Sunday, October 26, 2014

ISU TANAH RIZAB MELAYU PERLU JADI AGENDA NASIONAL-PERKASA

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu isu tanah rizab Melayu yang semakin pupus dijadikan agenda nasional supaya pihak berkuasa dapat merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, masalah itu perlu dipandang serius oleh semua pihak memandangkan pendedahan oleh media baru-baru ini menunjukkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus.

“Kita mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu sendiri agar segera memberi perhatian tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini supaya tindakan diambil dan (tanah) diganti.

“Selain itu, Perkasa juga mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas (berhubung tanah rizab Melayu) dan kita minta supaya usaha mengganti tanah rizab Melayu yang hilang ini sebagai satu agenda nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu: Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera di Dewan Utama Pusat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di sini, hari ini. - BERNAMA9.( Utusan online-Berita Utama).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.27 midnight  0n Oct.,27,2014.

Saturday, October 25, 2014

'Johor' di final selepas 23 tahun

Luciano Figueroa (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan JDT bersama rakan sepasukan, Mohd. Aidil Zafuan (kiri) dan Jorge Diaz pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. – mingguan/AMIN FARIJ HASSAN
JOHOR BAHRU – Penyokong Johor bergembira selepas 23 tahun me­nunggu untuk menyaksikan wakil negeri itu beraksi di pentas akhir Piala Malaysia apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) memenuhi impian mereka dengan menyingkirkan Felda United menerusi agregat 6-5 pada separuh akhir semalam.


Kemenangan 3-1 ke atas The Fighters pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menggembirakan penyokong Harimau Selatan, yang kali terakhir melihat pasukan mereka layak ke final kejohanan berprestij itu menerusi skuad negeri, Johor pada 1991.
Johor menjuarai Piala Malaysia ketika itu selepas menewaskan Selangor 3-1.
Kemenangan ini juga merupakan hadiah istimewa buat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang selamat diijab kabul, kelmarin.
Tunku Ismail turut berada di stadium untuk menyaksikan kemenangan manis pasukannya.
Dalam perlawanan semalam, skuad kendalian Bojak Hodak itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Luciano Figueroa pada minit ke-29.
Sepakan percuma yang diambil Figueroa dari jarak 25 meter melepasi benteng lawan dan menerjah ke penjuru kanan gawang menewaskan Mohd. Farizal Harun.
Biarpun ketinggalan, The Fighters tidak mengalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35.
Makeche Ndumba menewaskan kawalan Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dan melakukan hantaran untuk disempurnakan Mohd. Raimi Mohd. Noor.
Figueroa bagaimanapun meledak gol kedua JDT apabila menanduk hantaran lintang Pereyra Diaz pada minit ke-63.
JDT melebarkan kedudukan pada minit ke-72 menerusi jaringan Amri Yahyah yang mendapat umpanan cantik daripada Diaz dan melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol.
Kedua-dua pasukan berbalas serangan namun kedudukan kekal 3-1 hingga ke wisel penamat.
Kem Harimau Selatan menerima tamparan apabila Aidil Zafuan dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi terlepas aksi final menentang juara bertahan, Pahang pada 1 November ini.
Aidil Zafuan mengutip kad kuning pada minit ke-67 setelah menjatuhkan Ndumba sementara Mohd. Nazrin dilayangkan kad merah setelah bertengkar dengan pemain Felda yang mengasarinya, Abdul Latiff Suhaimi pada minit ke-90.(Utusan online-Sukan tempatan). Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.31 noon on Oct.,26,2014.

Siswa/Siswi ikat perut kerana kos makanan mahal !!

Beban kos untuk menyiapkan tugasan, penginapan dan untuk perjalanan setiap hari menyebabkan golongan siswa ini amat berkira-kira untuk berbelanja bagi makanan harian.

Ada yang terpaksa makan mi segera setiap malam demi menikmati hidangan nasi, ayam goreng dan sedikit sayur untuk makan tengahari dengan harga RM7.

Buat masa ini mereka masih mampu untuk menganggung kos makan minum namun bimbang jika harga barangan akan terus meningkat.

