Wednesday, March 23, 2016

TMJ- imbas sejarah hitam 1992 di bawah Dr.Mahathir

March,24,2016 @ 12.20 am


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengimbas semula sejarah hitam pada tahun 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa. 

“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.

Putera yang berusia 31 tahun itu berumur lapan tahun ketika sesi khas parlimen diadakan pada Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau kekebalan Raja-raja Melayu.

Apa yang berlaku tercetus berikutan dua kejadian yang membabitkan keluarga diraja Johor. Kejadian pertama tercetus apabila Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan. 

Apabila Persekutuan Hoki Malaysia menghukum Tunku Abdul Majid dengan menggantungnya daripada bermaian selama lima tahun, Sultan Iskandar menjadi berang dan memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukna kejohanan kebangsaan.

Ini menjadikan Douglas Gomez, seorang jurulatih hoki kecewa dan membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor. 

Benggang dengan perkembangan itu, Allahyarham Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan

Sementara itu, Tunku Ismail berkata episod 1992 itu adalah perkara lama tetapi menambah bahawa "Allah Maha Besar dan hukum karma adalah suatu perkara yang indah.”

“Memang baik sekiranya anda sedar bahawa kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tetapi pada pendapat saya pada masa ini, tumpuan harus diberikan untuk memperbetulkan kesilapan dan mencapai kemajuan dalam negara.

“Saya berharap agar sejarah hitam yang anda lakukan atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa tidak akan berlaku lagi. Jangan manipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri kerana kita dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

]Baginda juga memberitahu seluruh rakyat di negeri itu bahawa Sultan dan kerabat diraja menyayangi mereka serta mengingatkan bahawa kekuatan kedaulatan Johor ialah perpaduan.

 “Saya sayangkan anda. Saya dilahirkan untuk berkhidmat kepada anda hingga penghujung nafas saya dan itu adalah tanggungjawab saya.

“Keutamaan saya adalah hak anda sebagai rakyat Johor, dan kesejahteraan anda. Sentiasa ingat perkara ini. Sentiasa kekal bersatu sebagai rakyat Johor.

“Jangan beri peluang kepada sesiapa pun untuk membuli kita. Kita yang memutuskan apa yang baik untuk kita,” katanya lagi.(Posted by abnmulya //haji abu bakar ningal.blogspot.com at 12.20am on March24,2016.Dipoetika dari Malaysiakini).

Tindakan desperado Guuan Eng


March 23,2016 @ 12.48 am.
Phee Bon Poh  menunjukan surat akuan Phang Li Koon  dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdula Razak Georgetown ,Pulau Pinang semalam-Bernama.
KUALA LUMPUR 22 Mac – Akuan bersumpah pemilik banglo, Phang Li Koon yang dibacakan Exco Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh tidak menjawab sebarang persoalan berhubung isu pembelian banglo oleh Lim Guan Eng dan penjualan tanah di Taman Manggis

Sehubungan itu, Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, rakyat dapat melihat kelemahan demi kelemahan yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu apabila melakukan percubaan yang pelik dan janggal.
“Ini semua tindakan desperado beliau (Guan Eng) untuk menutup kebarangkalian berlakunya salah guna kuasa dalam urusan pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis sehingga melibatkan orang lain membacakan akuan tersebut.
“Saya kesal kerana ia menunjukkan ada kemungkinan kerajaan negeri terlibat, jika tidak mengapa Exco yang perlu membacakan deklarasi berkanun itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau mempersoalkan tindakan Boon Poh membacakan akuan berkanun Li Koon yang mengandungi deklarasi menyangkal penglibatannya sebagai pengarah atau pemegang saham Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) yang berjaya dalam bidaan tanah Taman Manggis.
Boon Poh memberitahu bahawa beliau layak membacakan akuan tersebut kerana mempunyai hubungan sebagai saudara jauh dengan Li Koon termasuk penasihat kepada Penang Phee Clan.
Dalam akuan itu, Li Koon menyatakan beliau menjual banglo miliknya itu berdasarkan rela hati antara pembeli dan penjual pada harga RM2.8 juta dan dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014 serta tidak mendapat sebarang manfaat.
Tambah Abdul Rahman, semakin hari semakin banyak persoalan yang timbul kesan daripada cubaan terdesak Guan Eng dan semua ini akan terjawab selepas siasatan menyeluruh selesai.
Dalam perkembangan sama, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan turut mempersoalkan tindakan Exco membacakan akuan berkanun bagi seseorang yang dikaitkan dengan isu besar.
“Dua persoalan yang terus bermain di fikiran saya selepas mendapat tahu perkara ini, sejak bila Exco Negeri boleh jadi ‘pembaca berita’ untuk orang awam terutamanya melibatkan isu besar sebegini dan dalam mesyuarat Exco mana yang setuju bahawa Exco boleh menjadi ‘pembaca berita’?
“Pada saya, jika berminat untuk menjadi ‘pembaca berita’, letak jawatan dan buatlah sesuka hati dia tetapi jangan buat perkara yang tidak sepatutnya sedangkan diri sendiri mempunyai tanggungjawab yang lebih penting,” katanya.
Selain itu, Cheng Guan juga tertanya-tanya mengapa Boon Poh bersifat sebagai pelindung terhadap Li Koon dalam isu ini dan apakah kepentingan manfaat yang beliau akan dapat apabila sanggup melibatkan dirinya.( Utusan onlinne-politik).Posted by abnmulya //haji abau baklar ninggal.bl;ogspot.com at 1512 hrs on March 23,2016

