10 Ogos 2017 @ 3.00 am.
KUALA LUMPUR 09 Ogos- Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijangka dipenggil untuk memberi kenerangan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung pembelian hotel di London dan di Kuching,Sarawak oleh FELDA Inveswment Coporation (FIC),minggu depan.
Langkah SPRM untuk memanggil bekas Pengerusi Felda mula diperkatakan apabila Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Azam Baki memberitahu Bernama,
“Ada orang penting yang akan dipanggil minggu depan. Siapa orang itu saya tidak mahu dedahkan lagi,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama malam tadi.
Pada 21 Jun lalu Mohd. Isa dan isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid memberi keterangan lebih empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kemelut syarikat itu.
Mengulas lanjut, Azam berkata, setakat ini seramai sembilan individu telah ditahan berhubung isu pembelian kedua-dua hotel itu.
“Untuk hotel di London, pegawai penyiasat akan mengambil keterangan saksi antaranya daripada peguam dan pihak bank,” kata Azam.
Ditanya sama ada SPRM akan menyiasat pembelian hotel lain oleh FIC, beliau berkata setakat ini pihaknya hanya menyiasat pembelian hotel di London dan Kuching.
“Kalau ada hotel lain, kita akan lihat sama ada wujud isu rasuah atau salah guna kuasa,” katanya. ( Utusan online). Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggsl.blogspot.com at 1413 hrs on Ogos 10,2017.
Wednesday, August 9, 2017
Tuesday, August 8, 2017
TIADA CAMPUR TANGN DALAM SIASATAN URUS NIAGA MATA WANG ASING
![]() |
| MOHD. SIDEK HASSAN |
09 OGOS 2017 @ 3.00 AM.
PUTRAJAYA 8 Ogos – Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990-an memberi jaminan tidak akan membenarkan sebarang campur tangan daripada pihak-pihak yang tiada kaitan dengan prosiding itu sepanjang pendengarannya di Mahkamah Rayuan.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, suruhanjaya itu hanya akan memberi tumpuan kepada terma-terma rujukan yang telah ditentukan bagi membolehkannya menyempurnakan siasatan dan seterusnya menyerahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober ini.
Menurut beliau, panel bersidang diberi kuasa memperoleh dan menerima segala keterangan serta menyoal saksi-saksi sepanjang tempoh 10 hari pendengarannya di mahkamah terbuka bermula 21 Ogos ini.
“Oleh kerana kekangan masa tiga bulan yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, suruhanjaya akan memfokus kepada terma-terma rujukan dan tidak akan membenarkan campur tangan daripada pihak yang tiada kaitan dengan prosiding,’’ ujarnya ketika membacakan ucapan pembukaan pada prosiding pertama siasatan itu yang berlangsung di Istana Kehakiman hari ini.
Sebelum itu, Mohd. Sidek menolak permohonan dua pemimpin pembangkang untuk menggugurkan beliau dan seorang lagi ahli panel, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon daripada menganggotai suruhanjaya tersebut.
Beliau berpendapat, suruhanjaya siasatan itu ditubuhkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan pihaknya berpuas hati agar prosidingnya diteruskan.
Mohd. Sidek turut berpendirian, penglibatan aktif peguam-peguam pemerhati kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pendengaran prosiding adalah tertakluk kepada kebenaran panel bersidang dan persoalan yang dikemukakan harus relevan dan berada dalam ruang lingkup terma-terma rujukan.
Sebelum prosiding bermula kira-kira pukul 9.34 pagi, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr. Mahathir memaklumkan, pihaknya berhasrat mengemukakan permohonan bertulis bagi mencabar komposisi keanggotaan panel suruhanjaya itu dalam usaha menggugurkan Mohd. Sidek dan Choo Boon.
Beliau berkata, Mohd. Sidek dan Choo Boon pernah terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan kerugian BNM dan tidak sewajarnya menganggotai panel tersebut kerana kedua-duanya telah memberikan pandangan awal sebelum suruhanjaya itu dibentuk.
Selain itu, Mohamed Haniff Khatri memohon secara bersama agar beliau dan R. Sivarasa yang mewakili Anwar dibenarkan terlibat secara aktif dalam pendengaran prosiding.
