Friday, December 1, 2017

RCI : SYOR EMPAT PEMIMPIN DISIASAT

Ada bukti kemungkinan wujud pecah amanah menyebabkan BNM rugi RM31.5 bilion 

01 Disember 2017 3:00 AM.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga forex pada 1990-an percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion.

Bernama melaporkan suruhan­jaya itu juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

“Suruhanjaya juga berpandangan bahawa terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994,” menurut suruhanjaya lima anggota diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam laporan 524 muka surat yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Laporan itu menyebut Perdana Menteri ketika itu turut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan bersama dengan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada penghujung 1993 bahawa BNM mengalami kerugian akibat urus niaga forex pada tahun 1992 dan 1993 berjumlah RM30 bilion.

Bagi tempoh yang dinyatakan dalam laporan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Suruhanjaya itu berpendapat bahawa terdapat bukti daripada inkuiri itu yang mencadangkan kemungkinan wujudnya kesalahan-kesalahan pecah amanah (CBT) ke atas dana kepunyaan BNM mengikut Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan oleh individu yang terlibat secara langsung dalam urus niaga forex itu, ter­utamanya Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dilihat mempunyai kawalan penuh dan bertanggungjawab dalam urus niaga forex.

Laporan itu menyebut walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat me­laksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.

Suruhanjaya itu berkata ia telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat.

“Individu-individu yang termasuk dalam kategori ini adalah Timbalan Gabenor, Gabenor, Lembaga Pengarah BNM, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri,” menurut laporan itu.

Berikutan inkuiri terbuka ke atas 25 saksi dan mengambil kira pelbagai bukti dokumen yang relevan, suruhanjaya itu mempunyai alasan kukuh untuk membuat kesimpulan bahawa BNM mengalami kerugian berjumlah RM31,5 bilion akibat urus niaga forex pada 1992, 1993 dan 1994.

“Kerugian besar itu memberi kesan negatif yang signifikan ke atas ekonomi di mana ia te­lah menjejaskan peluang untuk kerajaan dalam membangunkan negara,” jelas laporan itu, dan menambah, kerugian itu turut merencatkan keupayaan BNM untuk melaksanakan mandat sebagai bank pusat negara.

Satu lagi mekanisme yang digunakan adalah meningkatkan nilai kunci kira-kira melalui pindahan saham daripada kerajaan untuk mengakaunkan kerugian serta mewujudkan Perbelanjaan Tertunda yang dilunaskan dalam masa 10 tahun.

“Tiada tindakan lanjut diambil oleh Menteri Kewangan dan Ke­tua Setiausaha Perbendaharaan (sebagai Ahli Lembaga Pengarah) walaupun telah dimaklumkan oleh Ketua Audit Negara mengenai kerugian berkenaan dan ka­edah perakaunan yang luar biasa,” menurut laporan itu.

Suruhanjaya itu melaporkan bahawa cabutan minit daripada tiga mesyuarat Jemaah Menteri yang masing-masing diadakan pada 30 Mac, 6 April dan 13 April 1994, merekodkan Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah mempengerusikan mesyuarat pa­da 30 Mac 1994, di mana tiada maklumat berkenaan kerugian sebenar sebanyak RM12.3 bilion untuk tahun 1992 dan sejumlah RM15.3 bilion untuk tahun 1993 dimaklumkan.

Kerugian yang dilaporkan pada 1993 adalah sebanyak RM5.7 bilion sahaja. Perdana Menteri ketika itu yang mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 April 1994 tidak memperbetulkan atau memohon penjelasan lanjut apabila kerugian urus niaga forex bagi 1993 yang dilaporkan pada ketika itu berjumlah RM5.7 bilion.

“Suruhanjaya mendapat bukti bahawa beberapa individu daripada BNM, Kementerian Kewa­ngan, Jabatan Audit Negara termasuk Lembaga Pengarah BNM dan Menteri Kewangan mempunyai maklumat berkenaan kerugian sebenar urus niaga forex dan terlibat dalam menyembunyikan kerugian sebenar dalam urus niaga forex BNM itu.

“Oleh yang demikian, mereka sepatutnya dipertanggung bersama ke atas kesalahan berkenaan,” kata suruhanjaya itu. Suruhanjaya itu berpanda­ngan, berdasarkan fakta dan situasi yang dikemukakan dalam inkuiri itu, terdapat asas untuk mencadangkan satu siasatan rasmi dijalankan bersabit kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah CBT dan/atau penipuan oleh mereka dan Perdana Menteri ketika itu dalam menjalankan urus niaga forex secara spekulatif dan/atau menyembunyikan maklumat kerugian urus niaga forex daripada Jemaah Menteri dan Parlimen.

