Wednesday, September 21, 2016

Umno bincang persempadan semula hujng bulan.

22 September 2016 @ 1.30 am.

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibincangkan da­lam Mesyuarat Pengurusan UM­NO dan Mesyuarat Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, hujung bulan ini.

Tengku Adnan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu telah dan akan terus mendapat maklum balas dari Bahagian-bahagian dan ahli-ahli di peringkat akar umbi mengenai usul persempadanan semula kawasan pi­lihan raya itu.

“Sehu­bungan itu, UMNO juga ingin menyatakan bantahan terhadap hal ter­sebut dan berharap agar pandangan daripada semua pihak diambil kira oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dalam hal yang sama, UMNO menolak spekulasi dan provokasi pihak tertentu yang mendakwa persempadanan itu sebagai taktik politik untuk memenangkan sesebuah parti pada pilihan raya akan datang,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan di sini hari ini.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Ne­geri-Negeri Tanah Melayu serta Sabah bermula 15 September lalu.
Setiausaha SPR,

Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut perun­tukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Menurut Abdul Ghani, SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan iaitu hingga 14 Oktober ini.( Utusan online-politik).Posted by ab nmulya //haji abu bakar ninggal. //haji abu bakar ninggal.blogspot,com. at  2.18 am on September 22,2016.

DAP GUNA MADEY SEBAGAI ALAT JATUHKAN NAJIB.

21 September 2016 1:02 AM 

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad diperalatkan Lim Kit Siang dalam perancangan menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah sesuatu baharu, tetapi kini kenya­taan itu makin menarik apabila diakui sendiri bekas pemimpin DAP.
Hew Kuan Yau
Hew Kuan Yau

Bekas Ketua DAP Teluk Intan, Hew Kuan Yau secara terbuka mengakui DAP bertindak ‘menyelamatkan’ Dr. Mahathir dan kini menggunakan bekas Perdana Menteri itu sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Kami menyelamatkan Dr. Mahathir dan kami menggunakan beliau sebagai alat untuk menga­lahkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami mengguna­kan Dr. Mahathir un­tuk membunuh ayam,” katanya yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ dalam klip video berdurasi 43 saat yang disiarkan di laman Facebook MyNation News sejak Isnin dan kini mula viral di media-media sosial.

Sebelum ini pelbagai pihak menyifatkan Dr. Mahathir sudah jauh tersasar apabila sanggup bekerjasama dengan DAP kerana mereka percaya parti tersebut bakal meraih laba paling untung sekiranya Najib dapat digulingkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Kuan Yau mendakwa, langkah DAP memperalatkan Dr. Mahathir adalah kononnya bertujuan menyelamatkan negara ini daripada kepemimpinan kerajaan yang dite­rajui UMNO.
Beliau juga memberi amaran akan bersuara lebih ‘kuat’ jika ada pihak tertentu cuba menutup mulutnya selepas ini.

“Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut,” katanya tanpa menamakan siapakah yang dimaksudkan beliau.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya //haji abu b akar ninggal.blogspot.com  at  2.05 am on September 21,2016.

Pas Serah dokumen kepada peguamnya untuk peneitian

21 September 2016 4:56 PM 

 BHARU 21 Sept. - Pas telah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan parti itu untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
pas
Datuk Takiyudin Hasan

Beliau berkata, peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.
"Antara dokumen yang diberikan kepada peguam, dua hari lepas ialah kenyataan balas penafian daripada pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu ditanya perkembangan tindakan parti itu untuk menyaman portal berita berkenaan yang berpangkalan di London berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap PAS.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, sekali gus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut. - BERNAMA(Utusan online).Posted by ab nmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.45 am on September 21,2016.

Madey Nak Protek Harta Kekayaannya aje








Haji abu bakar ninggal
Rabu,Sepetember 20,2016 @ 7.52 pm

Khasnya kepada macai3 yang jadi penyokong tegar Madey hendaklah sedar mada glamour politik bagi Madey sudah berlalu dan kini dah tak ads " umph" lagi.

Justeru itu jangan buang masa anda yang bernilai itu Adalah lebih baik dekat diri anda pada Allah swt yang Maha Berkuasa,Pemurah dan Pengasih itu , adalah lebih "afdal"dan lebih tenang hati dan kehidupan anda berbanding anda benarkan diri anda di bodoh2kan jadi boneka oleh Madey yang berdendam dengan Najib tanpa ada asasnya itu?

