Thursday, October 20, 2016

Siasat Maria Chn di bawah Akta Hasutan

;20 Oktober 2016 12:47 AM


KUALA LUMPUR 19 Okt. – Penganjur Bersih 5, Maria Chin wajar ditahan pihak berkuasa dan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Datuk Seri Dr.Irmohizam Ibrahim

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, ini adalah kerana perhimpunan Bersih 5 mengheret rakyat berhimpun untuk membenci kerajaan sekali gus memperlihatkan banyak insiden perpecahan rakyat dan pencabulan keharmonian negara.
Jelas beliau, Bersih 5 hanyalah medium untuk pembangkang berpolitik kerana secara zahirnya murni pada mata rakyat, namun hakikatnya meninggalkan kesan kotor kepada kesejahteraan negara.
“Himpunan ini perlu dibersih­kan agar kita tidak dikotorkan dengan sejarah hitam yang mungkin boleh mengancam keselamatan negara.
“Justeru, adalah amat tepat sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan. Perlu disedari, berhimpun bukanlah adab kita yang mendukung Rukun Negara kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Irmohizam menambah, perhimpunan Bersih 5 wajar dihentikan kerana berkemungkinan besar mengundang ancaman pengganas yang mensasarkan lokasi tumpuan ramai.
Tegasnya, tidak mustahil jika peluang seperti ini diambil oleh pengganas Daesh bagi menjalankan agenda jahat mereka.
Tambahan pula katanya, dalam siri-siri perhimpunan Bersih terdahulu jelas menunjukkan pe­nganjur gagal mengawal peserta dengan baik sehingga berlakunya insiden yang mengancam ke­selamatan awam, kerosakan harta benda dan kesesakan lalu lintas.
“Jika perhimpunan ini dibenarkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011, maka kerajaan perlu pertimbangkan juga Akta Majlis Keselamatan Negara.
“Perjuangan utama rakyat adalah bersatu padu membangunkan negara secara harmoni, bukannya memecahbelahkan lagi perpaduan di antara kita dengan menanamkan rasa benci terhadap kerajaan yang sentiasa berusaha menyejahterakan rakyat,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1643 hrs on Oktober 20,2016.

Tuesday, October 18, 2016

GST paling berkesan tingkatkan ekonomi negara-Hadi

Oktober 19.2016 @ 12.13 am.

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada 1 April 2015 sebagai cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara.

Abdul Hadi Awang
Justeru menurut Ahli Parlimen Marang itu, kerajaan perlu memastikan tiada peniaga yang boleh lari daripada membayar cukai ber­kenaan seperti yang berlaku ketika pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“GST merupakan cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara. Adakah kerajaan mempunyai kaedah untuk mengesan peniaga yang cuba lari daripada membayar cukai ini atau mungkin kerajaan ada alternatif lain bagi menggantikan GST,” katanya ketika melontarkan soalan tambahan berkaitan GST kepada Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan Abdul Hadi itu, Johari berkata, kerajaan tidak pernah bercadang memansuhkan GST kerana objektif pelaksanaan cukai itu adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan cekap kerana telah mengambil kira kedudukan semasa sosio ekonomi masyarakat.
Beliau memberitahu, dari Januari hingga Oktober ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip RM29.34 bilion GST iaitu meningkat sebanyak RM1.41 bilion berbanding sembilan bulan pelaksanaan cukai itu tahun lalu yang berjaya meraih RM27.93 bilion.
Katanya, walaupun kerajaan menetapkan kadar GST sebanyak enam peratus, namun jumlah barangan dan perkhidmatan yang efektif dikenakan cukai tersebut hanya pada kadar 3.6 peratus.
Mengenai soalan kenapa harga barang yang tidak dikenakan GST turut meningkat selepas pelaksanaan cukai itu, Johari memberitahu, perkara itu disebabkan peniaga-peniaga tertekan berikutan pengurangan keuntungan yang diperoleh sejak sistem cukai itu dilaksanakan.
“Ketika Malaysia melaksanakan SST, banyak ketirisan berlaku berpunca daripada para peniaga tidak membayar cukai tersebut kerana mengambil kesempatan daripada sistem cukai yang kurang cekap itu,” katanya.
Katanya, kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST juga mungkin berpunca daripada peniaga yang belum memahami senarai barang dan perkhidmatan yang tidak perlu dikenakan cukai tersebut.
“Walau bagaimanapun, tahap pengetahuan para peniaga semakin baik berdasarkan kadar inflasi yang menurun daripada 3.43 peratus semasa peringkat awal GST dilaksanakan kepada kurang 2.0 peratus pada tempoh sekarang,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 3.31 am on Oktoberr 19.2016.

