Wednesday, March 28, 2018
PINDA NAMA 12 KAWASAN PARLIMEN DN 28 KAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN).
NAJIB TUN RAZAK bersama wakil-wakil ahli parlimen kerajaan sebelum membentangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan). - UTUSAN ONLINE/FAUZI BAHARUDIN
Hussaini Amran
Mac 28,2018 @ 12.51pm.
KUALA LUMPUR 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan pindaan nama ke atas 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pindaan nama itu melibatkan lima kawasan Parlimen di Selangor diikuti Johor (2), Perak (2) serta masing-masing satu kawasan Parlimen di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.
Menurut beliau, bagi kawasan DUN pula, ia membabitkan sembilan kawasan di Selangor diikuti Johor (8), Melaka (3), Perak (2), Kelantan (2), Negeri Sembilan (2), Kedah (1), dan Terengganu (1).
“Dalam hal ini, SPR mengesyorkan bahawa tiada perubahan ke atas bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Najib berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. – UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya /// haji abu bakar niggal.blogspot.com. at 8.51 pm on March 28, Mac 28,2018.
Tuesday, March 27, 2018
DR.MAHATHIR SUDAH HILANG TARING--DR.KAMARUL ZAMAN
Akhirnya mengaku sekadar boneka dalam Pakatan Harapan
KU SYAFIQ KU KU FOZI
Mac 27, 2018 @ 1.47 pm.
KUALA LUMPUR 27 Mac - Temu ramah Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama akhbar Singapura, Sunday Times baru-baru ini membuka seribu pekung di dada pakatan tersebut.
Selain daripada menonjolkan ketidaksefahaman para pemimpinnya, temu ramah tersebut juga mendedahkan kedudukan sebenar Dr. Mahathir yang rupa-rupanya tidak lebih daripada sekadar boneka dalam pakatan tersebut.
Perkara ini disuarakan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff melalui kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook miliknya hari ini. Menurutnya, ulasan Dr. Mahathir mengenai janji memansuhkan tol dalam manifesto Pakatan Harapan membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri itu sudah hilang taring untuk menguasai Pakatan Harapan.
“Setelah Tun Dr. Mahathir menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu, saya menggunakan ruang itu untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi boneka kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dalam Pakatan Harapan.
“Apabila Manifesto Pakatan Harapan dilancarkan 8 Mac lalu, saya sendiri berasa sangat terkejut kerana mendapati bahawa, di sebalik penentangan keras Tun Dr. Mahathir ke atasnya, janji untuk menghapuskan tol ini turut terkandung di dalam Janji 6: Menghapuskan Kutipan Tol.
“Tidakkah pengakuan Tun Dr. Mahathir di dalam akhbar ini (Sunday Times) adalah satu vindication (mewajarkan atau justifikasi) kepada kenyataan saya di depan beliau sendiri di dalam Wacana Sinar Harian Khamis yang lalu.
Selain itu, Kamarul turut mempersoalkan ketegasan Dr. Mahathir kini berbanding dahulu ketika beliau menguruskan ugutan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari MCA yang mengugut untuk meletakkan jawatan kerana berselisih pendapat dengan kerajaan negeri Selangor.
Katanya, Dr. Mahathir ketika itu tegas dengan pendiriannya untuk mempertahankan tindakan kerajaan Selangor dengan mempersilakan ADUN tersebut untuk meletakkan jawatan dan memberi amaran jika MCA mahu bertanding semula di kerusi tersebut, mereka tidak dibenarkan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN).
“Bandingkan sahaja ketundukan Tun Dr. Mahathir kepada DAP sekarang dengan ketegasan beliau kepada MCA dahulu. Akuilah sahaja bahawa Tun Dr. Mahathir sudah terlalu lemah untuk jadi Perdana Menteri,” katanya. -Utusan online ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 9.30 pm. on March 27,2019.
![]() |
| DR. MAHATHIR |

Monday, March 26, 2018
JANGAN LUPA ISU FOREX, SKYHAWAK,BMF.