\Semata2 kerana kepentingan "peribadinya.Madey berazam kuat agar anaknya dapat di tabalkan segera jadi PM.Agar harta kekayaannya di
dalam dan di luar negara Malaysia itu tetap selamat?

Seperti kata Raja Petra di dalam tulisan di blognya baru-bari ini. Beliau ada berkata bahawa wang Madey  sebanyak RM100 bilion kini berada di tangan kawannya yang bertaraf billion air juga.

Wang sebesar itu akan tetap ( save and sound).Dengan kata lain wang itu pasti selamat dan tidak dibaham oleh sahabat karibnya itu?

Jika anaknya itu dah jadi PM?? Jika anaknya dah selamat jadi PM Malaysia?

 Kalau usahanya itu gagal? Maka mungkin WANG sebanyak RM100 billion itu akan lesap di baham dengan gitu aje oleh sahabat karib dan kepercayaan Madey? Kini Madey dah tua dan beliau sangat sedar dan insaf mengikut hukum akal orang-orang yang dah berusdia tualah lazimnya cepat dipanggil pulang oleh Allah swt.

Dari tanah asal usul kita dijadikan? Maka di tanah juga kita akan  kembali?Jika dah sampai ajalnya? sebelum isu anaknya  harus jadi PM itu gagal? Sedangkan bila ajalnay telah tuba/Tidak boleh dianjak-anajak lagi? Walaupun sesaat tidak dapat diundur-undurkan?

Madey semacam mahu memberi wasiat pada anaknya yang ada kuasa politik guna menjaga harta dan wanag yang sebanyak itu? Yang merupakan  kekayaannya yang tiada tara itu yang teah depa kumpulkan selama 22 tahun mereka berkuasa di Malaysia sebagai PM.
Raja Petra yang banyak dedahkan taktik politik Madey
 dalam usahanya nak gulingkan Najib.

Maka oleh sebab itu? Kini dia mesti bekerja kuat ke arah itu? Jika buat sendiri tentu depa tak mampu? B ukan senang nak jatuhkna Najib seperti mana belaiau berjaya meminta Pk Lah berundur dari jawatan PM?

Jadi terpaksa banyak gunakan macai2 dan bonekanya untuk mendapatkan "matlamat menghalakan cara".

Parti baharunya diharapkannya akan dapat menumbangkan parti Umno/BN  pada PRU ke-14 in.

Itulah harapan terkahir Mdey agar dpat mengulingkan Najib dan parti Umno/BN..

Untuk tyujuan itu  Madey yang egonya keras kepala dan degil dan gilakan kuasa itu? Akan berusaha mendapatkjan macai-macai dn boneka yang banggang untuk menolong beliau untuk mencapai cita-citanya.dan harapannya itu.

Usaha-usaha Madey itu pasti gagal segagalnya? Keranan apa yang mereka lakukan itu di sedari oleh rakyat Malaysia sematamata kerana dendam kesumat pada Najib dan keran akepentingn Peribadinnya dan keluarfganya sahaja.Rakyat lazimnya tidak suka meneima tokoh-tokkoh politik macam ini yang utamakan kepentinga peribadi berbanding dengan kepenting an rfakyata Malayssia seluruhnya yang berjulah 30 juta itu.

Kesian pada macami-macai nya itu. You all dapat dedak apa? Jika dapat dedak pun?Tak boleh ubah nasib you dari miskin jadi kaya- raya macam keluarga depa itu???Fikir-fikirkan lah agara jangan terus jadi boneka dan alat insan yang sangat rakus itu?( Posted by abnmulya //haji abau bakar ninggal.blogspot.com at 1952 hrs on September 20,2016.

Tuesday, September 20, 2016

Kemuncak Kegembiraan Pada Setiap Ibu/Bapa.

Siti Hajar dengan Ijazah Bachelor of  Honour ( Sarjana
 Muda) pangkat ANC-nya dalam jurusan (Forensix Chemist
 Aanalisis) yang telah diterimaaya pada dua tahun yang
 lalu yang menjadi (puncak kegembiraan) kami suami/isteri
 dan juga adik dan kakanya serta neneknya.





Abu Bakar NInggal

Isnin,September 19,2016 @9.12 pm. 

