pemerintah.
Malah, Perdana Menteri menyifatkan hubungan simbiotik antara UMNO dan Mara menepati perumpamaan ‘bagaikan aur dengan tebing’.
“Maka, komitmen kita adalah untuk menjadikan kelangsungan kedua-dua institusi ini sebati dengan perjuangan,” ujarnya.

Najib memberitahu, jasa dan sumbangan Mara adalah tidak ternilai dan agensi itu telah membantu ramai tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang masing-masing.
“Mereka yang menjadi ketua eksekutif syarikat milik kerajaan (GLC), ketua pakar perubatan, usahawan yang mempunyai aset bernilai berbilion ringgit atau yang duduk semeja sebagai menteri Kabinet.
“Semuanya ini adalah sumbangan dan jasa UMNO kepada kita semua, jangan sesiapa lupakan hakikat ini,” jelasnya.
Perdana Menteri turut menyebut beberapa tokoh yang berjaya hasil bantuan Mara seperti Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar;

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dan tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at a320 hjrs on April 05,2016.

MaraCorp urus anak syarikat

Perdana Menteri umum penubuhan GLIC nilai semasa RM1.4 bilion

HUSSAINI AMRAN 
DAN AZRUL HAKIMIE ANUER: 05 April 2016 1:24 AM 


NAJIB TUN RAZAK memukul gong merasmikan sambutan perdana 50 Tahun Mara di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Annuar Musa (kiri) dan Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kiri). UTUSAN/ NASIRRUDDIN YAZID 

KUALA LUMPUR 4 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Mara akan menstruktur semula anak syarikatnya melalui penubuhan Mara Corporation Bhd. (MaraCorp).
Perdana Menteri berkata, Mara­Corp merupakan sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) dengan nilai semasa sebanyak RM1.4 bilion.
Menurut beliau, semua anak syarikat Mara bakal diletakkan di bawah satu bumbung tanpa melibatkan peruntukan tambahan daripada kerajaan.
“Ia akan disusun lebih kemas dan teratur serta mengamalkan prinsip tadbir urus lebih baik dan menjadikan segala-galanya berge­rak lebih lancar,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Perdana 50 Tahun Mara di Hotel Premiera di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mennteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi serta Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.
Majlis sambutan tersebut turut disaksikan melalui siaran lintas langsung oleh lebih 20,000 warga Mara di seluruh negara termasuk di Sarawak, Pahang dan Sabah serta di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Rusia dan Republik Ireland.
Najib menambah, Mara juga akan menubuhkan sebuah syarikat iaitu Rural Capital Bhd. bagi menguruskan fungsi pengagihan pinjaman perniagaan oleh agensi tersebut.
Beliau memberitahu, syarikat berkenaan akan menyediakan pelbagai fasiliti kewangan dan bimbingan serta khidmat nasihat keusahawanan.
“Penubuhan syarikat ini telah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan,” jelasnya.
Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan sebuah universiti baharu di bawah Mara yang dinamakan UniMara.
Beliau berkata, matlamat penubuhan UniMara adalah untuk menyediakan pengajian dalam bidang selain pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).
“Secara prinsipnya, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memberi kelulusan dan dengan ini, ramai pelajar kita dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di UniMara,” jelasnya.
Selain itu, Najib memberitahu, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) akan dijenamakan semula sebagai Yayasan Mara dengan peranan yang lebih meluas.
Menurut beliau, selain bantuan pendidikan, Yayasan Mara dengan dana terkumpul sebanyak RM800 juta juga akan menyalurkan bantuan kebajikan, banjir dan kemarau.
Perdana Menteri berkata, semua pembaharuan itu adalah selaras dengan tiga fokus utama Mara untuk 50 tahun akan datang iaitu pembangunan usahawan dan modal insan, penjanaan pendapatan dan pengukuhan tanggungjawab sosial korporat.
Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan penukaran nama Jalan Semarang di sini kepada Jalan Mara.( Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ningal.blogspot.com.at 3.27 am on April 05,2016.

Sunday, April 3, 2016

Najib dan insan-insan lain di dunia ini?

Tak ada pegang anak kunci jatuh naiknya "mata wang dan ekonomi ekonomi Malaysia dan ekonomi global..."