SHAH ALAM 25 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamed supaya jangan membawa budaya ‘Melayu mudah lupa’ dengan hanya memfokuskan kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga lupa skandal Forex, Skyhawk, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu lain.
Walaupun Abdul Hadi tidak menamakan kepada siapa sindiran itu ditujukan tetapi dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Marang berkenaan merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan tersebut, kerana skandal Forex, Skyhawk dan BMF berlaku ketika era pemerintahan Dr. Mahathir selama 22 tahun.
“Sebab itu kita mesti kendalikan dengan seadilnya, bukan sahaja 1MDB tetapi termasuklah Forex, Skyhawk, BMF, Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya. Apa yang berlaku sekarang ini, kita membawakan budaya ‘Melayu mudah lupa’. “Lebur (bongkar) 1MDB, yang dulu kita lupa semuanya, kita (rakyat) tidak lupa,” katanya menjawab soalan hadirin ketika sesi Dialog 2018 Bersama Anak Muda Gagasan Sejahtera, di sini hari ini.
Dr. Mahathir sebelum ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga Forex bahawa beliau tidak mengetahui mengenai aktiviti itu yang telah menyebabkan negara kehilangan RM32 bilion, walaupun Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Jaffar Hussein sudah memaklumkan kepadanya.
Berhubung skandal Skyhawk, Malaysia membuat pembelian 88 buah pesawat pejuang A-4 Skyhawk terpakai pada 1985 di bawah Program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (Perista) tetapi hanya 44 buah sahaja dibawa balik dan selebihnya ditinggalkan di gurun Mojave Amerika Syarikat sehingga mengundang pelbagai kritikan.
Sementara dalam skandal BMF pula, berlaku suntikan dana secara mencurigakan berjumlah RM2.5 bilion kepada spekulator hartanah Hong Kong pada 1982 dan pegawai Bank Negara, Jalil Ibrahim yang ditugaskan menyiasat kes tersebut ditemukan mati dibunuh pada 19 Julai 1983.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai isu 1MDB, Pas kata Abdul Hadi, bukan membela mereka yang bersalah tetapi mana-mana pihak yang dituduh atau dikaitkan mesti dinilai dengan seadil-adilnya, bukannya bertindak seperti orang menyembelih ayam daging, yang disembelih hingga licin satu reban.
“Orang yang dituduh dalam Islam dianggap tidak bersalah tetapi apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja, orang terus menghukum dia bersalah, ini pendekatan yang tidak betul dan atas sebab itu kita tidak boleh menyebar fitnah, kalau ada fitnah pun, kita kena cari jalan memurnikannya,” katanya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ningggal.blogspot.com. at 7.20 pm on March 26,2018.
![]() |
| Tuan Guru Haji Hadi Awang. |

Saturday, March 24, 2018
KENYATAAN ROS BUKTI PEMIMPIN PPBM HANYA BERLAGAK BAGUS-HAMIDAH
Kemelut akibat ditubuh secara tergesa-gesa
MOHDAMAD HAFIZ YUSOF BKRI
24 hb.Mac 2018 @ 6.27pm.
KUALA LUMPUR 24 Mac - Permohonan pendaftaran Pakatan Harapan diketuai DAP yang belum dapat diproses kerana masalah dihadapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperlihatkan parti itu selama ini hanya ‘berlagak’ bagus."
Menurut bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman, berikutan kelemahan itu, keupayaan dan tahap keseriusan pemimpin PPBM untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) dan seterusnya memikul amanah rakyat bagi mentadbir negara memang layak dipersoal.
Malah katanya, kelemahan dari segi tadbir urus memberi gambaran bahawa PPBM tidak layak menerima mandat daripada rakyat. “PPBM ‘berlagak’ seolah-olah parti itu mempunyai barisan kepemimpinan yang kukuh, sebaliknya mereka ada pelbagai kemelut. Ini disebabkan penubuhannya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
“Selain itu, mereka sendiri mungkin tidak meneliti apa yang ada dalam perlembagaan parti dan yang pelik timbulnya banyak percanggahan selepas ROS mahu mendapatkan dokumen seperti yang diminta sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) semalam mengesahkan pendaftaran Pakatan Harapan diketuai DAP masih belum dapat diproses berikutan masalah yang ditimbulkan oleh PPBM.
Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, sehingga kini PPBM masih belum menjawab dan menyerahkan maklumat yang diminta oleh ROS. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.23 pm 0n March 25,2018.
MOHDAMAD HAFIZ YUSOF BKRI
24 hb.Mac 2018 @ 6.27pm.
KUALA LUMPUR 24 Mac - Permohonan pendaftaran Pakatan Harapan diketuai DAP yang belum dapat diproses kerana masalah dihadapi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memperlihatkan parti itu selama ini hanya ‘berlagak’ bagus."
![]() |
| HAMIDAH OSMAN |
Malah katanya, kelemahan dari segi tadbir urus memberi gambaran bahawa PPBM tidak layak menerima mandat daripada rakyat. “PPBM ‘berlagak’ seolah-olah parti itu mempunyai barisan kepemimpinan yang kukuh, sebaliknya mereka ada pelbagai kemelut. Ini disebabkan penubuhannya dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
“Selain itu, mereka sendiri mungkin tidak meneliti apa yang ada dalam perlembagaan parti dan yang pelik timbulnya banyak percanggahan selepas ROS mahu mendapatkan dokumen seperti yang diminta sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) semalam mengesahkan pendaftaran Pakatan Harapan diketuai DAP masih belum dapat diproses berikutan masalah yang ditimbulkan oleh PPBM.
Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, sehingga kini PPBM masih belum menjawab dan menyerahkan maklumat yang diminta oleh ROS. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1.23 pm 0n March 25,2018.
Dr.MAHATHIR DICABAR BERHUJAH DENGAN Dr. KAMARUL ZAMAN
KUALA LUMPUR 24 Mac - Selepas dilihat berjaya ‘memerangkap’ lawannya, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dijemput sebagai ahli panel dalam satu forum yang bakal menemukan semula beliau dengan Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.
Mengikut beberapa maklumat yang ditularkan dalam media sosial, forum dinamakan sebagai Forum Anak Muda itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan penyokong Pas dengan tajuk ‘Layakkah Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi’.
Forum berkenaan akan diadakan pada 29 Mac ini di Dewan Purnama, Pengkalan Chepa, Kelantan bermula pukul 9 malam. Turut dijemput sebagai ahli panel ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Menurut akaun Facebook Friends Of Gagasan Sejahtera, kesemua panelis bersetuju hadir kecuali Dr. Mahathir yang belum memberi jawapan untuk menghadirkan diri.
“Sama-sama hadirkan diri untuk menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri hujah-hujah tuntas daripada semua panelis. “Kesemua panelis bersetuju untuk hadir kecuali kami belum menerima jawapan daripada Dr. Mahathir,” menurut akaun media sosial penyokong Pas itu hari ini.
Poster mengenai anjuran itu turut dikongsi oleh beberapa akaun media sosial tempatan dengan harapan bekas Perdana Menteri itu menghadirkan ke forum tersebut. - UTUSAN ONLINE ( POSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGAL.BLOGSPOT.COM ON 25 HB.MARCH,2018.
Mengikut beberapa maklumat yang ditularkan dalam media sosial, forum dinamakan sebagai Forum Anak Muda itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan penyokong Pas dengan tajuk ‘Layakkah Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri Sekali Lagi’.Forum berkenaan akan diadakan pada 29 Mac ini di Dewan Purnama, Pengkalan Chepa, Kelantan bermula pukul 9 malam. Turut dijemput sebagai ahli panel ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Menurut akaun Facebook Friends Of Gagasan Sejahtera, kesemua panelis bersetuju hadir kecuali Dr. Mahathir yang belum memberi jawapan untuk menghadirkan diri.
“Sama-sama hadirkan diri untuk menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri hujah-hujah tuntas daripada semua panelis. “Kesemua panelis bersetuju untuk hadir kecuali kami belum menerima jawapan daripada Dr. Mahathir,” menurut akaun media sosial penyokong Pas itu hari ini.