JIKA sesaorang itu bila dah berumah tangga.Suka atau tidak suka?Mahu atau tidak mahu? Anda pasti akan melalui perasaan puncak kegembiraan seperti saya sebut-sebutkan kan di bawah ini:.

Pertama: Pada saat dan hari yang paling gembira bagi mereka ialah di saat dan di hari di ketika mana sang isteri mereka itu telah selamat melahirkan anaknya yang sulong sama ada anak lelaki ke atau perempuan ke?


Juru nikah Ustaz Khairizam sedanag  menjaankan
 'akada nikah" anatara Nor Shaifulddin 
dengan anak saya Siti Hajar.
Kedua: Ialah di saat dan di hari di mana anak mereka akan menerima IJAZAH Bachelor of Honour ( Sarjana Muda) pada satu2 konvokesyen sesebuah Universiti di mana anak2nya itru telah menimba ilmu dengan berbagai ilmu yang anak2 mereka telah timba air ilmu akedmik itu sekurang-kurangnya selama 3 tahun.

Anaknya kini dah ada senjata sakti untuk menempuh kehidupan dunia yang sangat mencabar dari masa ke masa. 


Selepas dah dijab kabulkan? Maka acara seterusnya maka akan disandingkan pula secara rasmi mengikut adat istiadat orang-orang Melayu yang turun temurun.


Seterusnya pasangan pengantin baru itu di sandingkan di atas pentas di mana dah ada sebuah pelamin menunggu untuk pasangan kedua mempelai itu dinobatkan jadi " Raja Sehari" dengan segak dan bergaya dengan pakaian pengantin yang telah mereka tempah. Lagak dan gayanya sebagai "King and Queen for one day".


Waris-waris terdekat akan diminta dengan hormatnya untuk merejis air mawar dan menaburkan bunga rampai yang mewangi di mana telah disediakan lebih awal lagi untuk kedua ayah/ibu sebelah pengantin perempuan yang jadi pasangan Raja Sehari itu..
Sebaik sahaja tiuba pengantin lelaki dan rombongannya itu
tiba,maka pengantin perempuan menyambutnya untuk 
dipersilakan masuk ke dalam Dewan Persandingan.


Lazimnya adadat istiadat bersanding itu di raiekan dengan rasa syukur dan penuh muhibah oleh kedua-dua belah pihak bagi meraikan "pengantin baru"yang sedang ditabalkan jadi Raja Sehari itu.( King and Queen fir one day)itu.

Disamping itu tidak ketinggalan juga disaksikan oleh para tetamu jemputan ke majlis persandingan pengantin baru itu di dalam Dewan dan sebagainya.

Mengikut kemampuan wang ringgit masing-masing untuk mengadakan majlis itu secara besar-besaran ke? Atau secara sederhana je ke? Ataupun secara kecil-kecilan aje ke?

Ada setengah negeri di Malaysia ini mengadakan majlis perkahwinan setakad adakan majlis akad nikah sahaja dengan di saksikan oleh waris-waris terdekat seramai tak lebih 50 orang sahaja.


Dua memnpelai Raja Sehari ini bersanding di atas pentas untuk 
ditonton oleh para jemputan dan sdaudara mara yang  
terdekat yang hadir di majlis persandingan itu.
Yang penting acara (Ijab kabul itu) yang wajib dari hukum hakam Allah swt itu harus diutamakan mengikut hukum hakam diperintahkan oleh Allah swt.

Dari segi agama Islam majlis serupa itulah yang paling afdal kerana tidak terlibat dengan pembaziran wang ringgit yang banyak dan besar pula jumlahnya.

KEMUNCAK KEGEMBIRAAN IBU/BAPA

Dalam konteks bila saya berbicara tentang saat dan ketika jadi Kemuncak Kegembiraan hati dan perasaan setiap insan yang bergelar Ayah/ Ibu?
Kemudiannya sepasang pengantin turun turun dari pentaa 
persandingan untuk makan berada bersama  waris-waris 
terdekat kedua belah pihk.

Bagi diri saya dan isteri. Boleh dikatakan amat bersyukur dengan ketentuan Allah swt  yang mana telah menemukan jodoh anak kami Siti Hajar dengan Nor Shaifuldin dan telah pun di ikat dengan pernikanah sebagai suami isteri.