Monday, October 17, 2016

Jawapan Mursyidul Am Pas Merupakan Letupan Bom Pada Mahathir Dan Pemimpin- Pemimpin Parti Pembangkang Lain....

Presiden PAS Tuan Guru  Datuk Seri  Haji Abdul Hadi Awang


Oleh Haji Abu Bakar Ninggl

Selasa,Oktober 18,2016 @6.48am

SEMALAM iaitu pada hari Isnin,tanggal (17/10/2016) melalui ruangan Face Book tempatan (DUA) kenyataan politik oleh Ustaz Hashim Jasin, selaku Mursyidul Am PAS yang baharu dilantik oleh PAS bagi mengantikan kekosongan yang telah ditinggalakan oleh Datuk Dr.Haron Din yang mana telah kembali menemui penciptaanNya ( menghembuskan nafas terakhirnya) ketika beliau sedang melakukan pemeriksaan doktor pakar panyakit jantungnya di Amerika.

Kenyataan politik oleh Ustaz Hashim Jasin itu ia merupakan satu pukulan politik yang paling keras( pukulan K.O) terhadap parti-parti pembangkang.

Kenataan  politi ibarat bom itu dilihat semacam ditujukan khas kepada Mahathir,Muhyiddin di pari( Peribumi) Mat Sabu di parti ( Amanah) pada Datin Wan Azizah Ismail,Azmin Ali di (PKR) serta Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng di parti DAP..

Kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Hashim Jasin selaku Mrsyidul Am PAS yang baharu itu,adalah ekoran bersabit dengan kenyataan-kenyataan politik dari parti-parti pembangkang di dalam minggu ini..

Dalam minggu ini meneruisi  media sosial Face Book tempatan yang mana ada menyiarkan kenyataan tokoh-tokoh pemimpin politik dari parti-parti pemabngkng yang di dapti begitu ghairah hendak mengulingkn Datuk Ser Najib.

Tokoh politik yang dilhat begitu beriya-iya hendaka menggulingkan Datuk Seri Najib itu ialha ak lain dna tidak bukan yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri yang jadi PM Malaysia selama 22 tahun atas ikhsan dan atas tiket politik parti Umno ( parti kerama)  diketuai oleh Mahathir.yang berhasrat hendak menemui serta berdailog dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS supaya sudi bekerja sama.menentang parti Umno/BN.

Dalam konteks itu? Tokoh politik yang begitu sibuk membuat kenyataan politik kononya mereka sedaya upaya akan pergi menemui dan memujuk serta melobi para pemimpin tertinggi parti PAS lantas nak meminta parti PAS agar sudi menyertai kem parti-parti pembangkang dalam satu gabungan parti-parti pembangkang yang kuat.untuk menumpaskan dan mengkuburkan parti Umno/BN pada PRU ke-14 yang mungkin akan diadakn oleh kerajaan pusat pimpinan D.S.Najib.mungkin pada awal tahun 2018?

Mereka terpaksa mengatur  strategi politik yang rapi dan terssun demi untuk melaksankn agenda mereka yang bersifat MEGA ini cukup lama dah iaitu sejak February 2015 dulu dan mereka sudh menggunkan mesin kira-kira yag sangat besar untuk membuat perkiraan yng begitu  rai dn detail.