Bagaimanapun, pegawai pengendali, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim memaklumkan, tiada peraturan berhubung komposisi keanggotaan yang melarang ahli yang pernah terlibat dalam pasukan petugas khas, menganggotai panel suruhanjaya.
Menurut Suhaimi, permohonan itu tidak berasas kerana peguam-peguam pemerhati gagal membuktikan dakwaan berlaku ketidakadilan jika kedua-duanya menganggotai panel tersebut.
Beliau selanjutnya menjelaskan, isu pelanggaran keadilan tidak timbul kerana ahli-ahli suruhanjaya tidak bertindak sebagai hakim yang membuat sesuatu keputusan, sebaliknya bertindak sebagai sebuah badan untuk mengumpul fakta.
Sehubungan itu, beliau berpendirian, tiada alasan bagi panel itu membenarkan permohonan peguam-peguam pemerhati untuk menangguhkan sidang dan pihaknya selaku pengendali bersedia membantu suruhanjaya tersebut menyoal saksi-saksi yang akan memberi keterangan.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1323 hrs on Ogos 09,2017.
KEKAYAAN ANAK DR. M WAJAR DISIASAT
HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN menerima cenderamata daripada Azlan Man dalam majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di Dewan 2020, Kangar, Perlis, semalam. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI.
SHARIFUDDIN SAARI
07 Ogos 2017 @ 3.00 am.
KANGAR 6 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli keluarganya harus disiasat pihak berkuasa di atas kekayaan yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun memerintah negara.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, adalah tidak wajar hanya sebelah pihak yang didakwa sahaja disiasat manakala pihak membuat dakwaan iaitu Dr. Mahathir tidak perlu berbuat apa-apa.
Beliau mengingatkan bahawa bekas Perdana Menteri itu juga tidak sempurna selama memerintah negara kerana Dr. Mahathir sendiri bukanlah merupakan malaikat.
“Jangan kita sahaja menari mengikut rentak mereka. Dr. Mahathir juga perlu disiasat (atas kekayaan dimilikinya dan ahli keluarga),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Seri Azlan Man yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri; Setiausaha UMNO Bahagian Kangar, Datuk Abdul Jamil Saad dan para pemimpin daripada ketiga-tiga bahagian di negeri ini.
Hishammuddin diminta mengulas kesediaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan memiliki simpanan di dalam akaun bank sebanyak RM230 juta oleh Dr. Mahathir.
Beliau berpendapat tuduhan terhadap Ahmad Zahid itu tidak lain adalah merupakan satu bentuk serangan individu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Tidak mustahil selepas ini, saya juga akan diserang dan begitu juga menteri-menteri lain. Oleh itu, saya nasihatkan jawab (tuduhan) dan pada masa sama teruskan bekerja,” ujarnya.
Ahmad Zahid kelmarin menegaskan beliau bersedia untuk disiasat SPRM berhubung tuduhan Dr. Mahathir itu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri ,beliau rela diiasat demi memperbetulkan apa yang diusifatkannya sebagai satu pembohongan besar tretapi pada masa yang sama kekayaan yang dimiliki bekas Perdana Menteri itu termasuk anak-anaknya juga perlu disiasat SPRM. ( Utusan online) Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 2313 hrs on Ogos 08,2017.

SURUHANJAYA SIASATAN TOLAK PERMOHONAN DR.MAHATHIR,ANWAR
![]() |
08 Ogos 2017 @ 11.48am.
PUTRAJAYA 8 Ogos - Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an hari ini menolak permohonan dua pemimpin pembangkang untuk mencabar komposisi keanggotaan ahli panel bersidang.
Pengerusinya,Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berpendapat suruhanjaya itu dibentuk atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berpuas hati agar panel itu memulakan prosiding siasatan selama 10 hari bermula pada 21 Ogos ini.
Sebelum itu, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang bertindak sebagai peguam pemerhati Tun Dr. Mahathir Mohamad dan R. Sivarasa yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar mereka diberi peluang mengemukakan permohonan secara bertulis untuk mencabar komposisi ahli panel atas isu berat sebelah.