"Tiada kata-kata seindah bahasa untuk kami lafaskan bagi menzahirkan" betapa riang gembiranya"hati kami bila tiba di hari tersebut dengan izin Allah Swt..

Aanak perempuan kami yang nombor dua ini, Siti Hajar binti Haji Abu Bakar,merupakan cahaya mata kami yang sangat disayangi hasil pernikahan saya dengan isteri saya yang bungsu, Hajah Roslina binti Hussin, selama 29 tahun yang lalu iatu, setelah kami dijab kabulkan pada tahun 1987.

Anak perempuan kami Siti Hajar berusia 25 tahun. Lulusan dari UiTM Shah Alam dengan Ijazah ANC jurusan"Forensix Chemist Analisis".
Kii: Sahabat karib saya Datuk Dr.Rahman Ismail
mantan MP ( member of parlimen) Umno Gombak 
pada PRU ke-11.Kanan  sahabat karib saya juga
 Mazlan Musa.

Dia dah pun dapat pekerjaan sebagai (Junior Chemist Analisis) sebuah syarikat luar negara yang melabor di Malaysia.Kini dah pun di confirmed sebagai (senior Chemist Analisis).


Dengan izin Allah Siti Hajar telah selamat (di akad nikhakn) pada tanggal (16/09/2016) di rumah kediaman saya,di Taman Sri Gombak, oleh juru nikah Ustaz Kharizam,juru nikah Masjid Al-Khairriyah,Taman Sri Gombak kira2 pada jam 3.30 petang ,hari Jumaat.Pada tanggal (16/09/2016).Bersamaan dengan 14 hb.ZulHijjah 1437Masihi.

Pada ( 17/09/2916) pula satu Majlis persandingan untuk dinobatkan pasangan pengantin baru itu jadi 'Raja Sehari"antara Siti Hajar dengan suaminya Nor Shaifulddin telah pun selamat di adakan, di Dewan Klub Golf PDRM,di Tasek Titi Wangsa,Kuala Lumpur.

Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu jemputan dari dekat dan dari jauh lebih kurang seramai 900 orang.Kerana Ibu mertua saya dari Kelantan hadir dalam satu rombongan.
Sebahagian dari para tetamu. Tengah Chgu Jah dan sebelah 
kirinya bertudung hijau Puan Ros isteri sepupu saya 
Sdr.Ali Manaf..

Dalam satu rombongan bersama-sama adik2 ipar saya dan mereka tiba dikediaman kami sehari sebelum majlis Akad Nikah itu akan diadakan.


Besan2 saya dari Pahang.dan besan kami dari Kuala Selangor pun datang.Anaka2 saya dari Johor dan dari Melaka pun hadir dalam satu rombongan juga.

Kami sangat teruja dan sangat gembira dengan kehadiran mereka itu semua.

Semua acara pada hari tersebut demgan izin Allah swt telah berjalan dengan baik dan lancar sekalai.Stukur Alhamdulilah.

Saya suami/ isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para tetamu ang telah had
ir ke majlis persandingan anak perempuan saya itu kerana mereka semua telah korbankan masa mereka yang sangat berharga itu hadir ke majlis kami yang serba kekurangan itu.
Sebahjagian lagi para tetamu undnagan dan kebanyakannya 
datang dari khariyah penduduk Taman Sri Gombak yang jadi 
jiran kami dan sahabat2 isteri saya yag sering sama berusrah.

Disamping itu kami juga memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kekurangan di dalam majlis kami yang tidak sepertinya itu. Lautan mana yang tidak ditimpa hujan.Dan lautan mana yang tidak bergelombang?

BINTANGNYA MEMANG TERANG.


Siti Hajar ini memang bernasib baik.Tak perlu menganggur setelah tamat pengajian tingginya di Universiti UiTM di Shah Alam selama ( dua setengah tahun ) sahaja untuk mendapatkan ijazahnya itu.

Dua minggu sebelum tiba hari "konvokesyen" di UiTM di Shah Alam.
Siti Hajart dah pun dapat pekerjaan di Shah Alam iaitu di sebuah Kilang mengeluarkan racun2 serangga untuk kegunaan meracun tanaman di ladang-ladang kelapa sawait,ladang getah dan sebagianya.
Kiri: Datuk Osman  Hasan kemeja biru dan adiknya Hamid
 Hasan berbaju batik merah dan isterinya di tengah,
sahabat karib saya sejak 1984 dari Bangi pun hadir.