Tuesday, March 22, 2016

Guan Eng tidak mampu beri hujah balas

MOHD. AZRIN MUHAMMAD : 22 Mac 2016 1:22 AM 
Datuk Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR 21 Mac - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menghentikan drama murahan dan sikap kebudak-budakan dalam menangani isu pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, Jelutong tahun lalu dan penjualan tanah Taman Manggis, Pulau Pinang pada tahun 2012.


Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Guan Eng harus menghentikan sikap itu memandangkan setakat ini beliau masih gagal memberikan hujah balas bagi menyangkal dakwaan terhadapnya.
Lim Guan Eng
“Saya masih menunggu jawapan beliau. Tidak ada guna bawa wartawan berkunjung ke rumahnya dan membuat muka monyok ketika bergambar bersama isteri kerana ia tidak mampu dijadikan bukti beliau tiada kaitan dalam isu pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis.
“Semua itu saya lihat sebagai drama murahan dan menonjolkan sikap kebudak-budakan beliau dalam menangani isu besar tersebut,” katanya
kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan pelbagai pihak yang mahu Guan Eng menjelaskan kaitan pembelian banglonya dengan penjualan tanah di Taman Manggis.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan Guan Eng bergambar dengan menunjukkan kerusi kosong yang sepatutnya diduduki oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sambil minum kopi di pejabatnya dilihat sebagai cubaan yang gagal untuk membangkitkan isu sampingan.
“Setakat ini, saya lihat Guan Eng menggunakan taktik drama dan retorik untuk mempertahankan diri, bukannya melalui hujah serta bukti yang kukuh.
“Jangan ingat rakyat boleh tertipu dengan cara kebudak-budakan beliau menangani itu,’’ katanya.(Utusan  online-politik).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1540 hrs on March 22,2016.

Sunday, March 20, 2016

Majlis Peguam tidak profesional,cabul perundangan

21 Mac 2016 12:53 AM 

 KUALA LUMPUR 20 Mac – Tindakan Majlis Peguam yang meluluskan usul mendesak peletakan jawatan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali disifatkan sebagai tidak profesional dan mencabul proses perundangan negara.

Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, usul yang dibawa dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) itu tidak menggambarkan suara sebenar mereka kerana hanya 4.45 peratus daripada 16,535 ahli Badan Peguam Malaysia menyokong usul tersebut.
Katanya, sebagai golongan profesional, Majlis Peguam seharusnya lebih teliti dan fokus dalam menegakkan undang-undang serta tidak boleh dilihat seakan-akan berpolemik terhadap isu semasa sehingga menjejaskan kredibiliti profesion guaman di negara ini.
“Membuat usul peletakan jawatan Peguam Negara adalah satu tindakan yang tidak profesional malahan boleh ditafsirkan sebagai satu pertikaian kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong. Kuasa budi bicara Peguam Negara adalah tertakluk di bawa fasal tiga, Perkara 145 dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Saya berharap agar usul ini tidak dibuat atas desakan politik pihak tentu. Saya juga melahirkan kebimbangan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap nama baik Malaysia apabila usul ini dibentangkan Majlis Peguam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Majlis Peguam dalam AGM yang diadakan semalam bertindak membincang dan meluluskan usul mendesak Mohamed Apandi melepaskan jawatan walaupun sedar jawatan beliau adalah dilantik dan diberi kuasa melalui Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, Majlis Peguam juga menuntut Peguam Cara Negara mengambil alih peranan pendakwa raya dalam kes-kes yang mungkin melibatkan Perdana Menteri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan SRC International.
Dalam pada itu, Irmohizam mencadangkan supaya Akta Profesion Undang-undang 1976 dikaji, diperhalusi dan dipinda bagi memastikan Majlis Peguam lebih beretika, berintegriti tinggi dan profesional.
“Saya mencadangkan kepada kerajaan agar akta tersebut dikaji semula dan diperhalusi bagi memastikan peranan Majlis Peguam lebih relevan termasuk melihat kepada ketelusan dalam pemilihan kepimpinan mereka.
“Saya berharap keahlian kepimpinan Majlis Peguam diberikan penekanan agar keanggotaannya benar-benar menghormati undang-undang serta memahami konsep pengasingan kuasa di antara kehakiman dan pendakwaan,” ujarnya.(Utusan on line).OPosted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at  11.10 am on March 21,2016.

Saturday, March 19, 2016

Gabungan Ngo- Ngo Malaysia tolak pakatan Mahathir/ Pembangkang nak jatuhkan PM.

19 Mac 2016 1:23 AM



JAMAL MD. YUNOS (dua dari kiri ) menyerahkan memorandum menyokong Najib Tun Razak dan menolak deklarasi pakatan Dr. Mahathir, pembangkang kepada Muhamad Fazil Saad di Putrajaya, semalam. Utusan/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 18 Mac – Gabungan NGO-NGO Malaysia hari ini menyerahkan memorandum menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Memorandum itu antara lain turut mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya pakatan Dr. Mahathir dan pembangkang yang dibentuk baru-baru ini bagi menjatuhkan Perdana Menteri.
Penyerahan memorandum itu dilakukan oleh Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos kepada wakil daripada pejabat Dr. Mahathir, Muhamad Fazil Saad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Jamal, Gabungan NGO-NGO Malaysia telah sepakat dan sebulat suara melafazkan ikrar serta taat setia tanpa berbelah bahagi untuk menyokong penuh Perdana Menteri yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihan raya.
“Kami menghormati hak kebebasan bersuara dan hak untuk menyatakan pandangan yang diamalkan di negara ini, elemen itu penting dalam amalan demokrasi yang bertunjangkan dasar inklusif dan keterbukaan serta semangat Perlembagaan Negara.
“Bagaimanapun, kami berpendirian bahawa keterbukaan ini perlulah tertakluk kepada adab, etika dan disiplin serta semangat patriotik, terutamanya apabila melibatkan pemimpin tertinggi negara ini,” katanya ditemui pemberita bersama lebih 500 ahli Gabungan NGO-NGO Malaysia di pekarangan luar Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Menurut Jamal, Gabungan NGO-NGO Malaysia juga kesal dengan tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO lain yang turut bersekongkol dengan pemimpin DAP.
“Kami sedar kebelakangan ini, Datuk Seri Najib berhadapan dengan masalah persepsi rakyat yang melampau berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan RM2.6 bilion, namun telah disahkan bahawa tiada sebarang kesalahan dalam hal tersebut.
“Rakyat perlu sedar di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau telah berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan cemerlang selain menggandakan pembangunan di kawasan luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya menolak pakatan Dr. Mahathir dan pembangkang bagi menjatuhkan Perdana Menteri kerana perkara tersebut tiada asas kepentingan rakyat dan negara selain dilihat lebih bersifat untuk mencari jalan pintas untuk memerintah negara ini.
“Kami juga mendesak Dr. Mahathir melepaskan segala keistimewaan yang digunakannya kini yang dibayar oleh kerajaan, antaranya penggunan Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai tempat berpolitik dan perkhidmatan keselamatan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.( Utusan online).Posted d by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.om on March 19,2016.