Peguam itu menyatakan, Mohd. Sidek yang juga Pengerusi Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon sebelum ini terlibat dalam pasukan petugas khas yang mencadangkan pembentukan suruhanjaya itu.
Mohamed Haniff Khatri menyatakan, penglibatan kedua-duanya dikhuatiri menimbulkan persepsi awam bahawa suruhanjaya itu tidak berlaku adil ketika mengendalikan siasatan.
Sementara itu, Sivarasa turut mengemukakan permohonan secara bersama agar kedua-dua peguam pemerhati diberi peluang menyoal balas saksi-saksi secara aktif sepanjang prosiding berlangsung.
Mohd. Sidek mempengerusikan suruhanjaya itu manakala Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail bertindak selaku setiausaha.
Anggota-anggota lain terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia Bhd., Datuk Seri Tajuddin Atan; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan.
Antara bidang kuasa suruhanjaya itu adalah:
* Menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami Bank Negara Malaysia sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara.
* Menentukan sama ada penglibatan Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut adalah bertentangan dengan Ordinan Bank Pusat 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan.
* Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberikan kenyataan yang mengelirukan kepada Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat.
* Mengesyorkan tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian Bank Negara Malaysia serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu; dan
* Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1748 hrs on Ogos 08,2017.
TUN M DIPNGGIL BANTU SIASATAN
NURAINI HARIS ABD.HALIM
H Ogos 2017 @ 12.02pm.
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri,Daytuk Seri Najib TUn Razak.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya kini telah membuka dua kertas siasatan dan sedang meneliti kes tersebut secara terperinci.
“Kita akan memanggil semua individu terbabit untuk diambil keterangan dan siasatan dijalankan mengikut di Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memfitnah.
“Hasil kertas siasatan akan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Hari Hijau Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Noor Rashid memaklumkan, pihaknya bakal melakukan tangkapan baharu susulan penahanan enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang disyaki bersekongkol dengan kumpulan kongsi gelap untuk membawa masuk dadah ke negara ini.
“Pada peringkat awal kes ini, kita telah menahan anggota kongsi gelap yang terbabit sehingga membawa kepada penglibatan enam pegawai kastam yang disyaki membantu sindiket terbabit membawa masuk dadah ke negara ini.
“Saya tidak nafikan, mungkin ada tangkapan lain dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya. Kesemua mereka ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam operasi bermula Ahad hingga Isnin lalu di sekitar ibu negara dan Selangor. ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.om at 1651 hrs.on Ogos 08,2016.
Wednesday, August 2, 2017
SULTAN KECEWA ( PKNS) DIISI ORANG POLITIK
02 Ogos 2017 11:33 AM
SHAH ALAM 1 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak bersetuju dengan komposisi ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang dilantik dalam kalangan ahli politik.
Titah baginda, komposisi ahli lembaga pengarah PKNS perlu seimbang dengan kerajaan negeri seharusnya membawa masuk golongan profesional agar mereka dapat memberi pandangan serta tunjuk ajar dalam aspek pembangunan.
]
Pada masa yang sama, Sultan Selangor juga mengingatkan PKNS agar jangan beroperasi di luar bidang kuasa atau menyimpang daripada objektif asal penubuhannya iaitu membantu rakyat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.
“Beta tidak berkenan ahli lembaga pengarah (PKNS) hanya diisi dengan ahli-ahli politik sahaja,” kata Sultan Sharafuddin ketika merasmikan Ibu pejabat PKNS yang baharu di sini hari ini.
Turut berangkat ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Noraida Mohd. Yusof.
![]() |
| Allahyarham Datuk Harun Idris pejuang Melayu yang terbilng yang sayangkan bangsanya iaitu bangsa Melayu. |
PKNS diasaskan oleh bekas Menteri Besar Selangor kelapan, Allahyarham Datuk Harun Idris pada 1 Ogos 1964 bertujuan membantu orang Melayu berpendapatan rendah yang tinggal di Selangor untuk mendapatkan kediaman selesa pada harga mampu milik.
Berdasarkan rekod, daripada 10 ahli lembaga pengarah, empat daripadanya adalah ahli politik iaitu Mohamed Azmin (Pengerusi); Shamsul Iskandar Mohd. Akim (PKR-Bukit Katil); Datuk Iskandar Abdul Samad (Pas-Cempaka) dan Datuk Teng Chang Kim (DAP-Sungai Pinang).