Pelajar tahun tiga Universiti Selangor ini berkata beliau menyaksikan harga makanan di sebuah restoran yang sering dikunjunginya di Shah Alam naik saban tahun.

"Disebabkan kenaikan harga makanan, ia menyebabkan saya terpaksa menyekat keinginan untuk berbelanja lebih,” kata siswi jurusan seni fotografi, Nur Afiqah Anissa (kiri).

Seorang lagi pelajar universiti itu berpendapat, kos untuk makan minum itu tidak akan memberi beban sekiranya mereka bijak merancang perbelanjaan.


“(Kenaikan harga) tak menjejaskan (kemampuan) untuk beli makanan, tapi kita kena buat perkiraan setiap apa yang kita makan, takut terlebih dan bila hujung bulan duit tak ada.

“Kalau kita pandai bahagikan duit kita, dan beli untuk keperluan sahaja, rasanya tak perlu belanja lebih,” kata Noor Syamimi, seorang pelajar jurusan kewartawanan.

Pandangan itu dipersetujui seorang lagi siswi dari fakulti sama, Monika Lok (kanan) yang pasrah dengan kenaikan harga makanan yang menurutnya “tidak akan turun”.

"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata gadis kelahiran Sarawak itu.

(Dipetik dari  Marhaen blogspot.com). Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.18 am on Oct 26,2014.

Bekas atase tentera Malaysia dibicara di New Zealand.

Tanya Billlingsley
WELLINGTON 25 Okt. – Bekas pembantu staf di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran Dua, Muhammad Rizalman Ismail yang diekstradisi ke negara ini kerana berdepan tuduhan pecah rumah dan menyerang seorang wanita di sini, ditahan reman oleh polis selepas hadir di sebuah mahkamah New Zealand, hari ini.

Muhammad Rizalman dilihat hanya berdiam diri di kandang tertuduh sambil diperhatikan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dari tempat duduk awam.
Beliau akan dihadapkan semula ke mahkamah pada Selasa ini.
Muhammad Rizalman diterbangkan dari Kuala Lumpur ke New Zealand di bawah kawalan polis, semalam dan menghabiskan sepanjang masa dalam tahanan di Auckland sebelum menaiki satu lagi penerbangan ke Wellington, hari ini sebelum tampil di mahkamah.
Beliau pulang ke Malaysia pada Mei lalu selepas menggunakan kekebalan diplomatik, tindakan yang mencetuskan kemarahan penduduk New Zealand apabila kes tersebut didedahkan kepada umum.
Muhammad Rizalman didakwa menyerang Tanya Billingsley, 21, di rumahnya di sini, pada 9 Mei lalu.
Jika sabit kesalahan, Muhammad Rizalman boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun.
Usaha media untuk merakam gambar dan penampilan atase tentera Malaysia itu di mahkamah bagaimanapun dilarang selepas peguam bela, Donald Stevens berhujah, liputan meluas kes akan menjejaskan hak anak guamnya untuk mendapat perbicaraan yang adil. – AFP( Utusan online -Mahkamah New Zealand).Posted by abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 12.54 am on Oct.,26,2014.

Isu kepemimpinan:Memperkatakan sikap Merlayu.


Tuesday October 21,2014.
A Kadir Jasin

SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?

Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.

Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.

Orang Melayu itu jugalah yang rela hati memberikan kebebasan ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama kepada warganegara perantau itu.

Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.

Walaupun mereka ketinggalan dalam banyak bidang, namun mereka yakin hak dan kepentingan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan selamat di tangan Tunku, Abdul Razak, Hussein dan Mahathir.

Tetapi, selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.

Segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak mereka dilabelkan “racist” (perkauman) manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).

Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus. Mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi.

Alhamdulillah, kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu/Islam.

Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu/Islam - sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

Orang Melayu dan Islam Malaysia hari ini tetap sederhana, tahan uji, bertolak ansur dan pemurah seperti orang Melayu dan orang Islam Malaysia pada tahun 1957.

