Saturday, March 24, 2018

MAJLIS SANTAI PAGI DI RESTAURAN ( NEKNAB) DAPAT SAMBUTAN HEBAT PAGI INI.



Tengah berbaju  T -.Shirts hitam mantan Ahli Parlimen Umno Gombak tahun 2004 merangkap sebagai Presiden gabungan Ngo-Ngo Gombak,ialah Datuk Dr.Rahman Ismail.





 March 24,2018 @ 8.11 pm.

Majlis Santai Pagi anjuran bersama Gabungan Ngo2 Gombak pimpinan mantan Ahli Parlimen Gombak tahun 2004,Datuk Dr.Rahman Ismail dan Komuniti 1 Malaysia Kg.Kerdas dan Kg. Changkat Gombak telah pun bermula baru sebentar.

Majlis tersebut didapati telah mendapat sambutan yang hebat dari penyokong2 Gabungan Ngo2 di Gombak dan juga dari penyokong tegar Umno di sekitar Simpang 3,Gombak, pada pagi ini di Restauran Neknab di Simpang 3Kg. Tengah, Gombak, Selangor D.E. 
Sebahagian diantara para tetamu wanita di dalam Majlis Santai Pagi yang hadir di Restauran NEKNAB pada pagi 24 hb Mac 2018 menjamu selera mereka Nasi Lemak dan Roti Chanai dan kuih muih yang telah di sediakan oleh pihak penganjur majlis  santai bersama-sama.
Restaurat Neknab itu telah penuh sesak dengan penyokong2 Gabungan Ngo Gombak,dan juga dari penyokong tegar Umno di atas pagar. Disebabkan Gabungan Gombak ini adalah badan Ngo2 yang Pro Umno.
Senator Datuk Megat Zulkarnain  heboh
disebut 2 akan bertanding di DUN Gombak
Setia telah menyeru agar pemimpin2 muda
Umno menteladani sikap Tan Sri Zaleha
dan Dr. Rahman Ismail,walau pun digelar
mantan ahli parlimen tetapi masih
 aktif membantu Umno./

Maka segala aktibitinya itu tidak dapatkan dipisahkan dengan para hadirin yang hadir itu kebanyakannya dari anggota2 Umno dan juga penyokong dari badan2 Gabungan Ngo yang pro-Umno.

Sekaligus disokong juga oleh orang2 Melayu yang berada di atas pagar yang mana selama ini, tetap istiqamah menyokong parti Umno, parti yang keramat itu sejak di era Kemerdekaan tanah air hingga mutakhir ini.

Tiga mantan tokoh2 politik yang tidak asing lagi di kalangan penyokong2 Umno Gombak telah hadir di majlis tersebut.

Mereka itu ialah Mantan menteri Umno/BN Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Dr.Rahman Ismail, mantan Ahli Parlimen Gombak tahun 2004 dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

Ketiga-tiga dari mereka itu telah memberi ucapan yang memberi perangsang kepada bakal-bakal calon Umno/BN yang akan terlibat di dalam PRU ke/14 yang akan datang ini atas tiket Umno/BN. 

Tokoh besar yang mula-mula memberi ucapan di majlis itu ialah Tan Sri Zaleha Ismail, selaku penasihat bandan Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Tan Sri Zaleha Ismail yang
dah berusia 82 itu pun masih aktif
dalam arena politik dan gerakan
 Ngo-Ngo di Gombak dan juga
 di Ngo-Ngo Internation
al.
di Jepun dan di Korea Selatan.
Kemudian diikuti pula oleh mantan Ahli Parlimen Gombak, merangkap sebagai Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk D.Rahman Ismail.

Akhirnya tiba masanya Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Omar Din memberi ucapannya.


Inti pati ucapan dari ketiga-tiga tokoh Umno itu? Boleh dikatakan rata-rata menekan kepada semua ahli-ahli Umno harus bersatu padu dengan seerat-eratnya pada PRU ke-14 ini tanpa sebarang kemelut dalaman demi untuk menjayakan Umno/BN dapat  mengambil alih kuasa kuasa politik yang Umno/BN Selangor telah tewas pada dua penggal PRU iaitu pada tahun 2008 dan 2013 dulu itu.