Oun begitu? Ujungujngna mereka telah merumuskan satu kesimpulan bukannya senang hendak mengalahkan parti Umno/BN? Kem Mahathir ini sedar pihak parti Umno itu adalah sebagai buah DURIAN dan mereka itu aalah pihak yang lemah  iaitgu sebagai mentimun.Resikonya sangat besar agar DURIN itu tidk digolek-golekan  terlalu kuat.Selaku mentimun/ Digolekkan pun kna dan jka tidk digolek pun kena?
Jika tidak ada yang suruh? Gadis 2 mua ini tentu tidak
 berani pijak-pijak gambar PM  D.S.Najib dan gambar
Hj.Hadi Awang
Mereka dilihat semacam tidak begitu yakin bahawa cita-cita,angan-angan angannya serta harapan mereka itu hendk menguasai Putrajaya tidak akan berjaya?

Angan-angannya itu ditakuti hanya tinggal jadi mimpi mereka dan langsung tidak akan  jadi kenyataan yang hakiki?

Ternyata bahawa mereka tidak mampu mengkuburkan parti Umno/BN? Sebaliknya mereka pula akan dibuburkan oleh D.S.Najib anak Melayu jati Pekan berdarah keturunan Bugis itu/.


Jika parti PAS sebuah parti Melayu yang nombor dua terbesar di Malaysia dan sekaligus parti politik yang mempunyai dasar politiknya untuk mendaulat "Syiar Islam"di Malaysia ini akan memberi jawapan tidak mahu dan tidak berminat untuk menyertai gabungan  parti-parti mereka?

Apatah lagi parti DAP yang telah kurang ajar kepada Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang masih bertelingkah dan masih berkemlut politik?


Terutama sikap Ngo Bersih 4 yang didokong oleh parti-parti pembangkang didapati membenarkan gadis-gadis muda Cinaitu,,di khalayak ramai pula, secara terang-terangan telah memijak-mijak  dan melenyek-lenyek gambar muka D.S.Najib Tun Razak (PM) Malaysia yang dikasihi rakyat dan gambar Tuan Guru Haji Hadi Awang,seorang Ulamak besar Islam di hina gadis-gadis Cina itu dalam demonstrasi Bersih ke-4 tahun lalu.

Tindakan kurang ajar dan biadap itu tidak dapat dimaafkan dan tidak boleh dilupakan dari ingatan ahli-ahli Umno dan juga ahli-ahli parti PAS?

Lukanya dah hilang? Tetapi parutnya masih kekala abadi dan sudh tentu sangat susah untuk dilupakan?

Semua rakyat tahu bahawa dua parti ini sangat dibenci oleh PAS iaitu parti DAP dan parti Amanah pimpinan Mat Sabu ternyata musuh politik utama bagi parti PAS ? Parti DAP  dan parti Amanah,pimpina Mat Sabu yang melompat dari PAS dan tubuhkan parti Amanah itu?

Bertitik tolak akibat Mat Sabu dan konco-konconya setandan tewas dengan teruknya di dalam perjuangan politik untuk  merebut  jawatan tertinggi PAS pada Muktamar Agong PAS pada bulan Jun 2015 dulu itu?

Pada  hari semalam iatu pada tanggal (17/10/2016) melalui media sosial Face Book tempatan tanpa di jangka oleh parti-parti pembangkng didaptinya Ustaz Hashim Jasin,Mursyidul Am PAS yang baharu itu telah meletupkan "dua bom" besar dengan mengeluarkan ( DUA) kenyataan politik dengan menegaskan:dengan berkata:

(a)," PAS tidak akan sama sekalai bekerja sama dengna DAP lagi. ( Ustaz Hasyim Jasin).