Friday, March 18, 2016

SOKONG PENUH TULISAN ZULKIFLI BAKAR DARI UTUSAN ONLINE ITU

Datuk Seri Najiab  Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6 dan Presiden parti Umno.,parti keramat bagi orang-orang Melayu.Harus dijaga dan di belai hingga akhir hayat kita orang-orang Melayu.





Jumaat,March 18,2016 @ 6.22 pm


Apa yang dikatakan oleh Zulkifli Bakar dari Utusan online pada hari ini itu(17/03/2016) itu? Memang benar dan kebenarannya pula lebih dari 100%.Mahathir-lah sebenarnya yang mahu memporak perandakan Politik di dalam Malaysia ini agar keadaan politik yang aman damai ini? 

 Jadi hura-hara keadaanya. Oleh itu kerajaan pimpinan Najib harus bertindak segera dengan menggunakan apa sahaja kuasa undandp-undang yang ada di tangana pihak berkuasa Malaysia. agar nasi tidak menjadi bubur.

Bila keadaan yang tidak menentu wujud di Malaysia ini? Maka senagnlah Mahathir dan konco-konco serta termasuk parti DAP dan parti-parti pembangkang yang lain yang sangat kemaruk nak berkuasa  di Putrajaya yang berhati busuk yang mana didapati tak habis-habis hendak menangguk di air yang keruh.

Mahathir ketika berkuasa selama  22 tahun dulu itu ? Dianggap dasn dinilai oleh parti DAP,bahawa Mahathir itu merupakan seorang Perdana Menteri yang zalim,firaun,diktaor dan sebagainya. Sementara Mahathir pula didapati telah mencerca DAP dan parti-parti pembangkang yang pro-gerakan Anwar Ibrahim dengan bermaca-macam kata nista yang kasar bahasanya..

Ertinya, kedua belah pihak ini didapati saling maki-memaki hamun.Macam anjing dengan kucing. Top-top pada hari ini?Semata-mata demi hendak menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak?,Perdana Menteri yang sah hasil dari Pilihan Raya Umum  tanggal o5 hb.Mey 2013 itu?

 Mahathir,DAP dan parti@ pembangkang yang lain didapati sedanag "duduk bersama-sama dengan begitu erat dan mesra sekali.Perbuatan mereka ini sama-lah ertinya dengan pepatah melayau yang tersohor adalah perbuatan yang "Dah diludah? Maka jilat semula?

Dr,Mahatghir Mohamaed
Perbuatan ini merupakan satu-satunya perbuatan  yang sangat "songang" sifatnya.perbuatan  dari orang yang  muka tebal,muka  tak tak malu,tak ada moral politik dan hina sekali.Kerana Air ludah itu adalah benda  yang sangat kotor dan jijik?

Kemudian depa jilat semula demi untuk mencapai cita-cita busuk mereka yang bersifat "matlamat menghalakan cara" .Nak jatuhkan Najib?

Golongan atau pun kelompok yang dah ludah jIlat semula ini? Ada-lah golongan atau pun kerlompok politik yang pentingkan diri sendiri,bercakap macam "lidah biawak" ,berbelit-belit lidahnya dan langsung tak ada pendirian politik yang nyata.dan tegasa hala tujunya.

Maka di seghi poliytiknya? Golongan atau kelompok kecil yang tak ada pendirian politik dan golongan yang tak ada jati diri ini? Sangat membahayakan negara Malaysia yang kini aman damai dan makmor hidup rakyatnya.

Oleh itu mereka ini langsung tak boleh dipercaya apa sahaja gagasan politiknya itu? tUJUANNYA mengarut belaka. Dan golongan ini tidak harus rakyat Malaysia  beri muka langsung tentanag Gagasan politik mereka itu?

Jangan disokong langsung.Malah marilah kita rakyat Malaysia yang cintakan aman damai dan tenteram di Malaysia ini? Bersatu padu "nyahkan mereka" .

Marilah kita berdsama-sama pencilkan mereka jauh-jauh dari kita dan sekaligus hapuskan mereka dari INGATaN DAN PANDANGAN  rakyat Malaysia ini di arena politik Malaysia ini.

Mereka ini adalah sebagai "vairus denggi politik" yang bakal akan mencetuskan dan akan membawa berbagai-bagai penyakit politik di Malaysia yang kini aman damai dan sentosa (Posted by  abn mulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 61q822 hrs on March 18,2016..