Siti Hajar lebih awal bekerja di syarikat tersebut itu sebagai (Chemist Analisis) berbanding dng Nor Shaifuldfin yang mana Ibunya bermastautin di kawasan Peneroka Palon8,Gemas,N.Sembilan. Ayahnya telah meninggal beberapa tahun yang lalu.

Dua minggu kemudian Nor Shaifulddin pula diterima bekerja di Syarikat yang sama juga.
Sebelum itu Nor Shaifulddin dah bekerja di Syarikat (Bio Kimia) yang dipunyai oleh bumiputra.

Ertinya Nor Shaifuddin ini memang dah punya pengalaman bekerja di bidang yang beliau kerja sekarang ini.

Memang tak ada masalah bagi syarikat yang beliau bekerja sekarang ini meneriamnya sebagai pekerja di Syarikatnya.

Yang penting itu adalah pengalaman kerja itu yang ada berserta dng segulong Ijazah dari Universiti. Nor Shaifuddin lulusan Ijazah (Chemist Engineering) dari Universiti MARA.
Sebahagian lagi para tetamu yng memenuhi Dewan Golf 
polis di Tasek Tiit Wangsa Kuala Lumpur.

Ertinyaa,suami Siti Hajar yang bernama Nor Shaifulddin yang mana kini dah jadi suami/isteri itu memang ditakdirkan oleh Allah swt didapati bekerja di Syarikat dan di Kilang yang sama tetapi fungsinya sahaja yang lain-lain.


Setalah seleai semua tetamu jemputan dilihat dah tiada lagi
.Maka kami suami isteri mengabadikan anaka2 dan menantu
kami bergabar ramai.
Siti Hajar sebagai (Chemist Analisis) Sementara Nor Shaifulddin sebagai (Cemist Enginnearing) pula.

Akibat dari mata bertentang mata? Maka terbit keinginan mahu berkenalan dan akhirnya jadi pasangan suami isteri pula. 


Maka dihantarnyalah rombongan meminang ke rumah saya.

Majlis persandingan anak saya Siti Hajar dan Nor Shaifuldin pada tanggal (17/09/2016) bertempat di Dewan Golf PDRM di Tasek Titi Wangsa,Kuala Lumpur.

Menurut Siti Hajar hasil produk syarikat tersebut kebanyakannya telah di eksport di luar negara dan setakat ini negara luar yang paling banak mengimport hasil produk syarikat Siti Hajar berkerja itu ialah, negara Brazil dan lain-lain negara pertanian di dunia ini

Ladang-ladang tempatan Malaysia punya GLC kerajaan pun banyak juga menggunakan racun serangga production syarikat tersebut. Para pekerja di kilang tersebut suka bekerja di sana terutama di bahagaian makmal analaisis dan juga di bahagian production.

Boleh dikatakan setiap hari dalam seminggu termasuk (Saturday dan Sunaday) pun ada kerja "overtimes"..Dengan adanya kerja-kerja "OVER TIMES" yang boleh dikatakan setiap hari itu? MAKA para pekerjanya di semua bidang yang rajin bekerja dan suka ambil kerja " over times' yang banyak?

Maka sudah pasti gajinya setiap bulan pun lumayan juga sesuai dengan kerja keras dan titik peluh yang telah membasahi tubuh-tubuh dan pakaian mereka setiap hari untuk mencari nafkah hidup mereka yang agak lumayan juga. (Posted by abnmulya //haji abu bakar  ninggal.blogspot.com at 2112 hrs on September 19,2016.).


Saturday, August 13, 2016

Melayu ( Umno) Yang Punya " Jati Diri" Tak Boleh Di Jual Beli.Pada Parti DAPing Musuh Sejati Kami?






Ahad,Ogos 14,2016 at  2.,02 pm.

Itulah pendirian kami pendokong tegar Umno/Barisan Nasional yang sejati Diharapkan anda semua di sebelah sana dapat mengerti?

Kini masih belum ada  lagii pejuang-pejuang yang patah dan belum ada para pemimp kami yang dah mati.Mereka masihi segar bugar deengan semangat yang kental demi pertahankan ibu pertiwi ini.