(b)." PAS tidak takut untuk kalah pada PRU...Kalah dan tumbang serta runtuh kerajaan PAS tidak risau...yang PAS risau.Yang PAS risau kita tidak ada sumbangan ke arah menegakkan hukum Allah di negara ini...Itu yang kita bimbang.(Ustaz Hasyim Jasin).

(Posed by abnmulya // haji abu bakar niggal.blogspot.com. at 6.45 am on Oktober 18,2016).

Friday, October 14, 2016

Mantan (MP) Umno Gombak Kini Memimpin Pertubuhan Cendekiawan Dan Professional Malaysia (CenPro).

Datuk Dr.Rahman Ismail bergambar dengan para penyokongnya sebaik sahaja beliau selesai mendaftarkan nama beliau sebagai calon parlimenKawasn Gombak, dari Umno /BN Gombak,di Sek. Men.Keb.Sungai Pusu,pada PRU ke-13.pada tanggal 0 hb.May 2013..
                              




                                                 




Haji Abu Bakar Ninggal
Sabtu,Oktober 15,2016 @ 4.25am.

Semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin serbagai Timbalan Perdana Menteri dan merangkap sebagai Timbalan Presiden Umno dulu itu? 

Datuk Dr. Rahman Ismail , mantan Ahli Parlimen dari parti Umno , di Kawasan Parlimen Gombak, di angkat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai salah seorang Ahli Jawatan Kuasa di dalam Biro Think Tank-nya itu.

Tan Seri Paduka Zaleha Ismail
sebagai Penasihat Eksekutif
( CenPro).
Apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah di pecat dari parti Umno.Maka biro itu dengan sendirnya telah berkubur tanpa batu nensannya.

Hingga setakat ini dilihat masih belum ada sesiapa pun yang mahu mengambil inisiatif untuk terus menghidupkan biro Think Tank itu berfungsi seperti dahulu.

Menurut Datuk Dr. Rahman Ismail,bahawa biro think tank yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dulu itu ( Ahli-ahli Jawatan Kuasanya) dianggotai oleh pelbagai golongan cendekiawan dan golongan Profesional dengan pelbagai kemahiran masing-masing.


Datuk Dr.Rahman Ismail telah di
lantik sebagai Presiden ( CenPro).
Mereka itu terdiri dari para dokter,para peguam , Arketture,Enginering dan sebagianya yang sedang berkhidmat di Syarikjat swasta yang besar-besar berstatus konglimerat..

Disampin itu tidak ketinggalan juga para cendekiwan dan golongan profesionl dari Kementerian Pengajian Tinggi ada terlibat yang terdiri dari golongan Professor Madya dan Senior Lekcture dari berbagai Universiti dengan pelbagai juruan kemahiran mereka yang ada di Universiti-unversiti di Malaysia ini.



Berbaju belang2 itu ialah  Sdr.Razak Rashid Ghaus,
Bekas wartawan dari Berita Harian sebagai
Setiausaha ( CenPro).
Disamping itu ada banyak juga gologan profesional sebagai enginearing,Arkitek dan sebagianya telah menyumbangkn idea-idea yang super top sebagai panduan dalam usaha2 kerajaan untuk memajukn negara Malaysia lebih dynamik lagi..

Menurut Datuk Dr.Rahman Ismail bahawa dilihatnya tidak ada  usaha-usaha untuk menyambung biro Think Tank yang telah ditinggalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu? 

Justeru itu,beliau bersama-sama Tan Seri Paduka Zaleha Ismail,mantan Menteri Umno,di era Perdana Menteri2 yang terdahulu.


Prof Madya Mohamad Md.
Yusof (AJK CenPro)
Mereka berdua mengambil inisiatif untuk menubuhkan Pertubuhan Ngo juga yang mana fungsinya lebih kurang sama dasarnya dengan biro Think Tank yang dipimpin oleh mantan TPM Malaysia itu,Tan Seri Muhyiddin Yassin itu dengan hanya mengubah namanya sahaja.