Poster mengenai anjuran itu turut dikongsi oleh beberapa akaun media sosial tempatan dengan harapan bekas Perdana Menteri itu menghadirkan ke forum tersebut. - UTUSAN ONLINE ( POSTED BY ABNMULYA // HAJI ABU BAKAR NINGAL.BLOGSPOT.COM ON 25 HB.MARCH,2018.
MAJLIS SANTAI PAGI DI RESTAURAN ( NEKNAB) DAPAT SAMBUTAN HEBAT PAGI INI.
| Tengah berbaju T -.Shirts hitam mantan Ahli Parlimen Umno Gombak tahun 2004 merangkap sebagai Presiden gabungan Ngo-Ngo Gombak,ialah Datuk Dr.Rahman Ismail. |

March 24,2018 @ 8.11 pm.
Majlis Santai Pagi anjuran bersama Gabungan Ngo2 Gombak pimpinan mantan Ahli Parlimen Gombak tahun 2004,Datuk Dr.Rahman Ismail dan Komuniti 1 Malaysia Kg.Kerdas dan Kg. Changkat Gombak telah pun bermula baru sebentar.
Majlis tersebut didapati telah mendapat sambutan yang hebat dari penyokong2 Gabungan Ngo2 di Gombak dan juga dari penyokong tegar Umno di sekitar Simpang 3,Gombak, pada pagi ini di Restauran Neknab di Simpang 3Kg. Tengah, Gombak, Selangor D.E.
Maka segala aktibitinya itu tidak dapatkan dipisahkan dengan para hadirin yang hadir itu kebanyakannya dari anggota2 Umno dan juga penyokong dari badan2 Gabungan Ngo yang pro-Umno.
Sekaligus disokong juga oleh orang2 Melayu yang berada di atas pagar yang mana selama ini, tetap istiqamah menyokong parti Umno, parti yang keramat itu sejak di era Kemerdekaan tanah air hingga mutakhir ini.
Tiga mantan tokoh2 politik yang tidak asing lagi di kalangan penyokong2 Umno Gombak telah hadir di majlis tersebut.
Mereka itu ialah Mantan menteri Umno/BN Tan Sri Zaleha Ismail, Datuk Dr.Rahman Ismail, mantan Ahli Parlimen Gombak tahun 2004 dan Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.
Ketiga-tiga dari mereka itu telah memberi ucapan yang memberi perangsang kepada bakal-bakal calon Umno/BN yang akan terlibat di dalam PRU ke/14 yang akan datang ini atas tiket Umno/BN.
Tokoh besar yang mula-mula memberi ucapan di majlis itu ialah Tan Sri Zaleha Ismail, selaku penasihat bandan Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
![]() |
| Tan Sri Zaleha Ismail yang dah berusia 82 itu pun masih aktif dalam arena politik dan gerakan Ngo-Ngo di Gombak dan juga di Ngo-Ngo International. di Jepun dan di Korea Selatan. |
Akhirnya tiba masanya Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Omar Din memberi ucapannya.
Inti pati ucapan dari ketiga-tiga tokoh Umno itu? Boleh dikatakan rata-rata menekan kepada semua ahli-ahli Umno harus bersatu padu dengan seerat-eratnya pada PRU ke-14 ini tanpa sebarang kemelut dalaman demi untuk menjayakan Umno/BN dapat mengambil alih kuasa kuasa politik yang Umno/BN Selangor telah tewas pada dua penggal PRU iaitu pada tahun 2008 dan 2013 dulu itu.
Ucapan mereka itu telah di sambut dengan tepukan yang gemuruh oleh para hadirin yang hadir kira 300 orang ramainya di dalam Majlis Santai Pagi itu sambil menikmati nasi lemak dan juadah2 yang lain di restauran NEKNAB yang popular itu yang terletak tidak berapa jauh dari Simpang 3 Gombak.
Majlis selesai dan bersurai kira2 jam 12.30 tengah hari.( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal blogspot.com at 1957 hrs on March 24,2018.
Friday, March 23, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)