Suruhanjaya itu mendapati urus niaga forex oleh BNM pada penghujung tahun 1980-an sehingga tahun 1993 adalah melampaui had serta bersifat spekulatif untuk tujuan keuntungan dan ia bertentangan dengan Seksyen 31(a) Ordinan Bank Pusat 1958.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat skandal kewa­­ng­an tersebut.

Beliau berkata, pasukan ber­kenaan akan ditubuhkan dalam tempoh masa terdekat selepas pihaknya menerima laporan di Ibu pejabat Polis daerah (IPD) Putra­jaya oleh Dr. Yusof hari ini .( Utusan online-Utama).Posted by abnmulya  //  haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 2028 hs on Disember 01,2017.

DAP IBARAT RACUN KEPADA NEGARA


ANNUAR MUSA, Huan Cheng Guan (kiri) dan Mohamed Razali Abdul Rahman (kanan) dalam program Diskusi UMNO Online: Anda Tanya Kita Jawab yang bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ Mohd . 

Farizwan Hasbullah 
November 29,2017 12:19 AM

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ideologi yang diperjuangkan DAP jelas menunjukkan parti itu tidak mengamalkan sikap keharmonian, sebaliknya lebih cen­derung memecahbelahkan per­paduan masyarakat sehingga di­khuatiri boleh menjadi ra­cun kepada negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemimpin DAP kini secara terus-teru­s­an­­ memainkan isu sensitif yang hanya akan memberikan imej­ negatif kepada negara.

“Mereka terus menyerang­ UM­NO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti yang mewakili masyarakat Cina dengan pelbagai kisah yang tidak benar.

“DAP mahu masyarakat Cina terus menyokong mereka dan dalam masa sama memerlukan sokongan orang Melayu untuk mengukuhkan parti ter­sebut,” katanya ketika menjadi mo­derator dalam program Diskusi UMNO Onli­ne:

Anda Tanya Ki­ta Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Program yang ber­langsung selama sa­tu jam itu turut menam­pilkan dua panel iaitu Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan serta bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman.

Kedua-dua panel membin­­ca­ng­­­‑kan sikap DAP yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk memburuk-burukkan negara de­mi kepentingan politik.

Annuar menjelaskan, rakyat perlu bijak memilih parti yang benar-benar boleh mempertahan­kan mereka dan bukannya yang hanya menyemai sikap kebencian.

“Keharmonian dan perpaduan yang ada di negara ini sangat berharga dan tidak boleh ditukar dengan apa sahaja alasan terma­suk kepentingan politik.

“Malah sikap DAP yang sering mendapatkan sokongan daripada pihak luar sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada negara,” katanya.

Tambahnya lagi, sikap pe­mimpin DAP juga terserlah di Parlimen apabila mereka sering menggunakan bahasa yang kasar dan mengeluarkan perkataan sen­sitif. (UTUSAN ONLINE-POITIK).pOSTED BY ABNMULYA  // HAJI ABU BAKAR NINGAL.BLOGSPOT.COM.AT 189 HRS ON dISEMBERI 01,2017.

DAP IBARAT RACUN KEPADA NEGARA


ANNUAR MUSA, Huan Cheng Guan (kiri) dan Mohamed Razali Abdul Rahman (kanan) dalam program Diskusi UMNO Online: Anda Tanya Kita Jawab yang bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ Mohd . 

Farizwan Hasbullah 
November 29,2017 12:19 AM

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Ideologi yang diperjuangkan DAP jelas menunjukkan parti itu tidak mengamalkan sikap keharmonian, sebaliknya lebih cen­derung memecahbelahkan per­paduan masyarakat sehingga di­khuatiri boleh menjadi ra­cun kepada negara.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemimpin DAP kini secara terus-teru­s­an­­ memainkan isu sensitif yang hanya akan memberikan imej­ negatif kepada negara.

“Mereka terus menyerang­ UM­NO dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) terutamanya parti yang mewakili masyarakat Cina dengan pelbagai kisah yang tidak benar.

“DAP mahu masyarakat Cina terus menyokong mereka dan dalam masa sama memerlukan sokongan orang Melayu untuk mengukuhkan parti ter­sebut,” katanya ketika menjadi mo­derator dalam program Diskusi UMNO Onli­ne:

Anda Tanya Ki­ta Jawab bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Program yang ber­langsung selama sa­tu jam itu turut menam­pilkan dua panel iaitu Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan serta bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman.

Kedua-dua panel membin­­ca­ng­­­‑kan sikap DAP yang sanggup melakukan apa sahaja termasuk memburuk-burukkan negara de­mi kepentingan politik.