Pertubuhan baharu yang di asaskan oleh Tan Seri Paduka Zaleha Ismail bersama Datuk Dr. Rahman Ismail itu diberi nama sebagai (Pertubuhan Cendekiawan Dan Profesional Malaysia) yang pro- pada Kerajaan Umno/BN itu sendiri.

Berhubung dengan Ahli-Ahli Jawatan Kuasanya pun? Adalah sama dengan biro Think Tank pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Malah akan  di tambah beberapa lagi jurusan kemahiran yang lain yang tidak ada  di dalam bio Think Tank pimpinan mantan TPM itu.

Pertubuhan ini dah pun didaftarkan dan telah pun di sahkan oleh ROS penubuhannya itu.Pun begitu? Aktiviti-aktivitinya sedang rancak di susun dan akan turun ke padang menemui rakyat sebaik sahaja segala aktiviti-aktivitinya itu telah selesai di susun dengan teliti. ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 4.25 am on Oktoberr 15,2016.).
 

Dua Fasa ancam perpaduan negara- Najib

14 Oktober 2016 1:34 AM 

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tentang dua fasa ancaman terhadap perpaduan di negara ini yang sering ditimbulkan oleh dua pemimpin politik.
Perdana Menteri berkata, fasa pertama bermula pada 2008 di mana Ketua Pembangkang pada masa itu mula memainkan isu perkauman.
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
Menurut beliau, Ketua Pembangkang terbabit juga mula mencabar Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kepenti­ngan semua kaum di negara ini.
“Beliau menggunakannya sebagai satu isu politik untuk meraih undi.
“Sebelum ini, tiada satu pun pertikaian pada Perlembagaan Persekutuan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni,” katanya dalam rakaman audio yang disiarkan melalui laman blog NajibRazak.com hari ini.
Najib berkata, akibatnya, senario politik negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) mula ditentukan oleh faktor kaum.
Beliau menambah, fasa kedua bermula tahun ini apabila seorang pemimpin lama memecah­belahkan orang Melayu dengan membentuk sebuah lagi parti politik Melayu yang baharu sekali gus menyebabkan kuasa politik kaum itu berpecah kepada lima kumpulan.
“Perpaduan bangsa yang longgar ditambah dengan desakan pembangkang melalui perhimpunannya yang berselindung di sebalik imej dwipartisan dan berbilang kaum memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah,” jelasnya.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri memberitahu, mereka tidak mengendahkan parti yang mentadbir Pulau Pinang walaupun pemimpinnya telah didakwa mengamalkan rasuah.
“Menyedihkan lagi, pemimpin lama tersebut sanggup dipergunakan oleh perhimpunan yang memecahbelahkan rakyat ini serta menuduh kerajaan melakukan perkara yang sama beliau dituduh dahulu,” katanya.
Beliau berkata, kedua-kedua pemimpin perpecahan fasa pertama dan kedua kini dilihat sudah bersalaman.
“Kita sudah boleh agak apa yang mereka akan lakukan kepada negara dan kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan,” katanya.( Utusan online-politik).Postd by abnmulya //haji abau bakar ninggal.blogspot.com. at 2253 hrs on Oktober15,2016.

Wednesday, October 12, 2016

Dr.Mahathir kurang yakin kepimpinan Muhyiddin

11 Oktober 2016 1:52 AM 



 KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kurang keyakinan terhadap kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan antara faktor utama menyebabkan Tun Dr. Ma­hathir Mohamad me­ngubah pendirian tentang calon Perdana Menteri pakatan pembangkang.