Ucapan mereka itu telah di sambut dengan tepukan yang gemuruh oleh para hadirin yang hadir kira 300 orang ramainya di dalam Majlis Santai Pagi itu sambil menikmati nasi lemak  dan juadah2 yang lain di restauran NEKNAB yang popular itu yang terletak tidak berapa jauh dari Simpang 3 Gombak.

Majlis selesai dan bersurai kira2 jam 12.30 tengah hari.( Posted by abnmulya //  haji abu bakar ninggal blogspot.com at 1957 hrs on March 24,2018.

Friday, March 23, 2018

Thursday, March 22, 2018

SERANGAN TERHADAP NAJIB DEDAH TEMBELANG MAHATHIR--DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKUB



Syukri Shaari 
23 Mac 2018 10:56 AM 

KUALA LUMPUR 23 Mac - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang lebih banyak menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding memberi penerangan manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP pada majlis pelancarannya baru-baru ini ditempelak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menjelaskan tujuan sebenarnya kembali ke politik.

1. Ucapan panjang lebar Tun Dr Mahathir ketika pelancaran manifesto Pakatan Harapan minggu lalu amat menggambarkan apakah tujuan sebenar beliau kembali ke politik.

2. Sesiapa yang menonton ucapannya pasti sedar Pengerusi Pakatan dan calon Perdana Menteri pembangkang ini hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai manifesto. Besar kemungkinan Dr Mahathir sendiri tidak tahu apakah kandungan manifesto itu.

3. Pada ketika beliau sepatutnya memberitahu rakyat akan ‘kebaikan’ manifesto mereka, Dr Mahathir membuat keputusan untuk menggunakannya bagi menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Beliau menyebut nama Najib sekurang-kurangnya 80 kali dalam ucapannya, malah membuat tuduhan palsu kononnya Najib melakukan 62 kesalahan sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

4. Bukanlah rahsia, sebagaimana dilakukan Pak Lah, Najib turut menolak pelbagai permintaan Dr Mahathir hingga mencetuskan kemarahan bapa bilionair itu.

5. Pelbagai gesaan dibuat Dr Mahathir, antaranya, tidak memansuhkan ISA dan ordinan darurat, jangan beri perhatian lebih kepada kaum Cina serta India sebelum PRU13, membatalkan gaji minimum dan BR1M, sebagaimana ditulisnya di media dan blog miliknya ‘Chedet’ pada Ogos 2014. 

6. Terdapat juga permintaan peribadi dibuat oleh Dr Mahathir yang tidak dipersetujui Najib seperti menyerahkan Malaysia Airlines kepada rakan bekas Perdana Menteri itu, lesen judi sukan rakannya dibenarkan beroperasi dan Proton diberikan geran percuma RM2 bilion selain jambatan bengkok menghubung Malaysia dan Singapura.

Malah, Dr Mahathir secara terbuka menyebutnya pada 2010 bahawa beliau sendiri akan meluluskan lesen judi rakannya dengan segera jika beliau masih lagi Perdana Menteri dan ini dilaporkan dengan jelas di laporan Malaysiakini: Dr M: Lesen judi diluluskan jika dia berkuasa.

7. Dr Mahathir juga berang apabila Najib tidak melobi untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden Umno ketika pemilihan Umno sehingga tewas kepada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kekalahan kali kedua buat Mukhriz dalam pemilihan Umno. Tuduhan ini telah lama diperincikan melalui pelbagai laporan media dan tidak pernah dinafikan Dr Mahathir seperti laporan ini:

8. Bukan khabar angin lagi, bahawa Dr Mahathir percaya Najib terhutang budi kepadanya dan sepatutnya melobi untuk Mukhriz kerana yakin beliaulah yang membantu Najib untuk menjadi Perdana Menteri maka ‘hutang budi’ itu perlu dibayar.

9. Malah, selepas Mukhriz tewas dengan hanya 9 undi pada 20 Oktober 2013, bukanlah secara kebetulan apabila Dr Mahathir memilih hari pertama mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebulan selepas itu iaitu pada 2 Disember 2013 untuk menyatakan hasrat meletak jawatan sebagai pengerusi Petronas berikutan nasihat doctor yang beliau sudah tua dan perlu lebih banyak berehat. http:

10. Adakah rakyat Malaysia akan percaya beliau terlalu tua pada usia 88 tahun bagi jawatan pengerusi Petronas pada 2013 tetapi masih muda dan bertenaga pada usia 93 untuk jawatan Perdana Menteri?