Annuar menjelaskan, rakyat perlu bijak memilih parti yang benar-benar boleh mempertahan­kan mereka dan bukannya yang hanya menyemai sikap kebencian.

“Keharmonian dan perpaduan yang ada di negara ini sangat berharga dan tidak boleh ditukar dengan apa sahaja alasan terma­suk kepentingan politik.

“Malah sikap DAP yang sering mendapatkan sokongan daripada pihak luar sangat membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada negara,” katanya.

Tambahnya lagi, sikap pe­mimpin DAP juga terserlah di Parlimen apabila mereka sering menggunakan bahasa yang kasar dan mengeluarkan perkataan sen­sitif. (UTUSAN ONLINE-POITIK).pOSTED BY ABNMULYA  // HAJI ABU BAKAR NINGAL.BLOGSPOT.COM.AT 189 HRS ON dISEMBERI 01,2017.

Thursday, November 30, 2017

57 peratus projek di Selangor yang diluluskan pada 2015 belum mula

30 November 2017 11:50 AM 

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebanyak 57 peratus projek yang diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor pada 2016 masih belum dimulakan iaitu yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain." 57 peratus projek di Selangor yang dilulus pada 2015 belum mula".Budiman Mohd  Zohdi.ahi parlimen Sg.Besar. Selangor.
Budiman Mohd. Zohdi berkata, perkara itu berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2.

Katanya, laporan itu sering dijadikan bahan kempen pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan terutamanya yang melibatkan projek yang gagal atau lambat disiapkan, tetapi rakyat sering terlepas pandang tentang kepincangan yang dilaporkan dalam laporan tersebut terutamanya bagi negeri yang bukan di bawah Barisan Nasional.  



“Bagi projek di bawah kerajaan negeri, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila laporan tersebut mendedahkan sebanyak 57% projek yang diluluskan kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2016 masih belum dimulakan.

Ia juga adalah yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut Budiman, laporan itu juga menyebut hanya lapan peratus sahaja keseluruhan projek negeri Selangor bagi tahun 2016 telah berjaya disiapkan iaitu yang paling rendah berbanding negeri lain.


 “Peruntukan bagi semua projek tahun 2016 telah diluluskan menerusi Belanjawan Negeri 2016 yang dibuat pada tahun 2015.

Kini sudah hampir kepada penghujung tahun 2017. Selepas hampir dua tahun peruntukan diluluskan, laporan ini adalah jelas sesuatu yang begitu memalukan dan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat negeri Selangor.


 “Azmin selalu mendabik dada kononnya pentadbirannya telah membawa banyak kejayaan. Namun laporan yang dikeluarkan ini dengan jelas menunjukkan kepincangan ketara pentadbiran negeri di bawah beliau,” kata Budiman.(UTUSAN ONLINE-politik).
Posted by abnmulya // haji abu bakar niggal.blogspot.com.at 1831 hrs on November 30,2017.

Korea Utara Isytihar Negara Kuasa NUKLEAR

Korea Utara isytihar negara kuasa nuklear Selepas berjaya uji balistik Hwasong-15 mampu musnahkan AS 

30 November 2017 3:00 AM 

SEOUL 29 Nov. - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un hari ini menyifatkan negaranya sudah layak digelar sebagai negara kuasa nuklear selepas berjaya melancarkan peluru berpandu terbaharu yang dikatakan mampu menyasarkan mana-mana bahagian di Amerika Syarikat (AS).

Peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Hwasong-15 yang dilancarkan itu didakwa mencetuskan cabaran terbaharu kepada Presiden AS, Donald Trump yang sebelum ini berikrar untuk mengekang sebarang pembangunan senjata nuklear oleh Korea Utara.

Kenyataan Jong-un itu dibacakan oleh pembaca berita televi­syen Korea Utara, Ri Chun-hee yang sering dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan sebarang maklumat atau pengumuman penting mengenai negara tersebut.

“Jong-un dengan penuh bangga mengisytiharkan Korea Utara kini mencipta sejarah kerana sudah berjaya melengkapkan siri ujian senjata nuklear. Kejayaan pelancaran Hwasong-15 adalah satu kemenangan untuk semua pihak di negara ini,” katanya.

 Agensi berita KCNA pula melaporkan, sistem Hwasong-15 mempunyai bahan letupan yang tinggi dan mampu membinasakan sasaran seluas tanah besar AS.

Pyongyang memaklumkan peluru berpandu tersebut mampu mencapai altitud 4,475 kilometer dan berupaya meluncur sejauh 950 kilometer dari tapak pelancaran, manakala satu analisis yang dilakukan oleh para saintis AS menyatakan Hwasong-15 mampu meluncur sejauh 13,000 kilometer. 