Haji abu bakar ninggal
Ahad,April 03,2016 @ 8.21 pm.

Penulis juga adalah seorang peniaga dan selama mana penulis berkecimpung di dalam dunia perniagaan bahawa isu kejatuhan wang dunia secara global memang sering terjadi dari masa ke masa dan semua bank2 di semua negara di dunia ini?

Setiap jam 11 pagi,di setiap hari, akan tahu kedudukan mata wang se dunia melalui Bank Negara masing2 di dunia setiap hari.Semaa penulis berada di Vietnam Selatan (SAIGON) dari tahun1967 hingga tahun 1975 dulu itu kerana menjalankan urusan niaga dari Singapura ke Saigon.Vietnam Selatan semasa perang saudara antara vietnam Selatan dan Viertnam Utara. 

Setiap hari penulis terpaksa mengikuti dengan teliti kedudukan turun naik mata wang antara Saigon dan Singapura melalui  Indian ( money changer ) di Saigon di mana penulis membuat pertukaran mata wang Singapura dan Saigon  ke Singapura dengan cara kita sendiri...

Boleh dikatakan berniga di negara yang sang berperang dengan Vietana m Utara itu memang penuh risikonya. 

Kini mata wang kita dah semakin pulih.p[ada hari Sabtu (02/04/2016) tukaran mata wanag kita RM3.90sen untuk  US1.  Pada 4 atau  5 bulan yang  yang lalu tukaran mata wang kita RM 4.50 untuk tukaran US1.00.
Penulis dapati kedudukan mata wang antara Vietnam Selatan dan Singaura tidak pernah stabil.lebih kerap kali jatuh menurun hingga tamat perang antara Vietnam Selatan dengan Vietnam Utara pada April 1975. di mana Vietnam Utara berjaya takluk Vietnam Selatan yang di bantu oleh Amerika. Kejatuhan wang Vietnam Selatan itu?

 Adalah berdasarkan turun naiknya mata wang global yang di Pandu oleh Amerika dollars.Jadi,bila mata wang Malaysia jatuh merUdum pada Enam tujuh bulan yang lalu itu? 

Bagi penulis adalah fenomena biasa akibat proses turun naiknya mata wang global akibat Amertika melakuan adjustment pada mata wang mereka dan di tambah pula dengan kejatuhan harag petrol di dunia yang jatuh merudum tanpa di sangka2. 

Negara China pula mengalami kejatuhan wangnya dan juga niaganya di dalam pasaran global. Sebenar-nya kejatuhan mata wang global yang mengaitkan mata wang Malaysia itu adalah "fenomena politik" yang biasa sahaja? 

Adalah perkara biasa yang mana terpaksa dialami oleh negara2 dunia yang lain juga? 

Mahathir sengaja besar-besarkan isu kejatuhan mata wanag itu sekaligus beliau amabnil kesempatan politik untuk putar belitkan isu itu kononnya di sebakan Najib-lah keadaan mata wang Malaysia jatuh dan ekonomi jatuh disebabkan Najib kononnya tidak bijkasana dalam menguruskan isu matawang dan isu ekonomi Malaysia. 

Tujuan Mahathir semata-mata tyak lain dan ak bukan? Semata-mata nak rosakan imej politik Najib.di dalam Malaysia ini.Dalam isu ekonomi Mahathir sebenarya bukan pandai sangat? 

Sama juga dengan kita yang terpaksa ikut dan bergantung dengan proses perkembangaan mata wang dan ekonomi se-dunia di perengkat global.

Disebabkan Mahathir mahu gulingkan Najib/? Dari segi perang urat saraf politik?Maka segala komen-komen politiknya beliau berkait mait dengan Najib dan Malaysia  itu sendiri?Mahathir yang pandai putar brlit ketika bercakap dan pandai putar gunakan belit politik itu?

Suka atau tidak suka?Atau mahu atau tidak mahu? Terpaksa fokus-kan dan kaitan dengana Najib kononnya Najib tak bijaksana dan sebagainya.

Kalau Mahathir benar-benar bijaksana dan ariffilah dalam isu  mata wanag dn ekonomi dunia ? Kenapa beliau tidak dapat dan( tidak mampu) selamatkan kerugian yang telah menimpa dan sedang di alami oleh anaknya Mukhzani Mahathir yang "NIAGA PETROL DAN GAS" itu?