Orang Cina dan India pula “menerima” orang Melayu/Islam kerana kuasa politiknya dan mereka berlindung di bawah kuasa politik Melayu/Islam yang toleransi untuk hidup lebih senang daripada di bumi asal mereka.

Gagasan Panca-Mahathir Kelirukan Melayu

Suara alternatif orang Melayu
Kini banyak orang Melayu/Islam keliru dan curiga dengan pelbagai gagasan, dasar, slogan dan rancangan yang dikemukakan oleh kepemimpinan Melayu kontemporari – daripada Islam Hadhari dan keterbukaan pada era Abdullah kepada 1Malaysia, keterangkuman, kesederhanaan, transformasi dan wasatiah pada era Mohd Najib.

Pada masa yang sama, mereka mula didedahkan oleh media baru/siber kepada fakta dan angka yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya makin tertinggal dan terkebelakang berbanding orang keturunan perantau. Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana.

Mereka juga sudah boleh dengar dan baca dari media siber apa yang orang Cina dan India kata mengenai mereka, bangsa mereka dan agama mereka.

Parti-parti politik Melayu/Islam boleh terus mengutuk dan mempersendakan Ibrahim Ali, Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan NGO-NGO Melayu/Islam lain.


Tetapi mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa NGO-NGO Melayu/Islam ini muncul dan mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu/Islam kerana orang Melayu/Islam tidak yakin lagi kepada kepemimpinan politik Melayu/Islam sebagai pelindung hak dan kepentingan mereka.

Ramai pemimpin Melayu/Islam generasi ini tidak pun faham asas kuasa Melayu. Asas kuasa Melayu bukan ekonomi. Asas kuasa Melayu adalah politik.

Dengan kuasa politik itulah orang Melayu merundingkan kemerdekaan, membuat undang-undang serta menubuhkan perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Tetapi selepas era Mahathir, hal itu mula diketepikan oleh kepemimpinan yang mahu dipuji dan dipuja. Mereka mematikan legasi dan menggantikannya dengan dasar liberal dan terbuka tanpa batas.

Wajah Mohd Najib di Layar Elektronik "Dataran Masa" (Penjelasan Pejabat Media PM: Iklan ini tidak dibayar oleh kerajaan)
Mereka dipuji dan dipuja di persada dunia tetapi dihukum teruk pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Akibatnya, orang Melayu/Islam hilang kuasa politik yang dibina melalui darah dan air mata oleh pemimpin Melayu/Islam lampau.

Tertelan Diayah Liberal Berat

Bermula pada era Abdullah dan berterusan ke dalam era Mohd Najib, bukan sahaja kuasa politik Melayu semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat mula disia-siakan.

Atas nama transformasi politik, Mohd Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat. Sekarang golongan liberal yang kemaruk puji-pujian Barat ini bercadang memansuhkan Akta Hasutan pula.

Maaf cakap, bagi saya semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu/Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan “hook, line and sinker” segala bentuk diayah golongan liberal Barat.

Golongan ini dari dulu lagi tidak senang dan mendapati aneh bagaimana sebuah negara yang dipelopori orang Melayu/Islam boleh maju, aman dan selamat.

Mereka mahu Malaysia jahanam seperti negara-negara Islam lain. Bagi mereka, pucuk dicita ulam mendatang apabila ada pemimpin Melayu/Islam yang gembira bersekongkol dan bersekedudukan dengan mereka.

Upahnya murah saja – puji dan puja, gambar besar di layar raksasa di Dataran Masa. Dataran Masa adalah terjemahan langsung/literal Times Square di New York.

Umno adalah akar tunjang kuasa Melayu. Umno yang saya kenali dan sokong adalah Umno perjuangan, bukan Umno Presiden atau Umno Majlis Tertinggi. Umno yang berani bersuara bukan Umno yang memuji memuja.

Kita lihat Umno yang mana akan menonjol pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini. Adakah ia perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pengakhiran Umno atau perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pemulihannya.(Oleh A.Kadir Jasin).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com. at 12.08 am on OOct.,m 26,2014.