11. Sama seperti ‘kemarahan’ Dr Mahathir terhadap Pak Lah dan turut dibantu Tan Sri Muhyiddin Yassin, kemarahan terhadap Najib tiada kaitan dengan negara tetapi lebih cenderung kepada dendam peribadi.

12. Sama seperti apa dilakukan terhadap Najib, tiada siapa akan lupa pelbagai tuduhan Dr Mahathir terhadap Pak Lah dengan pelbagai dakwaan rasuah dan salah laku.

13. Bagaimanapun, selepas Pak Lah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009, Dr Mahathir berhenti menyerang dan kesemua tuduhannya langsung tidak disebutnya lagi.

14. Tindak tanduk Dr Mahathir jelas meletakkan dendamnya melampaui negara adalah satu niat yang bahaya.
  
15. Saya yakin rakyat bijak untuk meletakkan masa depan Malaysia melangkaui dendam peribadi, tak kira siapa pun mereka. - (Utusan online).Posted by abnmulya  // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.14 tewngah hari on March 23,2018

Wednesday, March 21, 2018

JANGAN KHIANAT SESAMA SENDIRI

Merugikan, menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan 

NAJIB TUN RAZAK diiringi Idris Haron bersalaman dengan orang ramai semasa tiba dalam Majlis Pengisytiharan Sungai Rambai sebagai Daerah Kecil di RTC Sungai Rambai, Melaka, semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN 

FADZLY IZAB
Pengarang @ Utusan .COM.MY.
21 MAC 2018 @ 3.00 AM.


MELAKA 20 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mahu ada sikap khianat-meng­khianati dalam kalangan semua jentera parti komponen Barisan Nasional (BN) sehingga menjejaskan kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, sikap khianat dalam kalangan parti bukan sahaja me­rugikan tetapi turut menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan.

Katanya, beliau sedar semua pihak termasuk pemimpin dan jentera parti telah melakukan yang terbaik serta bekerja kuat ke arah itu.

“Saya yakin BN boleh menang kalau tidak ada orang melakukan khianat. Kita jangan tembak kaki sendiri, jangan bentes kaki sendiri, jangan sepak kaki kawan kalau hendak pastikan BN menang. 

“Kita mesti bantu antara satu sama lain dan yakinkan kepada rakyat. Kita dalam keluarga BN. Kalau UMNO menang, BN akan menang. MCA menang, BN menang. MIC menang, BN menang. Gerakan menang, BN menang. MyPPP menang, BN menang,” katanya.

Beliau berucap dalam majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat dan pelancaran Jentera BN Parlimen Bukit Katil di pekarangan Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Idris Haron serta isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd. Ali Rustam.

Kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai kaum menghadiri majlis berkenaan. Najib berkata, beliau juga yakin kerja keras yang dilakukan pemimpin BN di negeri ini akan membantu kemenangan parti di empat Parlimen, selain merampas semula Parlimen Bukit Katil daripada pembangkang.

“Saya nak tanya orang Bukit Katil, Ahli Parlimen Bukit Katil apa dia buat selama sepenggal ini? Jika BN diberi peluang menang semula di Bukit Katil, kita akan bawa lebih banyak perubahan di sini. 

“Kita akan pastikan perkhid­matan yang terjamin kepada rakyat, malah saya sedia memberikan peruntukan tambahan kepada Bukit Katil dengan syarat kita mesti undi BN,” ujarnya.( Utusan
online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningga.blogspot.com.at 2030 hrs on Mac 21,2018.

Sunday, March 11, 2018

Jerlajah Pakatan Harapan ibarat " syok sendiri".


MOHAMMAD  HATI IDRIS
March 1,2018 @ 3.01 pm.


Jelajah Pakatan Harapan ibarat ‘syok sendiri’ AJAH Pakatan Harapan diketuai DAP di negeri ini selama sehari semalam ibarat ‘syok sendiri’ kerana tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penduduk tempatan. 