Pada tahun 2014 anaknya itu didapati berada nombor 7 di dalam list bilion air di dalam Malaysia?Tetapi pada tahun 2015 taraf kedudukan anaknya itu di-dalam list billion air di Malaysia? Telah berubaha dengan ketara sekali .?Langsung naka anaknya itu dah terkeluar dari list salah satu bilion air di Malaysia.Hanya tingal nama Said Muktar Bukhari sahaja.

Anaknya telah terkeluar langsung dari list itu.Dari wang  dan hartanya yang berjumlah RM 3.6 bilion dalam tahun 2014 itu?

Maka anaknya terkeluar dari list bilion air di dalam Malaysia. Wangnya dan hartanya hanya berbaki lebih kura sekitar berjumlah RM 1.8 bilion sahaja berbanding dengan RM3.6 bilion  pada tahun 2014  

Malangnya, kini tinggal dan berbaki hanya sekitar RM1.8 bilion aje. Ini sungguh menyedihkan hati Mahathir.

Anaknya bukan tambah maju di bidang ekonomi/Malah semakin back ward pula? Kenapa Mahathir tak mampu  pertahankan kedudukan niga anakanya itu jik abeliau mendakwa kononnya beliau sangat arifbillah didf alam bidang ekonomi di arena dunia perniagaan?

Mungkin di tauun 2016 ini akan susut lagi? Itu yang buat Mahathir marah pada Najib? Kenapa harus marah pada Najib? 

Najib tak ada kuasa nak sekat turun naiknya mata wang GLOBAL dan juga dengan mata wang Malaysia dan ekonomi Malaysia itu. Fenomena itu di luar kawalan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Anak kuncinya?  Langsung tidak berada di tangan Najib kerana Najib bukan orang yang memegang anak kunci itu? Anak kuncinya ada semata-mata  di taNgan Allah s.w.t. yang Maha Bekuasa yang punya  alam ini.

Rakyaat Malaysia harus faham kedudukan ini secara wajar. Kejatuhan mata wang Malaysia serta ekonomi dunia global dan juga ekonomi Malayai baru-baru ini?  Yang menentukan adalah Allah SWT. 

Ia merupakan ketentuan dari Allah SWT yang Maha Berkuasa yang menetukan ketentuan-Nya itu. Mesti ada hikmahNya disebalik ujianNya yang hebat itu?

 Kita sebagai umat Islam yang beriman padaNya harus berfikr sejenak dan tanya diri kita kenapakah Allah SWT. telah menguji keimanan kita begitu rupa? 

Mesti ada salah silapNya di mana-mana antara kita dengan Allah SWT.

Mahathir juga yang kini dah berusia 90 tahun itu?Apakah Mahatir itu tahu dan benar-benar mengetahui bilakah masanya rohnya akan di tarik oleh Allah SWT? Mashathir tentu tidak tahukan? 

Kernan rezeki,jodoh pertemuan dan ajal maut kita itu/ Hanya berada ditangan Allah SWT sahaja. Tiada yang lain melainkan Allah.SWT.

Oleh itu apa sahaja musibah dan ujian  yang Allah  timpakan kepada Hmaba-hambanNya yang lemah dan daif ini di dduni ini?

Hendaklah kita terima dengan hati yang sabar dan beresyukur disamping kita berdoa meminta taufik dan hidayahnya kepada kita di samping kita tetap melakukan apa yang diperintahkannya dan menjauhi apa yang menjadi larangan dariNay ? 

KIni mata wang kita dah pulih sedikit emi sedikit dan harga petrol dunia pun daha jadi semakin naik sedikit demi sedikit dengan izinNya. untuk itu kita hrus bersyukur dan kita harus jauhkan segeal ben tuk sengketa anatara kita dengan kita terutamanya yang masing-masing yang beragama Islam.Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2-021 hrs on April 03,201

Pengukuh ringgit atasi ramalan penganalisis

Kedudukan Mat Wang Malaysia semakin kukuh di poasaran global

02 April 2016 2:04 AM 

KUALA LUMPUR 1 April – Ringgit yang mula mencecah bawah RM3.90 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berjaya me­ngatasi ramalan penganalisis-peng­analisis ekonomi yang sebelum ini menjangka mata wang itu akan kekal melebihi RM4 sepanjang tahun ini.