Militan IS paling kaya

Gambar bertarikh 14 Julai lalu, menunjukkan seorang anggota bersenjata Kurdis berkawal ketika kelengkapan baharu minyak tiba di kilang penapisan Kalak, pinggir Irbil, Iraq. – AP 

WASHINGTON 24 Okt. - Kumpulan militan Negara Islam (IS) merupakan kum­pulan pengganas paling kaya di dunia selepas memperoleh berpuluh juta dolar sebulan hasil daripada penjualan minyak di pasaran gelap, bayaran tebusan dan peras ugut.

Portal berita Arab News me­laporkan Penolong Bendahari untuk risikan kewangan dan keganasan Amerika Syarikat (AS), David Cohen berkata, kumpulan militan itu memperoleh AS$1 juta (RM3 juta) sehari dengan menjual minyak mentah daripada lapangan minyak yang dirampas di sekitar Iraq dan Syria pada awal tahun ini.
Kemewahan yang diperoleh kumpulan itu dalam tempoh singkat dari pelbagai sumber berbanding kumpulan pengganas lain, memberi cabaran hebat kepada AS dan sekutunya untuk menghalang dana mereka.
“Kami tidak mempunyai pendekatan khas atau senjata rahsia untuk mengosongkan kewangan IS dalam satu malam. Serangan berterusan akan dilancarkan dan ketika ini masih di peringkat awal,’’ katanya yang mengetuai pasukan AS untuk memerangi kumpulan militan tersebut.
Cohen berkata, taktik utama pembiayaan IS itu membolehkan kumpulan tersebut menghasilkan berpuluh juta dolar sebulan.
“Mereka boleh menjual lebih 50,000 tong minyak sehari daripada kilang penapisan minyak yang dirampas pada harga yang murah,’’ ujarnya.
Beliau berkata, minyak ber­kenaan telah dijual kepada puak Kurdis di Iraq dan kemudian dijual semula di Turki, tindakan dibuat melalui pasaran gelap.
Naib Presiden badan bukan kerajaan AS, Carnegie Endowment for International Peace, Marwan Muasher berkata, IS kini dianggap kumpulan pengganas paling kaya dan mempunyai kebolehan memperoleh sumber kewangan canggih.( Utusna online-Luar Negara).Posted bya abnmulya  /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 184 hrs on Okt.,25,2014.

Perkasa dedah jumlah sebenaar Tanah Rizab Melayu tidak diganti

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Biro Pemantauan dan Integriti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan kerjasama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) akan menganjurkan Wacana dan Forum: Isu Tanah Rezab Melayu, Ahad ini.



Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, program itu mengupas dan mendedahkan jumlah sebenar Tanah Rizab Melayu yang tidak diganti setelah diambil untuk tujuan pembangunan termasuk kemudahan kepada kaum lain sejak sekian lama.







Katanya, program di Dewan Utama Istac bermula pukul 2 petang itu turut menjadi medium dalam memberi tekanan kepada pihak tertentu untuk mengembalikan tanah milik orang Melayu tersebut.
“Kami mahu orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sedar bahawa tanah yang telah diwasiatkan oleh Raja-Raja Mela­yu pada 5 Ogos 1957 telah hilang dan lebih 88 peratus daripadanya tidak diganti.
“Kami berharap program ini dapat menjadi platform untuk membuka mata semua pihak agar dapat bertindak dengan kadar segera menyelesaikan polemik yang berlarutan ini,” katanya.
Menurut Syed Hassan, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Shiekh Abdul Halim akan menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan program tersebut.
Katanya, program itu juga menampilkan dua orang ahli panel, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Prof. Datuk Nik Mohd. Zain Nik Yusof yang juga merupakan bekas Ke­tua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian.
“Panel kedua ialah Dr. Mohd. Hasrol Hafiz Aliasak yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Senibina, Perancangan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sri Iskandar.
“Mereka berdua sangat pakar dalam mengutarakan isu seperti ini. Ahli Perkasa dan orang ramai boleh hadir namun tempat adalah terhad,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 184 hrs on Okt.,25,2014.