Datuk Seri Dr. Sari Dr.Salleh
Said Keruak
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlanberkata, pendirian terbaharu bekas Perdana Menteri itu merupakan satu tamparan hebat kepada Muhyiddin.
Menurut beliau, tindakan Dr. Mahathir menentukan calon Per­dana Menteri pakatan pembangkang itu juga membuktikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan hanya untuk memenuhi
kepentingan peribadi.
“Belum pun menang pilihan raya, mereka sudah umumkan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.
Tan Sri Muhyiddin Yassin
“Rakyat tidak mahu tahu itu semua. Mereka cuma mahu tahu sama ada dasar yang ditawarkan pakatan pembangkang berbeza atau lebih baik daripada BN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dr. Mahathir dalam wawancara yang disiarkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini menyatakan Muhyiddin yang juga Presiden PPBM layak memimpin parti itu, namun kemampuannya untuk menerajui pentadbiran kerajaan adalah soal yang berbeza.
Pendirian Pengerusi PPBM itu jelas berbeza dengan kenya­taannya yang menamakan Muh­yiddin sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ketika berucap dalam satu majlis di London bulan lalu.
Datuk Abdul Rahman
Dahlan.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak memberitahu, kenyataan Dr. Mahathir itu membuktikan pakatan pembangkang gagal mencapai persetujuan dalam memi­lih calon Perdana Menteri.
Beliau menambah, situasi itu juga menunjukkan pakatan pembangkang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan.
“Bagi para pengundi, isu ini adalah lebih penting berban­ding jumlah kerusi yang dijangka akan dimenangi,” katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau, http://sskeruak.blogspot.my malam tadi.
Dalam pada itu, Ketua Pe­ngarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Dr. Mahathir mungkin ‘bermain wayang’ dan cuba memperdayakan sekutu-sekutunya daripada DAP, PKR dan PAN. ( Utusan online-politik). Posted by abnmulya  //haji abu bakar ningal.blogspot.com at at 12.55 am on Oktober 13,2016.

PAS TOLAK BERSIH 5.0

HUSSAINI AMRAN<: 12="" 1:10="" 2016="" am="" oktober="" span=""> : 12 OKTOBER 2016 @ 1.10 am.


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Pakatan pembangkang ga­gal memujuk Pas untuk mengubah pendirian tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan pada 19 November ini.

Nasrudin Hassan

Pendirian muktamad Pas se­perti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan dalam kenyataan hari ini sekali gus meranapkan harapan pakatan pembangkang untuk menarik sokongan orang Melayu dan Islam terhadap perhimpunan berkenaan.
Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada 2 Oktober lalu berkata, parti itu memutuskan tidak me­nyertai Bersih 5.0 yang dilihat mempunyai matlamat yang tidak selari dengan Pas.
Nasrudin menegaskan semula pendirian Pas tersebut sehari selepas Setiausaha Agung DAP yang belum di­sahkan jawatan, Lim Guan Eng se­olah-olah merayu kepada bekas sekutunya dalam pakatan pembangkang itu untuk menyertai Bersih 5.0.
Pas sebelum ini enggan menyertai Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu lantas mengakibatkan jumlah peserta perhimpunan ber­kenaan dalam kalangan orang Melayu merosot dengan mendadak.
Perhimpunan Bersih 4.0 yang penuh dengan perbuatan biadab menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam serta mengotorkan ibu negara itu lebih banyak disertai kaum Cina serta penyokong DAP.
Senario berbeza berlaku semasa penganjuran Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 di mana dapat di­lihat lebih ramai ‘muka Melayu’ yang rata-ratanya ahli atau penyokong Pas.
Kegagalan menarik penyer­taan Pas kali ini juga akan menyebabkan Bersih 5.0 yang sememangnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat menjadi satu perhimpunan ‘syok sendiri’.
Sikap Pas itu juga boleh ditafsirkan sebagai tanda parti tersebut tidak mahu lagi diperalatkan untuk kepentingan pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR dan PAN.
Pas kini sedar bahawa sebarang bentuk kerjasama dengan DAP hanya merugikan parti itu sendiri justeru mereka tidak akan mengulangi kesilapan serupa dengan menyertai Bersih 5.0 ( Utusan online--politik)..Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1.05 am on Oktoberr 13,2016..