Pada penutupan hari ini, ringgit terus mengukuh kepada RM3.8915 berbanding dolar daripada penutupan semalam RM3.9020 meneruskan trend pengukuhan yang bermula sejak awal Mac lalu apabila harga minyak dunia kembali me­lonjak.
Menurut firma penyelidikan MIDF Research, ringgit kini berada pada kedudukan terbaiknya dalam tempoh tujuh bulan, didorong oleh peningkatan berterusan harga mi­nyak dunia, kembalinya pelabur-pelabur asing ke pasaran saham tempatan dan langkah tidak drastik AS di pasaran kewangannya.
“Dengan pengukuhan yang berlaku, kami jangka ringgit menghampiri paras RM3.70 hingga RM3.80 berbanding dolar. Sepanjang tahun ini, ringgit telah mengukuh 10.1 peratus berbanding dolar iaitu pe­ningkatan terbaiknya dalam tempoh 43 tahun,” jelas firma itu dalam nota penyelidikannya.
Jelas MIDF Research lagi, paras ringgit bagaimanapun dijangka tidak melonjak secara berte­rusan tahun ini memandangkan ikatan mata wang tersebut dengan perubahan harga minyak.
“Kami tidak menjangkakan pa­rasnya akan terus meningkat kerana harga minyak dunia dipercayai tidak akan melepasi AS$60 (RM234) setong tahun ini,” menurut firma itu.
Sehingga awal hari ini, harga minyak berlegar sekitar AS$39.60 (RM154) setong menyusut daripada AS$40 (RM156) setong yang dicatatkan beberapa hari lalu.
Ketua Penganalisis Pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata, mata wang Malaysia meraih sepenuhnya manfaat hasil kenaikan harga minyak dunia kerana pemulihan harga komoditi akan memulihkan sentimen pelabur terhadap negara-negara berkembang maju.
“Ia membolehkan ringgit pulih secara psikologinya setelah menjunam teruk sejak awal 2015. Kami melihat ringgit akan berlegar antara RM3.98 hingga RM4.14 berbanding dolar,” katanya.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Bhd., Datuk Dr. Mohd. Nazri Khan Adam sebelum ini berkata, pengukuhan ringgit itu juga merupakan isyarat yang baik kepada ekonomi negara.
“Selera risiko oleh pelabur-pelabur asing terhadap pasaran saham negara semakin baik. Tidak mustahil jika ringgit akan terus meningkat dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambah Mohd. Nazri, kemba­linya pelabur-pelabur asing itu turut digambarkan dengan peningkatan indeks utama Bursa Malaysia, KLCI apabila kembali berlegar melebihi 1,700 mata.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1518 hrs on April 03,2016.

Saturday, April 2, 2016

Hasrat Mahathir jatuhkan Njaib gagal

02 April 2016 2:04 AM

Datuk Seri Mohamad Nazri  Abdul Aziz 

IPOH 1 April – Tun Dr. Mahathir Mohamad begitu obsesi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau telah menang dalam semua ‘pertarungannya’ sebelum ini, namun, cukup marah apabila gagal untuk bertindak sedemikian terhadap Perdana Menteri kali ini.


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cubaan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib dengan cara tidak demokratik termasuk meraih sokongan media antarabangsa, tidak akan berjaya disebabkan dendam dan niat jahat terhadap Perdana Menteri itu telah diketahui orang ramai.
“Lelaki ini telah menang dalam semua ‘pertarungannya’. Beliau telah menentang Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Beliau juga telah menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berjaya menjatuhkan semua orang, namun, gagal menjatuhkan Najib, jadi, beliau cukup marah.
“Kita tahu apa yang ingin beliau lakukan. Beliau mahu memastikan ekonomi negara kita akan terjejas. Dengan memberikan segala publisiti buruk, pelabur akan berhenti melabur di Malaysia dan orang tidak lagi akan datang ke negara ini dan akhirnya Perdana Menteri akan disalahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepa­da pemberita selepas merasmikan pejabat Destination Perak Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berperanan menguruskan pemasaran pelancongan negeri di Perak Techno Trade Centre (PTTC), di sini hari ini.
Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Mohamed Nazri diminta mengu­las mengenai penggunaan media asing melalui program Four Corners oleh The Australian Broadcas­ting Corporation (ABC) yang dilihat sebagai satu lagi percubaan Dr. Mahathir untuk merealisasikan kempen anti-Najib.( UJtusna online) Posyed by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.ata 17342 hrs on April 02,2016.