Daripada sesi dialog di warung-warung kopi sehingga aktiviti terakhir ceramah penutup pakatan pembangkang yang diadakan di Pejabat PAN di Bachok hanya dihadiri sekitar 2,000 orang tidak setimpal dengan nama-nama besar pemimpin yang ditampilkan.


Penampilan pemimpin ‘de facto’ pembangkang yang menggalas jawatan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAN, Mohamad Sabu tidak memberikan kesan kepada rakyat ini.


Hatta, isi ceramah Dr. Mahathir masih tetap sama, berkisarkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan melabelkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai ‘penyangak’ berulang kali. 


Seolah-olah sudah kering modal dan tidak diulas pula secara mendalam manifesto pakatan tersebut kecuali hanya ratib untuk menjatuhkan Najib.
 Lebih menghairankan, apabila terpacul daripada mulut Dr. Mahathir sendiri bahawasanya beliau tidak berniat menjadi Perdana Menteri lagi. 


 Alasannya, hanya ingin berbakti kepada rakyat jelata. Jenaka apakah ini? Kerana sudah terang lagi bersuluh Pakatan Harapan diketuai DAP itu sudah mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri sementara.

Kenapa tidak saja Dr. Mahathir menolak pencalonan tersebut sekiranya benar tidak berniat tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
 Dan kenapa pula tidak menggunakan kesempatan memerintah negara selama 22 tahun untuk membantu rakyat sepenuhnya kerana apa yang berlaku hari ini adalah legasi peninggalannya yang ramai di antara kita tidak sedar.


Lebih menjadi persoalan apabila kelibat pemimpin utama DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng langsung tidak kelihatan. 


Mungkin kerana takut ditolak mentah-mentah oleh rakyat Kelantan dan hanya mewakilkan Naib Pengerusinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji demi memancing hati pengundi Melayu. - Utusan online-Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com at 1756 hrs on March11,2018.

Friday, March 9, 2018

ROS kemuka notis kepada PPBM

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,Surayati Ibrahim  ketika sidang akhbar mengenai isu Parti Peribumi Bersatu Malaysia hari ini.( Utusan online/ photo Bernama.
SOFIAN BAHAROM
March 09,2018 @ 5.40 pm.

PUTRAJAYA 9 Mac - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah mengemukakan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966 kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, notis yang telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh itu mengkehendaki parti tersebut menjawab serta menyerahkan semua maklumat dan juga dokumen kepada ROS.

Sekiranya PPBM gagal menyerahkan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta, katanya, tindakan susulan daripada ROS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM.

"Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

"Notis mengikut Seksyen 14 (2) ini dikeluarkan adalah disebabkan aduan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli parti PPBM kepada pihak ROS yang mana maklumat tersebut diperlukan bagi melengkapkan siasatan mengenainya," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. -( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2322 hrs on March 09,2018.

Pakatan Harapan janjikan syurga palsu


Azrul Hakimie Anue
March 09,2018 @ 6.21 pm.


KUALA LUMPUR 9 Mac - Pakatan Harapan diketuai DAP melalui manifestonya mahu mewujudkan sejuta rumah dalam tempoh dua penggal pemerintahan dilihat sebagai cubaan untuk menjanjikan syurga palsu kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, apakah pembangkang sudah lupa tentang sembilan projek perumahan rakyat di Selangor yang dibatalkan baru-baru ini tanpa alasan kukuh.

Katanya, perkara tersebut boleh dipadankan dengan kos harga rumah 'mampu milik' di Pulau Pinang yang hanya mampu dibeli oleh golongan berkemampuan tinggi sahaja.

"Hampir 10 tahun Pulau Pinang dan Selangor berada di bawah kepimpinan parti pembangkang, berapa banyak rumah mampu milik untuk rakyat golongan bawahan yang dibina, ini bukan janji lima tahun tapi sudah 10 tahun mereka memerintah dua negeri yang berpendapatan tinggi.

"Tetapi jika rumah yang berharga lebih RM500,000, mereka berlumba-lumba memberikan kelulusan segera malah mereka menghalau penduduk asal rumah seperti rumah setinggan di bandaraya Pulau Pinang bagi merealisasikan hasrat membina rumah-rumah mewah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - ( Utusan online).Posted  by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1906 hrs on  Mac 09 ,2018.