Thursday, March 17, 2016

MAHFUZ OMAR," TAK SANGGUP TUNGGU PRU KE-14.TAK TAHAN LIHAT KEROSAKAN NEGARA," KATANYA.



Oleh Haji Abu Bakar Niggal 
Jumaat,March 18,2016 @ 10.00 am. 

Di manakah tempatnya terjadi kerosakan itu dan apa bendanya yang rosak? Dan apakah jenis kerosakkan yang telah rosak dan dideritai oleh rakyat Malaysai.. wahai YB Mahfuz Omar. 

Berdasarkan apa yang saya lihat mutakhir ini.Rakyat Malaysia di mana aje merka berada di Malaysia ini,dilihat ternyata hidup macam biasa. Aman damai kehidupan mereka mengikut kemapuan masing-masing.
YB.Mahfuz Omar MP dari PAS.

Jika hari minggu jalan raya penuh sesak dengan kereta-kereta oleh pengguna jalan raya pergi jalan sana dan jalan sini dengan familinya?

Panggong-panggong wayang di penuhi oleh para penontonnya. Jika ada jual murah di gedung-gedung besar di mana sahaja di dalam Malaysia ini?

Didapati gedung2 besar itu penuh sesak dengan rempuhan pembeli-pembelinya yang takut tak dapat membeli barang-barang kesukaan mereka jika datang kewat?

Penulis nak tanya pada En.Mahfuz. Jika mereka tak ada wang yang lebih? Bagaimanakah mereka itu didapati mampu membeli belah ( shopping) dan belanja besar-besaran gitu?

Di car-porch,dirumah mereka pula didapati paling sedikit mesti ada dua,tiga buah kereta macam-macam jenis kereta.

Jenis kereta import mahal-mahal belaka  dan juga jenis kereta proton,produa,Mayby dan sebagainya kereta buatan Malaysia.Itu semuanya melambangjkan kemakmuran rakyat Malaysia.Mana ada benar jika En.Mahfuz kata rakyat Malaysai kini sedang ditimpa kerosakan dan kemiskinan hidup yang tenat?

Apakah tokoh-ptokoh politik tanah air Malaysia ini terutamanya bagi tokoh-tokoh politik dari parti-parti pembankanag ini?,Kebolehan mereka yang paling utama ialah sering suka cakap bohong di ketika bercakap dilihat sering merapu-rapu .Suka buat manupulasi tentang isu-isu yang hanya berupa persepsi belaka.?

Rakyat hidup senang lenang? Maka dikatakan derita dan mengalami banyak kerosakan? Lazimnya tokoh-tokoh politik parti pembangkang di Malaysia ini dilihat  semacm begitu gembira dan suka cakap bohong dan suka cakap merapu-rapu demi untuk mendapatkan political milage dari segi kepentingan politik mereka yang songsang itu?

Jika negara Malaysia ini ditimpa "gempa bumi" dan dilanda angin ribut dan puting beliong yang kuat hingga merobohkan rumah kediaman pulohan ribu para pendududknya?  Jika mala-petaka yang sebegitu rupa terjadi di Malaysai ini? Barulah logik boleh dikatakan rakyat mengalami sengsara dan penderitaan hidup?

Macam En.Mahfuz Omar brkata?.Negara Malaysia ini aman damai dan rakyatnya hidup senang lenang di bawah kerajaan Umno-BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, maka dikatakan oleh MP Mahfuz Omar kononnya Negara Maklaysia ini ditimpa kerosakan?

Rakyat umumnya,baik,apa bangsa sahaja,lazimnya tak suka pada tokoh-tokoh politik yang suka cakap bohong dan merapu-rapu sikap percakapan merka itu.

Pada PRU ke-14 nanti ditakuti En.Mahfuz akan kecundang ditolak oleh rakyat yang mana akan lebih suka dan tertarik hati pada wakil-wakil rakyat mereka yang selalu bercakap benar dan tulus ikhlas bertugas untuk rakyat dan sekaligus niatnya semata-mata  berkhidmat pada rakyat kerana Allah SWT.?( Poste d by abnmulya// haj.abu bakar ninggal. blogspot.com at 10.00 am on March 18,2016.