Memperincikan lebih lanjut tegurannya itu, Sultan Sharafuddin berkata, PKNS perlu terus memainkan peranannya bukan sahaja sebagai sebuah badan korporat yang bersaing di peringkat global tetapi mesti kekal membantu orang Melayu di Selangor.
Tegas baginda, peranan tersebut perlu terus dimainkan PKNS dengan sokongan kerajaan negeri kerana orang Melayu di negeri ini kekal ketinggalan berbanding kaum lain khususnya dalam bidang ekonomi.
“Perkara ini amat penting bagi memastikan keharmonian dan perpaduan antara kaum yang ada sekarang ini terus dapat dipertahankan,” titahnya.( Utusan online). Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1702 on Ogos 02,2017.
Tuesday, August 1, 2017
DR. MAHATHIR-- UMNO IBARAT CERAI TALAK TIGA.
Tulisan Safina Ramli
01 Ogos 2017 @ 3.30am.
Sejarah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) bersama parti terbesar orang Melayu, UMNO cukup panjang, berwarna-warni dan penuh kontroversi.
Jika diimbas kembali, Dr. Mahathir pernah dipecat keanggotaannya dalam UMNO pada 26 September 1969 atas sebab-sebab disiplin semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan kembali ke pangkuan UMNO pada 7 Mac 1972 di era pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein.
Selepas itu, Dr. Mahathir juga pernah keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 kerana dilaporkan tidak yakin dengan kepemimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kemudian, Dr. Mahathir kembali menyertai UMNO pada 4 April 2009 apabila Datuk Seri Najib Razak menerajui kepemimpinan negara dan parti.
Episod ‘cerai-rujuk’ antara Dr. Mahathir bersama UMNO itu tidak berakhir apabila Dr. Mahathir sekali lagi mengumumkan keluar daripada UMNO pada 29 Februari 2016.
Kali ini alasan yang diberikan oleh bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu ialah kepemimpinan Najib tidak lagi sama dengan UMNO yang terdahulu atau lebih mudah difahami tidak lagi mengikut telunjuk beliau.
Buruk UMNO yang menjadi asbab untuk beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dijaja sepanjang masa malah seteru politik dijulang tinggi diampu sebagai rakan.
Kini heboh pula persoalan mengenai adakah Dr. Mahathir yang kini diposisikan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan akan kembali kepada UMNO andai sesuatu berlaku?
Walaupun Dr. Mahathir sendiri mengulangi pendirian bahawa dia tidak akan kembali kepada UMNO namun berdasarkan rekod sebelum ini serta pusingan U yang pernah dilakukan, ia membuatkan pemimpin Pakatan Harapan sedikit gusar.
Bagi Setiausaha Kluster Politik,, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek, Dr. Mahathir sendiri tidak akan diterima oleh ahli UMNO walaupun dia mahu merujuk semula dengan UMNO.
“Politik merupakan art of impossible, segalanya tidak mustahil untuk dilakukan.
“Jika kita lihat dengan hukum akal maka sukar untuk Dr. Mahathir kembali tetapi ia tidak mustahil akan berlaku tetapi persoalannya adakah lebih tiga juta ahli UMNO akan menerima beliau, saya rasa berdasarkan apa yang telah dilakukan tiada ahli UMNO yang akan memaafkan beliau,” katanya.
Oleh itu, secara logik jika hubungan Dr. Mahathir-UMNO ini boleh diibaratkan sebagai suami dan isteri, selayaknya perceraian yang berlaku umpama talak tiga yang sukar untuk dicantumkan semula.
Oleh SAFINA RAMLI ( Utusan onlie).Posted by abnbmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com .at 01 Ogos , 2017 @ 6.00pm.
01 Ogos 2017 @ 3.30am.
Sejarah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) bersama parti terbesar orang Melayu, UMNO cukup panjang, berwarna-warni dan penuh kontroversi.
![]() |
| Dr..Mahathir Mohamad. |

Subscribe to:
Posts (Atom)