So, ertinya? Najib masih tidak perlu berundur diri.Hatta jika terpaksa kami mengkorbankan jiwa raga kami demi mempertahankan pemimpin dan ibu pertiwi yang sangat kami sayangi. Najib Tun Razak diperlukan menjadi terjau utama memerintah ibu pertiwi yang satu ini yang mana sangat-sangat kami sayangai dan cintai selama ini.

.
Datuk Seri Naji Tun Razak berikrar bahawa beliau masih mahu tetap terus-menerus mahu mempertahankan bumi pertiwi kami yang kami sayangi.

Rela mati hingg mayat-mayat kami tergelempangan di sana di sini di bumi pertiwi yang tercintai ini.

Itulah iltizam,janji dan sumpah-sumpah kami demi ibu pertiwi kami khas untuk bangsa Melayu asli dan anak jatinya yang punya semangat " Jati Diri" sebagai anak2 peribumi yang asli dan jati diri.

Malaysia ini,tak boleh di jual beli kepada parti  the DAPig kafir harby yang jadi sahabat baik dan rakan seperjuangan politik Mama Kutty mutakhir ini.

GOLONGAN mama Kutty ini  ynag berhasrat untuk mencuri ibu pertiwi kami ini?

Harus kami tentang dan tempuri mereka secara habis-habisan dengan semagata juang yang kenal yang bersatu padu hingga ke titisan darh kami yang terakhir.

Biar pun petir sabung menyabung dan guruh berdentum dentam di langit yang biru itu?Namun sedikit pun tidak boleh menakutkan kami agar terus-menerus menggalas tanggung jawab kami memp[ertahankan ibu pertiwi kami.?

Perjuangan suci kami untuk pertahankan ibu pertiwi Malaysia ini,tetap akan diteruskan jika sauh kapal telah di angkat dan layar kapal perjuangan telah di kibarkan dega megahnya? 

Pantang undur sebelum bertempur demi menempa kejayaan yang gilang gemilang. Tak akan Melayu hilang di dunia ini?

Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2352 hrs on Ogos 1,2016.

"Kegagalan yang teruk"--Musa Hitam

Pentadbiran Dr. Mahathir selama 22 tahun 

FITRI AFFENDI MUSTAFA : 14 Ogos 2016 12:22 AM



KUALA LUMPUR 13 Ogos - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyifatkan pentadbiran 22 tahun Tun Dr. Mahathir ­Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah satu ‘kegagalan yang teruk’.

Dalam bukunya bertajuk Frankly Speaking yang dilancarkan baru-baru ini, Musa mende­dikasikan satu bab khas untuk membincangkan berkenaan kekuatan dan kelemahan pentadbiran Dr. Mahathir.
Mahathir Mohamd
Menurut Musa, bekas Perdana Menteri itu adalah seorang pemimpin berwawasan yang telah banyak membangunkan negara, namun gagal mencari dan me­latih penggantinya.
Mengimbas kembali ketika bersama Dr. Mahathir memimpin negara, Musa menggambarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang amat teliti dan suka membuat catatan semasa mesyuarat.
Dalam buku tersebut, beliau turut memuji kebangkitan ­Malaysia di peringkat antarabangsa semasa era Dr. Mahathir yang dilakukan secara teratur dengan menggunakan pendekatan pengurusan mikro.
Walau bagaimanapun, ketika perkataan taat, inovatif dan teliti digunakan untuk menggambarkan sikap bekas ketuanya itu, masyarakat antarabangsa juga menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai autoritarian, penuh kebencian dan suka bergaduh.
Beliau memberitahu, Dr. Mahathir mungkin suka melibatkan diri, tetapi juga lebih suka menjadi pihak berkecuali dalam sesi dialog atau perdebatan diadakan.
Musa menambah, satu lagi aspek negatif tentang Dr. Mahathir adalah kritikan yang kerap dilemparkan beliau terhadap orang Melayu.
“Beliau seolah-olah seperti membenci dan merendah-rendahkan mereka. Malah, baru-baru ini ketika rakaman Dr. Mahathir ada berkata ‘orang Melayu bodoh’,” katanya.
Buku Musa yang telah dilancarkan pada Rabu lalu telah mengupas pelbagai isu seperti pendidikan dan bahasa serta peristiwa Memali 1985.( Utusan online).Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.54 noon on Ogos 2016.)