Friday, April 1, 2016

WSJ akui RM2.6 Billion sumbangan dari Saudi

:Maisarah Sheikh Rahim :  02 April 2016 2:04 am.


KUALA LUMPUR 1 April - Media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mengakui bahawa wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan dari Arab Saudi dan bukannya milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad juga tidak lagi ‘bercakap’ berhubung ‘kecurian’ wang itu, tetapi beliau kini sibuk mempersoalkan pula di mana wang itu dibelanjakan.
“Perdana Menteri telah ‘dibicarakan’ secara tidak adil menerusi media dan beliau diletakkan sebagai bersalah dalam mahkamah umum hanya bersandarkan kepada dakwaan semata-mata dan bukannya mengikut bukti. Mana-mana pihak yang membuat fitnah terhadap Perdana Menteri telah berhutang dengannya satu permohonan maaf yang mustahil mereka akan berbuat demikian,” katanya dalam blog beliau, http://sskeruak.blogspot.com hari ini.
Menurut Salleh, WSJ telah memulakan serangan ke atas Najib pada 2 Julai lalu dengan menyiarkan berita bahawa sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Malaysia ketika siasatan ke atas 1MDB sedang berjalan.
Rentetan itu, katanya, media-media tempatan mahupun antarabangsa termasuk blog-blog mula menyerang Najib dengan pelbagai dakwaan tidak berasas sehingga beliau telah dilabelkan sebagai orang yang bersalah dalam isu tersebut melainkan beliau boleh membuktikan tidak bersalah.
Menurut Salleh, WSJ turut memberitahu penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan bahawa Najib telah mencuri duit daripada 1MDB sebanyak RM2.6 bilion itu dan dipindahkan ke akaun peribadinya.
“Menurut apa yang dinyatakan WSJ, siasatan telah bermula sebelum 2 Julai 2015 dan bukannya dimulakan selepas pendedahan yang dibuat oleh pihaknya.
“WSJ juga telah mengesahkan bahawa mereka telah memiliki dokumen yang berkaitan dengan siasatan itu (bermaksud siasatan telah pun dilancarkan sebelum tarikh itu),” katanya.
Salleh berkata, kenyataan itu sekali gus telah menimbulkan keraguan berhubung adakah pendedahan mereka itu berdasarkan siasatan oleh Pasukan Petugas Khas tersebut atau sebaliknya.
Beliau menjelaskan, jika pendedahan dibuat selepas pasukan itu ditubuhkan, maka WSJ telah diberikan dokumen yang tidak berdasarkan apa-apa siasatan tetapi hanya dicipta untuk memfitnah Perdana Menteri.
Katanya, lebih menghairankan apabila Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 4 Julai lalu telah menyatakan bahawa beliau baru sahaja menerima dokumen-dokumen dan hanya menubuhkan Pasukan Petugas Khas pada 8 Julai untuk menyiasat dakwaan itu.
“Jadi di mana WSJ mendapatkan ‘bukti’ dan siasatan mereka dirujuk kepada apa?
“Pada waktu itu, rakyat Malaysia sepatutnya sudah dapat menghidu permainan WSJ, malah laporan WSJ sebenarnya agak samar-samar berhubung keseluruhan isu, tetapi ia dibuat untuk menggambarkan seperti satu kesalahan jenayah,” katanya.
Salleh berkata, sumber asal wang itu tidak jelas dan penyiasatan juga tidak terperinci terhadap apa yang berlaku kepada wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
“WSJ sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku tetapi cerita-cerita yang ditimbulkan bagi memberi gambaran bahawa ia tahu dengan tepat apa yang berlaku,” katanya.(UJtusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.00 am April 02,2016..
<