Dalam pada itu, Trump menyenaraikan kembali Korea Utara sebagai negara yang menyokong keganasan, manakala Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk mengadakan mesyuarat tergempar.

Trump menyatakan bahawa AS akan bertindak berhubung pelancaran peluru berpandu terbaharu itu, namun beliau tidak menjelaskan secara lanjut mengenai tindakan yang bakal dibuat.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menekankan bahawa pilihan secara diplomatik untuk menyelesaikan krisis dengan Korea Utara masih kekal sebagai ‘terbuka dan masuk akal’.

Selain itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyifatkan ujian pelancaran tersebut sebagai tiada toleransi serta ganas dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in turut menyelar tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Ketegangan berhubung siri program senjata nuklear Korea Utara memuncak apabila negara itu melancarkan peluru berpandu buat kali keenam pada September lalu.

Sehubungan itu, China yang merupakan sekutu Korea Utara mencadangkan supaya AS menghentikan latihan ketenteraan di Korea Selatan manakala Korea Utara menghentikan pembangunan senjata nuklearnya.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh AS dan pada minggu lepas, Washington mendedahkan sekatan baharu yang akan dikenakan terhadap Korea Utara melibatkan kegiatan perkapalan negara itu. – AFP( Utusan online phto and beritanya).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningal.blogspot.com. at 1752 hrs on November 30,2017.

Sunday, November 19, 2017

Pendaratan Cemas C130 Ikut SOP


20 NOVEMBER 2017 @ 3.00

LABUAN 19 Nov. – Juruterbang pesawat angkut C130 Hercules bersama tujuh anak kapal lain yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan semalam telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) pengendalian pesawat bagi mela­kukan pendaratan tanpa tayar. 
AFFENDI  BUANG

‘‘Cara-cara dan teknik yang digunakan oleh juruterbang bersama anak-anak kapal dalam proses pendaratan adalah licin, yang mana pesawat dikawal dengan cara sepatutnya.

‘‘Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada juruterbang dan anak kapal kerana telah mela­kukan pendaratan cemas dengan berjaya tanpa ada kecederaan dan kerosakan yang teruk pada pesawat,’’ katanya dalam satu sidang akhbar di Kem Membedai, Pangkalan Udara Labuan hari ini.

Katanya, pengendalian dan pengawalan pesawat yang selamat mendarat itu adalah hasil latihan simulator yang berterusan.

‘‘Sikap juruterbang dan anak-anak kapal yang profesional membolehkan kita melihat tidak ada nyawa terkorban dan harta kerajaan dapat diselamatkan,’’ katanya.

 Affendi berkata, satu siasatan sedang dibuat bagi mengenal pasti masalah teknikal yang menyebabkan kekaki pesawat (main landing gear) di sebelah kanan tersekat dan gagal berfungsi. 

‘‘Bagaimanapun kes seperti ini bukanlah kes terpencil, masalah sedemikian juga berlaku kepada pesawat lain di negara lain, namun sekiranya pengendalian tidak dilakukan dengan betul, sudah tentu akan ada kerosakan yang serius dan nyawa terkorban,’’ katanya. Katanya, Pangkalan Udara Labuan kini menempatkan empat buah pesawat C130 Hercules. – BERNAMA( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.20 am on November 20,2017.

BN Harapan Rakyat--Najib

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ditemani Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad bergambar bersama jentera Pemuda BN Parlimen Pekan sempena Pemukiman Jentera Pemuda BN di Kem PLKN Semarak di Pekan, Pahang hari ini.- MAHATHIR ALI/UTUSAN

Mohd  Shafii Mat Isa
19 november 2017@1.27pm.

PEKAN 19 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada parti selain Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat secara keseluruhannnya di negara ini.

Pengerusi BN itu berkata, jika hendak diharapkan kepada pembangkang, gabungan mereka kucar-kacir dan berdepan dengan pelbagai masalah dalaman.

 “Orang muda hendak harap kepada siapa? Pembangkang Pembangkang berpecah, tipu orang muda. Kata ada Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) tetapi tiada dalam perlembagaan parti berkenaan. 

“Kumpulan orang muda sudah kena tipu dan marah, buat perlembagaan ikut UMNO tetapi tidak mampu melaksanakannya,” katanya ketika berucap merasmikan Pemukiman Jentera BN Pemuda Pekan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Semarak, Tanjung Selangor di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Shahruddin Ahmad. Baru-baru ini, bekas Exco Armada, Mohamad Taufik Abas mendedahkan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak wujud dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut Mohamad Taufik, perlembagaan parti itu yang disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hanya menyatakan mengenai penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi tanpa menyebut secara khusus pembentukan Armada. - (Utusan onlie-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.49 am on November 20,2017.